Sabtu, Oktober 10, 2009

Leonardo Da Gay?

Jika dakwaan saya dengar benar, pasti ramai ‘spesis’ sama berbangga. Mungkin mereka kata ...

“Ya! Kami memang hebat!”

Berikut ceritanya.

Jam 6.30 pagi semalam saya melaporkan secara langsung untuk program Malaysia Hari Ini berhubung ‘Pameran Da Vinci The Genius’ di Pusat Sains Negara. Selain dikenali sebagai pelukis potret terkenal Monalisa, Leonarda Da Vinci (1452-1519) juga diakui hebat dalam bidang matematik dan kejuruteraan. Beliau pencetus penciptaan helikopter, gelunsur angin dan kapalterbang.

Tamat lintas langsung pada jam 8.45 pagi, saya diajukan soalan berikut.

“Apa fasal tak cerita dia gay?,” tanya kakitangan terbabit dalam pameran

“Malas mencetus marah orang," bisik saya kepadanya.

Dia tersenyum, faham maksud saya, mungkin.

Tulisan saya berhubung gay sebelum ini dikritik hebat, dendam gay nampaknya tidak bernoktah. Apapun, mereka semua bukan warga kelahiran Vinci, Italy seperti Leonarda tetapi lelaki Melayu Malaysia beragama Islam.

Sebentar tadi saya Google ‘Leonardo Da Vinci gay’, hasilnya saya kongsikan di sini.

Menurut laporan, 533 tahun lalu sewaktu berusia 24 tahun, Leonardo dua kali ditangkap, dituduh dan dipenjara 2 bulan kerana meliwat lelaki muda. Namun tuduhan terbabit dibatalkan berikutan ketiadaan saksi dan kekurangan bukti. Dicatatkan, lelaki genius itu tidak pernah berkahwin dan tiada anak dan menganggap hubungan seksual di antara lelaki dan perempuan, menjijikkan. Majoriti ahli sejarah mengatakan Leonarda, gay.

Jika dakwaan itu benar, Malaysia juga ramai ‘Leonardo Da Gay’ tetapi tidak pasti samada mereka genius atau tidak.

Nota Pameran bermula 1 Oktober 2009, berakhir 17 Januari 2010.

17 ulasan:

  1. Bro,

    Backdated ke?

    Nota Pameran bermula 1 Oktober, berakhir 17 Januari 2009??

    BalasPadam
  2. Dude

    I am not an art lover.

    It was an experienced I can never forget when I came face to face with Monalisa in the Louvre Museum in 2004.

    Cheers.
    ManB

    BalasPadam
  3. alamak baru dua tiga hari lepas sempat melihat hasil lukisan leonardo da vinci @ musee du louvre, paris..

    BalasPadam
  4. ada sesiapa yang sudi jadi model ekperimen di Malaysia??

    berfikir dan menyelami secara kreatif dua sudut-sudut wanita dan sudut lelaki sekaligus, agaknya.

    BalasPadam
  5. ayat....
    sama ada genius ke tak makan dalam
    haha

    ramai yg xngaku gay
    tp suka dengan laki
    lebey dari perempuan

    malukan spesis laki je!

    BalasPadam
  6. LD'V ~ Master's brilliant ideas about science & art is a gay? hehehehe ... spekulasi ni dah lama. Rasanya bukan spekulasi lg kot .. 1st time dgr benda ni mmg terkezut .. x sangka beliau ni songsang sex life nyer.


    Ada yg berbangga kew? hohohoho ni mesti bapoook "kelas atasan" yg bangga. Genius atau tidak?? Rasa ada gak yg genius .. Who? lalalala

    BalasPadam
  7. Mcm mana dgn PELUKIS-PELUKIS???Ader yg GAY???
    Leonardo popular kerana lukisannyer juga..


    p/s:seronok tgk citer Da Vinci Code.

    BalasPadam
  8. Adakah betul sesetengah dakwaan orang yang mengatakan bahwa orang yang genius (mencipta pelbagai alat) adalah orang yang pelik. Leonardo pun pelik. Betul kot...

    BalasPadam
  9. Kita boleh mengambil apa yang positif sahaja dari sesetengah pihak. Perkara yang negatif ( gay, Lesbian etc) perlu di buang jauh-jauh. Sesungguhnya ALLAH menciptakan lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki.

    BalasPadam
  10. Salam Bro,
    Terungkai sisi gelap 'Da Vinci' code... dengan izin.. (mohon pinjam ayat nye Bro)myb byk lagi yg pelik2 kot?? mana yg baik tu bole le kita ambik , yg buruk@ songsang tu... harus lah 'Di Binci'.. haha!

    BalasPadam
  11. Wow....satu penemuan yg tak disangka....mungkin benar kalau ada orang-orang genius ada tingkah laku pelik yang kita tak sedari sama sekali...

    BalasPadam
  12. Salam kat semua
    Abih dia lukis gambar monalisa tu sebab nak cover line la ye? huhuhu..

    BalasPadam
  13. Semua, tengok Marilyn Monroe, Bruce Lee, David Caradine, Michael Jackson, manusia terkenal di dunia tetapi cara matinya pelik.

    Tertekan, barangkali.

    BalasPadam
  14. Leonardo Da Gay juga adalah anggota pertubuhan rahsia priory of sion dan Rosicrucian.

    BalasPadam
  15. Di Malaysia tak ada statistik tepat berkenaan jumlah gay, tetapi ramai ahli koprat (dan ahli politik yang terlibat dalam gejala ini) dan tak nampak jalan penyelesaiannya. Gejala gay sudah menjadi seperti orang berambut panjang, orang isap rokok, orang minum sambil berjalan...dan tak menghairankan sangat.

    Dari sok sek sok sek yang AM dengar ada juga orang 'media' yang terlibat dengan gejala gay.

    Kadang-kala kita tak tahu yang duduk 'disebelah' kita jua adalah pengamal gaya hidup songsang itu.

    BalasPadam
  16. Ramai yang mengenali saya mengatakan saya ini juga manusia pelik, atau saya yang perasan diri ini pelik.

    Artis kita pun dikatakan punyai perangai pelik termasuklah Allahyarham Sudirman. Sakitnya pun dikatakan misteri.

    Tak sangka pula Leonardo pun pernah didakwa seperti Allahyarham Michael. Atau apakah sekadar mahu memburukkan nama mereka yang tersohor ini!?.

    BalasPadam
  17. Bro Maz

    Ramai "Leonardo De Gay" Malaysia, tapi tak pasti mereka bijak atau tidak

    Mesti ramai yang mengamok kat blog masing masing tu...maybe ramai yang istihar perang tu..

    he he he he

    -> "Leornado De Bangang" rasanya ramai la...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.