360 mula bersiaran pada 4 April 2007, maksudnya hampir dua setengah tahun 360 membuat pelbagai pendedahan bertujuan berkongsi maklumat bersama masyarakat.
24 episod lagi bakal disiarkan. Jika anda mempunyai tajuk menarik, kongsikan di sini.
24 episod lagi bakal disiarkan. Jika anda mempunyai tajuk menarik, kongsikan di sini.
Boleh?
Nota Saya akan berada di Kuching, Sarawak pada 18 Oktober 2009.
Apa kata Mazidul kupas tentang banyak aduan terhadap sektor perkhidmatan awam,kakitangan sektor.
BalasPadamBagaimana cara untuk mengubah birokrasi daripada yang menyusahkan rakyat kepada menyenangkan atau memudahkan,tidak ramah dan buat kerja 'ala kadar' sangat sinonim dengan perkhidmatan awan di negara ini.
Termasuk sektor pendidikan seperti guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada generasi akan datang. Termasuk kes layanan buruk pekerja Giant terhadap Encik Mazidul tempoh hari.
Boleh saya katakan,servis awam di negara kita kurang memuaskan. Kalau boleh Encik Mazidul buat seperti apa yang Michael Moore telah buat.
Saya tak pasti sama ada tajuk ini menarik pada Bro atau tidak. Tapi saya berminat jika Bro kisahkan mengenai arena permotoran dimana banyak kereta-kereta di negara kita ni di ubahsuai rupa, enjin. adakah pengubahsuaian itu salah di sisi undang-undang? Just nak bagi idea ek..:)
BalasPadamSaya adalah antara ribuan peminat yang suka me'modified' kereta.. Tapi rak dapat gambaran sebenar apa yang boleh dan apa yang salah di sisi undang-undang.
BalasPadamSalam Bro Mazidul...Boleh buat liputan jalan raya Mukah Selangau yang amat teruk sekarang ni. Kalau ditinjau kawasan sekitar dia amat malang. Tiada kemudahan elektrik, jalan teruk, bekalan air sering terganggu, kemudahan kesihatan tiada/kurang memuaskan @ pesakit terpaksa ke Selangau/Sibu atau Mukah untuk mendapatkan rawatan.
BalasPadamPenguatkuasaan JPJ/Polis terhadap lori-lori yang membawa lebih muatan langsung tiada. Bayangkan lori yang mengangkut arang batu muatannya sehingga 23 - 24 ton. sedangkan muatan lori yang dibenarkan menggunakan jalan ini hanya sekitar 5 - 10 ton sahaja.
Proses naik taraf jalan lambat..dan tak tahu bila nak siap..diterukkan lagi dengan tindakan para penduduk yang seolah-olah tidak mahu tanah mereka diganggu dengan projek naik taraf jalan tersebut...ataupun tiada pampasan daripada pihak pemaju..
Tolonglah buat sesuatu demi kami masyarakat Iban kat sini...
Terima Kasih..
Salam 1 Malaysia 1 360.
assalammualaikum
BalasPadammasalah hutang orang2 MAlaysia dan kesannya kepada keluarga
bukan masalah ah long sahaja, masalah kad kredit 'halal' yang sebenarnya menjerat orang2 kita dan kuarang pandainya orang2 kita mengurus kewangan masing2....
kalau boleh nak kenal individu2 yang masih muda dan bebas hutang dalam hidupnya kerana kepandaian mengurus wang
mungkin cadangan bazrul nazlan zainal ada baiknya,
BalasPadamkerjasama dgn pihak jpj diperlukan.
mungkin ianya mendapat sambutan remaja.
Bukan senang memilih topik sesuai sebenarnya. Kes terpencil jarang memikat perhatian penonton sebab tidak berkepentingan terhadap mereka.
BalasPadamContohnya, kalau kita buat kisah orang gemuk cuba menguruskan badan, orang kurus tidak kisah. Kalau buat cerita orang kurus ingin menggemukkan, orang gemuk tidak berminat. Jadi, kena mencari topik mampu membuatkan majoriti masyarakat Malaysia menonton.
Or-Ib, 3 bulan lalu saya memandu dari Sibu ke Mukah untuk ke Oya. Jalan memang teruk tetapi sedang dinaik taraf. Hanya menunggu masa siap. Sesungguhnya, kemajuan menuntut masa dan pengorbanan.
kanak2
BalasPadamponteng skolah
porn internet
bomoh cabul
internet scammer
-lelong
-ebay
-mudah.com
bro, nk info sk8
kalau ade link untuk complaint
pasal lesen memandu.
harge lesen 4 moto turun
harge lesen for car naik
ha3
lari dari matlamat asal
penurunan harga.
salamz bro
BalasPadamsdr mas,
BalasPadamisu indon di Chow kit dah settle ke?
Hazlin, saya bercadang membuat liputan berhubung Mini Jakarta, Mini Bangladeh, Mini Hadnyai.
BalasPadamHellioz, bomoh cabul dan kisah pelajar ponteng sekolah boleh diterima. InsyaAllah, akan saya usahakan.
Salam abg maz,saya penah berdepan dgn satu accident yg melibatkn kereta dan motosikal di depan trafic light btul2 kat depan balai polis. dekat 10min tp ambulance xsmpi2,lebih parah lg xde satu polis pn kuar utk jenguk.kakak saya yg geram terus call balai tu,tp dorg jwb kereta peronda yg tgh buat rondaan dh on the way ke sana,mereka xcukp org di balai nk g handle. jalan semakin jammed pack dgn org yg slow down utk tgk kejadian tu..kesian,tp rase cam alasan polis tu xleh pakai. sorg pn dh cukp utk kawal keadaan kowt?sgt ironik sb bende ni jadi btul2 dpn balai tp xde yg membantu. mesra,cepat dan betul ke kalo tinggal org menggelupur atas jln raya?
BalasPadamsalam..
BalasPadamsaya ada cadangan, apa kata Bro kupas isu pasal perkauman.. Isu ni memang tak pernah padam.. Lebih2 lagi dikalangan cina dan melayu.. rasis sungguh..
asslmkum bro mazidul, saya lebih minat topik makanan halal yg masih diragukan contoh:
BalasPadam1. Kedai kek, utk mendapatkan kek yg cantik dan halus harus menggunakan berus dari bul binatang, berus sintetik menjadikan kek tidak kemas. Apakah kedai kek di Msia semua halal?
2.Proses pembuatan tahu, belacan, mee kuning, yg sangat kotor dan meloyakan,, minta dikupaskan, saya pernah melawat kilang2 ni.
3.Apakah maksud 'Kultur Hidup' atau 'bakteria baik' dalam kandungan Vitagen, solivite,etc? dari info JAKIM, kultur hidup itu adalah bakteria dari najis dlm usus bayi berusia kurang 2 bulan. Apakah status halalnya, bagaimana pula produk2 klon vitagen dari china yg berlambak di pasaran sekarang ni.
banyak lg yg keliru, minta dptkan info dari jakim.,, thnks bro.
Saya mencadangkan agar tajuk : Kesalahan Bahasa Satu Jenayah ?
BalasPadamRasionalnya :
1. Bulan Oktober sebagai bulan Bahasa Kebangsaan
2. Kepincangan bahasa dalam papan-papan iklan( sekadar contoh ) sewajarnya diberi teguran yang lebih keras kerana terdapat segelintir masyarakat negara kita tidak ambil peduli, walaupun aspek bahasa mempunyai aktanya..
3. Kita menyokong usaha kerajaan ke arah 1Malaysia..kenapa kita tidak memantapkan bahasa ke arah 1 bahasa ..itukan kunci perpaduan sebenarnya.
Salaam En Mazidul,
BalasPadamSaya mencadangkan supaya saudara mengupas isu kepenggunaan.
Memberikan pendedahan tentang tipu helah syarikat-syarikat tertentu kepada pengguna, memberikan kefahaman akan hak-hak pengguna, menyedarkan pengguna supaya lebih berhati-hati daripada terpengaruh dengan iklan harga murah.
Selain itu, isu eksekutif muda yang bankrupt akibat menggunakan kredit kad secara 'semberono" memberikan kesan jangka panjang.Penting menyedarkan mereka supaya tidak hanyut dalam dunia perbelanjaan/hutang timbunan.
Wassalam
"Or-Ib, 3 bulan lalu saya memandu dari Sibu ke Mukah untuk ke Oya. Jalan memang teruk tetapi sedang dinaik taraf. Hanya menunggu masa siap. Sesungguhnya, kemajuan menuntut masa dan pengorbanan."
BalasPadamMemang betul Bro Mazidul..tapi kalau dilihat jalaraya tu dah ader since 1978 atau 1980 lagi...tapi memang teruk lah....kurang sangat maintainance diaorang...
Penguatkuasaan pun kurang kat sini terutamanya pihak berwajib..
kemudahan asas lebih lagi kurang..
sedangkan dah merdeka dalam Malaysia dah 46 tahun...
TQ di atas reply bro Mazidul...
Salam 1 Malaysia 1 360
topik berkaitan kad atm dah disiarkan ke belum?
BalasPadambanyak isu boleh dikupas.
isu pengklonan, sejauh mana tahap kualiti dan keselamatan kad atm.
tangkapan terbesar pernah dibuat.
siapa dalangnya?
selitkan sekali bagaimana proses pengklonan kad.
identiti mangsa diperolehi dari mana?
akhir sekali,kenapa kad atm mudah patah kalau simpan dalam wallet.huhuu..
bro , apa kata buat sedikit dokumentasi pendek mengenai masyarakat Iban di Sarawak semasa Bro pergi ke Sarawak , mengenai cerita borneo head hunters dahulu dan banyak lagi. hihihi .. cadangan sahaja.
BalasPadamPelbagai bahan perspektif berbeza rasanya boleh diutarakan. Saya cadangkan bro Mazidul mengupas berkenaan isu perbezaan Internet vs Pelaburan internet. Saya fikir ini masih lagi bersangkut paut dgn kekeliruan segelintir masyarakat dgn kedua perkara tersebut.
BalasPadamSeperkara lagi yang boleh saudara Mazidul boleh utarakan ialah berkenaan Kereta rosak di taman bunga. Memandangkan bro berada di Kuching , Sarawak; tidak salah untuk menerjah di MASJA, KOMPLEKS; lihat bagaimana remaja berpeleseran berselubung maksiat dgn mudah.
Saya tidak mahu menunding jari kpd mana-mana pihak. Tetapi haruskah kita bersikap pejam mata?
P.S : Wah, boleh la jumpa nanti. Hihihi InsyaAllah
salam
BalasPadamboleh x kupas isu company forex yang penipu
perdaya budak2 yang nak kerja janjikan gaji lumayan rupa2nye langsung xde basic salary dan kene cari orang untuk melabur bila dah cari duit pelabur hangus company lepas tangan dan yang kene budak2 pencari kerja yang tertipu dan tersepit antara kene tipu dengan company dan berdepan ngan pelabur yang dah hangus duit pelaburan..
harap di pertimbangkan
--undang2 perumahan negaradan parking.
BalasPadam-- serta penyediaan parking untuk sesebuah bangunan pejabat adakah jangkauan/perancnagan 10 tahun mendatang, ini tidak setahun sahaja parking sudah penuh..
boleh juga ketengahkan..
setuju jika kawasan 'panas' di sebarkan.. untuk perhatian waga kota..
BalasPadamBro Maz
BalasPadamingat tadi nak beri cadangan
tapi dah ada yang tulis topik yang aku fikir
nanti aku cuba fikir fikirkan apa topik yang menarik
he he he
salam,
BalasPadamsaya lebih suka bro buat liputan ttg kes pecah rumah bagaimana penjenayah melakukan taktik memecah rumah mangsa. Sekurang-kurangnya kita dapat ikhtibar darinya. Tajuk JENAYAH PECAH RUMAH . Tak tahulah saya mungkin sudah dipaparkan sebelum ini. Saya suka cara bro menyampaikan sesuatu dgn nada dan muka geram. Sekian.
Saudara Mazidul,
BalasPadamHanya cadangan, saya tak tau samada ada diantara cadangan ini sudah disingkap kisahnya, jika ada, mohon maaf:
1. Keluarga yang benar-benar seperti konsep 1Malaysia, 1Dunia(saya ada contoh terdekat...)
2. Kenapa medan selera di pusat membeli belah kini ditangani oleh pekerja asing? Adakah ini dibenarkan dari segi undang-undang?
3. Kenapa bas awam amat teruk dari segi penyelenggaraan? Asap eksoz kotor, air-cond tak berfungsi, hon yang menyakitkan telinga, parkir sesuka hati untuk mengambil/menurunkan penumpang..
4. Menyingkap kisah majikan yang mengalami masalah dengan PRA dan rugi beribu-ribu RM (boleh temuduga beberapa majikan yang mengalami masalah yang serupa)
5. Kenapa warganegara Malaysia yang bekerja di luar negara enggan pulang dan berkhidmat di tanahair..
6. Kenapa gaji permulaan fresh graduate tetap sama dari dulu hingga sekarang? Sedangkan kos hidup meningkat..
7. Hobi rakyat Malaysia yang pelik
8. Penubuhan darul rawatan alternatif seperti cendawan tumbuh.. apakah rawatan yang dijalankan tidak bercanggah dengan aqidah dan syariah.. dan jenis-jenis rawatan
9. Tempat-tempat riadah yang tidak popular tetapi berpotensi menjadi tempat pelancongan yang menarik
10. Menyelami kerjaya pakar arkeologi - mengenali khazanah negara dan sejarah lampau
11. Mengenali suku kaum Penan - budaya, masalah dan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik laporan berita dalam dan luar negara - sejauh mana kebenarannya
Setakat ni saja.. kalau terbit lagi idea.. saya bagi lagi ;)
Harga & Pinjaman kenderaan di Malaysia terlampau mahal & tinggi.
BalasPadamBandingkan harga kereta baru di negara maju dengan pendapatan penduduk di sana; berbanding harga kereta kita pun pendapatan kita yang jauh lebih rendah. Ada Peminjam sanggup meminjam sampai 9 tahun atau lebih. Memang kadar faedah pinjaman sekadar 3.++%... tetapi sila kira jumlah yang perlu dibayar setelah hutang-piutang selesai.
Kawan saya berbangsa cina mengatakan.
"Kita sekarang telah tarik semua rezeki dari langit, bagaimana rezeki mahu turun lagi!"
Isu meminjam ini menarik, termasuklah pinjaman yang lain-lain.
Pagi ni timbul lagi dia..
BalasPadam1. Soal pemasaran, penggunaan istilah yang kurang tepat. Misalnya, produk kosmetik menggunakan teknologi nano? Kayu golf menggunakan teknologi digital?
2. iDan dah utarakan cadangan mengenai penjualan dan pinjaman sewa beli kereta. Kalau dulu, nak beli kereta, kena kerja beberapa tahun, kumpul duit nak bayar downpayment 10% minimum, sekarang? ada pinjaman 100% dan tempoh pinjaman sampai 9 - 12 tahun!! Biar betul???
3. Soal asal usul makanan, budaya, dan sebagainya. Sekarang ni dah berebut-rebut. Kena jelaskan kepada semua, kenapa ada persamaan dan perbezaan..
Cukup la kot.. ;)
Abg Maz...
BalasPadamMungkin cadangan saya ini tak masuk akal..Tapi harap mampu untuk kita berpikir sejauh mana kepercayaan mengenai Filem-Filem Barat yang MAMPU MEMBERIKAN IMPAK terhadap pemikiran manusia.
Terbaru FILEM 2012 yang akan di tayangkan pada NOVEMBER ini. Adakah benar ianya memberikan kesan kepada manusia atau hanya Khayalan???
Adakah Barat mengkaji Al-Quran atau Hadis Nabi sebelum membuat FILEM hinggakan Filem yang di keluarkan adakalanyer seperti ada dalam Al-quran atau Hadis seperti kemusnahan dunia suatu hari nanti...MUNGKIN dengan KUPASAN ini,dan Abg Maz boleh bertanyakan Pendapat pada Ustaz-Ustaz dan Para Ulamak dan pandangan bijak pandai.
Sejauh mana IMPAK FILEM BARAT TERHADAP PEMIKIRAN HINGGA MENYEBABKAN SELURUH PERINGKAT DARI KANAK-KANAK hingga DEWASA percaya akan berlakunya sesuatu perkara seperti dlm cerita 2012 akan dtg ni..
p/s:suspen gak kalau betul betul...Besar betul tsunami tu dalam 2012.
Salam Saudara Mazidul,
BalasPadamSaya ingin saudara menerjah lokasi pusat judi haram di kawasan Pantai Dalam. Lokasi disyaki http://maps.google.com/maps?f=d&source=s_d&saddr=3.095484,101.66865&daddr=&hl=en&geocode=&mra=dme&mrcr=0&mrsp=0&sz=18&sll=3.095795,101.669819&sspn=0.003701,0.006968&ie=UTF8&t=k&z=18
Kawasan ini dah macam sarang Indon dan sejak pusat judi haram (beroperasi dalam rumah), kawasan ini seolah2 seperti Mini Jakarta! terutama ketika malam.
Laporan polis berkali2 dibuat dan yg paling best mereka mampu "membayar" polis2 yg datang untuk operasi.
Paling menyedihkan ketika bulan puasa baru2 ini, mereka seolah2 tiada rasa hormat dan masuk ke rumah tersebut tak kira siang atau malam. Diharap Saudara dapat membongkar judi di kawasan ini.
*Jumaat mlm sabtu paling "happening" kat sini.
Alique, pusat judi haram berada di banyak lokasi di negara kita. Dari Utara sampai ke Selatan. Di Timur mungkin tiada atau tidak begitu aktif.
BalasPadamKalau di Pantai Dalam, pusat judi dipenuhi warga Indonesia, biarlah. Sedangkan anak bangsa kita sendiri belum pasti dapat pulang ke pangkal jalan.
Mereka tahu berjudi itu haram namun mereka tetap berjudi. Mereka sanggup berhabisan biarpun kemudiannya anak bini kebuluran. Jika ditangkap sekalipun, hanya tangan mereka bergari, keinginan dan nafsu mereka tidak siapa mampu mengekang.
Saya ingatkan kepada saudara, sebarang dakwaan harus dibuktikan. Jika benar mereka membayar polis, buktikan dan buat laporan di balai. Saya percaya jika ada anggota atau pegawai polis terbabit, mereka pasti akan 'diterbangkan' jauh.
Usah terlalu berharap kepada saya. Sebahagian kerja sudah saya laksanakan sebelum ini dan masih diteruskan. Perjuangan memerlukan sumbangan semua. Jika benar, saudara buat laporan, ada berani? Atau sekadar cerita bak bunyi tin kosong sahaja? Atau gentar cabaran mendatang? Atau takut anak isteri diganggu gugat?
Jawab dahulu persoalan itu.
Apapun terima kasih daripada saya :)
Salam saudara Mazidul,
BalasPadamTujuan saya mendedahkn kepada saudara bukanlah untuk membantu warga2 indonesia ini kembali ke pangkal jalan. Saya sedar mereka masih berfikir ditakuk lama dan langsung tiada kesedaran sivik. Pelbagai ujian dari Allah SWT telah mereka alami namun tiada yang masih sedar.
Saya antara peminat 360 sejak awal rancangan ini diterbitkn kerana kemampuan saudara mombongkar kisah masyarakat yg "terpinggir" dan mampu membuka mata pihak2 khidmat masyarakat utk "bekerja"
Saya telah bermastautin ni kawasan ini sejak sekian lama. Nenek saya antara yang terawal tinggal ni sini iaitu sejak 13 Mei 69 lalu. Kawasan ini adalah 100% kampung tempatan. Namun oleh kerana kawasan ini terpinggir, sesetengah manusia yg tamak sanggup "mengadaikan" kawasan ini kepada pendatang2 dari indonesia. Rumah tinggal habis disapu pendatang.
Ape yang saya kesalkan, operasi yg dijalankn disini gagal dikuatkuasakn dengan bersungguh2 dan akibatnya, kawasan ini menjadi sarang indonesia yg taraf kerakyatannya cukup diragui. Mereka seolah2 menganggap kawasan ini adalah seperti kampung halaman mereka. Ayam direban di curi, tumbuhan2 habis dikerjakan dan tiada istilah bertanya terlebih dahulu.
Apa yang menguatkn lagi semangat saya "mencari" saudara ialah apabila mereka berani membuka sarang judi di kawasan ini. Untuk pengetahuan saudara, rumah yang menjadi sarang judi ini asalnya adalah bekas PONDOK POLIS LAMA yg dibina kerajaan dahulu selepas kejadian 13 Mei 69. Akibat kecuaian pelbagai pihak, "Pondok Polis ini jatuh ke tangan Indonsial.
Saya gagal membuktikannya, namun hanya mereka yg tinggal disini merasainya. Rata2 bumiputra disini semua telah uzur dan ade yg telah meninggal dunia. Golongan muda semua sudah ada rumah sendiri dan mereka takkan pandang kebelakang. Saya tinggal disini kembali demi nenek saya. Saya ingin membantu warga bumiputra sini dari terus disisih pendatang2 ini. Saya telah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata penghujung tahun ini. Apa yang saya boleh buktikan kepada saudara? disekeliling rumah kami habis didiami warga mereka. Adakah saudara menunggu kes bunuh/samun dlm rumah dikawasan ini terlebih dahulu baru saudara datang menjenguk?
Ape yang saya mahukan ialah untuk saudara datang sini terlebih dahulu dan saudara nilai sendiri. Sekiranya saudara rase mampu menaikkan rating 360, silalah terjah. Sekiranya saudara fikir saya hanya "tin kosong", sila abaikan mesej saya ini.
Perjuangan saya telah berjaya dengan penemuan tempat untuk meluahkn segala masalah persekitaran di sini. Selebihnya bergantung pada saudara. Penyelesaian lain telah saya laksanakn namun gagal. Hanya dengan bantuan televesyen sahaja mampu membuka mata mereka. Saya sedar yang saya tidak berani seperti saudara. Tiada siapa yg bole membantu saya sekeluarga sekiranya samseng2 mereka mengugut saya.
Salam Alique, saya gemar membantu mereka telah cuba membantu diri sendiri dan bukan begantung 100% kepada orang lain.
BalasPadamSaranan saya, penduduk tempatan wajib membuat laporan polis jika berlaku kes jenayah. Undang-undang dunia, jika tidak berlaku kejadian buruk, maka tiada pihak boleh dipersalahkan.
Saudara kata ...
'Adakah saudara menunggu kes bunuh/samun dlm rumah dikawasan ini terlebih dahulu baru saudara datang menjenguk?'
Saya bukan pihak berkuasa, begitu juga semua media. Saudara jangan tersilap. Justeru, usah menyalahkan saya jika berlaku perkara tidak diingini kepada keluarga saya.
Berusahalah terlebih dahulu menangani masalah saudara hadapi dan bukan menuding jari, berhasrat menyalahkan orang lain.
Terima kasih.
Berfikirlah secara rasional. Pihak berkuasa adalah polis dan Jabatan Imigresen.