Rabu, Oktober 07, 2009

KPI 'Bernilai' RM228,000

Tahun ini kerajaan mula menggunakan Petunjuk Prestasi Utama, KPI, bagi ‘menggambarkan’ prestasi 1.2 kakitangan perkhidmatan awam manakala pihak swasta menggunakan laporan KPI lebih awal.

KPI dinilai menggunakan kaedah tertentu, kekadang sukar difahami. Apapun mereka dinilai dan penilai, manusia, keduanya mempunyai KPI tersendiri cuma dinilai manusia berbeza.

Di siarkan Utusan Malsyaia, akibat tidak berpuas hati dengan laporan KPI, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang, Rozilah Abdullah, 37 tahun memfailkan saman menuntut ganti rugi RM228,000 daripada pengetua sekolah, Aluwiyah Osman.

Rozilah, berkhidmat selama 11 tahun, mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya berikutan laporan KPI dikeluarkan Aluwiyah. Berikutan KPI itu, tiada pergerakan gaji untuknya tahun lalu dan pengetua sama dikata memalukannya di hadapan guru lain, menuduh dirinya sengaja enggan mematuhi perintah. Selaku pendidik, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah dan berhadapan perasaan malu sepanjang hayat dicemuh masyarakat.

Mungkin ada berkata ...

“Itulah cikgu KPI rendah”

Mungkin ada juga berbisik ...

“Itulah pelajar sekolah, cikgu saman pengetua sebab KPI rendah”

Tetapi mungkin juga majoriti masyarakat tidak kisah, bukan semua tahu ‘KPI’ itu apa. Kes akan disebut di mahkamah 5 November 2009.

29 ulasan:

  1. Bro Mazidul, saya juga dah ulas perkara ni dalam entry terbaru.

    Pengalaman bersama rakan guru, memang 'berpengetuakan perempuan' banyak kena tahan telinga.

    Pengetua perempuan biasanya rigid, bab kewangan jimat habis, dan tak keterlaluan jika dikatakan pengetua perempuan lebih ikut etika dan peraturan.

    Itu sebabnya di sekolah Rozilah, hubungannya dengan pengetua jadi begitu.

    Tapi ada juga pengetua perempuan yang ok..

    BalasPadam
  2. Salam Mazidul..

    bagi kakcik, apa pun 'kayu pengukur' yang digunakan, tak akan ada maknanya tanpa 'ketelusan'

    BalasPadam
  3. AM pada mulanya juga tidak faham apa itu KPI. Tetapi bila selidik-selidik, rupa-rupanya ianya sama dengan KRA yang telah digunakan oleh banyak syarikat-syarikat swasta sejak sekian lama.

    Ada syarikat, terutama yang tidak berapa besar jika memberi bonus tahunan kepada pekerja, akan memberinya secara purata, satu bulan atau dua bulan. Atau mungkin mengikut berapa lama perkhidmatan pekerja itu. Tetapi bagi syarikat besar, prestasi pekerja akan diambil kira (KRA).

    Walaupun telah bekerja puluhan tahun, tetapi prestasi tidak memuaskan, dia mungkin menerima bonus lebih sedikit berbanding kakitangan yang baru bekerja dua tiga tahun, yang mempunyai prestasi lebih baik.

    Pun begitu, kakitangan awam sejak sekian lama memang tidak pernah memuaskan hati. Dulu-dulu kita sering merungut bila pergi ke kaunter pejabat pos, klinik kerajaan atau apa sahaja pejabat kerajaan. Ada yang masuk kerja jam 8.30 pagi, pergi kantin jam 9.30 pagi, keluar lunch berjam lamanya, kemudian setengah jam sebelum waktu balik sudah bersolek dan bersiap-siap sementara menunggu jam 4.30 petang.

    Lebih malang, bila melayan pelanggan, seolah-olah pelanggan itu meminta sedekah dari mereka. Mereka herdik pelanggan walaupun golongan tua.( sekarang nampaknya keadaan sudah lebih baik)

    AM tidak terkejut jika guru tersebut mengalami kejutan budaya. Selama ini perkhidmatan dia terhadap anak bangsa tidak pernah dinilai. Bila dinilai rupa-rupanya perkhidmatan dia selama ini memalukan dirinya sendiri. Sebab itu dia tidak boleh terima hakikat.
    Orang yang tidak boleh menerima hakikat ada ramai di Malaysia ini. Semua orang tahu.

    Cuma satu yang AM muskil, adakah garis panduan bagi pihak atasan semasa menilai prestasi anak-anak buahnya? Tidakkah mungkin dia tidak berlaku adil atas sebab-sebab periadi, seperti dendam dan sebagainya? Siapa pula yang akan menilai prastasi pihak atasan tersebut?


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  4. setuju dgn brahimnyior..

    kalau pengetua pompuan mmg semua 'ikut buku' disamping tegas dan prihatin.

    bila guru pompuan dgn pengetua pompuan mmg ada masalah siket berbanding dgn guru lelaki.sbb lelaki ni kdg2 buat 'dek' jer :)

    skrg ni saman dah jadi mainan.siket2 nak saman.anak saman bapak.murid saman cikgu.suami saman isteri.

    dan yg latest gf bole saman bf sbb tak jadi kawin.yg ini combi suke gak sbb lelaki yg bermulut manis..hati-hati yer !

    BalasPadam
  5. sebenarnya ketelusan tu amat penting.. bila tak telus mcm ni laa jadi nya..

    kalau pergerakan gaji tak ada, bermakna index cikgu rozilah sgt2 rendah.. kalau dah sgt2 rendah sama laa mcm cikgu rozilah tak mengajar.. takkan sepanjang tahun cikgu rozilah langsung tak masuk kelas untuk mengajar??

    org luar mungkin beranggapan kerja sebagai guru nih paling mudah.. masuk kerja kul 7pg balik bila tamat sesi (1 @ 2 ptg) tapi hakikatnya tak mcm tu.. percaya laa.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

    BalasPadam
  6. Saya dah bertahun-tahun berkhidmat di sektor swasta dan setiap 6 bulan akan dinilai prestasi mengikut KPI. Setiap indeks ada "weightage"nya mengikut peratusan, dan selalunya, penilai pertama adalah immediate supervisor/boss, dan penilai kedua adalah big boss.

    Kadang-kadang penilai pertama boleh menjadi "bias" - ada jenis orang yang mengamalkan "favoritism", ada yang tidak. Jadi penilai kedua akan memastikan penilaian yang dibuat adalah saksama - selalunya penilai kedua akan menilai dari segi "deliverables" - apa sumbangan pekerja tersebut kepada kemajuan atau produktiviti syarikat.



    Kes guru ini sangat menarik. Saya ingin tahu apa yang tidak adil dalam laporan KPI tersebut dan apa bentuk penindasan seperti yang didakwa.. Saya tak faham apa kaitan penyakit tekanan darah rendah dengan kes saman ini dan kesan malu yang dihadapinya.. fakta tak lengkap agaknya.

    BalasPadam
  7. salam bro.
    Masalah ini sebenarnya sudah kama berlaku ibarat sudah menjadi barah dan duri dalam daging.Ia berlaku bukan hanya diperingkat sekolah tapi juga di peringkat agensi yang lain.
    Soalnya sekarang adalah sikap pegawai yang mempunyai perasaan hasad dengki dan cemburu yang menyebabkan cabtas mencantas berlaku demi untuk mendapatkan sesuatu mahupun ada kepentingan diri.
    Bayangkan urusan PTK hanya pada kroni sahaja dan ada yang beberapa kali mendapat cemerlang sedangkan ada pegawai mahupun guru yang berkhidmat lama dianak tirikan sehingga ada yang pencen.
    Bila sudah mendapat kuasa inilah akibat bila lupa diri dan jadilah apa yang diceritakan dalam cerita Sidik Sigaraga dan tuan penasihat.

    BalasPadam
  8. Abg Mazidul,
    Kalau ber boskan org perempuan mmg camtu. Kenalah tahan sikit. Diorang ni straight mmg gile2. Tapi ada jugak yang ok.

    BalasPadam
  9. salam bro mazidul,

    saya ada hantar email ke mazidul360@yahoo.com.my berkaitan isu seakan ini yang menyentuh dilema profesion perguruan tapi sayangnya masih belum berbalas.

    mohon ya. =(

    BalasPadam
  10. Salam kat semua
    EJa..cakap tru pengalaman ka?huhuhu..
    Saman menyaman sekarang dah macam agenda komersil la..huhuhu

    BalasPadam
  11. Setuju dengan ejaescobart bahawa kerja guru tidak semudah apa yang kita pandang. Mereka seolah-olah bercuti setiap kali cuti persekolahan. Hakikatnya tidak. Banyak lagi 'kerja rumah' yang mereka perlu siapkan sementara mengunggu sesi persekolahan akan datang.

    Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan krikolum yang kadang-kala memeningkan kepala, tetapi juga berhadapan dengan murid-murid yang kurang asam.

    Bayangkan jika guru muda ditempatkan di sekolah menengah, yang muridnya lebih tinggi dari guru itu sendiri. Sekali guru marah, sepuluh kali anak murid herdik guru. Siapa yang ambil tahu perasaan guru?

    Tetapi jangan lupa, ada guru yang 'liat' untuk buat kerja lebih. Setakat kerja ikut waktu. Kemudian balik rumah tidur. Prestasi murid tidak pernah diambil peduli. "Ala kalau gagalpun bukan anak aku".

    AM tak menuduh. Tetapi kemungkinan guru tersebut merupakan seorang dari guru-guru yang AM maksudkan itu. Siapa tahu? Setakat masuk kelas mengajar, 'Cikgu Shaari' dalam filem Masam-madam Manis tu pun masuk kelas gak. Tapi tidur. :)

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Saya a ketawa dan rasa hairan dengan kisah ini. itu macam punya org pun ada. saya selalu di apraisal oleh bos setiap 4 bulan. kemudian ada sedikit naik gaji. bos saya bagus. tak banyak cakap dan pendiam. orang melayu kita. sekarang banyak gi obesi. cikgu sekolah kerja sudah bagus otak pun bagus pun nak gaduh. mana murid nak buat contoh.

    BalasPadam
  14. cikgu sekolah otak pandai kerja bagus pun nak gaduh. murid tengok malu. bagaiman nak jadi contoh kepada mereka. saya juga tidak faham KPI, bos saya kata itulah apraisal. Saya selalu apraisal setiap 4 bulan sebagai pemandu peribadi kepada seorang jutawan melayu. beliau tidak banyak bercakap semasa dalam kereta dan selalu gi obesi. selepas apraisal saya selalunya saya akan mendapat naik gaji sedikit.sukur kepada tuhan.

    BalasPadam
  15. benda mcm ni kadang2 kena tanya pada dua2 pihak. Takut berat sebelah. Tapi bila difikirkan, kemungkinan Rozilah mengalami tekanan dan ditambah dengan tekanan KPI yang rendah mengakibatkan beliau menyaman Pengetua sekolahnya.

    Ada juga kes dimana kerani-kerani sekolah mendapat anugerah cemerlang berbanding cikgu-cikgu yang berkerja keras demi kemajuan anak bangsa.

    BalasPadam
  16. Kami di syarikat swasta tidak pernah menggunakan perkataan KPI. Tapi kami tahu juga sket2 ttg KPI ni. Di swasta kami lebih menggunakan Performance Appraisal sebagai kayu pengukur untuk prestasi kerja. Hakikatnya,KPI ke Appraisal ke, tujuannya sama, mengukur prestasi kerja bagi tujuan kenaikan gaji ataupun bonus. Sekiranya tinggi peratusan Appraisal, tinggilah gajinya dan bonusnya begitulah sebaliknya. Tapi timbul pula isu, ada bias, anak emas, kambing hitam, ketidakadilan dan sebagainya.

    Sesetangah syarikat swasta pulak mengagihkan keuntungan sama rata. Kalau 2 bulan bonus... semua pekerja 2 bulan, atau kenaikannya sama... jadi jugak tak puas hati. Pekerja yang malas, selalu datang lewat, performance kureng dapat sama banyak dengan yang rajin. Jadinya pada saya isu ni takkan habis. Manusia takkan pernah berpuas hati dgn satu2 perkara.

    Cadangan lain: tak payah ada bonus kenaikan langsung. Hahahaha... semua plak pekerja tak puas hati. Aduhai... susahnya.

    BalasPadam
  17. Uishhh serba tak kena dibuatnya...

    entah kerana nasib atau malang... semua pengetua sekolah anak-anak saya (3 sekolah berbeza) semuanya WANITA..

    pendekata memang selalu masalah lahhh... bahasa kasar “kekwat” semacam..

    Tak koserrrrrr.....

    BalasPadam
  18. ada memang ada KPI pakai kroni pakai bodek..markah tinggi

    bila selepas kursus kena bawa balik cenderahati.berikan kepada Pengetua...(kelantan, Ganu Pahang??)negeri lain belum tau..



    bagus saman beri kesedaran supaya jangan pilih kasih..kengkawan bukan lawan-lawan..
    Setuju saman.
    .ada sesiapa yang kerja dengan MAMPU.??ada pengetua yang membazir.. cuma kes dalaman..hanya diselesaikan oleh JPN masing-masing. sekurang-kurangnya JPN bertolak-ansur..beri peluang jaga amanah..

    Jika dibuat aduan kepada SPRM alamak kirim salam 10 tahun memalukan..

    BalasPadam
  19. Salam..

    Bagusnya kalu ada guru sendiri yang komen pasal isu ni. profession ni tak sama mcm keje di pejabat, apatah lagi jadi driver. beban kerja yang dihadapi oleh guru pada zaman ni tentulah tidak sama. Apatah lagi kalu dia memikul tanggungjawab sbg isteri, ibu, anak pada masa yg sama.. bukan mudah bukan?. Sabtu dan ahad adakalanya dikorbankan untuk aktiviti disekolah, sehinggakan masa untuk keluarga sendiri tidak cukup.

    nak dengar pandangan dari seorang guru.. bukan kita buat andaian kita tahu tugas guru macam mana dari kaca mata sendiri.

    BalasPadam
  20. Dude

    Kita dah lama bekerja. KPI atau KRA atau Appraisal ni mcm buat syarat je di kebanyakan syarikat.

    Bonus atau kenaikan pangkat, end of the day, ada di tangan bos.

    Pada saya, KPI ni patut ditujukan kepada mereka yg terlibat dengan "business" syarikat. Mereka yg terlibat membawa revenue/income kepada syarikat. Pasal perkara core KPI ni ialah menilai sesuatu yg bole diukur. Kalau seseorang pekerja itu terlibat dengan sales, maka senang nak ukur prestasi dia - berapa jumlah sales yg dia buat dalam tempoh financial year syarikat. Kalau dia bagus - dapat bonus banyak - tak ada org boleh komplen.

    Kalau seorang pekerja itu berada dibahangian operasi - agak sukar nak menyukat "efficiency" pekerja itu.

    Satu lagi core KPI ni - mesti ada 10% yg tak perform. Apa nak buat dengan org2 ni. Kalau org sales, senang je, tengok jumlah sales yg dia buat. Kalau tak dapat bawak sales - tak ada bonus - sendiri mau ingat la beb.

    Kalau org operations, mcm mana?

    Ini lah dilema KPI ni di mana2 syarikat dalam Malaysia ni.

    Saya kurang paham mcm mana tetiba PM kita nak implemen bende ni pada semua peringkat termasuk Menteri. Sampai hari ini saya pun tak sure apa depa dok cakap pasal KPI menteri. Yg saya tahu (kalau tak silap lah) ada 2 menteri yg jaga KPI ni - TS Koh Soo Kun & D Idris Jala.

    Saya amat menantikan keputusan KPI menteri2 kerana nak tahu apa akan jadi pada mereka yg tak perform.

    My 2 sen.

    Wassalam
    ManB

    BalasPadam
  21. Azman, apa jadi kepada 10% dianggap tidak perform? Itu soalan bagus.

    Susah Najib nak umumkan nama menteri terbabit, kan?

    Apapun manusia tetap manusia, penilaian jarang adil.

    BalasPadam
  22. Bekas majikan saya akan memasukkan golongan 10% yang tak perform tadi ke dalam Performance Improvement Plan di mana setiap pekerja yang tak perform ni akan dipost-mortem, diberi peluang untuk memberikan pendapat, dan diberi peluang seperti training, atau bertukar jabatan, job scope dan sebagainya.

    This plan akan berjalan selama 6 bulan dan pekerja tadi akan diletakkan dalam tahap probation, dan jika dalam masa 6 bulan itu ada kemajuan, maka pekerja tersebut akan diserap semula sebagai pekerja tetap.

    Selalunya pekerja yang berada dalam PIP ini akan berhenti dalam masa 6 bulan tersebut....

    Ada juga majikan yang akan menyuruh golongan 10% ini berhenti, atau dipotong gaji atau tidak diberi bonus atau diberhentikan terus dsb.

    Dan sebenarnya adil untuk semua orang jika bonus diberi berdasarkan prestasi individu. Kita boleh tau siapa yang bagus produktiviti atau prestasinya berbanding orang lain. Walaupun appraisal itu agak berat sebelah atau dilihat tidak adil bagi sesetengah pekerja..

    Kena juga tau macam mana rasanya dalam menangani pekerja yang bermasalah.. bukan setakat menghukum bos tidak adil, pilih kasih dan sebagainya...

    BalasPadam
  23. bagi gomen..10% TU dimasukkan ke dalam kategori "membaca surakhabar hari-hari.". POOL..PUUL ..??

    BalasPadam
  24. badan2 dan company swasta dah lama dah pakai KPI nih...ade kompani pekerja tak capai KPI, bonus takde...

    kat kerajan baru nak buat dah kecoh..tu la, "manja" sangat

    BalasPadam
  25. Kadang-kadang benda yang di buat dan di hasilkan ada positif dan ada negatifnya, sama-sama kita perhati dan teliti.

    BalasPadam
  26. Saya ingin bertanya...

    Jika Rozilah telah bertugas selama 13 tahun, mengapa Jabatan Pendidikan Negeri terlepas pandang? Sepatutnya beliau harus dinaikkan gred dari DG41 ke DG44 selepas 10 tahun bertugas? Adakah kerana fail beliau tidak sampai ke pengetahuan Jabatan atau disorokkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab?

    Mana keputusan PTK beliau? Jika pengetua menyarankan dan melaporkan yang beliau melanggar undang2, sepatutnya Jabatan harus memanggil dan meminta Rozilah memebela diri?

    Byk persoalan yang timbul dan saya rasa tunggu nanti 5 November di mahkamah atau pengetua tu sendiri akan buat Press Conference pulak..heheh..Bak kata Allahyarham Ibrahim Pendek "Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa"

    BalasPadam
  27. Apapun manusia tetap manusia, penilaian jarang adil.

    maka itu baik kerja gomen atau kompeni (makan Gaji)Islam tidak menjanjikan apa-apa...

    Sebab itu rezeki Islam janjikan lebih buat mereka yang kerja sendiri atau berniaga... kan begitu!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.