Sabtu, Oktober 24, 2009

Lelaki Melayu 'Layu'?

Sebilangan perempuan Melayu ternyata memandang rendah lelaki sebangsa, 'low class', layu dari segala aspek berbanding lelaki asing, kata mereka.

Menurut mereka, lelaki Melayu tidak ‘gentleman’, mungkin kerana jarang membukakan pintu kereta untuk mereka masuk. Lelaki barat, bukan sahaja membuka pintu kereta malah membuka pintu restoran, pintu kedai, pintu butik dan banyak lagi pintu untuk perempuan.

Perempuan Melayu juga merungut, kata mereka lelaki Melayu tidak romantik. Mungkin kerana jarang mengundang mereka untuk ‘candle light dinner’, disisip dengan madah indah.

Oh! Satu lagi, sebelum terlupa. Lelaki Melayu didakwa suka mengambil kesempatan, antaranya jika keluar makan bersama kekasih, pasti perempuan akan menjelaskan bil.

Jika ada lagi sifat buruk lelaki Melayu, mungkin pembaca perempuan Melayu boleh tambahkan. No hard feeling kepada pembaca lelaki, khususnya lelaki Melayu.

Tetapi sebelum melontarkan komen, fikirkan masalah perempuan Melayu berkahwin atau mempunyai kekasih lelaki asing.

Dilaporkan lebih 50 gadis Melayu kini masih menetap di Lombok, Indonesia. Lelaki Lombok bijak memujuk, romantik dan petah berkata-kata Sebahagian gadis terbabit berjaya dibawa pulang ke Malaysia, kata mereka, hidup di sana menyeksakan, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang, macam ayam. Tanya Maslina Maulat, Che Siti Nor Azreen dan Nurul Wahida Hamzah, cerita mereka pasti sama, ungkapan manis dan keromantisan lelaki Lombok tidak boleh dihidangkan menjadi makanan.

Elis Syuhaila Mokhtar, 34 tahun kini menderita akibat anaknya Feris Mokhtar, 5 tahun dilarikan suami warga Belanda, Frank Theodorus Van De Ven pada 3 Mac 2009. Selepas memeluk Islam, Frank menggunakan nama Melayu, ‘Firdaus’. Lelaki Belanda itu berjaya memperdaya dan menipu Elis, kini hidup sengsara.

Sebilangan perempuan Melayu juga ternyata menggilai lelaki Bangladesh. Mungkin kerana hidung mereka lebih mancung berbanding hidung kebanyakkan lelaki Melayu, penyet. Lelaki Bangladesh dianggap ‘Shah Rukh Khan’ semasa dikenali di Malaysia. Sudah berkahwin, dibawa pulang ke negara asal, hidup terseksa dilayan umpama hamba abdi. Tersedar hakikat hidung mancung tidak bermakna, memohon ‘diselamatkan’ dan kembali ke tanah air.

Ramai juga perempuan Melayu mencari kekasih warga Afrika. Mungkin kerana mereka ‘besar’ dari segala aspek berbanding fizikal lelaki Melayu. Memang segelintir lelaki Melayu terbabit merogol dan meliwat. Malah sebilangan merelakan diri mereka diliwat berulangkali secara sukarela tetapi lelaki Melayu tidak merogol, meliwat dan membunuh anak kecil berusia 3 tahun! Satu lagi, mungkin lelaki Afrika mampu membayar bil jika makan bersama kekasih perempuan Melayu tetapi selalunya mereka juga turut ‘dimakan’ dan ‘diratah’ dek lelaki sama.

Jadi, kepada sebilangan perempuan Melayu kerap memandang rendah lelaki sebangsa, berfikir secara teliti terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang bentuk penghinaan kerana lelaki asing juga terbukti tidak sebaik mana.

42 ulasan:

  1. ada betolnya ayat2 mreka mgkin power...tapi tok rasa ada lg yg power disebalik ayat power diorang nih.....

    lu pk la sendri.......

    BalasPadam
  2. Tok, kalau setakat hal itu, lelaki Melayu pun power. Kecil kecil cili padi Tok. bila digigit pedas tahu.

    BalasPadam
  3. ...kisah ini meningatkan saya pada rakan saya ketika menuntut disebuah kolej dahulu.Selepas habis belajar dan bekerja saya ada menerima kad jemputan kahwin.

    ...Agak surprise jugalah kerana ia akan berkahwin dgn bangsa asing.Lalu tergerak saya melontarkan soalan "mengapa pilih bangsa asing" dengan selamba dia berkata local people tidak mempunyai future dan wawasan dan juga tidak tahan lasak.Wah begitu rendahnya pandangan beliau....
    ... dan akhirnya saya diaje..anggaplah tu jodoh dan takdir beliau.
    terima kasih

    BalasPadam
  4. Ada beberapa kes, wanita Melayu nak kawin dengan Bangla. Mulanya saya nasihati juga wanita ni supaya cari saja Melayu tempatan, tapi dia tetap dengan pendiriannya. Apa istimewanya lelaki Bangla ? Wanita ini cerita pada saya tentang keistimewaan Bangla ini.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Huyyo, Bro. Panas gak isu ni.

    Tak pecaya, tanya Leina Hangat, yg dulu heboh kawin Mat Salleh, sudahnya sekerat jalan jer. Azza Elite pun penah nikah dgn Mat Salleh, kan.

    Tapi bukan semua yg kawin dgn 'org luar' berakhir dengan penderitaam.

    Nasihat saya, cari jer lelaki Melayu. Saya percaya bukan semua lelaki Melayu tak romantik. Ramai yang pegang nilai Melayu-Islam.

    Bro,

    Sebab romantiklah ramai budak remaja perempuan kita 'dibuntingkan' oleh jantan sundal sebangsa..

    Tu, terlebih romantik agaknya...

    BalasPadam
  6. gyahahahaha
    'besar'...

    tergelak aku bace...

    facts,
    -'besar' sebab hormon mereka lebih.
    - the same reason applied to why they are more 'garing' aka terlebih masak aka blacker than the usual human on earth.

    african is....

    A-bomination
    F-reak
    R-obber
    I-ll mannered
    C-rap
    A-utochthonous- refer thesaurus
    N-asty

    there...
    we learn new vocab yarh...

    BalasPadam
  7. sebenarnya saya rasa perempuan melayu yang memilih lelaki warga asing adalah kerana lelaki melayu tiada yang mekehendakinya. kebetullan pula ada lelakiwarga asing yang 'sudi' pada mereka. jadi terus menjalin hubungan tanpa memikirkan risiko yang bakal datang.

    BalasPadam
  8. Biarpun lelaki melayu tidak 'besar', tidak mancung hidungnya, tidak bergaya tetapi buat masa sekarang berkahwin dengan lelaki sebangsa jauh lebih selamat. fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  9. Bazrul, sekarang ini pelajar kolej swastapun ramai berpasangan dengan lelaki Afrika.

    Mujurlah, majoriti daripada mereka, melalui pengamatan saya, jenis perempuan Melayu kurang 'menyelerakan'.

    You know what I mean.

    BalasPadam
  10. haha, nak gelak baca tajuk entri ni.
    tak pe lah, saya tetap dan lebih berminat lelaku melayu berbanding lelaki warga asing. Buruk-buruk mereka, kita tetap satu bangsa yang sama. Kalau kita sendiri tak mengubah teori ini, siapa lagi nak mengubah nya kan?

    BalasPadam
  11. gua rasa bukan laki Melayu yg low class tapi gadis-gadis melayu yg rasa diri mereka high-class (^^,)

    (>.<)" x kenal diri (>.<)"

    BalasPadam
  12. kelebihan berkawan dengan lelaki asing adalah selepas 'makan kena makan' lebih terbuka untuk bertukar pasangan atau MOU maupun syer 'makanan'.

    BalasPadam
  13. saya rasa perempuan Melayu yg nak kahwin ngan bangsa asing tu nak merasa sangat anak-anak berdarah campuran...biasanya anak2 yang mix ni bijak pandai...mungkin tu salah satu sebab kot...peace

    BalasPadam
  14. ingat kan ape la yg 'layu' tadi..sy pon spt nor atiqah juge lebih berselera dgn lelaki melayu walaupun hidung tak mancung kan haha..

    BalasPadam
  15. bro,
    ada kemungkinan jugak pmpn melayu ni banyak terpengaruh dari filem blue kot. Filem blue semuanya menampilkan hero2 asing, yang gelap, yang putih dan "kebesaran" alat masing2.

    Cuba tgk filem blue buatan lelaki Melayu yang termasyhur penyebarannya... alahai..... malas nak citer.

    BalasPadam
  16. suami saye melayu...alhamdulillah....bahgia hidup saya....cukup makan pakai....tk perlu kata² romantis...tk perlu nk buka banyak² "pintu"...., tk perlu hidung mancung...asalkan tahu tanggungjawab sebagai INSAN dan HAMBA ALLAH....syukurlah....

    BalasPadam
  17. terlalu tepengaruh dgn vcd yg ada mat hitam ni. "power" ,"panjang", hebat. ni lah di katakan yg di kejar x dpt di kendong berciciran. "menyusu" kera di hutan "anak" di rumah kelaparan.... x ada beza apa pun... cuma mrk lbh minat dgn mat2 nigga ni. pe nak jd dgn donia ni...
    di mana hebatnya nigga ni.. pd fizikal mungkin.. tpi utk jangkamasa pjg utk hidup bersama? utk melampias nafsu mgkin berbaloi... jdkan lah ikhtibar...

    BalasPadam
  18. AM tertarik dengan kata Bro Maz, iaitu perempuan yang 'kurang menyelerakan' yang melayan lelaki asing.

    Paling tidak, perempuan yang melayan lelaki asing, mempunyai mentaliti rendah dan biasanya mempunyai pekerjaan yang 'tidak senonoh' dan mempunyai masalah keluarga. Dari segi rupa tu, kadang kala okey-okey la juga (terutama kalau hujan ribut dan taufan melanda, tak ada orang lain yang boleh dicari...)

    Ingatilah kisah-kisah duka 'wanita melayu' yang dibunuh, yang ditipu dan yang terbaru, anaknya menjadi mangsa, apakah pekerjaan mereka dan bagaimana keadaan keluarga mereka. AM berani confirm, mesti ada masalah.

    Mungkin ada 'niat' wanita melayu untuk mendapat yang 'lebih' dari orang asing, yang mungkin tidak mereka perolehi dari lelaki tempatan, tetapi jangan lupa lelaki asing lebih cerdik, dan mememang ada niat untuk menggunakan wanita tempatan. Wanita kita je yang bodoh.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  19. Sumer benda ada pro n kontra nye.
    Terpulang pada kita camna kita nak menghadapinya.
    Kita nampak ke tak baik buruk benda tu.
    Kebanyakan yg dpt masalah tu sbb diorg buta dgn keburukan.

    Saya walau camna pun tetap nak lelaki Melayu, insya Allah.
    Biar la sebangsa, senang.

    BalasPadam
  20. melayu? maksudnya melayu tulen ke? atau yg dimaksudkan lelaki Malaysia? bagaimana dgn keturunan lain.. mamak misalnya? dikategorikan dlm mana?

    BalasPadam
  21. Ramai juga Lelaki Melayu "out of spec." seperti:
    1. Sukar menyatakan kasihnya pada wanita
    2. Tidak pandai mengambil hati
    3. Tidak berpegang teguh pada kata-katanya dan engkar pada janji.
    4. Tidak MEMBERI SOKONGAN PADU pd pasangan
    5. Telinga kembang aje..masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. tak prihatin langsung!
    6. Kuat cemburu
    7. Mudah mengalirkan air mata
    8. Meninggi diri
    10.Merendah diri.
    11.Buruk perangainya dan kotor hatinya
    11.Tidak memahami apa yang dikehendaki oleh wanita
    12.Mudah hilang akal bila menghadapi masalah
    13.Cepat bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas
    14.Melakukan sesuatu tanpa merancang, sgt subjektif dan goyah dalam mengejar cita-cita.
    15.Membuang masa untuk perkara yang tak produktif.
    16.Suka hidup berfoya
    17.Suka berkerut-kerut dahi
    18.Bongkak dgn ketampanan dirinya
    19.EGO, tak pernah meluahkan perasaan
    20. Susah tuk berkongsi cerita..

    BalasPadam
  22. zamalia : fact tu macam merujuk pada orang yg awak kenal je..

    BalasPadam
  23. marah sangat nampaknya zamalia pada lelaki tempatan. Sampai 20 carta keburukan lelaki melayu yang dia ada..ish ish ish...


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  24. Ah Ian dan AnakMedeka, setiap perempuan mempunyai pengalaman getir bersama lelaki. Begitu juga lelaki, punyai pengalaman getir bersama perempuan.

    BalasPadam
  25. salam Tuan Mazidul, tumpang lalu..
    ah ian: tak la kenal sangat tapi dari kisah orang keliling & ada jugak terkena batang idung sendiri 1@2@3 tu.. hehhe kkk bahagia melayari bahtera wey.. V

    AnakMerdeka: bukan marah sekadar buat rujukan tuk pemuda melayu tiang agama. elak2 kan jadik yg begitu..

    Tuan Mazidul: setuju dgn kata2 tew. nak tambah "Pengalaman itu mengajar erti kehidupan".

    BalasPadam
  26. 20 yang fakta sahih Zamalia tuliskan memang banyak terkena ke hidung lelaki Melayu...

    Bila lelaki Melayu kawin dengan perempuan luar! ayooo! ribut pulak!...

    Terutama kalau lelaki Melayu kahwin perempuan Indon lebih direndahkan martabat NYA...

    Nanti bila lelaki Melayu kata perempuan Melayu banyak pinta, marahlah pula!...

    Rasanya kalau ada kesempatan dilahirkan semula kawin dengan Orang Asli duduk kat hutan lagi aman kut!.

    Penat jadi Melayu ini.

    Bayangkan bagaimana wanita Orang Asli kita hidup di punggir hutan. Apalah sangat hidup mereka. Tapi rasanya mereka amat bahagia. Mungkin!. Aku memang gila makan petai & ulam-ulaman. (Jangan pula bandingkan Orang Asli yang telah moden)

    BalasPadam
  27. YOPSAPU- salam senior aku masa kat smjk slim river. Yop rasalah sbb wanita melayu ni pilih warga afrika kerana mereka dah di tebuk tupai. Untuk mencari lelaki melayu lain mungkin dah malu sbb ada lelaki melayu yg pentingkan dara so faham-faham lah.

    BalasPadam
  28. Buta hati,buta perut punya manusia..tu ja layak diungkap utk si laki afrika tu..bangsat utk si janda tu..

    mendidih nih...!!

    BalasPadam
  29. kes wanita Melayu kat Lombok banyak lagi ke?. Salut saye dengan Encik Mazidul. Di sela2 kesibkannya masih menyibukan diri juga kat blog. Awal mula saya tahu blog ini dari Encik Hazrey bapak gula2. Ari tu, saya dok baca depan laptop sampai ke pukul empat pagi. Seronok rasanya baca cerita2 Encik Mazidul.

    Sampai2 saya semangat nak menulis kat blog lagi. anyway, bile2 saye nak review blog Encik kat blog saye :)

    BalasPadam
  30. salam semua,

    seolah2 macam satu perlumbaan trend sebegini.

    kadang2 saya berasa malu dgn rakan2 sejawat dari luar.
    sebelum ini rakan dari taiwan berpendapat amoy cina(sebangsa dgnnya) mau tegur pun belum pasti dia layan.
    tapi amoy melayu dibawa keranjang bila2 masa.

    lebih memilukan.
    pekerja bawahan(gadis melayu) mengadu rakan tadi cuba berbuat taksenonoh dgn nya.
    bila saya tegur & nasihatkannya,
    dia dgn mudah berkata.
    SAYA INGAT SEMUA AMOY MELAYU SUKA ORG BUAT BEGITU.

    dalam hati nak je saya debik biar padan muka.
    tapi peruntukan undang2 ada.
    namun begitu tidak dinafikan,
    ramai pekerja bawahan yg mmg dahagakan & kahausan sering melakukannya walaupun hukuman & tindakan telah diambil.

    utk pandangan2 seterusnya,
    terdapat dalam blog saya.

    http://kangnasir.blogspot.com/

    BalasPadam
  31. fare & square laa en mazidul sbb lelaki melayu pun suke pompuan import gak..

    tak dapat yg ori kacukan pun jadi ler.. :p

    contoh maknye melayu bapaknye omputih atau bapaknye jawa maknye siam.maklumlah barang import!

    BalasPadam
  32. Eheh.

    :) Wake up call. Manusia kan ada kepelbagaian pilihan? kalau kebanyakkan lelaki Melayu sekarang lebih prefer pilih CIKGU sebagai teman, Kenapa tidak perempuan melayu memilih lelaki yang lebih 'lelaki' sebagai teman?

    Mungkin timbal balas kot? MUNGKIN kebanyakan Lelaki Melayu mendambakan lebih kelembutan dalam wanita, Wanita melayu pula MUNGKIN mendambakan 'kelelakian' dalam lelaki?

    BalasPadam
  33. menarik topik ni..

    tapi .. apa2 pon kalau kita berbalik kepada agama islam .. insyallah perkara sebegitu tak menjadi masalah sbb nawaitu seseorg berkenaan apa yang di cari menentukan segalanya..
    semenjak dua menjak ni ..banyak kes melibatkan gadis2 melayu dgn bangsa asing. so fikir2 kan lah .. yg menanggung diri sendiri .. bukan org lain..

    BalasPadam
  34. Agama kita tak pernah pun menegah umatnya bernikah dengan siapa pun; janji sebarkan Islam itu. Naikkan martabat Islam itu.

    Syiar Islam sejak berzaman memang banyak berkembang lantaran kahwin campur ini.

    Kalau sebab bernikah dengan bangsa asing (samalah bangsa sendiri) Islam itu tambah hancur. Baik jangan kahwin!, kahwin itu bukan untuk syok-syok sahaja; yang lebih penting tanggungjawab antara suami & isteri; terutama mendidik zuriat yang bakal lahir.

    BalasPadam
  35. personal opinion:

    'cermin diri n perbetulkan diri dlu wahai melayu(lelaki n wanita)'. insyaAllah, jodoh(xkira la local ke foreign) pon baik juga.

    Dlm islam, wanita solehah u lelaki soleh or lelaki soleh soleh u wanita solehah
    vice versa...

    fikir2kanlah....

    BalasPadam
  36. tentang bukakan pintu kereta:
    perempuan melayu kena pandai fikir, Malaysia negara yang selalunya cuaca panas. kalo dah lelaki nk tolong buka pintu kereta, lambatla nak start enjin, nak 'on' kan aircond. xkan sementara nk start enjin, 'on' aircond, awak nk tercegat berdiri tgh panas, tunggu gak laki buka pintu...

    BalasPadam
  37. sekarang ni memang ramai pun perempuan melayu kita yang pilih warga asing sebagai pasangan. mungkin lambakan warga asing yang berada di negara kita. artis - artis melayu pun ramai yang pilih warga asing. tidak tahu la pulak kenapa? huhu

    BalasPadam
  38. aku tak kisah perempuan2 melayu suke kat mat2 afrika tapi kawin je la...takyah la berzina...elok si perempuan ni kene penyakit gaut...baru die tau...

    BalasPadam
  39. Saya terpanggil untuk memberi komen dlm post en. Mazidul. Sebagai isteri kepada warga new zealand dan menetap di negara asing, saya rasa saya memnpunyai pendapat berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan2 melayu yang lain yang bertemu jodoh dgn lelaki kulit putih dan menetap di sini juga. What people say..that you dont easily pass judgment on certain group of people or a person. Kita jangan mudah membuat andaian. Suami saya memeluk islam beberapa tahun yg lepas dan sejak itu, dia tidak pernah meninggalkan solat dan membaca quran serta membuat research mendalam mengenainya. Rumahtangga kami benar2 bahagia. Kebanyakan mereka benar2 masuk islam malah, saya berani mengatakan pengetahuan dan ibadah mereka sebagai muslim adalah berkali ganda leih baik dari kebanyakan lelaki melayu. Kebanyakan lelaki melayu selalu lepak di kedai mamak, cakap kosong dan senang sekali membuat andaian terhadap org lain. Entah kenapa, mereka ni bersembahyang di surau tapi ramai yg tidak bertanggungjawab terhadap isteri dam keluarga. Baru setahun dua kahwin dah mula mempunyai affair dgn gadis lain. Cuka check statistik perceraian di kalangan bangsa melayu di malaysia? Saya tidak mengatakan bahawa semua lelaki kulit putih itu lenih baik atau lelaki melayu itu layu. Tapi apa yg saya ingin tekankan di sini, pilihan jodoh itu adalah hak masing2. Kesesuaian dengan pasangan masing2 tidak boleh dipaksa. Bukan kerana berhidung mancung atau bertubuh sasa atau wajah yang tampan dan juga lebih romantik atau juga kerana ingin mempunyai zuriatyang "mix" menjadi perkiraan.. Saya membaca kes Elis & Frank. Memang agak menakutkan. Tapi kita juga ada mendengar kes sebegitu dikalangan pasangan melibatkan bangsa kita sendiri. Lelaki melayu tak perlulah berkecil hati atau tersinggung atau terasa ego tercabar, kerana sejujurnya, bukan sifat atau kaum yang menjadi ukuran. Lelaki melayu ada baik buruknya, lelaki asing juga ada baik buruknya. Tapi kalau difikirkan dan dikaji sebenarnya, budaya, latar belakang agama atau sifat fizikal bukanlah penentu bahagia atau tidak rumahtangga seseorang, ia lebih kepada character masing2. There's no black and white and its very subjective.

    BalasPadam
  40. Pembetulan sebelum ada yg salah faham. Latar belakang agama maksudnya, agama sebelum memeluk islam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.