Sabtu, Oktober 31, 2009

Mini Dhaka

Sewaktu mereka dihampiri, lelaki Myanmar sedang duduk di kerusi menjeling saya. Berdiri di sebelahnya, warga Bangladesh, Mohd Mohasyin Abdul Ghafor, 35 tahun kelihatan kurang selesa.

“Ada masalah ke?,” tanya Mohasyin.

“Sahaja ambil gambar,” balas saya.

Katanya, dia tinggal di pangsapuri di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor, sejak 2 tahun 5 bulan lalu dan berkerja di kilang elektronik berhampiran dengan gaji bulanan RM550.

“Satu kali gunting berapa ringgit?”

“Dua ringgit,” jawabnya ringkas.

Menurutnya, purata bilangan pelanggannya 10 orang sehari sejak beroperasi 10 bulan lalu di kawasan lapang berhampiran pangsapuri. Sebelum ini saya tidak pernah melihat ‘kedai gunting mudah alih’ sebegitu.

“Gunting kerja, wang sikit ada tambah kasi hantar sama bini, bagi anak makan sana Bangladesh,” katanya.

***

“Sudah buat aduan banyak kali tetapi tiada tindakan. Dulu dia gunting di belakang bangunan, sekarang depan,” ujar Ashmah Arshad, 32 tahun.

Rumahnya terletak kurang 20 meter dari kedai gunting mudah alih Mohasyin. Ibu berasal dari Bagan Datuk, Perak itu menyambut kedatangan saya dengan senyuman. Anak sulungnya berusia 8 tahun merenung saya, barangkali berasa hairan mengapa saya berada di penempatan lebih 10,000 pekerja kilang warga Bangladesh terbabit, ‘Mini Dhaka’.

“Handsome dia ini,” kata saya.

“Oh! Abah dia Bangla tetapi hari ini pergi kerja repair kontena,” celah suri rumah itu.

Menurut Ashmah, suaminya berhijrah ke Malaysia 14 tahun lalu dan berkerja di kilang sama dengannya sebelum ini.

“6 tahun kami bercinta lepas itu baharu kahwin, jodoh. Rumah ini kami beli RM60,000, sebulan bayar RM602. Abah dia orang ini, ada bisnes jual kad prepaid. Kalau tidak manalah mampu hendak sara keluarga,” jelasnya.

Kisah Mohasyin dan Ashmah akan saya kongsikan bersama penonton dalam paparan 360, 4 November 2009, bertajuk ‘Hujan emas di negara orang’.

15 ulasan:

  1. Salam bro...mini Dhaka dh ader...tak lama lg ada mini Sudan, mini Iran, mini Iraq...jengah2la kat area Seri Kembangan, apartment2 hampir di South City Plaza. Penuh dengan warga Timur Tengah. Sudah mula ada sikap2 agresif terutama bila mereka ni berkumpul.

    BalasPadam
  2. Asmah mungkin seorang dari sebilangan orang yang beruntung setelah berkahwin dengan orang 'luar negara'.

    Sebenarnya ramai juga yang menderita bila hanya ditinggalkan 'perut' oleh suami yang hilang entah kemana.

    AM kurang mendengar cerita orang Malaysia berkahwin dengan orang Bangla, tetapi dari kenalan orang Indonesia, katanya ramai wanita Indonesia yang berkahwin dengan warga Bangla di Malaysia, terpaksa menjual atau memberi anak dari hasil perkongsian cinta mereka kepada jiran dan saudara mara.

    Patutlah ramai orang Indonesia yang handsome (dalam drama indonesia di TV) rupanya ramai dari mereka yang mixed :)

    BalasPadam
  3. Bro Mazidul,

    Barangkali pendapatan "baiya" ni lebih dari pendapatan sesetengah pekerja lelaki di Malaysia. Hehehe.. Apo nak buek, org muda kita mana nak buat kerja angkat batu, basuh pinggan, lap meja atau gunting rambut. Kalau ada yg gunting rambut pun, mana nak charge RM2 sekepala. Katanya "drpd charge RM2, baik main dam haji aje kat kedai kopi atau lepak main gitar tepi tembok."

    BalasPadam
  4. Salam BRO MAZ...

    sesuatu yang harus dipuji, ramai juga kalangan orang luar ni yg sangat rajin.. lebih dari orang tempatan..

    contoh, pekedai2 runcit dari Aceh yang membuka kedai runcit di kawasan perumahan, taman-taman selalunya buka kedai seawal 7.30 pagi. Berbanding mini market yg buka jam 10 pagi.

    Dan tutup kul 9.00 atau lewat kul 10 malam, tapi kedai Aceh akan tutup kadang2 hingga 12 malam..

    Bagi yang memerlukan keperluan, kedai itu lah yg dituju..

    Yang menjadi jahat.. orang tempatan pun ramai yang jahat..

    BalasPadam
  5. echah..

    oo combi, anak buah awak kacak ..macam S.Khan..
    bakal pelakon Pan Asia..

    bila ayah dia lari..tanggung sendiri..combi tak ngaku sedara..
    nak buah echah..ooh tidak..

    BalasPadam
  6. dah nasib warg atempatan terlalu memilih (macam saya), nak cari insan slim dan putih. Oleh warga Dakka akan sapu demi tempt tinggal dan bisnes
    -sebagai orag dolu2 buat, demi bisnes/dakwah melalui perkahwinan.

    BalasPadam
  7. Biarlah mereka buat kerja begitu asal jgn melanggar undang2. kalau pi salon pun paling murah potong rambut RM6, potong tak sampai seinci pun, sebab kos aircon,sewa dan upah. Org kita memang memilih kerja, termasuk saya sebab kita diajar menguasai akademik kurang menguasai skill, maksud saya skill yg tak payah belajar di Inst Kemahiran,politek dan UTM... Kita pandang remeh pekerjaan mcm Bangla tu buat tapi sebenarnya skill mereka masih kita perlukan...nak cari tukang polish kasut lelaki pun susah, kat India itu pun boleh jadi duit, bayar RM2-Rm3 je, kalau ada 10 org sehari pun dah bagus...barulah kasut lelaki bersinar

    BalasPadam
  8. salahkan yang buat kerja porak poranda, mengedar merompak meRUGUL..

    alangkah bahagia boleh belajar bermacam-macam sukukaum adatresam diMalaysia.Pelbagai anika makanan.

    ada hitam ada putih ada kelabu..

    BalasPadam
  9. Dimana ada kemahuan, di situ ada pendapatan. Kadang-kadang sedih dan kasihan juga melihat pekerja asing ni melakukan pelbagai kerja. Tetapi mereka tidak berasa malu dan segan untuk mencari rezeki. Cuma situasinya sahaja yang salah.

    BalasPadam
  10. yang datang sini untuk cari rezeki halal, ramai. Tapi ramai jugak yang buat kerja part time

    BalasPadam
  11. Rezeki dibumi Allah ni ada dimana mana,asal rajin je boleh lah dapat habuan nya..apatah lagi di bumi Malaysia yang bertuah ni.Pendatang asing yang biasa susah ni tahu yang Malaysia ni merupakan lubuk emas bagi mereka..Kita orang tempatan ni khusus nya orang melayu kita sudah biasa senang jadi tak mahu lah buat kerja kerja yang berat2 ni..
    Kita lihat lah sekarang kaum2 cina yang kaya kaya masa ni asalnya dulu macam ni lah juga,mereka sangat rajin dan sanggup buat apa saja kerja..Itu pun orang melayu kita masih ada yang tak sedar lagi..Melayu kita ni boleh hidup sebab kuasa politik nya masih di pegang olih orang melayu lagi, kalau tidak tak tahu apa jadi..itu pun kuasa politik nya dah nak hampir kelam kabut..sebab nya..kita sama sama fikir lah..

    BalasPadam
  12. Wahhh..saya 1st.

    yg dtg mencari rezeki satu hal...yg dtg belajar pun dh mula mau kurang ajar, yg melancong; melencong. Biarkan ke????

    BalasPadam
  13. kalau datang cari rezeki yang halal, kita tak kisah...tapi geram sangat bila yang ada yang buat kerja haram kat negara kita...

    BalasPadam
  14. Kahwin Campur telah pun diamalkan sejak purbakala lagi. Itu yang sering saya ungkit tentang PR & Pendatang Haram ini semakin membanjiri negara kita. Sebabnya negara kita memang makmur & mudah cari duit.

    Jiwa perantau amat berbeda dengan jiwa penduduk tetap. Kita pun jika terpisah dari anak & isteri pastinya amat rindu akan keluarga. Kerinduan itu selalunya boleh diredakan dengan menyibukkan diri; mereka akan lakukan sebarang kerja yang mendatangkan wang. Sebab asal tujuan merantau pun memang mencari wang.

    Memang benar pekedai runcit Acheh ini sering menggugat ramai pekedai runcit tempatan. Mereka rajin bangun awal & dibuka sampai ke larut malam. Itu namanya saingan agar pekedai kita juga mengikut jejak mereka. Eloknya begitu.

    Rata-rata Kedai Gunting kaum India mengenakan cas sekepala kanak-kanak sekitar RM5, lantaran sewa & kemudahan lain. Bergunting tak selama mana, pastinya jika RM2 itu menjimatkan. Ada orang tak pernah fikirkan ianya aktiviti terlarang atau sebaliknya janji menjimatkan.

    Banyak lagi cara mencari duit di negara mereka yang boleh mereka praktik di negara ini. Bukan mustahil satu hari nanti di mana-mana kita akan dapati Tukang Kiwi Kasut bersepahan di negara kita. Sambil makan Sate Kajang ada Tukang Kiwi Kasut menggilap kasut kita yang sering amat comot dek hujan. Rasanya okey! juga.

    BalasPadam
  15. tertinggal bas lak nak tonton paparan 360, 4 November 2009, bertajuk ‘Hujan emas di negara orang’. pasti menarik. Kisah Ashmah sebahagian hitam putih kehidupan rakyat bangla di Malaysia. Tertarik dgn pengalaman saya mengenali seorang bangladeshi. Dari bekerja kilang,kerja kedai photostat,kedai makan akhirnya lebih kurang 16 thn,beliau kini menjadi pengarah urusan syarikat sdn bhd yang diambil alih dari rakyat korea. Tahun lepas dia berkahwin dgn rakyat tempatan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.