Isnin, November 03, 2008

Banyak Persoalan

Jam 6.45 pagi tadi MHI dimaklumkan Noor Fadilah dan keluarga kurang sihat, demam. Justeru mereka membuat keputusan tidak menghadirkan diri ke sesi temubual bersama saya dan Abby seperti dirancang dan dipersetujui pada awalnya. Bagaimana MHI sedang berusaha mengundang mereka sekali lagi dalam jangka waktu terdekat.

Banyak persoalan bermain di minda ..

10 ulasan:

  1. alasan yang bagus...seluruh family demam..nevermind,tunggu dan lihat yer bro..

    BalasPadam
  2. Demam?..
    Mungkin benar..

    Malu untuk berhadapan?..
    Juga mungkin benar..

    Apapun saya cuma berharap iktibar dari peristiwa Fadilah akan dapat diresapi oleh seluruh rakyat Malaysia untuk berubah dan mengambil langkah-langkah perlu dalam menangani setiap masalah..

    Anjakan paradigma bak kata sebilangan bijak pandai..!!

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  3. HMM...DILARIKAN KE LOMBOK BUKANLAH SESUATU YANG MEMBANGGAKAN...
    BAGI SAYA ITU SATU PERKARA YANG MEMALUKAN KELUARGA...
    KALAU SAYA JADI IBU-BAPA DIA PUN MALU NAK DITEMU BUAL SECARA LANGSUNG MACAM TUH...
    SAYA RASA PENGHEBAHAN MEDIA TERHADAP ISU INI DAH CUKUP UNTUK MEMBERI PENGAJARAN KEPADA SEMUA PIHAK...KALAU ITULAH TUJUAN TEMUBUAL ITU DI ADAKAN...
    APAKAH KERANA NORFADILAH SUDAH MENDAPAT BANTUAN PIHAK TERTENTU MAKA DIA PERLU MEMBAYAR DENGAN MEMBUKA SEMUA PEKONG DI DADA..
    DIA PUN ADA PERASAAN MALU...APA LAGI ISU LARI IKUT JANTAN ...
    KELUARGA MALU...TAK TAHU NAK LETAK MUKA KAT MANA...
    DAH LAH TU ABG MAZIDUL...KESIANLAH KAT DIA...
    KALAU SOAL RUMAH TANGGA SENDIRI PUN KITA MALU NAK HEBOH..TAKKAN CERITA ORANG KITA SIBUK NAK HEBOH-HEBOHKAN...
    CADANGAN SAYA BANYAK LAGI ISU LAIN.
    SOAL CINTA..NI SUSAH NAK CAKAP...SEBAB TU ADA PEPATAH CINTA ITU BUTA.
    KALAU ABG MAZIDUL NAK FOKUS SGT PERKARA JAGALAH SENSITIVITI ORANG TERSEBUT.

    BalasPadam
  4. Princess Sarah, barangkali benar, mereka semua demam. Saya tidak bertujuan menuduh.

    Tanpa nama, keputusan menemubual keluarga Fadilah, bukan keputusan saya. Keputusan penerbit melalui perbincangan dengan keluarganya. Jangan tersilap anggap, perkara sama mampu berulang kepada gadis lain. Hari ini 2 lagi gadis Malaysia dilapor dilarikan ke Lombok (sekiranya saudar/i) tidak tahu). Pengalaman Fadilah mampu dijadikan pengajaran pelbagai pihak. Mungkin saudara/i juga punya adik maupun saudara perempuan?

    Kisah rumahtangga saya juga dibicarakan secara terbuka pihak media, cuma masyarakat termasuk saudara belum lagi mengetahui perkara sebenar. Tunggulah ..

    Kita bicarakan dulu kejadian sudah berlaku dan diketahui kesudahannya :)

    Wangi74, Siapa 'dia' awak maksudkan? Tanpa nama atau Fadilah?

    BalasPadam
  5. Kita fikir positif, maybe Fadilah tu demam, pastu berjangkit kat family dia la kot.

    Kan diorg asik berpeluk2 je, so virus demam tu dah merebak dekat org lain.

    Errmmm...

    BalasPadam
  6. ada baiknya wat secara tertutup dan bukan siaran langsung.. (sekadar cadangan) sekurang2nya mereka boleh bersedia.

    bukan senang nk berhadapan dengan kamera. lagi satu siaran langsung.. karang terketar2 pulak

    BalasPadam
  7. Knowlee, memang virus cepat merebak jika tidak dikawal.

    Belibuy, siaran langsung selama 15 minit diperuntukkan, itupun boleh tanya 7-8 soalan jer ..

    BalasPadam
  8. Benar seperti yang ditulis oleh Tanpa Nama..
    Keluarga malang itu memang sudah cukup malu dan rasa tertekan dengan penghebahan media..

    Tetapi benar juga kata bro Mazidul..
    Itu semua bukanlah bertujuan untuk memalukan apatah lagi menghina.. sebaliknya kita rakyat di bumi bertuah ni rasa bertanggungjawab untuk menghebahkan perkara ini agar tiada lagi kejadian serupa yang terkini terjadi seperti laporan bro yang mengatakan 2 lagi gadis kita telah dilarikan ke Lombok..!!

    Tetapi janganlah sampai membuatkan keluarga itu merasa seperti 'hidup segan, mati tak mahu..'

    Sekadar cakap-cakap kosong..

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  9. saya yakin sdr mazidul mampu bersabar dengan kerenah dan komen pelawat2 blog ni ye...kadang menghiris kadang2 terhiris... cuma pastikan tiada orang yang terguris..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.