Jumaat, Oktober 23, 2009

Huh!

“Saya mahasiswa tahun akhir di Universiti Malaya, berumur 21 tahun. Setakat ini melabur lebih RM40,000 dalam MLM. Sekarang upline buat tahi, kita orang tidak dibayar. Ribuan pelajar tertekan, gagal peperiksaaan, bergaduh dengan keluarga, pinjam duit ah long dan ada sampai hendak bunuh diri. Tolong jumpa saya untuk mendedahkan masalah ini”

Itu antara pesanan ringkas, SMS saya terima malam semalam. 22 Oktober, jam 1.42 pagi, wanita mendakwa bernama ‘May’, 35 tahun, menghantar SMS berikut kepada saya melalui talian hotline 360.

“Hello, my name is May from PD. I have nowhere and nobody else to turn to. It’s hard to explain but briefly I have 2 major problems. 1. There is an ah long chasing after me. 2. I have a daughter aged 11. My parents have been looking after her since 2004. Three days ago, I told my mum that I would have my daughter to stay with me here in PD. My mum refused and was asking for RM20,000 as a ransom to release my daughter. I am shocked, depressed and at the same time living in fear, scared if the ah long could find me. I badly need advice, counseling and help right now. This situation is killing me. I don’t know how much longer that I can stand. Please get me before I commit suicide!!!”

Huh! Masalah kewangan jelas mampu mendorong manusia berhasrat mencabut nyawa sendiri rupanya. Ada masalah boleh dibantu, ada di luar jangkauan saya.

News! 12.50 tengahari tadi, kedai emas dirompak di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Empat perompak, Cina dan India bersenjatakan pistol dan parang dilapor memandu Toyota Camry dicuri melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM600,000.

13 ulasan:

  1. Salam kat semua
    Manusia kini jadi hamba duit..termasuk saya sendiri...:(
    Bukit beruntung? Nasib saya tak pegi area sana waktu rehat tadi..

    BalasPadam
  2. ....kita orang malaysia tak pernah serik dan tak pernah ambil iktibar rupanya...saya banyak pengalaman tentang kes mcm ni..berlaku disekeliling saya aje..yg melibatkan wang puluhan ribu ringgit..
    ....kadang2 tak paham dibuatnya mudah terpedaya..apa lagi nak dikata tepuk dada tanya diri sendiri...
    terima kasih..

    BalasPadam
  3. satu teknik bisnes ...

    serik soal kedua
    bila pengarah itu sendiri yang menyamar pencarum ahli MLM.
    Gula-gulakan keuntungan modal didahulukan ..
    pandai buat pandai tanggung, bila terlampau cekap dalam bisnes nak untung cepat.

    BalasPadam
  4. 1.Ukur baju di badan sendiri.

    p/s:Tepuk dada tanyalah........(sakit jgn tepuk kuat sgt.)

    BalasPadam
  5. Duit bukan segala-galanya tapi segalanya memerlukan duit...hatta masuk jamban pun perlukan duit...

    Isk2...muda-muda lagi dah berhutang berpuluh2 ribu...tak termasuk hutang pinjaman pelajaran lagi...nak bayar pun seksa jugak nanti...

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. huh!
    kawan saya, ! kelas terlibat dengan perniagaan piramid camni..

    tinggal beberapa orang je termasuk saya tak masuk bisnes tu.
    pernah jugak tanya mak,
    "mama, boleh tak kakak masuk *********???"

    mak cakap,"kakak, jangan tertipu, mama dah banyak pengalaman niaga piramid ni... tugas kakak sekarang, blaja je. duit, biar mama dan papa fikir.."

    saya ikut je apa orang yang makan garam dulu cakap. Pengalaman mengajar....

    BalasPadam
  8. Berfikir sebelum terkena.. kalau sudah jadi macam kes May ni, semua orang pun buntu memikirkannya.. apa tindakan Bro selanjutnya?

    BalasPadam
  9. Bro, mungkin dengan berjumpa dengan Bro dapat membantu sedikit sebanyak tekanan yg di hadapi oleh May.

    BalasPadam
  10. teringat pesanan mak saya..
    "hidup jgn sampai jadi hamba duit"..

    kalau tak ini laa jadik nya..

    BalasPadam
  11. "HUTANG"
    Perkataa yang sangat sinonim bila berbicara bab duit.
    Terserah ngan sikap individu tu sendiri, camana nak handle, kita pon berhotang gak, hopely still under control, berpada2lah eea.. (biar papa asal jangan kendana)
    Kalo dah nafsu tamak bermaharajalela, macam2 penyakit bole timbul.
    **Terfikir sejenak, bila mendengar Khutbah Jumaat siang tadi, membicarakan perihal HUTANG2 ni.
    Tertarik ngan sebaris ungkapan dari khatib, "setiap pemiutang wajib membayar hutang2nya dan janganlah sampai membebankan dan menyusahkan pewaris2 serta cucu-cicitnya di kemudian hari"
    Semurga kita sama2 mendapat iktibar......

    -SAY NO TO 'AHLONG'-

    BalasPadam
  12. Dulu ada kartun Tan Tin Tun, dalam GilaGila ada kata, "Ada duit semua boleh jadi"

    Mulanya AM percaya, kerana kalau tak ada duit, nak buang air kecil pun tak boleh, sebab tandas sekarang ni pun kena bayar.

    Tetapi rupanya ada orang yang tidak tahu menghargai duit. Melabuar puluhan ribu ditempat yang tak pasti jaminannya. Kalau masuk fixed deposit, dah berapa banyak untung?

    Lebih malang lagi, ada yang meletakkan nyawa mereka lebih rendah nilainya dari duit, sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan duit.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  13. Kepada May,

    Jika anda sudah maklum bahawa AhLong sedang memburu anda, untuk apa lagi anda mengheret sama anak anda? Bukankah lebih elok jika anak kecil itu terus tinggal di sisi keluarga anda dengan selamat? Anda tidak tahukah jika AhLong dapat tahu tentang anak anda itu dan akhirnya menjadikan anak itu sebagai mangsa bagi 'menjelaskan' hutang anda? Fikirkanlah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.