Sabtu, November 08, 2008

RM30 Sahaja

Teringat kejadian semasa menyertai operasi ke beberapa rumah urut di sekitar Lembah Klang suatu ketika dulu.

“Asal mana? Umur?,” soal saya kepada gadis Melayu berambut paras leher menundukkan wajahnya, bimbang dirakamkan jurukamera.

“Teluk Intan, Perak. Umur 19,” jawabnya.

Memakai kemeja-T berwarna merah jambu dan berseluar hitam, dia kelihatan manis. Begitu juga beberapa rakan sekerja lain berusia antara 18 dan 25 tahun antaranya berasal dari Sabah dan Sarawak.

“Kerja sini boleh dapat berapa sebulan?,” soalan saya seterusnya.

“Tiga ribu,” balasnya sambil tersipu malu.

“Memanglah, lebih daripada itu boleh dapat,” sampuk pegawai Majlis Bandaraya menyertai pemeriksaan premis terbabit.

Menurut maklumat, majoriti daripada pekerja remaja rumah urut terbabit turut menawarkan khidmat ‘urut batin’. Khidmat oral seks memuaskan nafsu serakah pelanggan menggunakan tangan, bayarannya RM30 sahaja.

“Kalau dia orang berkenan dengan pelanggan, boleh ‘kautim’ main sekali,” ujar pegawai sama.

“Betul ke?,” tanya saya kepada seorang daripada tukang urut remaja mendengar kenyataan itu.

Dia hanya tersenyum.

Dipercayai sesetengah pekerja rumah urut terbabit dalam kegiatan pelacuran meraih pendapatan sampingan. Bayaran dikenakan antara RM100 dan RM120 sahaja bagi satu sesi singkat. Khidmat seks hanya ditawarkan kepada pelanggan tetap dan bukan kepada sebarangan orang. Bimbang jika tersalah pelanggan mereka ditahan pihak berkuasa.

“Cakap kepada mak ayah kerja apa?”

“Kerja pelayan restoran,” itu kata majoriti mereka.

Kini persaingan kerjaya dalam industri rumah urut semakin hebat. Kehadiran gadis warga asing khusus dari Thailand, China dan Vietnam secara terang-terangan menawarkan khidmat pelacuran dikatakan lebih menarik perhatian pelanggan.

Tetapi bukan semua bercita rasa sama ..

“Local ladies lagi ok, kita faham dia cakap apa. Kalau perempuan asing ni, payahlah sikit. Kalau bercakap macam ayam dengan itik,” antara komen dilontarkan pelanggan tetap rumah urut.




8 ulasan:

  1. senangnya mencari pendapatan demi satu kemewahan yang palsu
    tiada yang akan kekal dengan duit yang didapati sebegitu,apa yang pasti,banyak yang diperolehi,duit tersebut tidak akan kekal dan bersisa dalam tangan.
    Percayalah,rezeki yang dok berkat,tiada yang kekal walaupun berlimpah duit yang dapat

    BalasPadam
  2. salam.ini menakutkan...tapi dah tak bleh wat apa...kadang-kadang tu cuba fikir kenapa anak2 jadi cam tu?sebab mak bapak sendiri pun tak betul..cuba bayangkan bohsia kawin ngan bohjan..esok dapat anak,tanpa didikan agama...inilah hasilnya sekarang ..dah banyak...susah nak selamatkan dunia sekarang..dah nak kiamat...

    BalasPadam
  3. Ada beberapa orang diantara rakan saya pernah melanggan khidmat seperti ini bro..!!
    Mereka kata gadis melayu paling bagus.. lebih 'sedap'..!!
    Yang si gadis melayu pulak bukan main suka lagi bila dipuji sedemikian rupa.. Saya sebagai saudara sebangsa dan seagama merasa sangat malu bro.. dan saya rasa saya juga turut berkongsi aib itu dengan penduduk Malaysia yang lain..!!

    Gadis kita.. warisan keindahan bangsa kita menjadi 'kain buruk' di rumah-rumah urut.. Apalah yang hendak dikejar wang ringgit yang berkepuk sedang maruah diri dan maruah bangsa yang sepatutnya dijaga dijaja macam roti canai di kedai mamak..!!

    Terus-terang saya cakap, saya sedih bila melihat dan mendengar berita seperti ini yang seakan tiada kesudahannya..

    BalasPadam
  4. Hmmm....kenapa ye jadi camtu?kadang pening gak memikir anak2 muda kita ni.
    Agaknya inilah cabaran kita di akhir zaman ini.Apapun didik lah anak2 sebaik2nya. biarlah kecik2 kita tangan2kan agar bila besar nanti jadi anak yang berguna.tak salah walau orang kata pendekatan kita pada anak zaman sekarang sepatutnya berbeza, tetapi dalam perbezaan tu kita selitkan nasihat2 yang akhirnya melekat dijiwa anak2 itu sendiri agar bila besar untuk menempuh hidup yang mencabar mereka telah disaipkan dengan ilmu dan kekuatan rohani serta jasmani.

    Isu2 sekarang inilah yang perlu kita tangani,untuk mencegah adalah sesuatu yang sukar serta memerlukan kerjasama dari semua pihak. Tetapi generasi muda yang masih mentah dan mudah dilentur inilah yang perlu kita siapkan. Mudah2an kita dapat menangani segala masalah kerana kita adalah masyarakat yang prihatin.

    BalasPadam
  5. Apa nak jadi la. Rasanya melambak lambak kerja halal kat luar sana. Kalo kata education tak tinggi pun, masih ada melambak kerja utk diorg. Kenapa la dirog pilih yg camni jgk? Tak fikir panjang sbb fikir sng nak dpt duit aje. Pastu bg plak duit tu kat parents kat kampung. Kesian...

    BalasPadam
  6. runsing jugak..suami kita..balik keje asyik sakit-sakit..minta di urut..saya buat tak layan (sebenarnya malas)..takuttt..
    lain kali kalau suami suruh urat..
    saya pasti akan urut..
    takut nti suami pergi tempat urut lagi parah..

    BalasPadam
  7. pendapat saya,

    masa zaman sekolah khayal.
    bila result tak bagus, susah cari kerja.
    tapi teringin nak hidup mewah mcm telefilem2 dlm tv.
    nak duit byk tapi kerja senang, inilah kerja nya.
    tokey Cina cakap kerja senang maa senang2 dpt RM3 ribu.
    bila tua dah takde rupa, kena ler jual RM5 pon tak laku.
    oh bangsaku..
    mana pergi wakil2 pemimpin kita?
    mana pergi penguatkuasa kita?
    sampai hari nie kegiatan nie masih wujud.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.