Jumaat, Oktober 02, 2009

Jom Betulkan CNN

Telinga saya sakit.

Sakit, sakit dan sakit.

Sejak Indonesia dilanda gempa bumi, Cable News Network, CNN membuat liputan dan berulang kali membuat kesilapan.

“Pe-deng”, lapor wartawannya, “Pe-deng”, dibaca penyampai beritanya. Stesyen televisyen bertaraf antarabangsa, langsung tiada inisitif mencari sebutan betul nama bandar berpenghuni 900,000 di Sumatera Barat dilanda bencana itu.

‘Padang’, maksudnya ‘field’ dalam Bahasa Inggeris, padang bola dalam Bahasa Malaysia, soccer field, dalam Bahasa Inggeris. Malaysia dan Indonesia berkongsi perkataan dan sebutan sama.

Perkataan ‘Field’ dan ‘feel’, bunyi sebutan seakan sama tetapi kedua perkataan membawa maksud berbeza. ‘Debt’ ertinya hutang. Sebutannya ‘det’, silent ‘b’. Sama seperti ‘doubt’ bermaksud keraguan, sebutannya ‘dout’, silent ‘b’. Itu bahasa Inggeris, kekadang agak mengelirukan.

Tetapi ‘padang’ disebut pa-dang, bukan pe-deng. Ganjil benar bunyi sebutannya dek lidah pelat orang putih. Jom kita hantar emel kepada CNN, kita perbetulkan sebutan penyiar di stesyen TV terbabit.

Saya telah menghantar emel kepada CNN semalam. Berikut respon saya terima.

'Thank you for the e-mail you sent concerning CNN.com! This auto reply is your notification that we have received it. CNN.com staff regularly reviews and evaluates the information provided by our users to ensure that our site is of the highest quality. Your input helps us consider changes that will most appeal to you, our valued user.

Feedback submitted through this section will be included in the response report that is prepared and made available each day to our producers and senior management.

CNN'

Update Jumlah korban gempa bumi di Indonesia mencecah1,100 orang

22 ulasan:

  1. ..

    lidah mat saleh..
    tak tau mereka dengarbuka stesyen TV tempatan atau tak..

    BalasPadam
  2. betul laa tu.. selama nih mereka fikir.. hanya mereka saja yang betul.. yang pandai..

    syabas cik Mazidul.. :)

    BalasPadam
  3. salam..bila difikir2..lbhkrg je...lidah kita pun kdg2 trsasul!.sya ingt kena ubah skit je...bg depa mkn apa yg kita mkn...n kita mkn apa yg depa mkn...blh x??
    huhuhu.....

    BalasPadam
  4. Kena bukak kelas bahasa melayu kat CNN. Ader sesiapa cikgu yg volunteer nak ke CNN mengajar bahasa melayu.TV3 sponsor dan abg maz propose....Abg Maz lah pegi sana....Boleh bukak cawangan 360.

    BalasPadam
  5. Sebenarnya Bahasa Melayu adalah bahasa kelima ramainya manusia berkomunikasi di dunia ini. Seharusnya kita berbangga dengan bahasa ibunda kita ini.

    Penyampai berita seharusnya peka dengan sebutan sesuatu tempat agar tidak sampai ditertawakan orang mendengarnya.

    Maka itu seharusnya lidah yang keras itu kenalah dilatih berulang kali sebelum buat liputan.

    Samalah ada kalangan penyampai berita kita pun keliru nak lafaz sebutan baku banyak perkataan; seperti perang, sepak, telor, semak, kepak & banyak lagi. Peliknya kita ini kalau baca berak tahu pula sebutan bakunya!. Benda busuk begitu, hafal di mulut.

    Mungkin puncanya kita buang huruf é. Jika tanpa latihan & tak faham maksud ayat yang diskripkan memang nahas.

    Kenapa kita kelirukan bahasa kita, seperti Kot! istilah betul kut! (sebutan kot) top-top mengapa pula tak dieja tup-tup, Ugama terkini jadi Agama. Tauladan sudah jadi Teladan. Aduh!.. adoi! memang ejaannya berlainan tetapi maksudnya sama sahaja. Memang kita kaya bahasa; istilah Bahasa Melayu ini sering berubah. Kena rajin mengikuti perkembangannya.

    Saya sendiri tak setuju Pulau Pinang disebut Penang, biarlah Singapura itu disebut Singapore; itu bukan negara kita.

    BalasPadam
  6. zz >> jom makan nasik PEDENG..!

    salah sebut jadi PEDANG..heheh :p

    en mazidul..kalau jupe zz jgn lupa tempek gambo dia yg hemsem kat sini ekk.. :D

    BalasPadam
  7. sa-ye tydack bergiftwo falseh brebus-harsha Melayou , sirbad sa-ye or -ren put-teh . hihiih.

    berputar lidah sa-yer.

    BalasPadam
  8. Salam..

    saya pasti mesti mailbox TV3 akan penuh jika mereka juga menghantar kesilapan2 sebutan di dalam Nightline..

    BalasPadam
  9. lidah keras la bang..ekeke..maybe kalau ader teguran berturutan boleh ubah rasenyer...jom reramai email cnn..ekeke...

    BalasPadam
  10. Salam..

    a'ah kena ramai2 hantar emel, biar mereka faham dan sedar, kdg2 mereka tahu tapi malas nk tegur atau betulkan sebutan tu.

    wallahu'lam

    BalasPadam
  11. Salam,

    Saya ingin off-topic sikit. Ini berkaitan bantuan dari Malaysia kpd mangsa gempa yg di tolak gara2 dikaitkan dgn hasil judi. Alasan yg tak masuk akal kerana disebalik alasan penolakkan bantuan dari Malaysia, mereka tetap juga menerima bantuan dari Amerika yg jelas ada hasil judi dari Vegas etc.

    Berita ini membuatkan saya terfikir, apakah sumbangan wang yg saya hulurkan nanti akan di sia-siakan ditepi jalan sahaja?

    ---------------berita asal.

    TERKAIT JUDI, WARGA SUMBAR TOLAK BANTUAN PEMERINTAH MALAYSIA
    .
    .
    Harian Kota, 2 Oktober 2009
    .
    JAKARTA - Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbangan mengalami delay. Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udara Padang selama beberapa jam.

    Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.

    "Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak" ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.

    Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di Asia Tenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama Genting Highland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalulintas bantuan korban gempa.

    "Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil, Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulai hari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang Merah Internasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya" ujar Budi S Ervan.

    Harian Kota, Jumat (2/10/2009).

    BalasPadam
  12. Salam Bro Maz,

    Saya ada satu cadangan bg mengelak kesesakan lalulintas yg diakibatkan oleh kenderaan menghalang jalan.

    Kita boleh panggil TUDM bantu dgn menggunakan Helikopter Nuri (kalo ada masih boleh digunakan la) untuk mengangkat kenderaan tersebut ketempat lain ..

    Rasanye kes2 begini ATM ada jalan penyelesaian... sedangkan kereta kebal mereka boleh alihkan, takkan treler atau lori tak boleh angkat.. ye tak?

    Tq

    BalasPadam
  13. Mat Salleh biasalah merosakkan bahasa orang lain memang mereka pandai.sebab tue mereka kena masuk u belajar bahasa asian termasuk bahasa melayu

    BalasPadam
  14. KALAU MAT SALLEH BACA...

    mazidul akmal sidik? apa bunyi pulak?

    silap haribulan dia panggil misbun sidik...lain anak orang pulak, lain kerja.

    BalasPadam
  15. Mulai sekarang kita kena ubah persepsi bahawa negara barat semuanya hebat.

    AM ada terbaca dalam satu artikel beberapa tahun dulu, ramai pelajar mereka gagal dalam peperiksaan Bahasa Inggeris walaupun itulah bahasa harian mereka. Serupalah macam rakyat kita yang gagal dalam pelajaran Bahasa Melayu. :)

    Kalau siapa perasan, bukan sahaja sebutan yang asing bagi mereka, sebutan bahasa inggeris pun mereka pelat. 'Today' mereka sebut "to die',,' See you' mereka sebut 'See ya' (ramai orang kita yang seronok tiru) dan banyak lagi loghat mereka yang sebut tak ikut 'tajwid' sebenar.

    Jika nak ikutkan perkataan 'PA' untuk penyebut 'PADANG' sama sahaja dengan 'PA' untuk menyebut 'PAKISTAN'. Kenapa mereka boleh sebut PAKISTAN dengan betul sedangkan bila PADANG boleh jadi PEDANG.

    Apapun bagi AM, ini hanyalah masalah sebutan. Asalkan mereka tidak mengubah fakta, cukup. Sebutan MALAYSIA sebenarnya juga disebut dengan sebutan berbeza-beza mengikut negara. Ada yang sebut MALAYZIE, MALAYS, MALAYZIA dan macam-macam lagi. Kita tak marah, kerana lidah mereka tidak boleh sebut MALAYSIA dengan betul.

    BalasPadam
  16. Pihak Indonesia tak komplem lak bila 'padang' di sebut 'pedenng' ye..

    BalasPadam
  17. Kalau bunyi 'padang' nak di bunyikan dalam bahasa inggeris menjadi 'pedeng' memang teruk bunyinya.. huh..

    BalasPadam
  18. Kalau diaorang nak sebut dalam bahasa Inggeris, takkanlah kerana satu perkataan 'padang' pun tak boleh sebut dengan betul. Sedangkan kita boleh sebut perkataan inggeris dengan agak baik.. Apalah..

    BalasPadam
  19. lidah si saleh overseas mcm tu la...bro.tok ingat depa ni kena mkn dodol,baru lancaq ckit....

    BalasPadam
  20. haha...british lagi lain bunyi ooo...

    BalasPadam
  21. Badrul Nazlan, itu bermaksud kita lebih baik dari mereka. Cuma kita tak menunjuk-nunjuk apatah lagi angkuh seperti mereka yang kononnya lebih segala-galanya :)


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.