Dahulu, jika makan kena duduk biarpun tidak bersila. Jika tidak, pasti ditegur dek orang tua. Sekarang, menjamu selera kaedah buffet di kawasan terbuka, majoriti berasa selesa makan berdiri.
Dahulu kalau lelaki membuang air kecil, kena duduk. Sekarang, berikutan rekaan baharu mangkuk tandas, ramai kencing berdiri.
Sedar atau tidak, pengaruh luar mampu membuat kita berdiri biarpun sebelum ini duduk mengikut adat orang timur.
Dahulu kalau lelaki membuang air kecil, kena duduk. Sekarang, berikutan rekaan baharu mangkuk tandas, ramai kencing berdiri.
Sedar atau tidak, pengaruh luar mampu membuat kita berdiri biarpun sebelum ini duduk mengikut adat orang timur.
ada sesetengah lelaki tak PUAS buang air secara berbaris ..sebab orang nampak, nak juga sembunyi tempat terlindung.
BalasPadamMalu-malu nampak geleng-geleng kepala/kejang pada ujung operasi, tetapi masih tetap berdiri.
nota; Entah betul? buang air gaya berdiri memberi kesan dalam "perhubungan"..????..juga kata orang tua.
Betul tu, lagi pun tak manis kencing berdiri. Walaupun org tak nampak. He..he..
BalasPadamBetul. Kita terlalu terdedah kepada pengaruh luar hingga kita tak tahu mana yang betul, mana yang salah.
BalasPadamDan yang paling kronik ialah, kita tidak ada buffer oleh mana mana pihak terutama remaja yang sangat terdedah dengan anasir luar ni.
Contoh paling haramjadah ialah negro babi yang dera anak kecil 3 tahun. Sorrylah bro, but I just cant accept it. And the mother sanggup melindungi jantan tu.
Adakah kita ni semua dah hilang waras? Adakah kita ni semua dah hilang pertimbangan dalam hidup? What?
assalammualaikum
BalasPadamketimuran dianggap kolot dan menyusahkan... itulah jadinya
berdiri takpa...janji puas.
BalasPadamorg tua byk pengalamannya....hehehe. yg penting, cari tempat tertutup dan terlindung.
BalasPadamSalam Mazidul,
BalasPadamBudaya melayu dan Islam tidak jauh bezanya.
Kita semenangnya dituntut untuk maju tetapi tidaklah boleh sama sekali kita menggadaikan budaya peradaban Melayu yang sentiasa merujuk kepada syariat Islam itu sendiri.
Pertahankan budaya peradaban Melayu yang selari dengan akidah dan syariat Islam dari dibawa oleh arus kemodenan.
Paling saya 'bengang' lelaki spesis saya qada hajat berdiri, selamba pancut tepi jalan, dihadang tiang atau dinding kereta jer...
BalasPadamTak malu langsung!
budaya makan berdiri macam dah menjadi kebiasaan sekarang terutamanya ketika ada majlis makan2...nak kata ada kerusi meja tak disediakan agak mustahil juga...agak malu juga bila nilai-nilai ketimuran semakin terhakis dalam masyarakat kita yang terikut cara kebaratan....
BalasPadambegini lah cara terhakisnya budaya melayu dan sunnah rasul.. sedikit demi sikit.. apabila terciptanya apa yang mereka katakan 'perubahan dan kemudahan dalam suatu keperluan hidup masa kini'.
BalasPadamMaka semakin jauhlah kita dari nilai2 ketimuran dan ritual keagamaan..
Lantas tersingkirlah umat dari kerahmatan dan keberkatan..
Dulu budak sekolah yang hisap rokok takut kalau nampak orang orang tua atau jiran... sekarang tidak lagi. Malah jiran tak berani tegur, kalau ditegur, nanti budak tu melenting dan mengejek-ejek pula, boleh jadi gaduh.
BalasPadamSaya sendiri pernah kena, malah kanak-kanak tu tayang penumbuk pada saya. Waktu malam di rumah saya di Johor Bahru, saya tegur kanak-kanak yang ibubapanya hantar mengaji ke sebuah rumah,tetapi melencung ke tempat gelap dan hisap rokok. Bila saya tegur anak jiran saya tu,dia tayang penumbuk tapi tak berani dekat dengan saya.
Saya sabar saja hari tu, kalau nak ikutkan perasaan, nak saja kejar dan belasah budak tu. Nasib baiklah boleh kawal lagi kesabaran.
www.kadikluang.blogspot.com
cuba tanye melayu, berapa ramai yg masih genar makan petai, jering serta ulam-ulaman lain (pucut putat, pucuk gajus etc)...
BalasPadamsemua nak cepat skrg en mazidul makan pun fast food jek :)
BalasPadamade org mengejar masa sehingga tak cukup masa.begitu ler kehidupan skrg yg penuh dgn saingan.
sape lambat akan ketinggalan.
rasa bimbang dan takut macamana kehidupan kita pada masa akan datang :(
orang kata,zaman telah berubah, dunia dah maju..nak buat cammana
BalasPadamkalau dulu..makan kat majlis siap orang hidangkan..sekarang serve sendiri..dulu pakai pinggan kaca sekarang pakai le pinggan pakai buang macam lampin pakai buang lak..jadi biasalah kalau dulu makan duduk sekarang kenalah berdiri..tak gi2 bro mazidul..
yang pancut(merujuk kpd kencing berdiri) kat tepi jalan/tiang/longkang/pokok kayu atau lain...ingat2lah...jangan sampai ne patuk ular...
BalasPadam*tibe2 teringat satu berita kencing ne patut ular....(tersenyum)
Kalau diberi pilihan saya lebih suka makan dan minum duduk. Tapi lately, kalau sarapan pagi di hotel-hotel mewah (sbb selalu menghadiri seminar, kursus dan perjumpaan yang dianjurkan di hotel2), mereka memang tak sediakan kerusi dan meja untuk minum. Terpaksalah makan dan minum sambil berdiri. Mujurlah biasanya hidangan sekadar bihun, biskut atau kek. Apa nak buek, masuk kandang kambing... kena la mengembek.
BalasPadamdahulu minum mesti guna cawan.kalau teguk dari botol,orang tua marah.sekarang ada macam-macam minuman botol.boleh minum sambil berjalan-jalan dan berlari.
BalasPadamAssalamualaikum, dan semoga abang Mazidul sihat sejahtera bersama keluarga dan kehidupan seharian.Saya memang telah lama menyedari perubahan yang terjadi dalam mayarakat.Semua perubahan terjadi disebabkan pengaruh dunia hari ini.Kalau kita tidak mengikut akan dikatakan ketinggalan.Sedikit demi sedikit tanpa disedari kita telah memandang ringan perkara yang terjadi disekeliling kita.Saya risau dengan perubahan ini kerana zaman kita dan zaman hari ini sudah tidak selari lagi dengan budaya kita.Pesanan dan nasihat dari orang yang lebih tua tidak diendahkan.Bagi saya cara untuk mendidik generasi hari ini ialah dengan memperuntukkan sedikit masa kita dengan mendekati golongan muda dan bertukar-tukar fikiran dan dalam masa yang sama kita cuba untuk memberitahu kisah dizaman kita dengan zaman mereka.Ini akan dapat memberi mereka sedikit pengetahuan tentang perubahan yang terjadi antara budaya kita yang semakin hilang.Kalau kita nak tegur golongan muda ini terlebih dahulu kita hendaklah mendekati mereka dan ambillah masa untuk menegur perbuatan mereka dengan cara halus.Kita kena luaskan fikiran mereka dengan cerita yang terjadi kepada orang lain dan dalam masa yang sama kita kembali kepada situasi mereka.Pendekatan yang saya gunakan sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit rasa tidak hormat mereka kepada golongan dewasa.Kita tidak seharusnya menyalahkan mereka 100% diatas ketidakfahaman mereka dengan budaya orang Melayu dan Islam.Salah kita juga yang terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa bahawa kita sebenarnya hidup dalam masyarakat yang memang kitalah pula sebagai pengganti generasi dahulu untuk mendidik generasi sekarang.Kalau hari ini kita tidak melakukan perubahan mana mungkin generasi selepas hari ini akan membawa segala peninggalan nasihat dari orang tua-tua dahulu.Contohnya kita lihat sahaja berapa ramai yang pandai me,mbuat pantun secara bersahaja.Hanya ada beberapa kerat sahaja termasuklah kita.Semua ini tidak dipraktikkan sehinggalah hilang sedikit demi sedikit.Golongan muda sebenarnya kalau kita faham mereka ini baru sahaja nak kenal dunia.Mereka belum merasa betapa sedikitnya perkara yang indah.Lebih banyak perkara yang merosakkan.Jangan kita biar luka yang sedikit semakin parah baru kita nak berubat.Semua orang ada tanggungjawab masing-masing terhadap masyarakat.Pengamal media pula jangan hanya melaporkan sahaja tanpa diselitkan sedikit nasihat.Kita mestilah mempunyai pendirian dan kita janganlah terlalu cepat untuk membuat perubahan tanpa mengambil berat apa yang mungkin terjadi dibelakang hari.Lambat tak semestinya tak sampai.
BalasPadamkadang-kadang ada yang syok buat sesuatu secara berdiri, kadang-kadang buat secara duduk lagi syok.. 50/50 ar...
BalasPadamSdr Mard saya masih amat menyukai ulam-ulaman..
BalasPadamBudaya makan & kencing berdiri ini kena diperbetulkan. Penaja pun kenalah perbetulkan lokasi, terutama ketika majlis minum-minum di hotel-htel besar.
Masih ada sebenarnya tempat mencangkung di hentian rehat atau mana-mana tandas awam. Kita sahaja nak cepat maka syaitan pun sukalah amat! Air kencing orang kencing berdiri itu ubatan buat syaitan yang cedera ketika lari lintang pukang mendengar Azan. Ada kitab mengatakan begitu. Wallah'hualam bissawab!
Peratus minum sambil berdiri ikut kemahuan individu, semasa kelas /seminar ada yang bawa gelas ke dalam kelas ada kerusi,
BalasPadamrasanya ada dua kali sesi kudapan pukul 10.30 am dan 4.30 pm, jadi semasa sarapan pagi tengah hari dan malam masih ada kerusi.
kenduri buffect/ jamuan raya?? bergantung individu samada menghormati tetamu didepan berlawan cakap dari segi pangkat@prioriti.
jika prioriti lebih rendah dari kita, wajar kita ajak mereka duduk, kecuali segan sebab mereka tinggi pangkat dari kita.(protokol)
Selain protokol makan bersama orang/tetamu luar samaada berdiri atau duduk.
BalasPadamJika bersama dengan BOS, saya tetap duduk dan menjamah dengan tangan jer, walaupun semua kakitangan lain dan bos makan dengan pisau, sudu atau garfu( meja bulat). Geli bunyi sudu 'kong keng kong keng'semasa cucuk ayam, walaupun ada orang jeling makan dengan tangan. Kepuasan masing-masing.
teknologi terkini mementingkan masa... semua kena cepat.. makan duduk melambatkan... kencing duduk juga melengahkan masa...
BalasPadamakan datang semua kerja akan dilakukan secara berlari...