Khamis, Oktober 29, 2009

Cekung Bukan Kembung

Rambut pendek macam lelaki, dada leper macam lelaki, berpakaian macam lelaki malah gaya berjalan ditiru agar nampak macam lelaki. Ringkasnya, perawakan seperti lelaki. Bezanya, di bawah dia masih cekung bukan kembung.

Tetapi dia usah dipandang rendah, keberanian dan kebodohannya sudah terbukti.

Di Kuantan, Pahang, polis memburu pengkid dilapor membelasah teruk lelaki sehingga menerima 9 jahitan di kening. Mangsa, 24 tahun, terserempak adiknya tidak pulang kerumah selama 3 hari di Kompleks Teruntum bersama teman lelaki dan rakan pengkid. Berang melihat lelaki itu memarahi adiknya, pengkid terbabit dikatakan naik angin lalu menghentak mangsa menggunakan topi keledar.

Yalah, mungkin dia berhasrat membuktikan ‘kelakiannya’.

Jika diberkas polis, saya percaya suspek bakal dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah. Sewaktu ‘berehat’ di lokap kelak, pengkid itu pasti banyak masa membelek celah kelangkangnya, manalah tahu mungkin sudah kembung bukan cekung lagi.

Takut saya dengan pengkid, ganas.

Tolong! Tolong! *wink*

Nota Jom baca keluhan Idan Si Penyair di sini

40 ulasan:

  1. salam en. mazidul

    hahaha..part minta tolong tuh lawak.

    :D

    BalasPadam
  2. uishh...pengkid skrg tak boleh wat main-main...kalah lelaki...tetapi tindakan menyerang dari belakang ke atas abang kepada kekasih pengkid tu memang tindakan tidak wajar...tak pasal2 kena buru dek polis.....

    BalasPadam
  3. Lisa, I patut tulis, 'Tulun! Tulun!' *kedua tangan angkat ke atas, terkapai-kapai.

    He He!

    BalasPadam
  4. Azrul, saya pernah angkat pengkit sebelah tangan sebab dia rasa kuat sangat. Dia 'rasa'.

    Jeling gf dia sekali, marahnya macam saya rampas perempuan itu.

    BalasPadam
  5. Bro.. I can only laugh.. Hahahahahaha... Hahahahahah.. hahahaha... ingat tak kita interview pengkid dan girlfren hot (read: kempunan kami), di Melaka tiga empat tahun lepas? Hahahahah.. Hahahah.. Hahah

    Hahahah.. kami nak tengok abang buat dulu. Hahahahah.. hahaha.. takleh handle... kah kah kah

    BalasPadam
  6. mmg ganas..

    tapi apa sbb mrk jd begitu?

    didikan or pengalaman?

    BalasPadam
  7. tu lah di lahirkan pompuan dak jadi laki,pegkid lah apa lah....
    pegkid mcm ni patut di ajar.....
    bile masuk lokap nanti tahu lah dia nya....lawak ja...

    BalasPadam
  8. Hazrey, kalau gf pengkid terpaksa memilih di antara awak dan saya, pastinya awak akan mengepit dia sebab awak banyak daya penarik (read: handsome). Eh! Wifey baca ke blog saya?

    Incase dia baca, minta dia fokus kepada perkataan 'kalau', perkataan kedua di permulaan komen ini :)

    Nidza, pengkid selalunya bersifat protective. Dalam kes ini saya tidak tahu apa berlaku kepada teman lelaki adik mangsa. Kenapa pula pengkid itu naik angin? Kan?

    BalasPadam
  9. Salam..

    memang salah satu sifat pengkid neh penyemburu yang amat!!.. gf mereka tidak boleh berkawan dengan perempuan lain.. memang carik nahas laaa..

    tapi dalam kes ini, mungkin pengkid tersebut ada personal vendata dengan budak lelaki tuh kot?? atau dia memang mempunyai naluri ala2 abang pada adik dia??

    hehe.. spekulasi saja.. yang pasti, kalau saya jadi pengkid yang dipaksa memilih antara bro Mazidul ngan bro Hazery, saya berkecenderungan memilih bro Mazidul!!.. empuk gituh!!.. hahaha!!.. jangan marah yea bapak gula-gula.. sajer tak nak kena kencing manis!!.. :p

    BalasPadam
  10. baru terbaca berita.. terkonfius pulak.. sebab kata berita:

    • Mangsa keluar cari adik perempuan yang sudah 3 hari tak balik

    • Mangsa ternampak adiknya bersama pengkid tersebut di tempat kejadian.

    • Mangsa pujuk adik suruh balik. (maybe bertekak?)

    • Pengkid terus balun dari belakang mengunakan helmet.

    • Mangsa cedera teruk.

    • Pengkid + adik mangsa lari!!


    kalau cengini ler.. sah2 pengkid tersebut melindungi gf dia.. maybe dia tak tau itu adik mangsa?.. atau dia memang gedebe suka2 dia jah nak balun orang?.. duhhh!!

    BalasPadam
  11. AnnDee, Ish! Pergilah dengan Hazrey. Senyuman dia manis macam gula-gula.

    BalasPadam
  12. Ni pasal saya ensem pun jadik gaduh, dah jangan berebut, ann dee nanti suruh jek dahlia wakilkan. Kalau takde dia, auza pun ok. Hahahaha. Yang penting meka bukan pengkid. Bila sebut pengkid ni, teringat teh peng.

    BalasPadam
  13. Geli benar rasa hati membaca entri En. Mazidul kali ini he..hee..
    Tetapi x blh lawan kegelian yg amat terhadap pasangan pengkid ni... Saya pernah terserempak beberapa kali-mulut ringan nak menegur 'ketidak normalan' mereka-Kalaulah menjadi teguran saya, entah-entah terduduk saya dikerjakan mereka. Takkan semuanya garang kot..? Pasti ada sedikit naluri kewanitaan yg msh tersisakan...
    "Wahai adik-adik yg terlibat, kami bkn menidakkan naluri kalian-namun cuba berfikir dgn sewaras yg mungkin-'kesedapan' rasa akan binasa dgn 'kesakitan' hukum Tuhan" Kembalilah ke pangkal jln Dik..."

    BalasPadam
  14. Bro Mazidul,
    Isu pengkid ni dah berakar umbi sejak sekian lama. Dari zaman saya sekolah menengah lagi. Dulu masa sek menengah pernah rapat dengan golongan pengkid ni. Hardcore'nya dowang sampai ikat barut dekat badan nak menyembunyikan susuk tubuh perempuan. Aduh... tak sesak nafas ke? Paling kelakar kalau dowang kena beli tuala wanita. Sikit punya sorok. Malu benar kalau org tau. Mcm mencuri pulak gayanya.

    Tapi satu perkara yang buat pmpn lentok ngan dowang ni, ayat power. Lagi power dari buaya lelaki. Pastu dowang ni pandai baca naluri kita, bila kita rasa nak itu ini, bling!!... dia dah "adakan". Mungkin sbb naluri dia pun pmpn, jd dia tau apa yg pmpn lain nak. Tapi jgn tatau, dowang ni high taste jugak. Kebanyakan awek2 dowang semuanya lawa2. Lelaki pun susah nak dapat lawa2 gitu.

    Kat KL ada kelab khas untuk pengkid ni. Menurut seorang kawan yg pernah ke sana, dalam kelab tu kerap berlaku tumbuk menumbuk di kalangan pengkid kerana berebutkan awek cute dan cun. Pendek kata.... kalau bab awek.. bertumbuk tu memang biasa la... jadi tak heran la kalau lelaki pun kena tumbuk kerana awek punya pasal.

    BalasPadam
  15. Ini semua kerana nipisnya iman seperti nipis kulit bawang....

    http://catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  16. DBP masih tak punyai istilah atau maklumat tesaurus pengkid.

    Saya jenuh memikirkan kenapa wanita tertarik dengan pengkid. Takut mengandungkah? Kekasihnya sebelum ini lembut sangatkah? Jiwanya merabankah? Nafsu kekasihnya pengkid saya tak mahu fikir. Saya yang punyai nafsu 1:9 pun payah nak faham nafsu sendiri!.

    Tapi saya berandaian, kekeliruan, jiwa atau batiniah ini yang lebih. Tak dapat memikirkan mana yang mati mana yang hidup. Mana yang seharusnya lebih berkembang tegar mana yang harusnya jumud kaku.

    Jika semua wanita di mayapada ini menyintai pengkid & sanggup meninggalkan lelaki@suami sendiri. Aduh! mana mungkin zuriat manusia akan berkembang biak.

    Saya pernah bertembung dengan kekasih dua sejoli ini (pengkid & wanita cantik banget). Pengkid itu taklah semachoo mana. Cemburu pun ada sebabnya kita pun payah nak goda wanita secantik itu. Golongan ini bukan calang-calang orang. Maka itu ada ketika tindakan mereka memang sukar diduga!. Sementelah kehadiran mereka pun sudah sepelik gitu.

    BalasPadam
  17. ...lawak betul bila part minta tulun tu...memang mereka ni kuat,ganas dan tah apatah lagi...kalau betul sangat nak jadi lelaki.suruh diaorang jalan tak pakai baju mcm lelaki atau suruh dia orang ni kencing berdiri mcm lelaki boleh ke???///
    ....seram betul tengok pengkid ni..

    BalasPadam
  18. mungkin lepas ni boleh kupas pula kenapa perlu jadi pengkid

    BalasPadam
  19. geli arhh...

    moga2 tiada gunung berapi yang meletus bila DIA murka..mana tau ada larva yang boleh menghukum menjagi batu dalam sekelip mata..

    contohnya ..kaum terdahulu..
    . thamud, soddom..

    nota: dengar cerita kes gugur bayi di Kuantan sama hebat dengan lembah klg..

    BalasPadam
  20. Salam...
    Hurm...mcam2 hal la plak skng ni.tp kan,adik mangsa tu xkesian ke tgk abg sndri kne pukul?apela...

    mybe la kan,pompan kan lebih byk dari lelaki,so pengkid tu nk jadi lelaki disebabkn keramaian kaum perempuan lam dunia ni..

    nk berkongsi sket la,dlu arwah cousin ade kawan ngn pengkid..mmg gler la.cousin tu slalu xlik uma.aunty smpai nek pening mane nk cari ank dye.asik xblik jek.smpai demam2 la aunty pk cmne nk jauhkan cousin dari pengkid tu.macam2 cara da wat.tp xjln jgk.sampaila satu ari tu..ade berita cousin tu accident,n pass away kt johor.tup2 mase aunty g sane...pengkid tu ade skali n pass away jgk...so,moral of the story...MAKE SURE ANK2, SDARE MARA POMPAN N ANDA tidak terlibat ngn pengkid.kawan boleh,bercinta jangan...

    BalasPadam
  21. Salam En. Mazidul..
    Ya Allah.. begitu rapuhnya nilai2 murni dikalangan muda mudi dewasa ini.. tak dapat saya bayangkan jenis "DUNIA" apakah yang bakal dihuni oleh anak2 kita jika "kerapuhan" ini berterusan.. Wallahualam..

    BalasPadam
  22. Kalau bergaduh dengan pengkid, tarik baju dia sampai koyak, especially bahagian depan. Tengok tangan dia tutup kat mana :)

    (Itu kira macam tips la)

    BalasPadam
  23. salam ... isu pengkid ni dah lama kan, cuma baru je diketengahkan.. dr sy zaman sekolah menegah, adalah jgak di kalangan kawan saya yg pengkid ni. bila tanya kenapa jadi mcm ni mereka jwb suka-suka pun ada. knp pempuan tertarik pada pengkid? mungkin sbb pengkid ni lebih memahami mereka, compare ngan lelaki, ada sesetengah pempuan ckp, lelaki ni x paham hati pempuan, tp kalau pempuan mereka akan paham sesama mereka. so mungkin sbb tu ada pempuan yg suka bercinta ngan pengkid. tp yg musykilnya, pengkid ni boleh naik taraf ke lesbian kan?

    BalasPadam
  24. "Kalau bergaduh dengan pengkid, tarik baju dia sampai koyak, especially bahagian depan. Tengok tangan dia tutup kat mana :)"

    Bro,stuju bangat ngn tips bro tu...kalo gaduh tarik baju pengkid tu..br dye tow langit tinggi ke rendah..kalo stakat gaduh pukul dari blkng bek xyah..kate 'jantan'.kalo 'jantan' sgt pukul depan2 ar..xgne btol..

    BalasPadam
  25. Hakikatnya kepada pengamalan adalah mencari ketenangan dan kebahagiaan...manusia tenang bila kenyang perut, tenang bila nafsu syahwat dipuaskan, tenang bila dapat melihat sesuatu yg indah2, tenang bila bersukan,tenang bila bercakap,tenang bila bergaduh dan bertumbuk, tenang bila beribadat dan semuanya mencari ketenangan...namun manusia belum menemui KETENANGAN YG HAKIKI di mana ketenangan ini KEKAL HINGGA KE ALAM BARZKAH/AKHIRAT.....

    DI MANA KETENANGAN BERADA?
    DI HATI/RUH......

    manusia tertipu dengan ketenangan fatarmorgana atau bersifat wujud sementara.......


    http://catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  26. sayang
    pengkid tu gelaran untuk wanita yang berlagak/ berpakaian/ berpersonaliti macam lelaki.

    Lesbian pulak perhubungan diantara perempuan dengan perempuan. Rata2nya lesbian ni adalah hubungan pengkid dengan perempuan biasa, tapi ada juga lesbian terdiri daripada perempuan biasa dengan perempuan biasa (dua2 tidak beperwatakan spt lelaki).

    BalasPadam
  27. Betul En Mazidul!! saya sokong!! kalau kemaruk sangat nak jadi macho dah berani nak sepak terajang segala.. klulah ditarik koyak baju espc kat depan tu mmg meraung juga pengkid tuh...

    BalasPadam
  28. Menarik isu ini. Saya punya beberapa orang rakan yang 'beralih' citarasa seperti golongan ini. Apa yang menarik? Mereka memang ingin selari dengan lelaki. Paling ketara dalam sukan futsal, wah ada yang memang setanding kaum adam...Dan tidak hairan dalam sukan ini, kami memang akan menggunakan khidmat mereka. Sebabnya kalau jatuh tersungkur, cedera atau patah riuk, diorang rilex jer...siap tak tunjuk pun rasa sakit, semua cover baik jer. Tapi yang belakang² mana kita tau kan? Yang lainnya, diorang ni tak kedekut dari segi belanja makan dan entertain kawan², lebih menyenangkan dari segelintir kaum adam. Dan apa yang saya dengar² terlalu caring, dan itu yang sampai jeles tahap gaban, dan ada yang berani memukul. Apa yang lucu? Saya tetap memanggil nama perempuan mereka. Kalau sebelum 'beralih' namanya Ayu, selepas 'beralih' jadi Bell, saya tetap akan panggil Ayu...dan dia akan mengiakan sahaja. Bezanya sebelum dan selepas tak banyak cuma kepada fizikal sahaja. Batinya tetap perempuan. Dan kadang kala mereka akan ketawa dan rindu saat meraka punya rambut yang panjang, baju kurung yang masih tersimpan dalam almari, dan telekung masih ada dalam simpanan. May God Bless her/them.

    BalasPadam
  29. AM pernah kena tumbuk (gurau) oleh kawan tomboy. Tapi, sakit siot... Dua tiga hari masih rasa. Tetapi cover macho punya pasal, tak tunjuk rasa sakit hehehe

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  30. haha! letop pengkid2 sekarang! dah berani tunjukkan kejantanan mereka. kih3 tapi kan, ada elok juga bagi adik dia tu! dapat pengajaran. dah lah kakak macam tu, nak juga dia merosakkan family. tak mau balik umah lah apa lah! =D

    BalasPadam
  31. salam..

    mereka2 ini tidak harus dipandang sinis.. kalau betul mereka salah landasan, sesorang patut berbuat sesuatu.. bimbing mereka balik ke pangkal jalan sebab mereka2 ini rata2nya muda belia..

    kita yang ada anak perempuan dan kepada mereka yang insyallah ada anak kelak, kena study kenapa perkara neh berlaku.. supaya perkara2 tersebut tidak terjadi dengan anak2 kita kelak..

    one thing yang I dapat tau, ada bersangkut juga dengan kehidupan masa lampau / terkini mereka.. ada yang kecil2 di dera.. ada ibu bapa yang layan mereka seperti anak lelaki sebab parents nak sangat anak lelaki.. ada yang dari parents kasar.. broken family.. ayah dera mak.. etc.. sebab tuh karekter paling menonjol mereka ialah PROTECTIVE!!

    budak2 umur 3-5 tahun stage penting tengok tumbesaran fizikal mereka.. budak 7-12 tahun penting kita tengok tumbesaran mental mereka.. dan budak2 12-17 tahun, penting kita perhati emosi mereka..

    kalau dari stage 7 tahun sudah caca marba, boleh kita bayangkan output tuh macam mana.. kalau mental mereka diasak dengan penderaan, of coz ler boleh timbul kecelaruan emosi.. mereka akan mula bertindak menjadi pelindung, ala2 lelaki gituh.. kemudian, dapat melindungi wanita, merupakan satu kepuasan emosi bagi mereka!!..

    kesian kan??

    selain itu, ada yang jadi pengkid dari pergaulan.. yang neh yang ala2 tomboy.. gaya mereka memang macam tomboy.. tapi jiwa mereka, tetap tulen wanita.. jadi, ada pengkid sejati dan ada pengkid ikut2an gituh..

    jadi, apa peranan kita??

    BalasPadam
  32. geram aku tgk pengkid ini. huH~. kalau di balun saudara mara aku , siap dia aku rogol. baru tahu. maaf komen saya ganaz sikit.

    BalasPadam
  33. kenapalah nak ubah takdir ye.. sesungguhnya akan mendapat dosa sahaja. tidak mengapalah jika di dunia mereka ganas, ramai gang, tetapi kalau di alam kubur, bolehkah gang membantu? tepuk dada yang leper tu, tanyalah iman.

    BalasPadam
  34. dr pengkid leh jadi lesbian, ehm bahaya benar pengkid skrg ni, thanks for the information.

    BalasPadam
  35. tertarik dengan statment awak bazrul nazlan zainal ,

    "tepuk dada yang leper tu, tanyalah iman."

    "tepuk dada yang leper"<---ni boleh jadi trademark nih.

    dada yang cantik gebu nak dileperkan , apalah , yang dada leper nak dibesarkan. macam2 hal lah.

    BalasPadam
  36. Nak tahu bagaimana pemimpin akan datang, tengok lah generasi hari ini...kalau daripada sekarang kita tak buat apa apa maka kucar hanyar lah kehidupan akan datang...

    BalasPadam
  37. "7-12 tahun penting kita tengok tumbesaran mental mereka.. dan budak2 12-17 tahun, penting kita perhati emosi mereka..".. AnnDee

    Jika kita perhatikan bidang kerjaya perguruan semakin hari semakin ramai dimonopoli oleh kaum wanita. Tak tahulah kenapa amat kurang cikgu lelaki kini.

    Maka kaum ibu@cikgu kenalah banyak mendampingi anak-anak ini; kaum lelaki selalunya banyak masa di luar.

    Maka itu peranan Wanita dalam pembangunan modal ehsan amat penting; di samping itu lelaki@ayah janganlah pula berlepas tangan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.