Khamis, Oktober 22, 2009

Terjahan 'Awang Hitam'

Sudan, negara terbesar di Afrika, ke-10 terbesar di dunia dengan 42 juta populasi. Sebilangan kecil mereka memasuki negara ini menggunakan visa pelajar tetapi tidak pernah menuntut di institusi pengajian tinggi kerana sibuk memikat perempuan tempatan gilakan 'Awang Hitam'.

Di Sudan, Kanun Keseksaan 1991 mentakrifkan ‘liwat’, lelaki memasukkan kemaluannya ke dubur perempuan atau lelaki. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh disebat 100 kali dan dipenjara 5 tahun.

Bagaimanapun lelaki Sudan, Mohannad Taha Ismail, 25 tahun didakwa mendera, merogol dan meliwat Aaliyah Aiman Hussin Abdullah, 3 tahun, sehingga mati di Kondominium Reniville, Taman Puteri, Batu 9, Cheras, Selangor 12 Oktober lalu mungkin akan dihukum mati. Begitu juga ibu Alia, janda berusia 24 tahun kerana pasangan kekasih itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semasa keterangan dirakam polis, ibu Alia dilapor sanggup berbohong mengatakan konon anaknya didera pembantu rumah bertujuan mengelakkan kekasihnya ditahan.

Datuk Alia, Amran Mohd Said, 49 tahun mendakwa terlihat tanda merah pada tubuh dan benjol di dahi cucunya semasa melawat mangsa bulan lalu. Dia juga tahu anak perempuannya tinggal bersama lelaki Sudan didakwa pernah menyentap kuat tangan anaknya, setiausaha syarikat swasta itu.

Secara peribadi, saya tidak tergamak membayangkan betapa seksanya Alia jika benar dia diliwat dan dirogol dek kekasih ibunya. Yalah, ‘Awang Hitam’ untuk ibu tetapi ditujah kepada anak kecilnya.

Biarpun agak terlewat menulis entry berhubung kes ini, saya terfikir, apakah antara faktor pendorong ibu bertindak kejam hanya kerana lelaki Sudan? Ibu, perempuan, insan dikatakan bersifat lemah lembut dan penyayang.

Gambar Harian Metro

Update Utusan Malaysia melaporkan ibu Aaliyah dibebaskan tanpa syarat setelah siasatan mendapati dia tidak bersalah namun akan dipanggil mahkamah sebagai saksi utama. Manakala lelaki Sudan terbabit akan dituduh di mahkamah, esok.

51 ulasan:

  1. salam abg maz...
    saya tak pasti lah abg da bc ke blum komen yang entry lapas.

    ok saya ade buat komik pasal budak remaja sekrang yang terlalu sosial sampai gadai maruah..
    so say tak tau nak publish kat mana..
    abg maz bolh tgk kat blog sya
    cheritapenglipurlara.blogspot.com

    ni bukan komik picisan!!
    saya buat atas dasar seorng manusia..
    harap abg maz tgk.n bolh publish benda ni..

    BalasPadam
  2. Salam Bro,
    Astagha..... (istirghfar..3X.....)
    Species pa pulak ni Bro, sanggup buat keja2 terkutuk n laknat ni..??
    Mana pi naluri keibuan depa tu?
    Dalam mangkuk tandas tu, kot??
    giler....3!!

    Pe la special sangat kat 'orang minyak' tu, sampai rela anak sendiri yang jadi mangsa. Baik depa dan org minyak tu, boh ron95 dbakaq hidop2....

    Sedangkan sehina2 haiwan pon masih sayangkan anaknya, ni kan plak makhluk yg bernama manusia. Dah terbalik gaknye sifat n nilai kemanusiaan pada zaman ni, malah lebih hina....

    Semurga ALLAH akan memelihara serta melindungi kita dari malapetaka sedemikian, Amin...

    BalasPadam
  3. Lelaki sudan itu sepatutnye di hukum gantung sampai mati dan si ibu pula dikenakan hukuman yg setimpal lerana bersubahat..semuanye jika sabit kesalahan.

    sedih mengenangkan nasib alia,semuga dia tenang disisi Allah..

    BalasPadam
  4. ya Allah.....what the **** betul lelaki sudan sial tuh..memg x berhati perut....memg hukum bunuh je y sesuai untuk die tuh.....jantan sial....salah pompuan local gak sb dorg y pilih lelaki cm tuh..ape lelaki local neh xde kualiti ke...

    BalasPadam
  5. sedih dan pedih entri ini....

    sedih kerana anak kechil yang menjadi mangsa...

    pedih kerana maknya memilih malah membela "awang hitam" tersebut...

    *tibe terase mau mencarut....tolonglah manusia hentikan ini semua.......

    BalasPadam
  6. really sad about it ...why the mother choose black man ....i really scared when see black man ..they r liar ......some of them looked like bad man ...that why i scared ...God will punish you ....how evil you treat this girl ...

    BalasPadam
  7. Salam,

    saya rasa mak budak ni takut dengan ugutan lelaki ni kot sampai menyembunyikan perkara sebenar.

    Ataupon anak itu hasil hubungan terlarang dengan seseorang yang lain yang pernah mengecewakannya, Jadi dia menyimpan dendam dan secara sengaja atau tidak,membalas dendam kepada si anak.

    Bila iman tidak di dada, syaitan dan iblis bermaharajalela dalam diri.

    wallahualam

    BalasPadam
  8. semoga yang bersalah mendapat pembalasan yang setimpalnya

    BalasPadam
  9. laksanakan aje hukum hudud ...sebat saje dikhalak ramai.
    susah sangat ke.

    BalasPadam
  10. Buta mata, buta hati, ikut nafsu sudah pasti iman melayang-KEJAM sungguh kamu Alia!! Lagi KEJAM Si lelaki Sudan!!! En. Mazidul, TOLONGLAH sampaikan dlm apa bentuk/cara sekalipun kpd para PEMIMPIN kita supaya mereka bangkit & mengambil pendekatan yg serius, cepat & tepat supaya kemaksiatan, pembunuhan & segala gejala sosial ditangani dgn SEGERA. Usah asyik fikir mcm mana nak 1 kan Malaysia & membendung kebejatan ekonomi - FIKIRKAN mcm mana nak 1 kan tuntutan agama dan kehidupan duniawi rakyat - MALU isytihar MALAYSIA negara ISLAM tp pergi Hotel di MALAYSIA tak ada paip air nak CEBOK!!! Kan dalam ISLAM, THOHARAH (kebersihan/bersuci)itu di tempat yang PERTAMA?? Innalillah... berleluasa di bumi Malaysia ini

    BalasPadam
  11. salam semua
    teringat masa menonton siri CSI:Las Vegas (tak ingat season ke berapa dan episod berapa), seorang ibu sanggup membunuh anaknya sendiri kerana mendapat boyfriend baru dengan merendam anaknya dalam kolam di sebuah funfair, padahal BF nya tak pernah menafikan kehadiran anak tersebut. Memang menyayat hati kerana seorang ibu begitu tega memperlakukan sebegitu terhadap anak sendiri

    BalasPadam
  12. Bro Mazidul,

    Saya tak setuju langsung mak Aaliyah dilepaskan tanpa sebarang syarat. Patutnya dia perlu ditahan atas tuduhan subahat. Sebabnya, pertama dia pernah cuba melindungi Awang Hitam tu dari didakwa dengan menipu pihak polis. Kedua, kejadian penderaan ini telah berlaku sekian lama, tapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh ibu tu.

    Saya puas berfikir, dimana naluri seorang ibu yang dikatakan kasihnya lebih besar daripada yang lain2. Walau begitu dahsyat penderaan yang dilakukan terhadap anaknya masih sanggup dia membela Awang Hitam itu yang jelas2 lebih terkutuk dari perbuatan binatang!

    BalasPadam
  13. ya rabbi,,,adakah ini kisah akhir zaman???manusia lebih kejam daripada binatang,,,

    BalasPadam
  14. sedih n sgt2 kesian pada aaliyah...ibu alia xsepatutnya dibebaskan..dia bersekedudukan dengan lelaki sudan tu bukan ke satu kesalahan? kenapa dia dibebaskan? semoga alia mendapat pembelaan..

    BalasPadam
  15. Sampai sekarang sejak berita ni tersiar, saya rasa geram dan marah. Memang kejam betul. Budak ini tidak tahu apa-apa tapi diperlakukan disiksa sampai mati, ya Allah, apa nak jadi ni. Melampau sangat. Bagaiamanalah keadaan budak ini ketika disiksa, menangis, menjerit. Kejamnya! Gantung sahaja emak dan si mamat afrika itu. Mandatori

    BalasPadam
  16. Apakah ayat yg paling buruk untuk setan 2 ekor nih...ini bukan orang..yahudi pun sayang anak...boleh tak siarkan gambar ibunya pastu pakak ludah atas muka dia..pompuan murahan sial

    BalasPadam
  17. Ingin saya berkongsi maklumat bersama anda semua. Ada ketikanya seseorang itu 'kedengaran' dan 'kelihatan' bersalah namun setelah polis menjalankan siasatan jika kes lemah maka pendakwaan tidak dapat dilaksanakan di mahkamah. Justeru, dia terpaksa dibebaskan.

    Itu berlaku kepada ibu mangsa.

    BalasPadam
  18. ape pun alasan si ibu sepatutnye dia adalah pelindung bukan pengkhianat.

    tapi hikmah disini mungkin lebih baik anaknye dicabut nyawa dari hidup bersama seorg ibu yg combi rasa bukan seorg yg baik utk anak tersebut membesar bersamanye.

    bayangkan kehidupan anak tersebut jika bersama ibu yg bergelumang dgn dosa.

    nauzubillah.

    BalasPadam
  19. Jantan bodoh tu patut kena sebat 100x mcm kat Sudan.
    Pastu baru hukum bunuh.

    BalasPadam
  20. Nic setuju dgn Pn Liza, Nic pun nak merayu pada Mazidul sebagai seorang yang ada saluran & kuasa yang mungkin boleh mengubah dasar kerajaan kita. tlglaa fokus kepada masalah sosial kat Msia nie.. Buang anak, rempit, maksiat, dadah, bunuh, penderaan etc.. kebanyakannya berpunca dari family dysfunction. Mgkn sbb makbpak sibuk cari harta (menunjuk taraf hidup yg tak stabil), atau ibu dah tak bagi anak susu ibu, kebanjiran pendatang asing dan macam2 faktor lagi.. tapi nic tak tahan bila hari demi hari baca pemimpin sibuk bergaduh pasal politik, tp rakyat makin sakit... sakit fizikal, sakit jiwa..

    BalasPadam
  21. Nic, tidak usah bertanya apa orang lain harus lakukan untuk mengekang masalah sosial, kita kena tanya diri sendiri apa kita boleh sumbangkan.

    Di Malaysia ini peliknya, kita terlalu berharap orang lain bertindak, kita pula hanya gemar menjadi 'bystanders'. Seronok benar melihat sahaja, agaknya.

    BalasPadam
  22. Sedih sangat2 bila budak kecil seperti Aaliyah diperlakukan seperti tu...memang manusia durjana betul...harap hukuman yang setimpal dijatuhkan oleh mahkamah...hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa juga...

    BalasPadam
  23. ..perasaan bangga memiliki pakwe berbangsa asing.tanpa memikir apakah yg terselindung disebaliknya..kena buat kajian juga kenapa sehingga tahap ini sekalipun gadis ni sanggup mempertahankan awang hitam...tu ..mungkin telah disihir atau.....?????////!!!!
    .....byk kes terjadi setelah visa diluluskan...lain benda pulak yg dibuatnya disini...apa action pihak berkuasa...
    terima kasih...

    BalasPadam
  24. Shidee, saya tidak fikir pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen mampu memantau pergerakan setiap warga Afrika berada di negara ini. Itu logik akal.

    Kes ini membabitkan keputusan individu. Hanya selepas berlaku kejadian jenayah, kes terbongkar. Semoga perempuan tempatan belajar dari kisah menyayat hati ini. Usah seronok benar diusung dek orang luar. Kalau bernikah, dipanggil jodoh, andai bersama tanpa ikatan sah, dipanggil apa ya?

    BalasPadam
  25. Bloggers semua, mari kita praktikkan 'Jaga tepi kain orang' spt yg disarankan oleh En. Mazidul di MHI pgi smlam - Tak payah pergi jauh-jauh, Jaga tepi kain jiran tetangga pun dah cukup - dengar aje anak jiran terlebih menangis - Kita tanya knape (jgn dikejar dgn parang sudah..). Pindah masuk aje jiran kiri/kanan/depan/belakang/ting. atas/ting. bawah - Tegur, tanya berapa bil ahli keluarga akan duduk serumah, tanya bil anak yg dah kahwin. Simpan No. Tel/HP - Asal tinggalkan rmh wlaupun 1 hari maklumkan jiran. Blh dikatakan majoriti warga Bdr. NusaRhu Sec. U10, S. Alam praktikkan perkara di atas. Tak peduli kalau ada jiran yg x suka ke, ngumpat dlm hati ke - "Ada kami kisah?" Sedarilah, itu tandanya kami kasih & sayang sesama jiran. Malaysian, lets spread our luv n care - sharing is caring.

    BalasPadam
  26. hari ni dapat email gambar ibu jahat tu..bencinya tgk dia..muda lagi baru berusia 24 tahun..... muka dia manis tak semanis hati..... sakitnye hati tgk dia..kesia n simpati sgt pada budak tu......gerammmmm huarrrrrggghhhhh..

    p/s: sorry abang maz..ter emo plak pasal entri ni...

    BalasPadam
  27. jgn pelik la..klu kita tgok kat ipta skang...
    penuh ngn mat2 tanah arab yg melampau perangai nye...

    ada kwn sy pernah diraba oleh lelaki arab...

    janggut je lbh...aduh..pedih lagi bila tgok anak melayu kua @ bercinta ngn dorang...

    BalasPadam
  28. Mazidul,
    saya tulis dalam blog saya hari ni tajuk "Isteri Kedua Selalu Merengek ". Sila lawati blog saya..
    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  29. setuju dgn en mazidul..

    jgn asyik menunding jari menyalahkan org lain tapi kita tidak memberi apa-apa sumbangan melainkan mengkritik sahaja.

    semuanye bermula dari kita ibubapa,adik beradik,bapa sedara,ibu sedara,jiran dan pemimpin.

    jika kita mendidik anak-anak dgn baik semua perkara begini tidak akan berlaku.

    rumah ku syurga ku :)

    BalasPadam
  30. ..ye betul Cik Mazidul memang kalau nak harap imigresen.tak terpantau oleh mereka...dan ni pula kes individual bagaimana pula pihak berkuasa yg lain...
    ..janganlah bila meletupnya sesuatu kes barulah kita tersedar dan masyarakat akan berkata"tulah pihak yg bertanggungjawab tak buat keja"..kita tahu bukan mereka tak buat keja tapi mungkin support kurang...atau ada sebab yg lain..
    ...at least ada action...sama2lh kita fikirkannya..yg buruk nama mereka juga..
    terima kasih

    BalasPadam
  31. Jika sesiapa pernah membela ayam kampung pasti perasan bagaimana tindakan si ibu ayam bila helang tetiba mahu menyambar anak-anaknya. Dengan hanya sekali isyarat suara, anak-anak ayam ini akan menyusup masuk ke semak samun secepat yang mungkin. Itu peranan ibu ayam.

    Dalam kes ini amat kontras! Kenapa manusia tidak belajar dari sikap keprihatinan binatang kepada anaknya.

    Semua kita simpati dengan Arwah Adik Alia; agar perundangan kita adil dalam menjatuhkan hukuman kepada semua tersabit kesalahan.

    Saya menganggap perempuan yang menggilai lelaki kulit hitam atau negro punyai nafsu dot dot dot. Bukan calang-calang perempuan boleh meladeni nafsu mereka ini.

    Saya antara yang selalu rapat dengan pelajar Sudan semasa berkerja lalu; rata-rata mereka amat baik & bersopan dalam pergaulan. Mungkin golongan terpelajar ini lain keadaannya, mereka datang sememangnya ingin menuntut ilmu berbanding mereka yang datang bertujuan sebaliknya. Kerajaan kena mengawasi mereka ini!.

    BalasPadam
  32. kalau betul 'awang hitam' yang buat bsgitu, memang perangai IBLIS..

    BalasPadam
  33. semalam tgk kat tv3.. rancangan bersama Zakiah Anas.. 999.. sangat sayu melihat brg2 tinggalan baby Aaliyah Aiman.. lukisan2.. botol susu.. beg pink.. selipar.. baju2.. sayu hati saya..

    bg manusia yg tak berperikemanusiaan seperti lelaki sudan itu.. hukuman setimpal ialah dgn mencabut nyawanya juga.. sesudah die disebat..

    saya tidak terasa yg ibu nye itu mempunyai sifat keibuan lgsg.. setelah tertangkap dan sudah disoalsiasat dgn pihak berkuasa.. pun masih nk defend laki tu.. malah anaknya sudah meninggal.. ape yg ditakutkan lagi dgn ugutan2 lelaki sudan itu?

    maybe tak dpt berfikir pjg?

    BalasPadam
  34. Yang menghairankan.. takkanlah si ibu merelakan anaknya di perlaku sedemikian rupa... kalau kerana cinta sekalipun, sanggup ke melihat anaknya di liwat sehingga mati.. kejamnya..

    BalasPadam
  35. ..siasatan Dr kata ada lebam lama..agaknya lebam itu tak nampak atau awang Hitam pandai pujuk...pelek jugak.

    pandai juga awang hitam itu memujuk mengayat wanita cun tempatan.

    BalasPadam
  36. elok dihukum dengan seberat2nya...hukummati pun takpe.dah duk negara orang buat prangai..rakyat asing skrg ni dah melampau2 sangat...kurang ajar

    BalasPadam
  37. Melayu tak romantik..Melayu tak de kelas...Kalau berpasangan dgn bangsa asing ROMANTIK.....KEPALA HANGGUK.
    Bro Maz..Bagi SERVIS KUDA


    p/s:Biar mati anak,jgn mati adat.Kalau anak mati saper nak meneruskan ADAT???

    BalasPadam
  38. Cis! Ingatkan handsome sangat si Sudanese kekasih janda, rupanya standard biasa macam si penjual tali pinggang dan beg duit selalu kita jumpa.

    Apapun, janggut itu penting, buat geli-geli ..

    Itu orang biasa cakap, kan?

    BalasPadam
  39. UluKelang, sebelum ini saya pernah menulis perihal warga Afrika dalam entry terdahulu.

    Kemudiannya dikritik hebat dek pembaca perempuan warga tempatan. Saya berasa hairan, apa faktor pendorong dia terlalu syok dengan Pak Hitam?

    Jika dikatakan kaya, bukan semua, kebanyakkannya sengkek, kalau tidak masakan datang ke sini menjual barang dari kedai ke kedai.

    Ingin dikatakan kerana terlalu hebat atau extraordinary dalam soal seks, masakan perempuan kita mampu 'main' lelaki seumpama itu 24jam sehari, rabak dan lunyai jadinya!

    Apapun saya percaya, mulut mereka manis dan bijak memperdaya. Kejadian seumpama ini akan lebih menimbulkan kebencian warga tempatan kepada rakyat Afrika. Jika tidak benci sekalipun, ramai berasa muak melihat mereka berkeliaran di pelbagai lokasi.

    BalasPadam
  40. eeei, geli tgk muka orang yang tak ada perasaan itu. hantar balik, takpun bagi hukuman berat punyaaa

    BalasPadam
  41. Juta-juta setahun kos untuk memberi makan tahanan asing di Malaysia..huhuuhu..
    perhabis beras negara..

    apa komen NGO HAK Asasi manusia..

    BalasPadam
  42. penah terbaca satu komen wanita melayu dkt satu majalah yg paling lama bertapak di Malaysia...antara kate2 beliau...

    "pak Hitam" ni baik..caring..romantic..bnyak duit..xpenah tipu..hormat wanita..
    tp bile wartawan tu tanya ape kerja nya...jawabnya, taktau...dari mane dpt duit..jawabnya, xtau...

    hmmmm~ nk kate "pak hitam" tu ade ilmu guna2 xtau laaaaa~

    BalasPadam
  43. "Dia (merujuk datuk aliya) juga tahu anak perempuannya tinggal bersama lelaki Sudan" ..so anaknya bersekedudukan dengan lelaki Sudan kenapa ia dibiarkan..dari sudut itu kita dh boleh menilai..hanya Allah yang mengetahui dan membalas setiap apa yang dilakukan...

    BalasPadam
  44. bodh...bodh...bodoh.....

    si jantan tu bodoh,
    mak mangsa tu pun bodoh........

    BalasPadam
  45. nak kata ensem sgt x gak mamat ni yg ibunya gila2kan.... mgkin ada yg lbh "ensem" pd mat nigga ni... apa kurang nya org2 Msia ni..

    BalasPadam
  46. sy n kwn2 sy pun xsetuju minah tu dibebaskan. org minyak tu pun patutnya dihukum gantung sekarang.kalau dibebaskan ntah barapa ramai lagi mangsa dia.dah la menumpang.xsedar diri.nyah kau dari sini.benci aku tengok binatang nih...

    BalasPadam
  47. Ini lah akibat nya apabila manusia sudah ketandusan iman didalam diri.Manusia dari sebaik baik kejadian bertukar menjadi binatang malah lebih hina dari binatang tu sendiri..Diakhir zaman ni manusia maju dengan ilmu nya, maju dengan kebendaan nya,maju dengan komunikasi nya dan serba serbi maju lah..tapi jauh mundur keimanan nya.

    BalasPadam
  48. En Mazidul, mmg betul Nic sendiri cuba memainkan peranan terbaik utk mendidik anak, ambil tahu kejiranan mmg kalau nampak budak2 nie buat tak senonoh, mmg Nic tegur je.. pedulik apa. Tapi ada masanya enforcement kena takes place. CD lanun, dadah, pendatang asing, program hiburan, fesyen pakaian yang masuk ke sini... perkara sebegitu kena ada enforcement yang lebih.

    BalasPadam
  49. Salam....

    Saya sangat benci dengan wanita spesis ibu aliya. No words.....only tears.

    BalasPadam
  50. Wah! Ini sama sekali kes-kes yang biasa berlaku di Amerika Syarikat di daerah kediamian orang Hitam yang di kenali sebagai "ghetto". Seks rambang, mendera anak kekasih, salahguna dadah, melangar undang-undang, membunuh, dsb sangat biasa terjadi di Ghetto. Tak sangka perempuan Melayu pun boleh terlibat dalam gejala yang sama.

    BalasPadam
  51. Heran..bagaimana perempuan boleh sangkut malah bersekudukan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.