Khamis, Oktober 01, 2009

Gempa Datang Bagai Ular

Saya pernah ke Bengkulu di Sumatera Barat, Indonesia membuat liputan gempa bumi sebelum ini. Bangunan pejabat dan rumah runtuh menyembah bumi. Majoriti mangsa hanya tinggal di bawah khemah kanvas berwarna biru, makan mee segera dan tinggal sehelai sepinggang sambil menangis mengenang ahli keluarga terkorban. Bantuan makanan dan keperluan asas lain dihantar negara luar termasuk Malaysia dakwa mereka tidak sampai kerana diciluk pihak tertentu termasuk Pak Lurah kampung.

"Gempa itu datang bagai ular, bumi bergegar," antara kenyataan mangsa.

Semalan jam 6.16 petang waktu Malaysia kawasan sama dilanda bencana sama sekali lagi. Hampir 529 (Sumber: CNN 7 malam, 1 Oktober) mangsa dilaporkan terkorban akibat gegaran 7.6 pada skala Richter turut memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.

Sebelum ini sekelompok penduduk negara itu melaksanakan ‘sweeping’ terhadap rakyat Malaysia. Bersenjatakan buluh runcing sambil berikat kepala, mereka berhasrat ‘memeriksa’ rakyat Malaysia berada di jalanan. Mujur tidak berlaku kejadian buruk. Tindakan itu tercetus berikutan tuduhan rakyat Indonesia kononnya Malaysia mencuri tarian Pendet milik mereka. Biarpun berulangkali negara kita memohon maaf, itu semua tidak dipeduli. Ramai blogger negara sama terus mengecam dan menggelar negara kita ‘Maling-sia’. ‘Maling’ bermaksud mencuri.

Terkini, Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, SBY, merayu negara jiran terutama Malaysia menghulurkan bantuan segera kepada mangsa gempa bumi. Kasihan, SBY terpaksa memohon bantuan dari Maling-sia, negara pencuri.

Sepatutnya, biar sahaja mangsa gempa dihiburkan tarian Pendet, mendirikan rumah menggunakan buluh runcing berbumbungkan kain ikat kepala dijahit bersama dan ‘makan’ semua perkataan berbentuk hinaan dihamburkan bloggers mereka selama ini.

Soalan Siapa boleh betulkan CNN? Berulangkali cakap 'Pe-deng' walhal ungkapan sebenar, 'Pa-dang'.

Nota Esok, InsyaAllah jam 11 pagi saya berada di Kota Bharu, Kelantan. Kenyanglah makan nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi kukus. Siapa tinggal di Kota Bharu?

47 ulasan:

  1. tu la pasal..sebelum ni mcm2 dorang hina msia,mencuri la,brengsek la..tp negara kita tetap x ambil peduli sgt sbb nak jaga hati jiran.xpela.sama2 lah kita doakan keselamatan saudara-saura kita disana.amin...

    BalasPadam
  2. yeah
    bala menimpa
    pastu nk melutut
    gyahahaha
    some of them barely use their brain
    to think.
    mcm mane la x armageddon lagy skaly.

    BalasPadam
  3. satu perkataan yang saya nak guna " RASAKAN " mungkin perkataan itu kejam tapi begitulah Jiwa saya bila melihat bendera Malaysia dibakar. dan mereka tak kenal dek untung.

    kalau aku jadi PM aku akan cakap , tak payah nak tolong , buang masa je, nanti kalau hantar orang bagi bantuan takut kena Sweeping pula!. Itu kalau aku jadi PM.

    BalasPadam
  4. ini yang saya tggu selama ni..
    semakin hari blogger 'indon' semakin kurang ajar..

    sungguh kurang sopan mereka menghina Malaysia dengan begitu terbuka di laman2 blog..

    Biarkan saja mereka merayu pada kita, diaorang tak tahu 'indon2' kat sini siapa yang bagi makan..

    BalasPadam
  5. bro mazidul ada majlis di kota bharu? saya di machang, lebih kurang 45 minit dari sana. jemputlah singgah sebelum pulang ke kuala lumpur.

    =)

    BalasPadam
  6. Kenapa kita serumpun bergaduh? Berkelahi? Menghina satu sama lain? Sedarlah bangsaku sekalian. Kita hanya ditipu oleh The Hidden hand. Media lah yang menyemarakkan api permusuhan antara kita. Kita adalah dari satu rumpun, Melayu. Bangsa yang hebat, penghulu kepada bangsa spiritual. Cuba fikir balik, Singapura adalah satu-satunya pangkalan Zionis di dunia ini, Amerika menjadikan Filipina sebagai pangkalan mereka, kenapa? Untuk menghalang kebangkitan Islam di sebelah timur. Dari Nusantara. Ye, mereka telah berjaya membuat kita saling membenci antara satu lain. Indonesia dengan Malingsial, kita pula dengan Indonesial? Siapa yang menang? Siapa yang beruntung?

    Sudah pastilah pihak ketiga akan mengambil kesempatan dek perpecahan ini. Singapura, tengah gelakkan kita dek perpecahan ini. Gempa bumi adalah salah satu tanda besar kiamat seperti yang disabdakan oleh rasullulah 1400 tahun yang lalu. Jika kita kaji statistik bencana alam 100 tahun, kita akan nampak perubahan ketara dari segi bilangan nya. Janganlah kita saling berpecah sesama melayu, sesama islam. Yahudi dan nasrani akan mengambil kesempatan dari kelemahan ini. Percayalah, jika kita bersatu alter terahsia melayu akan membakar dan kebangkitan islam dari timur seperti yang disabdakan akan tidak akan dapat dihalang lagi. Untuk info-info kebangkitan islam akhir zaman, dajal, pertubuhan rahsia, konspirasi dunia dan banyak lagi, sila bertandang ke blog saya, http://holywar-efairy.blogspot.com/

    Wassalam.

    BalasPadam
  7. naluri manusia saya ingin menangis memikirkan nasib merka,tambah pula media asyik fokus rintihan peribadi mangsa2 disana.tapi,benda ni dah berlaku berulang2 kali kan..dan mereka tak pernah belajar dari kesilapan masing2. don't bite the hand that feeds you..hmm,nyata orang indonesia tak pernah jumpa ayat tu.
    kalau begitu, kita pun buat2 tak dengar berita la.boleh?

    BalasPadam
  8. satu petunjuk..
    syukurrr satu penyesalan..bukan dendam tapi macam berbalahan adik beradik..

    ..soalan bila Tsunami akan muncul..oleh beberapa bloger..terjawab tak sampai 2 bulan,,
    hidup berjiran tak boleh sombong serta angkuh
    selepas ni jikanak bertelagah dgn Malaysia,,fikir2 3 kali..


    ** KB??Kelantan .mm dah dekat Pasir Mas..(boleh datingg..) qih qih..qah

    BalasPadam
  9. Setuju dengan Nina.

    kalau semua rakyat Indonesia mendengar luahan warfeel-efairy alangkah bagusnya.

    Lihatlah selepas sebulan atau 3 bulan atau setahun ,maka akan timbul kembali hal yg lain pula.

    kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  10. i dont think the few last paragraph was necessary. its like going to the earthquake victim and say "in your face"..

    yes, we could have used their words back to humiliate them, by why do we want to sink down to their level?so now what makes us different than their media and bloggers? nothing...

    we need to pray for them and help them..as we never know when is our turn.

    BalasPadam
  11. salam..
    selama ni saya cume jd silent reader je kt blog en.mazidul,tp sya t'tarik dgn 'sweeping' malaysia..

    yup,since last year saya dapat tau mmg ramai blogers indonesia yg mnggelar malaysia sbgai maling-sia..mereka kate kita curi byk idea mereka dan mereka kate bendera negara kita sebenarnya di ciplak dari bendera negara amerika..

    saya hairan,mereka buat 'sweeping' malaysia,tp tidakkah mereka t'fikir betapa ramainya saudara2 mereka d malaysia..n kita x pernah pn sweeping mereka,tambah lg ramai yang dtg tanpa izin..jahat sgt kah malaysia ni???..

    mgkin mereka sebenarnye jeles dgn kita..who knows??..

    p/s : en.mazidul,saya student 1st year blajar d kelantan,dlm area kota bharu@kubang kerian,nasi kak wok sgt famous,mgkin en.mazidul pernah rasekn?..:)

    BalasPadam
  12. memang bengang dengan rakyat Indonsia yang menuduh negara kita Malingsia tapi kebanyakkan mereka ini terdiri dari rakyat Indonesia dari kepulauan jawa & saya rasa rakyat Indonesia di Sumatera (terutamanya Padang & Pekanbaru) mungkin tidak menuduh kita sebagai Malingsia kerana rakyat Indonesia dari daerah Sumatera kebanyakan nya lebih "DEKAT" dengan Malaysia berbanding dengan Kepulauan Jawa (negara mereka sendiri)dan mereka kebanyakan mencari rezeki di sini.

    saya memberi pandangan bukan atas dasar kekeluargaan (saya ada keluarga angkat di Pekanbaru, Indonesia)

    BalasPadam
  13. saya rasa kita tak de masalah pun nak terima semua tu, cuma belah diorang je yang susah sangat nak bertolak ansur.

    ada je benda nak buat gaduh, hari tu bukan ke presiden dia suruh pakai batik hari jumaat sebab nak claim balik, dah kita pakai hari khamis.

    ni pandai pulak mintak bantuan.. bila susah nak sama susah, bila senang dia serang balik.. letih woo cakap pasal benda ni je, tak habis².

    BalasPadam
  14. Sesetengah Indon ni sukar menerima kenyataan dan kebenaran walaupun kita dah beberapa kali menjelaskan kebenaran...lagi kita layan, lagi la diorang pijak kepala kita...

    Apapun takziah diucapkan kepada semua mangsa gempa di Indonesia...

    BalasPadam
  15. Buat baik di balas baik, Buat jahat di balas jahat. apa yang terjadi sekiranya negara kita buat 'don't know' je.. Dulu bukan main lantang lagi rakyat Indon ni nak 'sweeping' rakyat kita. Sekarang??

    BalasPadam
  16. Betul...sy sokong sgt pandangan bro Mazidul.

    Ungkapan akhir bro tu yg paling sy suka....

    "Sepatutnya, biar sahaja mangsa gempa dihiburkan tarian Pendet, mendirikan rumah menggunakan buluh runcing berbumbungkan kain ikat kepala dijahit bersama dan ‘makan’ semua perkataan berbentuk hinaan dihamburkan bloggers mereka selama ini."

    Mereka ni memang jenis tak ngenang budi. Senyap je...jgn dihantar bantuan! Tolong anjing dan kucing terbiar kt M`sia lg bagus!!

    BalasPadam
  17. kesian Indonesia...syukur Malaysia tidak berada dalam lingkungan Api Pasifik .. ( geografi form 1..haha)..
    yang penting ikhlaskan hati tolong the victims...
    p/s: Kelate rocks!

    BalasPadam
  18. GEMPA BUMI SEBAGAI TANDA HAMPIRNYA KIAMAT
    Kejadian gempa yang berlaku di Indonesia, turut dirasai penduduk di negara kita. Kawan saya di Pangsapuri Saujana Johor Bahru, berasa panik dan segera lari ke bawah. Gegaran ini turut dirasai di negeri lain di pantai barat terutama yang mendiami bangunan tinggi.

    Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa atau kemusnahan besar seperti yang berlaku di Indonesia, mungkin ratusan nyawa terkorban. Apa yang berlaku di negara kita hanyalah kesan retak pada bangunan tinggi, penduduk seharusnya mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa. Kalau pihak berkuasa mengarahkan berpindah atau kosongkan bangunan, sila berbuat demikian.

    .

    Sebagai seorang Islam, kita wajib percaya kepada ketentuan Allah. Kiamat itu pasti berlaku dan sebelum kiamat itu berlaku, akan ada tanda-tanda kecil dan besar muncul terlebih dahulu. Berdasarkan hadis yang muktabar, sebelum kiamat akan berlaku gempa bumi yang kecil dahulu. Tidak lama selepas itu, akan berlaku gempa yang lebih besar pula dan merupakan tanda-tanda besar kiamat.

    .

    Pendapat ini diperkuatkan dengan hadis yang mengaitkan gempa bumi ini terjadi apabila kerosakan dan kemaksian telah bermaharaja lela di kalangan manusia. Beriman kepada tanda-tanda berlakunya kiamat merupakan keimanan kepada perkara ghaib yang wajib ke atas setiap orang Islam. Kedatangan hari kiamat itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, bagaimanapun Allah menunjukkan kepada kita tanda-tanda kebesaranNya.
    Artikal ini terdapat dalam blog saya www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  19. orang kita mengambil tarian dan muzik dari Barat termasuk pop, rock, rap dan berbagai lagi, tidak ada pun Barat nak bising-bising nak marah kita, malah Barat berbangga kerana muziknya diminati dan digilai oleh orang merata dunia. Indon.. Indon.. bendanya tak seberapa... hebohnya yang lebih.

    BalasPadam
  20. en mazidul bole jupe zz..dia ore kelate deh :D

    *betul ke combi kecek ni..marah ore kelate kat ambo :p

    BalasPadam
  21. salam..bro..da lama sy jadi silent reader blog ni..tp dulu ms bro mula2 buka blog..ad la skali 2 sy komen..
    mmm x de ape sy nak komen..just nak bg respon psl bro nak dtg kota bharu..sy dok kt kubang kerian..dekat je ngan KB..hehe..email la bole jumpa kt mana2..hiks

    BalasPadam
  22. MOD, so, what should I write? Pray to God, InsyaAllah all of the victims would be safe and can continue living? Ok, I have jotted that down :)

    Kalau ada rakan bloggers di Kota Bharu, sila SMS saya di 019 6330 360, thanks.

    BalasPadam
  23. Salam Bro,
    Betulke besok datang ke Kota Bharu? Kalau sempat hubungi saya, boleh kita pekena nasi kerabu dengan ayam percik. Saya tunggu panggilan saudara.
    013-9036688

    BalasPadam
  24. Iman, InsyaAllah jam 11 pagi saya sampai Airport Kota Bharu. Kalau habis kerja awal, saya akan menghubungi awak, no problem. Itupun jika tidak menyusahkan.

    BalasPadam
  25. Kita jangan menghukum sesuatu bangsa dik perbuatan segelintir individu atau bangsa tersebut. Masih ada sebilangan besar bangsa Indonesia yang masih waras dan berpegang kepada sunnah Rasulullah.

    Ingat, sabda Rasulullah; " Sesiapa dari umatku yang memaafkan dosa/kesalahan orang lain kepadanya, maka Allah amat menyayangi hambaNya itu. Tetapi hamba yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang bukan setakat memaafkan kesalahan orang lain, malah membantu orang tersebut apabila ditimpa kesusahan.

    Semoga Allah menggangkat martabat bangsa Malaysia ke tempat yang paling tinggi dan meringankan kesusahan yang menimpa rakyat Indonesia di Sumatera Barat, Amin.

    BalasPadam
  26. Yuz, text me at 019 6330 360. Huh! Ramai kenalan bloggers di Kota Bharu perlu dibelanja ni ...

    BalasPadam
  27. Agak-agak dalam pukul berapa saudara selesai kerja? Oh ya, apa tugasan saudara di sini?
    Besok di Masjid Besar Pasir Mas selepas solat Jumaat akan diadakan program mendapat tandatangan rakyat yang mahukan supaya YB Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas. Mungkin saudara terlibat sama?

    BalasPadam
  28. Imran, saya tidak berbabit. Sekadar pemerhati dalam bidang politik.

    Saya berurusan dengan banyak pihak dalam tugasan di Kelantan. Tidak dapat dipastikan waktunya. Anyway, saya di Kota Bharu sehingga jam 5 petang, Ahad.

    BalasPadam
  29. Cek Jaan, terima kasih kerana sudi menjadi pembaca blog ini.

    Jurukamera saya di Kelantan namanya Hanapi Mat. Dia macam YB kalau di Kota Bharu. Melangkah sahaja, orang tegur, ajak minum. Jadi, saya sentiasa kenyang dan tidak kehausan.

    Selamat menempuh alam kolej, belajar baik-baik.

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum Bro Maz...

    kalau kelapangan di kota bharu esok..contact Cikgu ea

    banyak isu-isu mnarik yg kita boleh kongsi bersama.

    Cikgu tinggal di Pengkalan Chepa..dekat dengan Airport je.

    Cikgu dah SMS number handphone Bro Maz tadi...check inbox ea.

    Terima Kasih Bro Maz...

    BalasPadam
  31. Pak Tua, tolong SMS kan nmombor telefon sekali lagi. Handphone tua dan buruk, kekadang SMS dihantar, sampai ketempat lain, ke handphone lebih muda usianya, barangkali.

    BalasPadam
  32. ni nombornya Bro Maz

    019-5705686
    013-9840146

    Kalau free contact ea..terima kasih!

    BalasPadam
  33. Untuk menyukuri bencana yang menimpa orang lain, rasanya bukan perbuatan yang baik.

    Tetapi kita boleh dapat pengajaran dari apa yang berlaku. Jangan beranggapan diri kita terlalu baik dan orang lain semuanya jahat. Itu 'bangsat' namanya (meminjam kata bro Mazidul). Mungkin itu hukuman dari Allah kepada orang yang tidak pandai berterima kasih dan bersyukur. Susah senang Malaysia juga yang membantu mereka.

    Tuhan marah kepada orang yang riak dan takbur. Apa yang tak ada di Indonesia. Dari ulamak hinggalah ke wali-wali (kononnya ramai di Indonesia). Malah Aceh juga digelar serembi Mekah.

    Memang Indonesia terletak dalam lingkungan gunung berapi yang boleh mengakibatkan gempa bumi. Tetapi jangan lupa Allah lebih berkuasa. Dia boleh menghalang gempa dari berlaku jika Dia kehendaki.

    Jangan fikir Malaysia yang terletak diluar zon gunung berapi tidak boleh berlaku gempa bumi dan bencana alam. Jika Allah kata jadi, maka jadilah apa yang dikehendakiNya. Wallahualambissawab


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  34. echah..

    dah pandai pun..ini mesti belajar dari Ex pakwe ..

    Welcome to KB..

    Hari Jumaat Ceramah..
    dalam bandar sibuk sikit..kalau kul 11.am baru selesai.

    P;s fuyoo banyak tu orang nak belanja..saya tukang makan belanja..

    BalasPadam
  35. What goes around come back around, what goes up must go down!

    INILAH KARMA..

    huahua!

    BalasPadam
  36. Salam bro Mazidul & rakan bloggers, dan selamat hari raya.

    Sejujurnya rakan2 bloggers saya turut melontarkan pendapat yg sama. Jangan tolong mereka bila dilanda musibah. kenapa bila diaorg dlm kesusahan, kita juga yang dicari? diwaktu senang dicaci dimaki, dituduh pencuri?

    adakah lepas ni kita tak boleh guna istilah Mee 'bandung' atau Mee 'jawa' lagi sbb itu pun diaorg claim makanan mereka? ape yg diaorg nak pun tak pasti, cuma kita sbg 'adik' akan terus mengalah bila 'abang' bersuara, cuma 'abang' jangan lupa 'adik' pun ada hati dan perasaan juga. fikir-fikirkanlah. hidup serumpun berkongsi kasih, janganlah sebab hal2 kecil menjadi benci dan dendam.

    BalasPadam
  37. Biler Bro Maz nak dtg Ulu Kelang plak...
    Yg jauh pandang..yg dekat????
    Ulu Kelang ader Bukit Antarabangsa...Permandangan yg seperti kena GEMPA BUMI.

    BalasPadam
  38. Hari ini 2 okt 2009, SBY menyeru semua rakyatnya berada di mana-mana sahaja agar memakai BATIK untuk meraikan kemenangan tuntutan warisan yang diisytiharkan oleh UNESCO. Beliau menyifatkan Malaysia sebagai 'mencuri' segal-galanya daripada BATIK, tarian dan lagu mereka. (Sumber: Berita Harian).

    Bro Mazidul, ada komen tak?

    BalasPadam
  39. kesian jugak dgn mereka...biarla apapun yg mereka lakukan kita sebagai org islam akan sedia membantu setakat yg termampu...

    segala buruk baik biar Allah saja yang membalasnya..

    BalasPadam
  40. Soalan Saya...
    1.PERLUKAN KITA MEMBANTU MANUSIA YANG MENJATUHKAN MARUAH NEGARA KITA???
    2.Adakah mereka akan mengenang jasa baik kita atau setelah abis kita bantu, kita umpama membantu ANJING TERSEPIT,lepas dilepaskan, terus di gigitnyer kita semula.
    3.Adakah ini peluang kita untuk MENGAJAR MEREKA erti PERSAHABATAN??atau mmg mereka tak RETI nak bersahabat???TAU NAK MENCURI...MEROMPAK RUMAH ORG....BUAT PASAL KAT NEGARA ORG...DUDUK ATAS TANAH MALAYSIA???


    p/s:nordin mat top kena tembak, boleh diorg suka dan gembira smpai ader ckp nyah malaysia dlm berita ader petikan tu.dgr betui betui.

    BalasPadam
  41. salam...
    tu la..dok kutuk2 malaysia maling-sia la,apela...last2 ngn malaysia yg dikutuk ni jgkla yg diminta pertolongan..xsedar diuntung btol...'sweeping malaysian' la konon.xsedar kaum kerabat indonesian berlambak kt cni..cbe malaysia plak 'sweeping indonesian' cbe bayangkan.msti pnuh kapal terbang,kapal laut..dan sgala pengangkutan yg ada...

    ape2 pon...takziah la wat indonesia.Allah balas on the spot tu..

    BalasPadam
  42. Kata-kata Sdr Warfeel & AM itu benar belaka;

    Bak kita punyai anak nakal terkadang sampaikan kita payah mengawal perasaan; hilang sabar maka memang kena penanganlah anak kita. Kalau perempuan@ibu suka mencubit, ada juga kalangan ibu yang mendera anaknya. (Kes terpencil)

    Selepas kita pukul anak kita, tenguk dia menangis nampak pula berbiras kesan pukulan rotan kita itu; top-top kita rasa sedih & sesal.

    Begitulah juga perhubungan kita dengan jiran & taulan. Sering kita berselisih faham kadang-kadang timbul perasaan teramat payahnya menerima hakikat mereka aniaya kita.

    Isunya sampai bila kita mahu berhadapan dengan mereka sebegini; terusan kita teraniaya. Kita dijadikan batu locatan mereka.

    Tetapi di dalam agama kita. Tidak pernah mengajar kita menjadi manusia bacul, Islam mendidik kita agar sentiasa Amal Makruf Nahi Mungkar.

    Kita boleh menghukum jika jelas punyai bukti, darah dibalas darah. Tetapi nilai kemanusiaan kita akan melonjak tinggi jika kita menjadi manusia pemaaf.

    Maafkanlah jika mereka cuma memegang buluh runcing, belum sampai terjah kita. Hati kita sahaja yang rabak.

    Berniat jahat masih tak tertulis dosanya, kecuali sudah buat kelakuan itu. Bakar-bakar bendera ini bagi saya macam bebudak, anak-anak nakal kita. Bendera itu memanglah perlambangan. Martabat negara. Jangan ikut sangat hati geram kita itu. Pening nanti.

    Kalau bakar Al-Quran, perlekehkan Nabi & agama Islam kita Memang itu tiada maaf bagimu. Sungguh itu namanya tak reti berbudi pekerti mulia.

    Sdr Mazidul,

    Saudara mara kita dedulu ramai di seberang. Sebut Padang pasti semua ingat Hamka. Arwah Apak memang ada darah orang Minang. Katanya orang Minang ramai di Padang. Dakwaan Sdr Daydeck86 mungkin benar.

    Tak rugi jika kita mendekati musuh kita. Apatah lagi mereka dalam keadaan bencana.

    Perlu diingat, jika memang gegaran gempa itu sampai ke kita, apakah kita rasa selamat dari bencana gempa bumi ini. Seantero dunia tahu kita pun punyai warga yang egois seperti warga Indon sana. Masa kita ditimpa bencana nanti bagaimana?.

    BalasPadam
  43. bro maz what to do sometimes people take things for granted...bila senang lupa herdik kiter...biler susah melutut mintak tolong..takper..kita buat bahagian kiter..bahagian mereka biar yang Satu tahu macammana nak deal..

    Selamat menjalani kerja di Kota Bharu...

    BalasPadam
  44. rasa saya kalau teguran dihantar berulang kali mereka akan lihat pekara ini sebagai suatu yang serius...btol tak...

    BalasPadam
  45. Tuhan nak balas, sekejap je Dia buat.
    Tapi semuanya terpulang pada manusia tu sendiri, nak sedar diri atau masih tak sedar-sedar.
    Aritu Jakarta dibom, then Jawa gempa bumi, now Padang pulak.
    Sudah-sudah la dengan berhasad dengki dan hati busuk diorang.
    Alih2, so-called 'Malingsia' ni jugak la yg dirayu untuk tolong diorang.

    BalasPadam
  46. Sebenarnya secara peribadi AM tak ada komen kepada sesiapa yang tidak mahu atau mengusulkan agar kita jangan membantu mereka. Duit kita punya, suka hati kita lah nak bagi ke tidak. Betul tak. :)

    Tetapi adakah kita akan kelihatan lebih baik berbanding mereka, jika kita juga berkelakuan seperti mereka?

    Sebenarnya (kenyataannya) kita lebih bertamadun dan jauh lebih maju dari segala-galanya berbanding mereka.

    Jadi janganlah kita rendahkan martabat kita setara dengan mereka hanya kerana perbuatan mereka yang tidak bertamadun itu.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  47. aku tringt masa konfontasi dulu.x abis2 kener bala..aku teringat kata usataz aku dulu Allah S.W.T bala kepada manusia yang engkar dan tidak bersyukur..mgkn nih lah yang dimaksudkan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.