Khamis, Oktober 22, 2009

Lima Jari Besar

Jam 10.30 malam tadi, mereka dilaporkan memasuki kawasan perumahan tempat saya tinggal melalui pintu utama dipantau 3 pengawal keselamatan. Alasan diberi, melawat rakan sekerja tinggal di kawasan sama.

15 minit kemudian cerita terbabit bertukar plotnya.

“Saya tangkap dia orang ini semasa cuba memanjat pagar,” ujar pengawal keselamatan.

Mereka, 3 lelaki warga Indonesia, gambar saya rakamkan.

"Panjat pagar sebab apa?,” soal saya.

Malangnya, tiada jawaban terpancul dari mulut mereka.

“Kata kawan kamu tinggal di Blok A, kamu panjat pagar di hadapan Blok C buat apa?,” soal saya lagi.

Mereka tetap berdegil, mendiamkan diri.

“Aduh! Tolong Pak, minta maaf,” jerit lelaki berbaju merah.

“Oh! Ingatkan bisu,” balas saya.

“Tadi saya tanya buat apa? Lelaki berbaju putih itu cuba pukul saya. Baju merah tengah memanjat pagar. Bila saya tanya dia kenapa panjat pagar? Dia kata cuma hendak tahu samada di situ ada pagar ke tidak,” jelas pengawal sama.

Saya tersenyum, dalam keadaan kaget mungkin itu sahaja alasan terfikir dek mereka.

“Di Indonesia mungkin kamu boleh panjat pagar sesuka hati, di sini tidak boleh sebab kita ada jalan keluar,” kata saya kepada mereka.

Cuma seorang mengemukakan salinan paspot, dua lagi mendakwa dokumen perjalanan mereka dipegang majikan, Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya kemudian menghubungi pihak berkuasa. Kurang 10 minit 2 anggota polis bermotosikal bersama 2 anggota kereta peronda Balai Polis Kota Damansara tiba di lokasi lalu menahan mereka bertiga.

***

“Waduh! Kenapa di muka kamu ada kesan lima jari besar?,” tanya lelaki berbaju putih.

“Di muka kamu juga ada,” balas lelaki berbaju merah.

Lelaki berbaju belang kemudian mencelah.

“Aku juga sama”

Mungkin itu antara kandungan perbualan mereka sebelum tidur di lokap malam tadi.

30 ulasan:

  1. Berani mamat Indons ni.

    Bangkai! Datang ke Malaysia, carilah rezeki halal. Yg panjat pagar tu, tentu berniat tak baik.

    Dah belasah cukup-cukup ke, Bro?

    Ni mungkin Geng BENDERA? Sapa tau?

    BalasPadam
  2. Salam Bro,
    Waduh... pagaran segala..!
    Jangan kan pagar luar, grill rumah pon depa ni bole tembus Bro... koreng betol la depa tu!
    haha...! Da kesan 5 jari besaq tu, dah kira excuse le tu, kalo ikut rase nak tambah 25 lagi kot.., baru padan muke depa tu. Rasai'in lo!
    **jari2 misteri.........

    BalasPadam
  3. Di Indonesia undang-undang negara dan undang-undang agama, mereka perlakukan sama sahaja. Tidak lebih tinggi dari tapak kasut mereka.

    Apa sahaja termasuk 'kartu pengenalan' diri boleh dibeli, asal sahaja ada ongkosnya. Emak bapak pun mungkin mereka boleh beli.

    Di Malaysia, lelaki berkahwin dua 'sedikit-sedikit' kita dengar, tetapi orang Indonesia yang perempuan, boleh berkahwin dua. Satu suami di Indonesia dan seorang lagi di Malaysia.

    Sebab itu malapetaka sering melanda mereka.

    Dan sebab itu, dengan hanya bergelar 'negara islam terbesar di dunia' tidak mencukupi jika pengisiannya tidak dilakukan dengan betul.

    ehh lari tajuk ke ni :)

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Itu sahajakah kerja mereka ?Konklusinya mereka ini memang bajingan, yang tidak pernah mengenal untung berada di negara kita..

    BalasPadam
  5. Nampaknya semakin banyak kerja rakyat Malaysia, yang satu pihak kaut untung bawa PATI, yang satu pihak berjaga-jaga hindari jenayah kepada keluarga, tak tahu sampai bila, nak tidur lena.

    BalasPadam
  6. Memberi kesan warga sana yang betul-betul jujur nak mencari nafkah.Kesiannya. sampai bila agaknya akan berakhir.

    BalasPadam
  7. 5 jari besar?? kikiki..

    seb baik bukan tapak kaki besar!!..

    neh ler mat2 indon neh.. mai malaysia nak carik rezeki, buat ler perangai senonoh sikit!!.. neh buat tayek merata2.. lepas tuh ada hati nak ganyang malaysian!!..

    jotos jah dorang neh!

    BalasPadam
  8. Malaysia negara aman. wqarga asing dan Penjenayah boleh datang untuk .... betul tak?

    BalasPadam
  9. haha...5 jari besar??? mesti bro Maz kasi lempang sekor2 mat Indon tu..
    Alasan yang diberikan memang tak munasabah langsung...memang nak buat kerja jenayah la tu...

    BalasPadam
  10. gagak putih
    gagak hitam
    gagak kelabu semua ada

    mari mari tenguk
    kunjungi Malaysia.
    Welcome to MalazZyian

    BalasPadam
  11. Salam bro mazidul,

    lima jari tu bro punyer ker? hehe!
    nasib baik lima jari jer...kalo bunga kasut pulak macam mana?

    BalasPadam
  12. salam semua..

    saya dah tengok 360 semalam tentang gejala hidu gam. teringat zaman sekolah saya dalam ting 2 tahun 1989 dulu. kawan saya hidu gam dalam kelas masa exam. tak sedar guru terpacak kat belakang. apalagi...kena penangan guru tu lah. ader ke patut dia cakap guru tu ultraman yang nk fire dia..hahaha!!

    BalasPadam
  13. http://pkrpasdap.blogspot.com

    mazidul nak kena belasah sana indo ke?

    kalau saya herdik suruh dia marah..bila marah baru syok gaduh... orang asing nie kena ajar.

    BalasPadam
  14. padan muko dieorang..nak buat perangai tak habis2.

    BalasPadam
  15. Bro Mazidul, kekadang dengan perasaan kemanusia , sedih juga bila tgk muke sedih mereka dalam Pic bro ni. tetapi jika kelakuan mereka buruk susah pula kan. em.

    Nak sedih susah , nak simpati pun susah zaman sekarang.

    BalasPadam
  16. Salam abg maz, lari topik ckit ..minggu depan 360 nak cover skim cepat kaya kan ,, boleh tak abg maz masukkan citer noradz travel , buluh mas dan seramik .. tiga skim ini byk melibatkan org melayu terutama kakitangan kerajaan sampai ke sabah dan serawak.. info boleh dapat dddi forum topik brunei , mohon sgt agar bangsa melayu tidak terjebak lagi dgn skim umpama ini

    terima kasih

    BalasPadam
  17. jangan bagi muka....itu baru beberapa % dari entah berapa jumlah mereka disini yg merosakkan negara kita....
    terima kasih

    BalasPadam
  18. Salam En.Mazidul..
    Indon ni (bukan semua) nak cari duit banyak dan cepat.the easiest way...curi/samun/rompak.....dan sekarang siapa lagi maling? inilah jadinya kalau manusia berajakan duit....

    BalasPadam
  19. lorr mau apa an kamu panjat-panjat pagar dong..!

    hehe..dlm bahasa indon panjat tu panjat juga ke??

    hentam saja lah labu.. :D

    BalasPadam
  20. Bro

    ha ha

    Elok tu

    dapat buah tangan 'besar'

    'nakal' sangat

    kat balai nanti kalau ada rezeki

    dapat 'nasi tambah' lagi

    ha ha ha ha

    BalasPadam
  21. asslm abad mazidul,saya lari topik cikit.saya nak abg maz baca or publish komik yang saya buat.pasal remaja sekarang.
    kat blog saya
    cheritapenglipurlara.blogspot.com

    saya buat pasal cinta remaja samapi gadai maruah!!!\3 m/s je...
    saya arap sangat2 komik ni di publish kat orang awam!

    sy harap abang mazd ada masa dapat lah jengok sekejap..
    asslkm


    kepada bloger2 pun boleh jagk tagk!!!ni buakn komik picisan

    BalasPadam
  22. Salam En Mazidul, nama saya sue. Nak mintak tolong sikit, ajak 360 datang saujana apartment (bersebelahan ngan saujana damansara house). Kat sini ramai sangat bangsa gagak hitam yg tak diketahui apa kerja dorang n kebetulan ada pulak jiran baru dok seblh umah saya ni foreigner indon, india, bangla n nepal. tak tau dorang ada permit ke tak. Sebelum ni memang tak ada langsung bangsa lain duduk kat blok kami. Agak pelik dan menakutkan juga, Blok B saujana apartment (shop lot)

    BalasPadam
  23. macam-macam alasan yg di berikan.. kita pun tak tahu apa sebenarnya muslihat mereka sehingga sanggup memanjat pagar..

    BalasPadam
  24. Nie yg aku GERAM NIE...
    Aku bagi SERVIS KUDA kang diorg nie.Kat kawasan rumah aku pun ader kes...MAMAT BINGGAI INDON gak.
    Muka mcm pisang LENYEK.
    Aku geram betullah diorg nie.
    Nak je SERVIS KUDA kat Muka.

    BalasPadam
  25. Salam Mazidul,

    Apa yang diucapkan oleh ustaz dakwatmerah,'lelaki ni jahat dan perempuan ni bodoh'...memang pedas tapi penuh makna

    Bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???
    Atau...
    Ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci???

    Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya.

    Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau impian???

    Jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

    Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan nafsu untuk memiliki cinta.

    Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

    Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan

    Janganlah terlalu terburu-buru merebut cinta murahan yang berkeliaran kerana ia bakal menjadi perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban.

    Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya.

    Akibat....menyimpang seinci, rugi seribu kilometer.

    BalasPadam
  26. Sue..
    info yang menarik, jika ada BOM di Blok B itu, lepas ni sapa nak tanggung hhee

    BalasPadam
  27. Padan dgn muka dia org.Dahla dtg Malaysia main terjah aje.Pastu buat hal lagi.Itu hanya segelintir,ramai lagi kat luar sana yg bermaharajalela.

    BalasPadam
  28. bersyukur lahanya ada kesan jari... jgn ada kesan kasut udahla....

    kasut pilihan terbaik bro.... tangan org tak mandang dah....

    BalasPadam
  29. Ceritera Tahun lalu! 2008; tahun ini mungkin bertambah!.

    ...Jumlah bantuan warganegara asing ialah 16,303 orang iaitu 38.3 peratus dan kos perbelanjaan sehari untuk mereka ialah RM489,090...

    ...tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian dan kos pemulihan...

    Fakta dari Bernama

    Cuba bayangkan mampukah kita nak mencari duit sebanyak itu! sehari, Tapi kerajaan kita mampu@terpaksa berbelanja sebanyak itu. Itulah hadiah yang kita terima dari lambakan Pendatang Haram ke negara kita!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.