Rabu, Oktober 21, 2009

Jom Jaga Tepi Kain Jiran!

Majoriti golongan elit tinggal di rumah banglo, kelompok berpendapatan sederhana menghuni apartmen manakala mereka berpendapatan rendah menetap di rumah flat. Biarpun tempat tinggal berbeza, kebanyakkan mereka mempraktikkan tabiat sama.

Jika terjeling anak jiran pulang awal pagi, terhoyong hayang, mabuk sambil memeluk erat teman wanita atau lelaki diusung kerumah …

Biarkanlah.

Jika ternampak anak jiran membawa pulang motosikal diketahui dicuri …

Biarkanlah.

Jika terlihat anak jiran menghisap dadah atau menghidu gam di lorong belakang rumah …

Biarkanlah.

Jika terpandang pasangan beragama Islam tanpa nikah tinggal sebumbung bertahun lama sehingga beranak-pinak …

Biarkanlah.

Kenapa biarkahlah?

Kerana kononnya kita enggan menjaga tepi kain jiran. Kita gentar menegur biarpun kemungkaran berlaku di hadapan mata. ‘Kita’, termasuk sebilangan Pak Haji, Imam, Bilal, Ustaz dan ‘kaki masjid’. Mereka hanya berani bercakap di belakang tanpa tindakan, takut benar dimarah jiran kerana menjaga tepi kain mereka.

Bagaimana jika si pemabuk, si kaki perempuan, si pencuri motosikal, si penagih dadah dan si penghidu gam dan si penzina itu, anak kita?

Jiran kita pasti akan berkata …

Biarkanlah.

Gambar Jurukamera 360 dan penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan merakam gambar tin gam di lokasi.


16 ulasan:

  1. Terkadang jaga tepi kain juga mendatang kebaikan....
    Amar makruf dan Nahi mungkar yang disyorkan di dalam Islam.
    Masalahnya kaum kita ni menjaga tepi kain yang boelh mambawa fitnah yang besar... masih ramai yang tak faham konsep ni

    BalasPadam
  2. Kadang2 bukan tidak mahu tahu macam mana tepi kain jiran.. tapi jiran bijak menjaga tepi kain dia hehe..

    Kadang2 juga, bila kita cuba2 untuk kepochi, kita pulak dimusuhi.. bukan sedikit yea kes kita mengadu pada mak bapak tentang perangai anak2 mereka yang kita lihat, kita ini ditempelak balik mengatakan yang kita ini mengada2 kan cerita.. alasan mereka.. mereka kenal anak mereka macam mana.. kita orang luar tau apa??.. anak mereka tuh baek gitu.. mustahil buat perkara2 tersebut.. sudahnya, kita dikatakan cuba mencari pasal!!..

    Bak kata apek dalam madu tiga.. Hidup susah, mati pun susah!! Lagi mau kena pegang bendera! (betul ker dialog neh?? hehe).. yea!! kena pegang bendera 1 malaysia!! jadi, macam mana hendak menerapkan budaya menjaga kain jiran ini yea?.. boleh ker buat kempen dengan slogan "1 malaysia, 1 kain"??.. keh keh keh!!

    BalasPadam
  3. masalahnya.. bila kita 'menjaga tepi kain orang' pasti ini jawapan yang diterima..

    "kubur asing-asing la!"

    BalasPadam
  4. Memang macam itu kehidupan sekarang ni.. Orang cina kata, lu lu gua gua.. Lu bikin apa sya olang peduli apa!

    Sebenarnya mau juga jaga tepi kain jiran tapi.. kalau jiran kata "menyibuk hal orang aja" itu aku naik bengang.. daripada tak gaduh dengan jiran.. lebih baik diam... lagi elok.. semangat kejiranan pun terjaga....


    (Pagi-pagi saya suka senyum dengan jiran semasa berangkat kerja)

    BalasPadam
  5. nak senyum kepada jiran pun mahal kekadang.

    orang kita adat kita.

    kisah jiran gatal;

    Jiran lelaki: Hai cik adik jemur baju ker?

    Gadis jiran: Tak la, saya dok siram bunga.

    BalasPadam
  6. Kerana enggan “menjaga tepi kain orang”masyarakat menjadi “seperti enau dalam belukar,
    melepaskan pucuk masing-masing”

    Keprihatinan dan kerjasama masyarakat amatlah penting bagi menangani
    gejala tidak sihat.

    Sesetengah masyarakat enggan
    bekerjasama dan lebih suka mendiamkan diri kerana tidak mahu menyusahkan diri
    sendiri untuk membantu menangani gejala tersebut.

    Sebagai masyarakat yang
    bertanggungjawab dan prihatin, kita perlulah bersama mencegah gejala tidak baik demi
    kebaikan dan kepentingan kita bersama kerana”bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

    Semua pihak dalam menangani gejala negatif daripada terus menjadi “duri dalam daging".

    BalasPadam
  7. anak jiran combi (yg lelaki islam dan yg pompuan kristian)bawa teman wanita dia masuk rumah jiran yg kosong sbb tuan rumah tu balik kg.dorang masuk ikut pintu belakang..gila ape :(

    budak pompuan tu baru form 2 dan budak lelaki tu baru habis sekolah.dorang buat rumah tanpa tuan tu port utk melampias nafsu.

    nasib jiran yg sebelah rumah nampak.kami berkumpul ramai-ramai dan pergi sergah dorang.yg lawak tu boleh dorang cakap tak buat apa2 cuma nak berjumpa disitu.lawak mengong ape..

    budak pompuan tu menyorok dlm almari.tau terkejut beruk.adehhh punye le berani kan.ceroboh rumah org pastu nak buat maksiat pula.

    tolong ler perati anak-anak kita sbb kealpaan kita membuat dorang terpesong jauh.

    ........

    yg combi suke statment sorang jiran ni "kalau korang nak buat maksiat pergi buat tempat lain jgn sampai taman kami ditimpa mala petaka" hehe..harap-harap dorang paham kot.

    BalasPadam
  8. Susah kalau dapat jiran yang jenis pentingkan diri sendiri...

    BalasPadam
  9. Masa baru-baru saya menetap kat sini,saya cuma kenal dgn jiran sebelah rumah(Cina).Setakat senyum dan hai saja.Satu malam tu dia ketuk tingkap rumah saya bagi tau yg rumah dia kena masuk pencuri,pencuri tu masuk ikut bumbung.Pencuri cuma ambik duit.So dia suruh saya hati-hati.Dalam masa kurang dari setahun rumah dia kena masuk pencuri lagi tp kali ni dgn laptop,pasport,hi-fi dan ada 2,3 brg lagi kena curi.Saya ada dengar bunyi jam 9 pg tapi saya tak kisah sebab selalunya kucing.Dah jam 4 ptg baru saya sedar sebab gate tak berkunci.pintu rumah terbuka,tingkap mcm kena kopak.Bila jiran tu balik keja saya ikut masuk rumah dia,sahlah rumah dia kena pecah.Saya sbgi jiran tak boleh nak tolong apa-apa pun.Skrg ni jiran saya dah pasang alarm kat rumah dia.Dan saya pun dah mula hati-hati,pantang dengar sesuatu saya akan tengok.

    BalasPadam
  10. kadang -kadang menjaga tepi kain orang ni lebih baik kan Bro..

    BalasPadam
  11. Hubungan di kampung adalah lebih baik jika di banding dengan di bandar. ini berkemungkinan masyarakat di kampung lebih mengambil berat antara satu sama lain.

    BalasPadam
  12. Salam Mazidul,



    Konsep kejiranan memang cukup menarik dan mesti dikekalkan

    Semangat kejiranan, dapat diwujudkan rasa kasih , sayang menyayangi, bantu membantu, hingga timbul suatu kekuatan dalam kalangan rakyat untuk tolong-menolong, ingat-mengingati dan tegur-menegur.

    Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya

    Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.

    Konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman di negara ini.

    Keamanan dan ketenteraman menjadikan negara kita lebih maju,

    BalasPadam
  13. Sebenarnya inilah posting paling menarik antara topik-topik menarik Bro Mazidul, tetapi AM terlambat nak baca kerana sibuk sedikit hari ini.

    Kebetulan AM terlibat dalam NGO yang sedang guna selogan itu,

    "Mari Jaga Tepi Kain Jiran Kita"

    Memang ada yang kata,

    "kubur masing-masing la"

    AM dah sediakan jawapan untuk itu,

    "Kalau kubur engkau, engkau yang gali sendiri dan masuk sendiri dalam kubur tu, maka ko boleh cakap kubur masing-masing"

    Tapi ada jawapan dari seoang brother ni yang AM rasa lebih menarik,

    "masalahnya kubur engkau tu mungkin akan bersebelahan dengan kubur aku, jadi aku tak mahu nanti aku terganggu bila engkau kena siksa dengan malaikat dalam kubur hingga dengar dalam kubur aku"

    Memang gurauan, tetapi kita tidak ada cara lain selagi tidak ada sikap 'busy body' untuk menyelamatkan masyarakat sekeliling kita. Jika anak jiran jadi pencuri, barang yang dia curi mungkin barang kita. Kalau dia curi barang mak bapak dia sendiri tak mengapa juga.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  14. tepon polis derang bgtau polis takde kuasa.. suro tepon pejabat agama... tengah malam pejabat agama ada bukak ke?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.