Selasa, Oktober 06, 2009

80% Taska Beroperasi Haram

Minggu lalu saya bertemu pengusaha pusat jagaan kanak-kanak di kawasan perumahan.

“Berapa ramai pengasuh awak perempuan Indonesia tidak memiliki dokumen perjalanan sah?,” saya sekadar ‘menembak’.

Gugup, dia menjawab.

“Ada empat orang, seorang ada permit, tiga lagi tidak ada. Masalahnya sekarang susah mencari pengasuh warga tempatan,” jawabnya.

“Kalau ada kes kecuaian, anak orang mati, macam mana? Awak kena fikir hal itu. Bukan apa, saya tidak berkepentingan, jangan sampai awak kena tangkap melindungi pendatang tanpa izin sudahlah,” balas saya.

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, hanya 1,896 Taman Asuhan Kanak-kanak, Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala 5,688 lagi beroperasi secara haram. Bilangan pengasuh tidak berdaftar pula dianggarkan mencecah 9,850 orang. Fakta, kebanyakan kes kematian dan penderaan kanak-kanak berlaku di Taska tidak berdaftar.

Tolong periksa status Taska jika anak anda dihantar kepusat jagaan itu.

13 ulasan:

  1. Menurut pengurus taska di pejabat saya, warga asing tidak dibenarkan menjadi child minder. Hanya warga tempatan sahaja yang ada kelayakan (berkursus di JKM/Kemas dan sebagainya) yang boleh bekerja sebagai child minder.

    Saya tidak tau samada ini adalah peraturan hanya untuk taska yang disediakan majikan untuk pekerja-pekerjanya atau tidak.

    BalasPadam
  2. Bro Maz, adakah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat pemeriksaan berkala ke atas taska yang beroperasi secara haram itu? Dan adakah tindakan diambil atau sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja?

    BalasPadam
  3. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Bapak Mazidul, tahu tak pengasuh ini semuanya import.

    Barang import mahal tau dan semua orang tak suka barang malaysia....

    bila pengasuh dari indo atau filipina, anak kita tidak kira dan bangsa Melayu, Cina mahupun India akan balik rumah kata

    "waduh-waduh Bapak mandur, udah gelap enggak bilak mau ajak sama umi masuk kantor...

    BalasPadam
  4. kadang-kadang tak ada pilihan encik mazidul. tempat tinggal saya memang taskanya tak berdaftar. tapi nak hantar tempat lain sangat jauh. takkan nak hantar kat mak ayah kat kampung. kesian diorang. nak tak nak terpaksalah berhenti kerja menjaga anak di rumah. berkorban apa sahaja demi anak.

    BalasPadam
  5. salam bro..

    " Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun...."

    salah info tu bro...Timbalan Menteri la

    BalasPadam
  6. Eelobor, terima kasih atas pembetulan. Saya bukan berapa pandaipun berhubung portfolio menteri tetapi saya ingat apa dia orang cakap.

    Chempaka, cuma kena ingat risiko itu wujud. Keraplah menjenguk anak pada waktu tidak dijangka, itu nasihat saya. Kekadang ada dakwaan anak jagaan dipukul keterlaluan dan tidak diberikan makanan cukupi.

    Mie, awak memang pandai buat lawak tetapi saya yakin perkara itu berlaku :)

    Azrul, pemeriksaan berkala? Entahlah. Minggu depan, 14 Oktober 360 buat liputan berhubung tajuk ini. Nanti saya tanyakan, ok.

    Audra, entah entah majoriti child minders main tangkap muat sahaja.

    BalasPadam
  7. azrul..

    Pihak kementerian akan turun selepas masuk TV,..selepas aduan..

    warga tempatan lebih rela kerja kilang ada kerja lebihmasa, ada socso Kwsp..ada lawatan percuma ada hari keluarga..cabutann bertuah. banyak kelebihannya.

    BalasPadam
  8. AM pernah terfikir, agaknya kalau pembantu rumah atau pekerja di pusat asuhan kanak-kanak diberi gaji yang lebih kurang sama dengan kerja kilang, ditambah pula dengan potongan EPF dan lain-lain profit seperti perubatan dan perlindungan insurance, adakah agaknya rakyat Malaysia akan cenderung memilih kerjaya sebagai baby sitter?

    Bukan apa, AM agak-agak lah, kehidupan sebagai pekerja kilang atau kerani mungkin jauh lebih bebas dari menjaga baby yang bergelumang dengan bau taik dan hancing. Sedangkan di Kilang selain boleh bebas, mereka juga boleh 'mencari jodoh'. Maklumlah di Kilang ada mat bangla dan tak kurang juga mat-mat Malaysia yang bermotor dan bersedia menghantar awek-awek kilang pulang ke rumah.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  9. pembantu taska hanya diberi gaji antara rm300-rm400 sahaja.sbb tu ler ramai anak tempatan takmoh keja disana.

    penat dgn karenah anak kecil yg merengek,menangis,kecing,berak letih oooo..

    keje dari jam 7am smpi 7pm.bayangkan !

    itu belum lagi taska yg beroperasi 24 jam sbb ade parent yg keje out station atau shift.

    kalau keje kilang ade time break atau bole cuci mata.kalau kat taska bergelumang dgn anak-anak kecil yg sgt memenatkan.

    lebih baik keje dgn mesin dari keje menjaga baby hehe.. :D

    BalasPadam
  10. ada sesetengah taska mempunyai bilangan anak2 kecil yang ramai.. tetapi pembantu hanya 2-3org sahaja.. sebab tu laa macam2 jadi.. yg lebam la, luka la, yang lampin pakai buang tak sempat tukar la.. setahu saya laa nisbah yang betul 4 org budak, 1 org penjaga..

    BalasPadam
  11. Saudara Mazidul,

    Sebelum saya menghantar anak saya ke taska di pejabat saya ni (disediakan oleh majikan sebenarnya), pengurus taska akan memperkenalkan semua childminders di situ dan apa kelayakan masing-masing. Taska ini menggunakan kaedah Montessori. Dan semua pekerja taska adalah sebumbung dengan saya juga. Dan, saya tahu majikan saya tidak sewenang-wenangnya menggajikan childminders sekadar tangkap muat. ;)

    BalasPadam
  12. Nic tak kisah bayar mahal utk taska yang berdaftar dan sistematik. Yang penting keselamatan dan kelesaan anak-anak. Tapi tuhla, nic pun tak faham apa masalahnya. Kenapa tak boleh buat childcare macam kat negara maju..adakah sbb gaji kita kecik jadi kita pun tak mampu nak bayar lebih utk penjagaan anak. Atau amik maid lagi senang boleh kemas rumah, masak sekali...

    Kadang-kadang terpaksa tawakkal antar anak ke taska nie.. sbb takde jaminan.

    BalasPadam
  13. Encik Mazidul cuba lihat blog ini

    http://chromosome.wordpress.com/2009/09/16/aaqil-dalam-kenangan/

    saya sedih sebab dia adalah bekas rakan sekerja saya.. pendiam. Di dalam blognya juga tiada menceritakan kenapa dan mengapa anak dia boleh meninggal tapi sedikit info dari bekas rakan serumahnya, memang kemalangan telah berlaku di taska..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.