Usianya baru 15 tahun, remaja mentah masih bersekolah dan tinggal bersama keluarga di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar, Chalil, Gua Musang, Kelantan.
Jam 10.02 pagi tadi saya menghubungi jurukamera, Hanapi Mat di Kota Bharu, Kelantan.
“Bandar Gua Musang kalau naik kereta dari Kota Bharu, lebih kurang 2 jam. Kebanyakkan penduduk berkerja sebagai peneroka ladang kelapa sawit. Gua Musang kiranya daerah dalam proses membangunlah,” ujarnya ringkas.
Melalui maklumat itu saya boleh membayangkan Gua Musang bukan membangun seperti Damansara, Petaling Jaya, Selangor mahupun Bangsar atau Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.
Apa hebatnya Gua Musang? Tiada. Cuma kisah remaja itu mencuit hati saya. Dilaporkan Harian Metro, semasa ketiadaan keluarganya, dia nekad membawa kekasihnya tidur bersama. Semasa diserbu penduduk kampung diketui Imam Tua Mukim Chalil, Sudin Daud pada jam 1.30 pagi, pasangan remaja ditahan berkhalwat terbabit tidur berselimut sama.
Jam 10.02 pagi tadi saya menghubungi jurukamera, Hanapi Mat di Kota Bharu, Kelantan.
“Bandar Gua Musang kalau naik kereta dari Kota Bharu, lebih kurang 2 jam. Kebanyakkan penduduk berkerja sebagai peneroka ladang kelapa sawit. Gua Musang kiranya daerah dalam proses membangunlah,” ujarnya ringkas.
Melalui maklumat itu saya boleh membayangkan Gua Musang bukan membangun seperti Damansara, Petaling Jaya, Selangor mahupun Bangsar atau Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.
Apa hebatnya Gua Musang? Tiada. Cuma kisah remaja itu mencuit hati saya. Dilaporkan Harian Metro, semasa ketiadaan keluarganya, dia nekad membawa kekasihnya tidur bersama. Semasa diserbu penduduk kampung diketui Imam Tua Mukim Chalil, Sudin Daud pada jam 1.30 pagi, pasangan remaja ditahan berkhalwat terbabit tidur berselimut sama.
Chalil, kawasan bercuaca sejuk agaknya. Tetapi saya yakin keduanya pasti lebih ‘sejuk’, menggigil sewaktu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Gua Musang untuk tindakan lanjut.
Nota Dalam 'Gua' cuaca selalunya sejuk, 'Musang' berbulu lebat, penebat kesejukan. Tetapi suhu di Gua Musang rasanya tidak sejuk, kan?
Gambar (kanan) Perbezaan ketara di antara musang (fox) berbanding Samantha Fox :)
Jemputan Kepada bloggers di Kuching, saya dan Penerbit 360 akan berada di sana pada hari Ahad, 18 Oktober ini. Sila SMS ke 019 6330 360 jika ingin minum bersama. Tolong tulis 'blogger' di hujung mesej, terima kasih.
http://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamSedap musang bila makan ayam, tak yah bayar macam kat bandar KL...ada bayar guna dolar...
kita sedap dengar aje musang sedap 'kenyang'..hehehee
contoh remaja yang terlalu ikutkan nafsu...tak pasal2 maruah keluarga tercalar sekali....
BalasPadamp/s: comel gambar musang tu... :D
salam,
BalasPadamikut hati mati
ikut nafsu lesu
ikut rasa binasa
Mie, Azrul, Eyda, malang sekali individu diberkas itu remaja berusia 15 tahun.
BalasPadamSejuk atau panas bukan menjadi persoalan.Di gua atau di bandar juga tidak menjadi persoalan. Persoalannya sekarang ini ialah terhakisnya benteng maruah generasi kita..fikir-fikirkan!
BalasPadamAlahai budak2 skrg gitu ler ye... dulu2 kita reti pun semua ni... bercinta pun lepas tamat belajar...
BalasPadamApa nak jadi ler ye..
masa combi kecik2 dulu selalu ditakutkan dgn musang berjanggut..
BalasPadam"jgn keluar pada waktu malam nanti ada musang berjanggut.."
musang dah dapat mangsa..muda bergetah dan masih HANYIR lagi.ishhh :(
Biar pun Gua Musang tidak sehebat Damansara mahupun Georgetown namun 'kehebatan' remaja adalah sama sahaja. diceruk kampung mahupun di tanah felda pasti ada masalah 'Musang sejuk' ini.
BalasPadamSama-samalah kita nilai diri serta anak-anak kita. jangan cepat menunding jari pada orang lain.
nasib baik kena cekup..
BalasPadamkalau tak..tak tau berapa lama lagi dok ulang keje2 terkutuk tu
mudah2an...lepas kena tibai oleh mak bapaknya...kena tarbiah oleh tokm ketua...insaf la budak tu..
encik mazidul patut letak gambo megan fox. lagi seksi. hehehe.
BalasPadamSalam BRO MAZ
BalasPadamsamada gua atau di puncak gunung sekali, iman tidak akan berubah jika kejap disemat di dada.
Yang berlaku pada anak orang, tak mustahil terjadi kepada anak kita...
Cabaran yang menanti kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab...
Terimakasih berpesan-pesan.
Salam Bro,
BalasPadamumpama sehelai kain putih lah tu Bro, kalo celup ngan nila, biru lah jadi nye.. nak lentur buluh, dari rebung nye.., payah beno kalo dah jadi buluh. Banyak pengajaran leh kita dapat dari ceta tu Bro. nak tuding jari kat sapa ni...??
** last2, kain putih tu jugak le, buat selimut kita nanti.... kita kena ingat tu..!!
Bila sifat haiwani yg ada dlm diri tidak dipagari dengan syariat Tuhan, Ruh yang suci yang bersifat malakiah tidak disucikan dengan nur Iman, maka tiada yg mustahil akan berlaku di dunia ini...itu baru yg tertangkap..bagaimana yg diluar sana?berjuta lagi..Allah shj yg Maha mengetahuinya....
BalasPadamDiharapkan ulama dan umara' bergandingan utk mendidik dan membaikinya...dengan mengikut cara Nabi SAW...pendidikan hati...pendidikan ruh..Ruh yang telah suci..hanya perlu digilap dan diasah seperti emas yang disaluti tanah....InsyaALLAH bercahayalah kembali hati manusia di dunia ini dan akan lahirlah manusia yang tidak menjadikan HAWA NAFSU sebagai Tuhan.
http://catatnhamba.blogspot.com
salam semua..tuan Blog..
BalasPadamagaknya dua remaja sedang membangun, sedang menguji ,'bangun' ke tak...
bila hamil barulah ada pembangunan keluarga..
bukit bukau..memang sejuk..
bandar G.musang, sejuk bila pagi hari kabus n kabut
P/s:
dari Kota bahru belah kiri,sebelum Balai polis, tepi jalan masuk ke kilang kelapa sawit kesedar..
macam-macam diorang ni... Senang2 je bawak pakwe tidur kat umah. Untung pakwe dia.
BalasPadamnauzubillah..
BalasPadammana pegi org tua remaja tu?
mintak dijauhkan anak2 kita dari perkara2 mcm ni..
Gua Musang kalau tak silap saya mmg takut kalau nak bawak krete sorang sorang...
BalasPadamGELAP.....Nanti ader hantu lah...ader Komunis lah..
Tapi skrng lain citer...berani diorg nie.....HANTU YG TAKUT DGN DIORG KOT...
tak pun, diorg nie anak HANTU KOT..
Salam Mazidul,
BalasPadamRemaja hari ini adalah pemimpin hari esok.
Marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang akan dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa yang tercinta.
Ramai juga remaja golongan pelajar yang datang dari keluarga bermasalah yang mampu bertatih menanggung onak duri dan rintangan dan berjaya.
Keprihatinan dan kawalan sosial yang semakin hilang dalam masyarakat, baik di kota mahupun di desa perlu dikembalikan.
izad..
BalasPadamitu adalah pengaruh ayam hutan dari ayam bandar..
swasta, cuti pada Ahad di G.musang, kerja pada Jumaat.
Perlakuan anak-anak adalah hasil didikan ibubapa. Guru-guru adalah sekadar fasilitator di sekolah.
BalasPadamApa yang mendorong remaja tersebut menjadi begitu? Mesti ada faktor-faktornya. Pada saya, remaja ini kurang perhatian dari ibu bapa dan keluarga. Kerana, jika cukup perhatian, sudah tentu ibubapa remaja ini sudah melakukan yang sepatutnya untuk menghindari perkara ini dari terjadi.
Apa jadi dengan remaja tersebut?
Dulu bila kerajaan mencadangkan agar pembelajaran seks disekolah diperkenalkan, ramai yang protes termasuk orang politik. Mereka kata, kanak-kanak masih terlalu awal untuk didedahkan dengan seks.
BalasPadamMungkin apa yang ada dalam kepala otak mereka ialah, bila sebut pembelajaran seks disekolah, anak-anak mereka akan diajar bagai mana cara 'buat anak'(?)
Seorang brother, tempat AM pernah merungut, berkenaan filem-filem yang ditayang diTV dan cable TV yang katanya membuat dia rasa malu kerana anak-anaknya yang masih kecil juga menonton adegan-adegan yang tidak sepatutnya mereka tonton.
AM katakan kepadanya, kita tidak boleh menyekat anak kecil menonton filem di TV hanya kerana ada adegan-adegan yang tidak sepatutnya mereka 'buat'. Menghalang tanpa pemafahaman tidak akan membawa apa-apa makna.
Yang penting, biarkan mereka tonton (tetapi jangan pula biar mereka menonton filem lucah), tetapi mesti ada pengawasan ibubapa. Beritahu kepada anak-anak bahawa itu budaya Barat dan kita tidak boleh lakukan. Kita hanya boleh lakukan bila telah dewasa dan telah berkahwin.
Usia remaja adalah usia untuk mencuba sesuatu. Mereka akan cepat 'teruja' bila melihat sesuatu dan terasa ingin mencubanya. Peringakat usia remaja tidak mengenal erti hukum dan tidak tahu bahaya yang menanti.
Ibubapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling semuanya berperanan untuk mendidik. Ibubapa sepatutnya sentiasa memerhati gerak geri anak-anak dan lihat perubahan-perubahan yang mungkin ada pada anak-anak.
Anak-anak bukan seperti anak ayam atau anak pokok, yang boleh dibiarkan membesar dengan hanya memberi makan atau meletakkan baja sahaja.
www.anak2merdeka.blogspot.com
assalamualikum bro!!
BalasPadamarap2 sihat..
saya sbgai org klate trase malu lah...
tapi tu lah hakikatnye.tpi terasa teramat malu dia tuh bangsa kita!!
apa nak jd ..budak2 sekarng ni buat maruah tu mcm takde nilai.
saya ader buat komik pasal remaja pasal kes terlanjur. samapi buang bayi!!tp buat masa sekrang saya tak upload lg bz ckit!bila da siap edit dan ada ms aya uplod n bg tau abang.saya arap benda ni boleh kongsi intuk semua,sbb komik ni saya buat,n saya tampal d stesen2 bas sekitar k.b
jd saya nak benda ni boleh kongsi untuk semua
Salam Mazidul,
BalasPadamPendidikan seks untuk remaja perlu diberikan untuk pendidikan bukan bagaimana melakukan seks atau yang kita kenal safe sex, tetapi dititik beratkan pada akibat-akibatnya apabila para remaja melakukan seks bebas, jadi mereka mempunyai pandangan bahwa seks sebelum nikah mempunyai impak yang sangat berbahaya baik dari segi kesihatan, sosial dan psikologis.
Satu-satu nya cara save sex adalah dengan pasangan yg sah (suami dan isteri). Selain dari itu sangat tidak selamat, baik di dunia apatah lagi diakhirat.
Pendidikan sex menurut saya adalah pendidikan mengenai bagaimana cara berinteraksi dengan lawan jenis. Termasuk di dalamnya aspek etika, sopan santun, juga pengetahuan mengenai anatomi tubuh, fungsi2 alat regenerasi,dll. Ia harus dikenalkan sejak kanak-kanak lagi, disesuaikan dengan usia dan tingkat pemahamannya.
Dalam Islam, pendidikan sex sudah diatur secara lengkap, mulai dari aturan menutup aurat, pergaulan dengan lawan jenis, mandi junub, pernikahan, dll.
Tanpa pengetahuan yang cukup para remaja ini akan berjinak dengan apa yang mereka fikirkan kerana informasi yang mereka perolehi tidak benar dan mendidik, terutama informasi yang mereka peroleh dari laman-laman porno di internet yang boleh diakses dengan bebas.
alaaaa...malangnya saya kat Bintulu..kalo tak leh jmpe sambil tukar2 info ke..huhuhu..
BalasPadambest gak 360 td tp nk suggest satu tajuk:
budaya arak di kalangan masyarakat islam..kalo nak tau, harga setin arak adalah lebih murah berbanding dgn harga air coca cola kat Labuan..kat Bintulu pun bersepah2 tmpt leh cr..xd sorok2 pun..till then we as real muslim have to make something before it getting worse..masalah pondan kat kuching pun leh tahan gak..g lar mlm2 kat area waterfront..konpom ader nyer la..hahaha..kat kuching pun sm je masalah araknya..
jazkye.blogspot.com
intro bro kt 360 mlm ni mmg menarik sekali mengenai isu "penyalahgunaan gam" dan untuk meletakkan sebagai barangan kawalan. apakah maksud kawalan? mungkin bro pun sudah tahu, petrol juga jika di salahgunakan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hilang kawalan(pertimbangan). tp petrol senang untuk didapati di mana² stesyen petrol.
BalasPadamTak mengapa la. Sekurang-kurangnya dia tahu mencari 'species' yang sesuai untuk dirinya. Sekurang-kurangnya dia tahu, lelaki dicipta untuk wanita, bukan untuk lelaki. :)
BalasPadamKalau untuk mendidik remaja tersebut dengan ajaran agama, rasanhya tidak ada yang kurang di Kelantan itu. Tak tahulah jika ustaz-ustaz mereka terlalu sibuk berpolitik sehingga terlupa hendak mengajar anak bangsa tentang halal dan haram.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Musang jebat lari tinggal baunya...
BalasPadamDi mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti...
Masih terlalu remaja, agar pasangan ini dapat ditarbiah & bertanggungjawab atas perlakuan mereka.
Keruntuhan moral sebenarnya bukan hanya di bandar di perdalaman pun sama. Keluarga & masyarakat kenalah sentiasa memantau anak remaja kini. Tanpa kompromi dengan maksiat ini.
Hee.. dunia-dunia..
BalasPadamTerima kasih atas jemputannya.. Saya di Bintulu tidak dapat hadir minum sama dengan kamu lah bro.
Walau bagaimanapun, selamat berjaya dan 360 mmg dah sampai tahap THE BEST untuk mengorek "KETIDAKBETULAN" dalam negara... TQ