“Hassan cakap anak lelaki Dollah mencuri rambutan dia,” kata Leman kepada Samad.
“Ya? Buruk sungguh perangai anak Dollah! Kebuluran ke apa? Tetapi Dollah ada 13 anak lelaki, anak mana satu?,” tanya Samad.
“Entah,” balas Leman perlahan.
Dia kemudian pantas menyeluk poket seluar, mengeluarkan telefon bimbit dan mendial nombor Hassan.
“Hello Hassan, anak Dollah mana satu mencuri rambutan awak?,” soalnya.
( “Anak Dollah lah, lelaki, mana satu aku tidak pasti sangat tetapi aku tahu dia anak Dollah,” balas Hassan. )
“Bukan apa, Leman kata Dollah ada 13 anak lelaki, sebab itu saya tanya awak. Jadi, awak tidak pasti mana satu?,” soal Leman lagi.
(“Saya tidak berapa pasti,” ujar Hassan. )
“Rupa dia ingat? Nama dia? Umur dia? Warna baju?,” tanya Leman seterusnya.
(“Semua itu saya tak ingat tetapi saya tahu dia anak Dollah,” jawab Hassan.)
“Betul ke anak Dollah?,” soalan ditimbulkan Samad.
Kasihan kepada Dollah. Jika dakwaan anaknya mencuri rambutan Hassan sampai ketelinga, dia pasti serba salah. Andai benar kejadian memalukan itu berlaku sekalipun, amat sukar Dollah membuat keputusan anak lelaki mana satu harus ditampar dan diterajang kerana mengaibkan keluarga. Lebih malang, jika berita itu sekadar dakwaan sahaja, tidak adil jika anaknya mengaku kesalahan tidak mereka lakukan.
Pada masa sama, kita harus ingat, perasaan hasad dan dengki jarang dapat dipisahkan dengan fitrah manusia. Dalam kes ini mungkin Hassan dan Dollah bermusuhan.
Justeru, kita semua harus berhati-hati. Pastikan maklumat lengkap diperolehi sebelum membuat sebarang dakwaan. Bimbang dakwaan itu bertukar menjadi fitnah.
“Ya? Buruk sungguh perangai anak Dollah! Kebuluran ke apa? Tetapi Dollah ada 13 anak lelaki, anak mana satu?,” tanya Samad.
“Entah,” balas Leman perlahan.
Dia kemudian pantas menyeluk poket seluar, mengeluarkan telefon bimbit dan mendial nombor Hassan.
“Hello Hassan, anak Dollah mana satu mencuri rambutan awak?,” soalnya.
( “Anak Dollah lah, lelaki, mana satu aku tidak pasti sangat tetapi aku tahu dia anak Dollah,” balas Hassan. )
“Bukan apa, Leman kata Dollah ada 13 anak lelaki, sebab itu saya tanya awak. Jadi, awak tidak pasti mana satu?,” soal Leman lagi.
(“Saya tidak berapa pasti,” ujar Hassan. )
“Rupa dia ingat? Nama dia? Umur dia? Warna baju?,” tanya Leman seterusnya.
(“Semua itu saya tak ingat tetapi saya tahu dia anak Dollah,” jawab Hassan.)
“Betul ke anak Dollah?,” soalan ditimbulkan Samad.
Kasihan kepada Dollah. Jika dakwaan anaknya mencuri rambutan Hassan sampai ketelinga, dia pasti serba salah. Andai benar kejadian memalukan itu berlaku sekalipun, amat sukar Dollah membuat keputusan anak lelaki mana satu harus ditampar dan diterajang kerana mengaibkan keluarga. Lebih malang, jika berita itu sekadar dakwaan sahaja, tidak adil jika anaknya mengaku kesalahan tidak mereka lakukan.
Pada masa sama, kita harus ingat, perasaan hasad dan dengki jarang dapat dipisahkan dengan fitrah manusia. Dalam kes ini mungkin Hassan dan Dollah bermusuhan.
Justeru, kita semua harus berhati-hati. Pastikan maklumat lengkap diperolehi sebelum membuat sebarang dakwaan. Bimbang dakwaan itu bertukar menjadi fitnah.
Nota Header blog ini dicipta Leonardo Da Hazrey
assalammualaikum
BalasPadamberfikir sebelum bertindak...
berfikir sebelum berfikir.
Cantik header blog ini. :)
BalasPadamSebelum mengulas, AM nak puji penampilan baru blog perkongsian hitam putih kehidupan ini. Nampak lebih intelek. :)
BalasPadamKalau AM jadi si Dollah, AM akan siasat terlebih dahulu, dan jangan terus marah. Kena dengar dari dua-dua pihak, yang menuduh dan apatahlagi anak-anaknya. Itu kalau pertama kali kejadian kecurian rambutan berlaku.
Jika kali kedua Hassan mengadu, kalau AM jadi Dollah, AM akan beri kata dua kepada anak-anak,
"ayah tidak mahu lagi dengar ada orang tuduh anak-anak ayah curi rambutan mereka"
Jika tiba-tiba ada dua tiga atau empat orang membuat tuduhan yang serupa, kalau AM jadi Dollah AM akan ekori kemana anak-anak pergi. Kalau benar mereka melakukan, satu hari pasti akan tertangkap. Jika tidak, mungkin ada sesuatu yang tak kena. Kemungkinan ada niat buruk orang yang membuat tuduhan itu.
Lalu, Pak Dollah harus mula berfikir,
"kenapa orang beria sangat membuat fitnah kepada aku dan anak-anak aku?"
Walau apapun, lumrah alam memang begitu. Bila anak-anak melakukan kesilapan, orang akan tanya,
"anak siapakah itu?"
Itu memang tidak dapat dielakkan. Lebih menyakitkan hati, kadang kala anak yang nakal cuma seorang, tetapi satu keluarga mendapat nama busuk.
Jika AM menjadi Pak Dollah, AM mungkin akan kata,
"saya dah didik anak-anak saya sebaik mungkin, tetapi biasalah dalam setandan kelapa kadang-kala sebiji kelapa komeng. Apapun saya akan siasat, tuduhan saudara. Jika saudara tidak memberitahu, saya mungkin tidak tahu ada antara anak saya yang panjang tangan"
Jika masyarakat boleh 'sedikit' busy body, dan menegur secara ikhlas dengan harapan keadaan akan bertambah baik, rasanya kita harus terima dengan hati yang terbuka.
Cuma memanglah, kaki fitnah, kaki tokok tambah dan kaki adu domba memang ramai antara kita. Cuma kita lebih bersedia dengan situasi-situasi seperti itu. Jika kita rasa kita telah berbuat yang terbaik dan yakin memang tidak ada kejadian seperti dituduh orang, tidak ada apa yang harus kita gusarkan.
www.anak2merdeka.blogspot.com
wah.. cantik hiasan 'rumah' cik Mazidul.. nak sambut Deepavali pulak ker? :D
BalasPadamkadang2 berita yang tak pasti kesahehan tu laa yang paling org suka dengar dan bercerita..
BalasPadamdari 1 mulut ke satu mulut, dari 1 telinga ke 1 telinga, cerita yang pendek boleh jadi panjang berjela... belum lagi ditambah pelbagai perisa..
Abg Mazidul,
BalasPadamPerasaan hasad dengki tu dah jadi darah daging dalam masyarakat kita. Susah dah nak dibuang....
Salam Mazidul. Saya nak berkongsi pengalaman dalam tentera. Pagi ini saya terbaca dalam utusan meloya menyatakan 'Jangan salahkan sistem -SPR". SPR kata mereka sentiasa telus dan membersihkan daftar pengundi pos yang telah bersara, tetapi cuba Mazidul semak nombor ini adakah ianya bersih dari sistem (T1068890, T1068560 dan banyak lagi)(anggota tsb telah bersara pada Nov 2008). Memang bersih betul SPR nie Mazidul.
BalasPadamBetul la tu. Sebelum mendakwa, perlu ada bukti dan fakta yang lengkap, sahih dan "reliable".. kalau tidak, dakwaan itu adalah fitnah!
BalasPadamDalam syariah sangat jelas akan perkara ini..
Kita ambil contoh di negara seberang...kalau kita perhatikan akhbar (sebutan 'koran' ditempat mereka) serta media massa mereka seringkali membuat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas yang mana maklumat-maklumat yang diperolehi tidak dipastikan lengkap sepenuhnya atau sahih. Maka timbul lah pelbagai andaian dan dakwaan tersebut bertukar fitnah sehingga memburukkan lagi keadaan. Rata-rata rakyat dinegara tersebut mempercayai bulat-bulat dakwaan yang disampaikan tanpa menyelidikinya terlebih dahulu..
BalasPadamSalam kat semua
BalasPadamLAwa la blog header tu..hazrey..wat kat saya satu boleh?
Pasal Pak Dollah tu, sian dia..
Manusia sekarang tak tau ape itu fitnah dan langsung tak sedar bile buat fitnah.
BalasPadamPaling kesian adalah si DOLLAH, kerana anak lelaki nya yang disebut-sebut kerana perbuatan yang memalukan..
BalasPadamEncik mazidul akmal. Seperti yang bos saya katakan juga, perlu tau fakta barang yang di niagakan. Contohnya menjual sebuah TV, kita harus memberitahu kelebihan TV dan alat kawalan jauh yang berbagai. jangan cuma kata ia ada gambar cantik dan sound cantik. minggu hadapan saya tidak dapat memberi komen kerana tidak ke pejabat kerana bos saya terbang ke Miri selama satu minggu dan saya cuma bertugas di rumah bos untuk menghantar isteri dan anak beliau sahaja. saya akan cuba pergi ke cc untuk membaca blog kegemaran saya dan ramai ini. Terima kasih
BalasPadamDalam apa jua tuduhan mestilah ada saksi, saksi itu pun orang yang boleh dipercayai bukan dibeli.
BalasPadamArwah Abg saya pernah didakwah di mahkamah tertuduh kes jenayah, namun pihak polis tangkap muat sahaja tanpa bahan bukti. Ditangkap bukan ketika melakukan kejadian. Anak isteri habis disumbat dilokap.
Arwah Apak saya pasang Penguam Bela seorang India. Dengan hanya bertanya tentang rona butang baju yang dipakai ketika arwah abg saya didakwa pecah rumah; polis yang mendakwa kes tersebut gagal mengecamnya; maka kes ini digugurkan.
"Awak kata tertuduh ini pecah rumah, sedangkan warna butang baju tertuduh ketika kejadian tersebut pun awak tidak cam!... bukankah bermakna tuduhan awak sekadar direka & dakwaan semata. Mungkin dalam cahaya samar tersebut orang lain yang memecah rumah!"
Polis tersebut menggeleng kepala bila jumpa Arwah Abg Din setelah dibebaskan, lantaran soalan Peguam Bela yang tidak terduga itu memerangkap dakwaan pihak polis.
"Lawyer... apa yang panggil ni Din, tergamam saya nak jawab.."
Dalam kes anak Dollah juga sama. Mungkin dakyah semata. Jangan cepat percaya.
Syawal Masih ader lagik..sempat bermohon maaf...
BalasPadamMOHON SUMBANGAN UNTUK SAUDARA BARU MELANJUTKAN PELAJARAN DI YAMAN...KETERANGAN LANJUT, KLIK LINK DI BAWAH,
BalasPadamhttp://ibanmuslim.blogspot.com/2009/10/mohon-sumbangan-untuk-saudara-baru.html
TERIMA KASIH BRO MAZ...SAYA CUMA MEMBANTU SAUDARA BARU KITA NI...KESIAN KAT DIA...TIADA PAKSAAN, BAGI YG IKHLAS SAHAJA...T/KASIH SAUDARAKU SEKALIAN..
Assalammualaikum Tuan
BalasPadamMinta maaf dan ampun sebab dah lama tak
masuk kelas..
Aku kena tangkap lah bro.
Dua minggu kat Bangkok.
Nanti aku cerita kenapa hehe
Hari ni baru dilepaskan.
Ampun tuanku beribu ribu ampun
hasan boleh buka firma Peguam bela, leman boleh buka company jula gosip..bersama..bloger..
BalasPadamizan, terlebih dahulu AM hadiahkan al-fatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletekkan bersama-sama orang yang soleh.
BalasPadamAM bukan pengamal undang-undang, tetapi AM ingin berkongsi pendapat dengan izan, berkenaan sesuatu kes di mahkamah. AM pernah tulis berkenaan isu yang sama beberapa minggu yang lepas, tapi tak ingat dibawah tajuk apa. Nanti AM check semula.
Dalam perundangan ada beberapa perkara yang perlu kita faham. Lepas tidak bermasud kita tidak bersalah. Kesilapan taknikal oleh pihak pendakwa boleh menyebabkan tertuduh terlepas dari dihukum.
Kekurangan bahan bukti, atau bahan bukti telah 'dicuri' yang menyebabkan jumlahnya atau 'fizikalnya' berubah ketika dibawa kehadapan hakim, juga boleh membuatkan seseorang itu terlepas.
Pihak polis tidak sesuka hati menangkap orang. Jika tersalah orang mungkin juga. Tetapi jika tidak bersalah, seseorang tidak perlu takut. Orabg yang memang salahpun boleh terlepas, inikan pula yang tidak melakukannya.
Kadangkala kita tidak boleh terima jika tuduhan atau hukuman dikenakan ke atas kita atau orang disekeliling kita. Lantas kita mengatakan kita difitnah.
AM tidak nafikan, fitnah memang berlaku, tetapi keberangkalian seseorang didakwa disebabkan fitnah adalah terlalu kecil. Percayalah, pembuat fitnah mungkin boleh mereka-reka bukti untuk meyakinkan orang lain, tetapi bukti yang direka-reka tidak akan sampai kemana. Bila dibawa ke mahkamah, pasti sipembuat fitnah akan kecundang.
Salam Bro Madz,
BalasPadamcantik umah... sofa baru ke? hehe!
cian si Dolloh..
kalo betol le, kena terima hakikat, kalo fitnah le, kena............??
1. penuduh *(saksi)
2. tertuduh.
3. tuduhan.
4. siasat
>(penuduh+saksi+tuduhan)x siasat/ sahih= (tertuduh) diambil tindakan...
>>(penuduh+saksi+tuduhan)x siasat/ palsu@fitnah= (penuduh) diambil tindakan...
>>>Dah lumrah manusia, rambut sama hitam Bro, tapi hati lain2.
"Da VINCI" Code........
Yela.. header blog dah nampak lain. Congratulation.. haha..
BalasPadamDalam kes ini si 'tukang tuduh' perlu mengenalpasti tertuduh sebetul-betulnya. Jangan hanya serkap jarang sahaja. Kesan yang amat buruk akan berlaku nanti.
BalasPadamdalam kes terpencil..
BalasPadamDollah perlu cool..lebih baik berbaik dengan hasan tanpa pengentahuan leman.
mana tau andaian
, Leman memang kaki PAU, ia pergi jumpa Dollah dn bercerita tentang keburukan Hassan kaki umpat suka tuduh sambil bodek Dollah yang berperangai baik hati. Hassan ayng nakal.. dapat upah makan FREE, jadila.
sehari dua kemudian Leman pergi jumpa Hassan pulak bercerita keurukanDollah kutuk Hassan,suka menjaja cerita umpat dll. Ia memuji Hassan bercakap benar, anak Dollah yang jahat sebenarnya,Memang perlu kena sebar..
Dollah tak bertanngungjawab tidak pandai jaga anak Bal-bla.blue.,
BOLEH BELAH..(jawaban kepada Leman)
apa2 kita buat nama bapa kita bawa.. jika buruk.. maka akan buruk lah nama bapa.. begitu juga sebaliknya.. ingatlah anak2.. setiap tindakan kita... kita membawa bersama air muka dan maruah ibu bapa kita..
BalasPadam