Dilaporkan lebih 30,000 rakyat Malaysia tinggal lebih masa di United Kingdom, UK sehinggakan kerajaan negara terbabit menawarkan tiket penerbangan percuma sehala kepada rakyat kita di sana antara Julai dan Disember tahun ini. Nama mereka bakal disenaraihitamkan dan dilarang memasuki UK sehingga selepas 5 tahun. Begitulah usaha kerajaan UK memastikan negara mereka tidak dibanjiri warga asing.
Pada masa sama, jutaan rakyat asing tinggal di negara kita secara tidak sah, pendatang tanpa izin, PATI dan usaha hangat-hangat tahi ayam mengusir mereka dilihat tidak berkesan sepertimana berlaku di Sabah.
Jika PATI ingin pulang, kerajaan Malaysia tidak perlu menyediakan penerbangan percuma. PATI mampu pulang sendiri sepertimana mereka bebas masuk ke negara ini, khususnya warga negara berjiran dengan Malaysia. Nama mereka juga tidak mampu disenaraihitamkan kerana kehadiran mereka tanpa sebarang dokumen.
Saya percaya tiada pihak berkuasa mampu memberikan statistik tepat bilangan PATI di negara kita, semuanya sekadar anggaran, tidak lebih daripada itu.
Majoriti PATI bermaustautin di negara kita untuk mencari rezeki melalui pelbagai cara. Antaranya bekerja di kilang, ladang maupun sebagai pembantu rumah. Tidak terkecuali mencari rezeki menggunakan jalan mudah, merompak.
Tidakkah kita mampu mencari jalan penyelesaian memastikan hanya pendatang secara sah layak tinggal dan bekerja di negara ini?
Pada masa sama, jutaan rakyat asing tinggal di negara kita secara tidak sah, pendatang tanpa izin, PATI dan usaha hangat-hangat tahi ayam mengusir mereka dilihat tidak berkesan sepertimana berlaku di Sabah.
Jika PATI ingin pulang, kerajaan Malaysia tidak perlu menyediakan penerbangan percuma. PATI mampu pulang sendiri sepertimana mereka bebas masuk ke negara ini, khususnya warga negara berjiran dengan Malaysia. Nama mereka juga tidak mampu disenaraihitamkan kerana kehadiran mereka tanpa sebarang dokumen.
Saya percaya tiada pihak berkuasa mampu memberikan statistik tepat bilangan PATI di negara kita, semuanya sekadar anggaran, tidak lebih daripada itu.
Majoriti PATI bermaustautin di negara kita untuk mencari rezeki melalui pelbagai cara. Antaranya bekerja di kilang, ladang maupun sebagai pembantu rumah. Tidak terkecuali mencari rezeki menggunakan jalan mudah, merompak.
Tidakkah kita mampu mencari jalan penyelesaian memastikan hanya pendatang secara sah layak tinggal dan bekerja di negara ini?
salam mazidul..rasanyer susah sikit kot..sbb dah terlalu ramai..kalau kerajaan wat pengusiran secara besar2an pun takut ada industri/lapangan yang terjejas..entahlah..rasanya susah kot..kecuali kerajaan betul2 bertekad dan menghalang kemasukan mereka melalui darat,udara dan air..
BalasPadamMiss Jaz, rasanya selama ni pun kemasukan PATI dipantau dari dari pelbagai sudut tapi tak berapa nak menjadi :)
BalasPadamSeorang dari keluarga family i buat kerja2 dgn perkerja luar nilah kursusnya dari Indonesia.
BalasPadamBoleh kata kalau ada 20orang tu yang datang msia tu kan..20orang tu hidup punyalah susah masa dikampung halaman masing2..bergolok bergadai nak datang cari kerja..jual tanah jual apa dengan niat mengubah nasib hidup.
Pastu tak termasuk sampai msia kena tipu gaji murah nak sesgt etc.Kerajaan msia tak boleh ke buat sesuatu atas dasar peri kemanusian..kesian diaorang ni..apapun ni pendapat i sajalah.
Salam Blogger,
BalasPadamSaya rasa masalah ini perlu ditangani bersama oleh kedua-dua belah pihak atau negara.
Selain itu, pihak organisasi antarabangsa juga harus memainkan peranannya dalam menangani masalah ini.
Masalah ini sebenarnya telah menjadi krisis yang perlu dipandang serius dalam perhubungan kita dengan dunia luar.
Ikhlas,
Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
Wangi74, niat tidak pernah menghalalkan cara. Pekerja dari Indonesia kebanyakannya berhijrah ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial. Pemilik dokumen tidak dibenarkan bekerja. Jika datang secara sah, mereka boleh bertanya kepada ejen berhubung gaji dan sebagainya.
BalasPadamRizmal, jelasnya negara kita masih melayan PATI dengan perikemanusiaan. Lihat, dalam kejadian bot karam 30 September lalu kesemua mangsa adalah PATI. Kerajaan Malaysia bertindak membenarkan mereka pulang ke negara asal tanpa dituduh di mahkamah.
Hehehe....Lucu.
BalasPadamLucu...bila PATI melombong rezeki di negara kita dan hasilnya dikirim ke negara mereka sedangkan kita lebih suka berpeluk tubuh dan memandang kosong.
Lucu...bila kita berpusu-pusu keluar negara dan mengabaikan bidang2 kerja yang kemudiannya diambil alih oleh PATI.
Lucu... kita keluar negara, PATI berpusu-pusu masuk negara ini. Semakin hampir sukar membezakan antara penduduk tempatan dengan PATI.
Lucu.... Sungguh lucu sekali.
Malas nak cakap apa2,benda nih bukan benda baru,byk sgt org yang makan gaji buta x buat keje dlm menangani masalah nih,sape lagi kerajaan kita lah,negara kita xkan ada masalah dgn pekerja,sbb hampir kesemua ladang kelapa sawit dan lain2 yang sah mengambil pekerja yg sah,tp yang xsah n byk men tipu sna sini yang memburukkan M'sia,kire musuh dlm selimut arr,dorang amik pekerja yg pendatang haram nie bekerja.
BalasPadamDlm hal nih yang mengalami masalah adalah majikan yang tamak dan tidak bertanggungjawab,so why not teruskan jer..
Buat pe nak tggu,tggu bila pendtg jd kaya...tggu waris dorang jd menteri..jadi penguasa...menindas org kita..
Dorang tgl kat area KL ble ckp arr sbb x tgk dgn mate sendri..tgk berita jer..kami kat sini yg sakit mata dan hati..baik sgt dgn pendatang,kera di hutan disusukan,anak sendri di rumah mati kelaparan.
Teruskanlah tggu..
betul tu..kerajaan kita haruslah bersikap tegas kepada warga asing nie...segelinter mereka nie macam gangster...lihat saje kat mana bandar kat malaysia nie...mesti ada di orang lepak...
BalasPadamKlu ttg pati jom kita tanya pak sako,..
BalasPadamBilangan yang masuk makin bertambah malah seperti kekangan yang dilakukan selama ini hanya menambahkan lagi semangat mereka untuk memasuki bumi kita yang bertuah ini..
BalasPadamSaya tak menyalahkan pihak berwajib, kerana mereka menjalankan tugas dengan baik..
Tetapi cuba dikaji semula kemungkinan tempat-tempat pendaratan PATI di Malaysia dengan lebih meluas..
Kebanjiran mereka bukan sahaja merancakkan pertumbuhan ekonomi negara malah merancakkan juga statistik jenayah yang rata-ratanya dilakukan oleh mereka..
Sekadar memberi pendapat..
Salam dari si jahil..
Lihat dan kaji bagaimana kerajaan Amerika Syarikat menangani masalah PATI dari negara jiran terutamanya Mexico. Mungkin kita boleh ambil teladan.
BalasPadamkerajaan tak payah la buat ape2. Tambahkan promosi supaya makin ramai mereka ni datang. Malaysiakan negara aman... . Peranan mereka penting untuk pembangunan negara. Kenapalah kita ni faham hasrat kerajaan. Sapa nak buat kerja kalau mereka tak ada? semua mereka yang buat...kan.. kan bagus gtu...
BalasPadam