Isnin, November 10, 2008

Dingin Di Ranjang

Perempuan Melayu dikatakan ‘dingin’ dan kurang kreatif di ranjang sejak dulu hingga sekarang. Kenyataan agak drastik tetapi tidak ramai mampu membantah.

Majoriti daripada mereka dikatakan hanya gemar mengikut tidak ‘memerintah’. Barangkali jika memerintah mereka tampil dominan berbanding pasangan. Justeru mereka segan, malu dan takut.

Mungkinkah itu antara sebab mereka pasif?

[ Kata Mazidul: khusus bagi mereka sudah berumahtangga .. ]

23 ulasan:

  1. itulah beza perempuan timur dengan perempuan barat..

    BalasPadam
  2. Nak salahkan si isteri pun tak boleh juga.. Kita sebagai seorang suami yang sepatutnya lebih dominan dan berkerja keras..

    Kerana terlalu ramai di luar sana yang suka menonton video lucah antarabangsa yang memaparkan aksi wanita-wanita jalang serta kehebatan merekalah yang membuatkan ramai orang berfikiran sebegini..!!

    Bukankah itu juga satu pengaruh negatif bagi sang suami?..

    Sekadar memberikan pendapat..

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  3. Hehehe..tengoklah dengan siapa yang perempuan tu kawen..wakakaka.Sebnrnya apa-apapun suami isteri tu kena comfortable to each other open communication..rasanya kalau ada benda ni ok jek..apa pun boleh:).

    BalasPadam
  4. mungkin kerana sifat pemalu itu masih menebal di dalam jiwa perempuan melayu.. jadi, mereka lebih gemar menerima seadanya..

    BalasPadam
  5. http://pkrpasdap.blogspot.com

    dingin.
    sebab itulah lelaki cari makanan luar yang panas dan segar. makanan dingin tak sedap nak makan dan tak berselera.

    setuju dengan saya datuk mazidul?

    BalasPadam
  6. Ye lah bang mazidul...ketertiban dan sopan santun itu lah melambangkan betapa unik nya perempuan melayu kita...tak gitew...elok kite pandang dari perspektif yang positif dahulu..yang negatif pula masih ada ruang untuk di perbaiki...

    BalasPadam
  7. saya belum berumahtangga..
    malah lambat lagi untuk melangsungkannya...
    maka, no komen...
    hahahahaha....

    BalasPadam
  8. bro,
    bg saya isu seperti ini terjadi sebab terlalu ramai yang merakamkan aksi "baik" mereka terutama dlm hp..bila org lain tgk,sah sah nak suruh wife mereka beraksi seperti itu juga.
    ada aksi yang boleh menyebabkan nabi xterima jd umat pun nak kena ikut,susahlah bro.
    knp nak diikutkan budaya barat?ada byk lg cara rasanya...
    klah,yang sudah mendirikan rumahtangga mungkin akan faham apa yang saya maksudkan.

    BalasPadam
  9. Ramai berani komen tetapi ada 'batasan' nya. Itulah kita orang Melayu, bagus.

    Apapun, bimbang ada perempuan di luar sana berbangsa sama menawarkan 'servis; atau 'pakej' lebih menarik :)

    BalasPadam
  10. inilah media melayu sikit2 perihal seks..benda mengarut2, benda yang kononnya sensasi dan agaknya rasa seronok kot bukak aib bangsa sendiri, dah takda program lain yg boleh mengembangkan minda ke?patutlah melayu susah nak maju, sibuk benda penting dari yang tak penting , jgn terasa ya bang mazidul :)

    BalasPadam
  11. Come on lah Yamin,

    Sex bagi masyarakat melayu apa kat orang tu masih taboo ..apa tu stigma..cakap secara terbuka malu..bagi alasan sebab kita oarng melayu jaga tata susila percakapan apa gitu.

    Tapi cakap jek malu buat tak malu pun..cuba tengok budak-budak remaja melayu sekarang ni...certain bangsa kita ni..malu kat depan jek..tapi buat je maksiat kat tempat gelap bla bla..

    Cakap pasal sex bukan nak bagi bangsa melayu maju tapi memberi PENDIDIKAN pada pelbagai golongan(yang tua yang dewasa yang muda)..mungkin tak memajukan tapi atleast mendidik permikiran yang akhirnya memberi kehidupan yang lebih berquality juga..chewahh..makcik kalau tak bercakap memang berkobar-kobar sikit;)

    BalasPadam
  12. Pendapat saya sebagai suami....

    Kalau tiap2 hari makan IKAN GORENG, lama2 jemu. Kenalah cuba RESEPI lain jugak. Baru tak jemu...

    Mcm tu jugak di dalam kelambu. ;)

    BalasPadam
  13. bagi suami2 yang jemu dangan hidangan yang sama tu, duduklah berbincang dengan isteri.. insya Allah, semua perkara boleh diselesaikan dengan perbincangan.. jangan ambil langkah mudah dengan cari makan di luar pula.. takut nanti di akhirat, orang lain makan daging segar, awak makan daging yang dah busuk dan berulat...

    BalasPadam
  14. wangi74,
    i dun think nowadays sex is a taboo di kalangan masyarakat melayu..as far as im concerned...they r more open-minded compared to our forefather's era...byk aje ruangan and forum on seks aku tgk kt internet tp 1 thing i notice...melayu kalau pasal seks mmg gah semacam...if nak compare dgn bangsa lain..kitalah yg ramai yg duk makan ubat kuat, tongkat ali, duk pergi sempadan siam..yg malu tu kebanyakannya yg dah bergelar datuk, as a result jadik broken home, bercerai-berai..anak2 jadi mangsa...tgk newspapers melayu sudahlah...byk berita pasal tu aje esp harian metro dan mastika...sepatutnya lebih baik bincangkan isu yg membina minda bangsa..not a bunch of junkies....

    BalasPadam
  15. nurdaniella, awak jgn salah faham. Saya bukan maksudkan makan luar. Apa yang saya cuba nak bagitau ialah 'style' kena berubah - ubah. Ini mungkin boleh menghilangkan rasa jemu.

    BalasPadam
  16. banyak cikadaklah orang lelaki ni, dalam zaman miden ini, ramai sungguh bini dilepaskan pikul sebahagian besar hal ehwal rumahtangga, lepas tu dikatakan, bini cuba memerintah dan bersikap dominan,mulalah antara mereka cari dumb girl untuk buat onar, dalam hal seks pula komplen, bini melayu tak dominan, tak memerintah. Tak de benda lain yang lebih penting atau utamakah untuk lelaki melayu titik beratkan seperti sosio ekonomi family dan kebajikan anak-anak termasuk education mereka bagi memastikan tarbiyah islamiyah dan kesejahteraan umat islam sejagat terpelihara? Nak muntah dah dengan kerenah bangsa sendiri yang haru biru sekarang ni, hinggakan kalau ubat kuat tu menerkam membeli, tusyen anak tak nak yang bagus-bagus.

    BalasPadam
  17. Tak betul tu .. Mungkin bagi gadis yang baru mendirikan rumahtangga sahaja. Kebanyakan kaum wanita kini lebih berani dan bertenaga dan lebih terbuka dalam menzahirkan apa yang diingini di atas ranjang.

    Wanita pasif kerana segan dan malu? Apa nak dimalukan? Suami sendiri. Ramai wanita kini lebih aktif dan berani mencuba pelbagai posisi demi kepuasan hubungan suami isteri.

    Tak salah utk mengaku kalau ramai juga suami yang pancit selepas beberapa ketika dan tak mampu memenuhi keperluan isteri, terutama tanpa sebarang 'ubat kuat'.

    Posisi sama dan teknik yang sama juga membosankan isteri, bukan hanya suami yang akan cpt kebosanan andai isteri hanya pandai 'menadah'.

    Atau mungkin isteri jd pasif dan hanya menadah mungkin kerana si suami yang tak pandai mendidik ..

    BalasPadam
  18. To Yamin,

    Oh yang tu memang i setuju..ntah sibuklah tongkat ali lah..apa cakar-cakar rimaulah..heheh..apa kacip fatimah lah..ntah apa-apa.

    BalasPadam
  19. ..disamping malu, ada baiknya Isteri kreatif mcm kreatif masak lauk pauk di dapur.

    tapi susah gak bab taste/aktif ni, isteri kurang MOOD bila dah tercalar hati nak menjiwai rasa,isteri yg rasa tertipu kerenah lelaki/suami kurang kreatif bila hati disakiti dikianati.. jadi malas nak membuka/memulakan idea, Cukup apa yang ada terima.
    RELA kerana tanggunjawab. kecian suami.
    (ini kes yg sang isteri kena maki hamun pada siang hari, dipelok pada malam hari).

    BalasPadam
  20. setuju dengan shira.. akhirnya ada juga yang berani menyuarakan kelemahan lelaki... hehehe...

    BalasPadam
  21. Daniella, orang lelaki memang begitu. Susah nak mengaku kelemahan sendiri terutama bab di atas katil. Kononnya hanya mereka yang jantan. Bila isteri berkreativiti dan bijak menyuarakan apa yang dimahukan, ramai yang tak mampu menuruti. Kalau tidak mengapa hanya ubat kuat utk lelaki yang banyak dipasarkan? ubat kuat utk wanita? tak pernah dengar :-)

    Tepuk dada tanya selera ..

    BalasPadam
  22. kan dah memang budaya kita orang Melayu, terutamanya Wanita... Pemalu dan sentiasa menurut kata suami.

    Buat lebih lebih nanti husband marah la pulak atau pun timbul prasangka, mana pula bini aku dapat ilmu ni semua...

    ha ha ha ha ha ha

    BalasPadam
  23. Tidak semuanya dingin, ada juga isteri yang hot. Saya berpendapat , ini berlaku kerana kurang didikan mengenai seks. Mungkin malu untuk dibincangkan dan inilah hasilnya. Banyak banyakkan lah membaca

    love
    mrslingerie

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.