Apa hebatnya lelaki Indonesia sehingga ramai gadis Malaysia nekad mengikut mereka pulang ke kampung halaman?
Sebelum ini Nor Azreen Che Ishak, 12 tahun dari Negeri Sembilan dan Rinnie Anak Aseng, 18 tahun dari Sarawak dilarikan kekasih ke Lombok. Manakala Maslina Saidin, 13 tahun dari Pulau Pinang mengikut kekasihnya ke Pulau Lamaraya berhampiran Sulawesi.
Warga asing terbabit dikatakan bijak menyusun kata cinta memerangkap pasangan masih mentah mengikut telunjuk mereka. Jika tidak masakan sanggup merentas samudera menyusahkan diri sendiri.
Esok saya dan Habsah Omar (Abby) bakal menemubual Fadilah Noor Ahmad, 18 tahun bersama ayah dan ibunya dalam rancangan bual bicara pagi, MHI selepas jam 7.20 pagi.
Ingin benar saya bertanyakan beberapa soalan ..
Bagaimana dia dipengaruhi sehingga membuat keputusan meninggalkan keluarga pada 3 September lalu? Apakah peristiwa paling getir ditempuh sepanjang perjalanan ke Lombok Timur? Nasrudin Dahrom, kekasihnya sebelum ini mendakwa mereka bernikah pada 11 Oktober lalu tetapi dinafikan Fadilah, fakta sebenar? 54 hari di Lombok, apa dipelajari berhubung ‘kehebatan’ warga tempatan? Mengapa pulang semula ke Malaysia?
Anda ada soalan?

salam mazidul...ala tak dapat tgk la esok..jue gi kerja awal..6.30 dah kena g..nanti citer kat sini yer..nak wat camner..cinta tu buta..tapi orang yang menilainya lebih buta...apabila dikaitkan dengan perasaan ni,susah skit nak cakap..macam teori motivasi abraham maslow,setiap dari kita memerlukan kasih sayang untuk melengkapkan hidup kita..kalau tak dapat kita akan cuba juga...jadi pelengkap kasih sayang fadilah ialah nasrudin..jadi dia cuba untuk memenuhi kehendak&keperluannya untuk disayangi..wallahua'lam..
BalasPadamYang saya tahu para wanita-wanita ini sememangnya kurang ataupun sebenarnya langsung tak menggunakan akal kurniaan Ilahi..
BalasPadamMereka sering terbawa-bawa oleh emosi dan fikiran naif sementara lelaki asing di luar sana bergelak ketawa kerana kesempatan yang terhidang..
Saya tak memaksudkan semua wanita tetapi segelintir daripadanya..
Masih ada lagi yang menganggap lelaki asing adalah jauh lebih baik dari lelaki tempatan sehingga sanggup menyerahkan apa saja demi untuk meraih kasih dan wang ringgit dari jantan luar..
Tak adil rasanya kalau saya hanya 'menyalahkan' wanita sahaja.. Yang si lelaki tempatan pula langsung tak bersikap melindungi sebaliknya lebih gemar menjadi pagar yang memakan padi..
Salah satu sebab mengapa mereka (wanita) semua lari mengikut bangsa asing yang kononnya lebih romantik dan memahami..
Salam dari si jahil..!!
Dude
BalasPadamCuba carik org sini yg larikan anak org dari seberang...sure ada cerita menarik punye..
Cheers
ManB
Kalau dulu kita dengar kisah mat bangla, pakistan yang bawa hari anak dara orang, kini dari Indonesia plak, dari Lambok plak tue. Tanya kay Fadilah ye Bro, masa dia lari dulu atas dasar cinta atau dipaksa. Tak rasa berdosa ke buat perangai cam2 hingga menyusahkan mak bapa.
BalasPadamKita pun tak dapat tgk..maklumla kan kerja...nanti jangan lupa hebahkan di blog ye.sebenarnya.nak tahu jugak apa hebatnya diaorang ni sampai anak2 gadis tergila2 kan diaorang ni..hmm
BalasPadamadakah pada rupanya kah..ataupun pada kata2 nya kah...tapi apapun menurut kata orang cinta tu buta..nak buat camne kan...hmmm...
Soalan...soalan...
BalasPadamMasa dia buat keputusan nak lari tu, dia tak ingat ke kat parents dia?
soalan...soalan...
BalasPadamapa kurangnya lelaki melayu kita berbanding orang seberang tu?
kenapa berfikiran singkat, tak terfikirkah betapa hancurnya perasaan mak ayah dia semasa ikut orang tu lari?
kenapa tak kahwin ikut saluran yang betul mengikut syarak?
sememangnya lelaki indonesia pandai berkata-kata,pandai memujuk ...entah-entah guna ilmu untuk pikat rakyat malaysia...
BalasPadamayat dier baik punyer. Enjin panas. Kekadang nawaitu dorang dtg sini tak betul.
BalasPadamhi bro,
BalasPadamxdapat tgklah...keje..nanti storylah..guys,kadangkala media masa beri peranan penting tau...dulu filem hindustan top gler kat m'sia,ramai sgt yg terikut budaya mereka,sampai berboyfrenkan orang banglalah,indialah,konon kononnyer shah rukh khan,hitrik,salman..skang tgh hit indonesia plak..tu yang mencari ala ala rangga tu.ingatlah sikit tempat kaki tu berpijak..kalau cara baik xper..ni cara xelok..kesian kat mak ayah...menyusahkan mereka,bagi malu mereka..xkan xterfikir..tuhan bg akal untuk berfikir.
Banyak yang saya dengar tentang penggunaan ilmu "kelabu" dalam soal ini.. tapi saya tak tau sejauh mana kebenarannya.
BalasPadamsoalan,,,
BalasPadammasih gadis?
Alahai nak cakap macam mana..tengoklah umur budak-budak perempuan tu..12,13 yang paling tua ni apa 18tahun.Ini bukan persoalan apa ilmu ke apa ayat ke yang diguna kan.
BalasPadamDiaorang masih tak cukup matang..mungkin takut etc.Kita nak focus yang di larikan oleh orang seberang..yang anak-anak perempaun orang yang di rosakkan oleh lelaki tempatan ni yang harus di bendung sebenarnya.Anyway..ini hanya pendapat peribadi saya saja..macam orang cakap mungkin peribahasa ni sesuai ni gunakan untuk tajuk ni.."rumput diseberang lebih nampak hijau"..hehehe.Baik untuk adik-adik yang ikut lelaki-lelaki ke seberang tu dan sesuai juga untuk ..kita yang lebih memfocus terhadap lelaki-lelaki asing yang sedangkan lelaki-lelaki kita ni lagi macam-macam perangai di buatnya;).Opps I did it again:)
laaa budak2 mmglh... cuba org besar mn lh drg nk
BalasPadamLelaki2 asing memang mudah menarik gadis2 tempatan, maklumlah...nak tukar selera la pulak...Entah apa selera yang nak ditukar, tak tahula.
BalasPadamMereka dah jemu atau dah puas kot bersama dengan lelaki tempatan.