Rabu, Oktober 28, 2009

Saya YB!

Dalam ruangan komen entry di bawah saya mengusik blogger, Hazrey.

Dalam Pilihanraya Umum Ke-12, PRU-12, Barisan Nasional, BN, meletakkan calon Dewan Undangan Negeri, DUN, berbangsa India sedangkan majoriti pengundi Melayu. Maka calon itu tewas.

Parti Pakatan Rakyat, PKR, bertindak lebih bijak, meletakkan calon Melayu. Beliau bekas posmen tetapi berjaya menewaskan calon BN kerana dia Melayu. Bagaimanapun, wakil rakyat terbabit mengumumkan beliau kini menyertai parti bebas.

Keyakinan pengundi terhadap calon BN dan PKR terhakis.

Jika saya bertanding kerusi DUN dalam PRU-13 mewakili parti mana sekalipun, entah-entah boleh menang.

Tapi terfikir, pasti pembaca blog ini akan kekok memanggil saya ‘bro’, kan?

Kerana pada ketika itu saya bergelar ‘YB’!

Ha Ha Ha! (Hazrey, praktis panggil saya YB)

23 ulasan:

  1. alamak...
    xdok perak la.
    cne nk undi...

    xpe2...
    ley tlg sebar propaganda
    sebar risalah guna elicopter nuri nanti...
    tiru jepon mase dolu2...
    papehal roger je...
    gyahahah~

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ..

    hahahha lucu lak nak pangggey YB MAZIDUL, sbb tak terfikir lak sampai ke situ..

    ehh tapi kalu jadi YB pun ok aperr... jadi Wakil Rakyat dan Wakil Blogger(s). So, kalu kita orang nak komplen atau nak mintak subsidi ker biasiswa jer, mintak thru komen sini jer, leh tak? hahaha...

    BalasPadam
  3. selamat berkhidmat YB..hehehe...mana tau kot jd knyataan, hrp2 masalah rakyat cepat diselesaikan

    BalasPadam
  4. YB Mazidul... hehe~~~ takleh la nak pnggil bro mazidul dh.. mau la ternganga org nanti.. haha~~~

    ada cita2 ke nak jd YB??

    BalasPadam
  5. saya akan UNDI Bro... hidup Bro untuk masyarakat kita... haha. Bersemangat sangat nih..

    BalasPadam
  6. Bro, mungkin juga Bro bleh menang kalau bertanding.. Ramai juga pengikut Bro ni.. Mungkin kitaorang panggil Bro pasni YB Bro...

    BalasPadam
  7. salam (YB) mazidul,

    sebelum saya kekok nak panggil suatu masa nanti,
    terlebih dahulu saya kene prektis kan. he he he.
    maaf maz. gurau je.

    walau bagaimana pun, jika tujuan itu baik, tahniah.
    dapat duduk kat situ income ribu2,
    kerja bukan susah. apa kebanyakan mereka buat cuma cari salah org(pemimpin lain) je.
    kan kan..

    BalasPadam
  8. Pada saya x salah nak panggil 'YB Mazidul'- Interpretasi saya : Yang Berkerja dgn Berani, Yang Bercakap berdasarkan fakta. Yang Berbadan Besar pun boleh gak... Jgn marah.. ni semua berkat masakan Isteri Yang BEST kan3..

    BalasPadam
  9. Bro, saya kurang setuju Bro Mazidul masuk politik. Pertama, jiwa dan karektor Bro lebih sesuai berkhidmat sebagai wartawan. Wartawan pun boleh berbakti kepada masyarakat.

    Kedua, jangan ingat mudah nak jadi YB. Hari ini, orang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan peluang jadi YB.

    Teringat pesan arwah ayah dulu, "Politik ni, esok berkawan, lusa boleh jadi musuh..."

    Ntah lah, saya rasa kebanyakan YB kita, tak kira mana platformnya, ada agenda peribadi... Rakyat bukan keutamaan.

    Setuju?

    BalasPadam
  10. tanak try ke?

    kita rasa u ken be great leader.

    BalasPadam
  11. nak pantun jap >>

    tak setuju en mazidul jadi YB,
    sbb org kampung mcm kita susah nak jumpa dia nanti,
    hanya setahun sekali jenguk kampung halaman ketika aidil fitri,
    sbb nak bikin open house nak pancing undi.. :p

    hehe..ok tak?? :D

    BalasPadam
  12. Walau apa pun Yang Berhormat, saya sudah bersusah payah memastikan Yang Berhormat menang. Maka, hulurlah projek sikit.

    Tapi saya taknak buat jambatan rentas sungai.

    Saya tak kecik hati dan mintak banyak, cukuplah kalau ada projek dalam 10 atau 15 errrr.. juta ringgit. Rumah YB nak renovate tak? Kautim!

    BalasPadam
  13. Dulu, sewaktu kecil, saya amat kepingin menjadi jurutera, sebab itu kehendak ayah.

    Namun,ketika berusia 12 tahun apabila ditanya, "Bila besar hendak jadi apa?", saya jawab," Jadi orang terkenal".

    Mengapa? Ketika itu 'orang terkenal' bagi saya adalah YB, wakil rakyat. Saya sebenarnya kagum meliha YB, sebelum berkunjung kekampung, penduduk sibuk menyediakan bangsal, makanan dan minuman. Bila YB tiba semua orang akan menyambut beliau, bersalaman sebelum dipersilakan duduk dan kemudian berucap. Pulangnya YB akan diiring ketua kampung dan orang tua lain.

    Saya tidak pernah menyangka, kerjaya saya berakhir menjadi wartawan. Jadi, rakan semua usah bimbang, saya tidak akan menjadi YB.

    Izinkanlah saya mendedikasikan diri di dalam bidang saya minati ini, kewartawanan.

    BalasPadam
  14. Bro Mazidul...
    Kalau Bro jadi YB, bukan takat kami je takleh panggil Bro, Bro lagi. Tapi Bro akan tgk komen2 kat BLOG bro ni pun tak sama mcm skang. Skang ni Bro banyak peminat takut nanti kalau jadi YB, banyak penghentam plak. Almaklumlah... selagi politik kat Malaysia ni tak bersih, suci, murni, Selagi tu la ahli politiknya akan dipandang serong oleh rakyat.

    BalasPadam
  15. ...rakyat sudah bosan dgn senario politik sekarang.Letaklah siapa pun calon..sekalipun calon tu tiada relationship,tak terkenal,penduduk ditempat tersebut pun tak tahu siapa dia even calon tu duduk didalam pusat tahanan Kemunting(ISA) dia boleh menang..inikan pula cik Mazidul...rakyat dah beri isyarat...
    ....tapi tak payahlah better berada didalam keadaan sekarang lebih lantang cik mazidul boleh bersuara..
    terima kasih

    BalasPadam
  16. Salam...pe salahnye kalo bro maz nk jadi YB.xsalah pon...xde hal nyek.sape yg suke bro sure dorang akan sokong.sape yang xsuke tu dok diam sudah...perjuangan tetap diteruskan.hehehhe...

    BalasPadam
  17. err.. cik YB Mazidul..

    tergeliat rasa.. hehe.. kalau nak mencuba pun apa salah nya.. tapi kalau dah jadi YB.. bersawang laa rumah ni nanti.. sunyi je.. maklum.. YB = yang busy.. :P

    BalasPadam
  18. Logik nya encik Mazidul layak jadi YB. Tugasan sekarang pun ala2 keja YB, tak betul gitu? Teringat lagu ND:
    Lewat malam di gerai tepi jalan, YB berembun melayan kawan-kawan
    Dengar pendapat dengar pandangan, sambil tu kenalah belanja makan

    Sewaktu YB balik, burung hantu pun rasa pelik
    Isteri sendiri pun dah tak larat celik, anak-anak pulak dah lama tergolek
    Selepas YB mandi, YB belek itu dan ini
    Kemudian picit-picit dahi sendiri, cari jalan nak tolong pengundi

    Hingga dinihari YB tak tidur lagi, esoknya pagi-pagi
    Dah ada tamu menanti

    Assalamualaikum YB… BERUBAH!BERUBAH!BERUBAH kita mesti BERUBAH!

    BalasPadam
  19. bro..YB mazidul...

    perghhh... masyuk tue.
    tapi bahaya la Y.B mazidul nanti. suka cungkil banyak cerita, bongkar hal sana-sini. x lama la dok bangku Y.B tue nanti...

    BalasPadam
  20. Baik YB Mazidul

    - Yang Botak
    - Yang Besar
    - Yang Boroi
    - Yang Baikhati
    - Yang Berniaga

    Yang mana satu?

    Apa pun 'Welcome to the future'

    - YB bertanding parti apa dan DUN mana?

    BalasPadam
  21. Kajang memang YBnya pernah dari kalangan wartawan. Memang benar kerjaya wartawan & kerja YB atau Wakil Rakyat sememangnya banyak berhubung kait. Malahan terkadang wartawan lebih arif pun lebih rapat dengan rakyat.

    Jika Bro Mazidul punyai cita-cita begitu seyogia dialu-alukan. Iyer jika kita sememangnya punyai politik terbuka parti itu bukan isu utama. Mana-mana parti yang hebat memerintah pun boleh tumbang jika namanya demokrasi.

    PKR & S46 nampaknya bagai seiras; jangan nanti PKR terkubur bagaikan S46; penat tenguk rakyat kita berpecah belah. Pembangkang memangnya perlu dalam demokrasi tapi kalau pembangkang itu sendiri telah berbalahan rasanya tak cantiklah demokrasi itu. Rakyat marhaen juga yang tambah keliru.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.