Ada 2 bandar diberikan jolokan ‘Serambi Mekah’ di Indonesia.
Pertama, Aceh, bandar pernah dilanda tsunami mengorbankan lebih 170,000 nyawa. Kedua, Padang, kini bergelumang dengan bencana sama. Jumlah kematian tepat tidak dikeluarkan lagi kerana masih ramai mangsa dilaporkan hilang ditelan bumi atau terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Tidak adil untuk saya melontarkan komen berhubung sikap masyarakat Padang secara keseluruhannya kerana saya tidak menetap di sana. Tetapi khutbah Jumaat semalam disampaikan Imam Masjid Raya Ganting, Padang, Drs Suhardi, dipetik Harian Metro, menarik perhatian saya.
“Ini mungkin malapetaka dan balasan daripada Tuhan kerana masih ramai masyarkat Padang bergelumang dosa dan amalam syirik,” kata beliau.
Justeru, beliau menggesa umat Islam di Padang menginsafi diri dan kembali ke jalan benar.
Bandar dengan nama jolokan ‘Serambi Mekah’ juga mampu menyembah bumi.
Update
Di Buletin Utama, malam tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan 3 bentuk sumbangan dihulurkan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Berikutan itu, 39 anggota mencari dan menyelamat, SMART, kumpulan bantuan perubatan Angkatan Tentera Malaysia serta sumbangan kemanusiaan lain diterbangkan ke lokasi bencana. Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, SBY, dihubungi beliau bersetuju menerima bantuan terbabit.
Bagaimanpun ‘penerimaan’ beberapa pihak di Padang agak berbeza.
2 Oktober lalu, akhbar Indonesia, Harian Kota, melaporkan bantuan disumbangkan Malaysia dipisahkan dengan bantuan dihulurkan negara lain.
“Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia namun karena di beberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi. Kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga Minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak,” ujar Kepala Distribusi Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan, Budi S. Ervan.
Menurutnya, mereka menolak bantuan berikutan Malaysia mempunyai ‘fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap’ di Asia Tenggara, Genting Highland. Bagaimanapun mereka menerima bantuan Amerika Syarikat secara terbuka.
Mungkin Budi tidak pernah mendengar nama Las Vegas atau memang tidak sependapat dengan SBY.
Keliru sungguh.
Pertama, Aceh, bandar pernah dilanda tsunami mengorbankan lebih 170,000 nyawa. Kedua, Padang, kini bergelumang dengan bencana sama. Jumlah kematian tepat tidak dikeluarkan lagi kerana masih ramai mangsa dilaporkan hilang ditelan bumi atau terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Tidak adil untuk saya melontarkan komen berhubung sikap masyarakat Padang secara keseluruhannya kerana saya tidak menetap di sana. Tetapi khutbah Jumaat semalam disampaikan Imam Masjid Raya Ganting, Padang, Drs Suhardi, dipetik Harian Metro, menarik perhatian saya.
“Ini mungkin malapetaka dan balasan daripada Tuhan kerana masih ramai masyarkat Padang bergelumang dosa dan amalam syirik,” kata beliau.
Justeru, beliau menggesa umat Islam di Padang menginsafi diri dan kembali ke jalan benar.
Bandar dengan nama jolokan ‘Serambi Mekah’ juga mampu menyembah bumi.
Update
Di Buletin Utama, malam tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan 3 bentuk sumbangan dihulurkan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Berikutan itu, 39 anggota mencari dan menyelamat, SMART, kumpulan bantuan perubatan Angkatan Tentera Malaysia serta sumbangan kemanusiaan lain diterbangkan ke lokasi bencana. Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, SBY, dihubungi beliau bersetuju menerima bantuan terbabit.
Bagaimanpun ‘penerimaan’ beberapa pihak di Padang agak berbeza.
2 Oktober lalu, akhbar Indonesia, Harian Kota, melaporkan bantuan disumbangkan Malaysia dipisahkan dengan bantuan dihulurkan negara lain.
“Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia namun karena di beberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi. Kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga Minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak,” ujar Kepala Distribusi Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan, Budi S. Ervan.
Menurutnya, mereka menolak bantuan berikutan Malaysia mempunyai ‘fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap’ di Asia Tenggara, Genting Highland. Bagaimanapun mereka menerima bantuan Amerika Syarikat secara terbuka.
Mungkin Budi tidak pernah mendengar nama Las Vegas atau memang tidak sependapat dengan SBY.
Keliru sungguh.
nauzubillahiminzalik
BalasPadamKejadian seperti ini sudah ada tertulis di dalam Luh Mahfuz dan sudah ada takdirnya yang perlu ditempuhi oleh manusia.Inilah yang dinamakan takdir Allah atau nasib seseorang manusia yang ditentukan oleh Allah.
BalasPadam.
Oleh itu, orang yang memperolehi kesenangan hidup hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Manakala orang yang ditimpa kesusahan hendaklah sentiasa bersabar dan orang yang sanggup bersabar akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah. SEKIAN
www.kadikluang.blogspot.com
...mudahan masih ada pesanan Ulamak yang didengari oleh pemimpin dan makmum.
BalasPadambetapa Murkanya ILlahi sampai ada kampung yang tenggelam..
Mereka tak sudi terima bantuan dari Malaysia tak apelah...
BalasPadamNasi tak dingin pinggan tak retak,
Sekali orang tak ingin sepuluh kali kita tak hendak.
takpa....biaq depa tau kitani baik.depa tak mau depa buat anaia kat malaysia pun kita tlg jgk.bendera kita kena bakaq pun kita tlg.kita kan baikkkkkkkk.....rakyat kita takot ada kat sana,depa nak sweep,kita tlg jgk...takpa kitakan baikkk
BalasPadambetapa mulianya hati org malaysia,biar dihina dicerca,,,takpa...kita tlg,kitakan baikkkkkk.....
eeeeeeeeeeeeee Geramnyerr aku. ada ke patut cakap macamtu. xsudi etc. lebih baik buat2 tak tahun yang Indonesia ni wujub. tgklah lama2 musnah separuh Indonesia tu akibat kesombongan dorang. dalam keadaan sekarang dorang boleh nak pilih bantuan mana ? dorang tak fikir ke yang memerlukan bantuan tu adalah mangsa ! . eeeeeee geram2 aku telan pc ni kang~. huHQ~
BalasPadamSejahat-jahat negara kit, tetap juga menghantar bantuan kepada Indonesia. Tapi, mereka boleh mengasingkan barang hantaran kita. Rasanya memang mereka tidak pernah mendengar nama tempat seperti Las Vegas. Genting Highlands je yang mereka tahu.
BalasPadamKita sebagai rakyat di Malaysia, sama-samalah kita mengambil iktibar dengan tragedi yang melanda Indonesia. Semoga kita sentiasa menetapkan Kesyukuran kepada-Nya.
BalasPadammrk2 kt Indon bukan saja terbatas pd rakyat yg brfikiran sempit dan kolot, malah pemerintah2 mrk juga berfikiran sama sprti rakyatnya...
BalasPadamyg paling menghairankan, klu dh mcm itu penerimaan mrk, mengapa Malaysia msh nak tlg lg, biarkan aje mrk mintak bantuan dr USA... kanbg mrk negara tersebut lbh mulia dari negara kita ni
Salam kat semua
BalasPadamDia orang ingat duit yang kita hantar tu duit hasil judi kat genting agaknya..kenapalah pemikiran diorang ni sempit sangat..orang nak tolong, banyak pulak songeh..kalau tak tolong, kata jiran tak prihatin..gimana sih? aduh..gaawat...
ya tunggu aja suatu saat negara anda juga kena musibah, jangan berpikir musibiah untuk indoensia saja. boleh sekarang anda bilang indonesia menderita tapi suatu saat negara anda kena musibah, silahkan rasakan. tapi untuk indonesia sudah biasa. jadi sudah teruji kesabaraanya..
BalasPadampercuma anda-anda berdoa, kalau di hati anda masih benci dan sirik.
Hurm..sepatutnya hargailah bantuan dari negara jiran, serumpun & seagama.
BalasPadamTak nak sudah..yg penting student kita di sana dh selamat pulang ke tanahair..itupun sudah cukup untuk kita bersyukur:-)
Saya ada baca tentang penolakan bantuan tersebut kat satu blog anti-indon...aii, dah kena bencana pun masih sombong dan berlagak lagi ye???
BalasPadamKalau taknak terima, kita tak rugi apa-apa sebenarnya...walaupun negara kita dipandang rendah, dicaci, dihina sekalipun, tapi atas dasar kemanusiaan, kita tetap menghulurkan bantuan...
Sobarudin, tidakkah kamu sedar Indonesia dilanda musibah berulangkali.
BalasPadamSetiap kali berlakunya bencana, contohnya gempa bumi dan tsunami, Malaysia antara negara menghulurkan bantuan.
Kamu harus khabarkan kepada rakyat Indonesia agar belajar mensyukuri sumbangan negara seagama, Malaysia.
Seluruh kerajaan langit dan bumi itu adalah milik Allah. Manusia bertanggungjawab memelihara bumi dari kerosakan, bukannya membuat kemusnahan.
BalasPadam.
Seseorang tidak boleh menghalang kehendak Allah. Manusia tidak boleh lari dari takdir Allah sama ada perkara itu baik atau buruk.
.
Malapetaka seperti ini sepatutnya menjadikan kita lebih insaf dan mengakui kebesaran Allah.
www.kadikluang.blogspot.com
omg..omg..sobarudin u did not just say that!
BalasPadamhati siapa yang penuh benci dan sirik? kami tak benci. kenapa anda harus mengeluarkan such remarks? at least kat Malaysia we don't allow trans-religion (muslim and non-Muslim) marriage. kami ikhlas nak membantu. lepas ditimpa musibah kamu masih angkuh dan sombong.
memang Malaysia tak dilanda bencana alam yang besar, kami bersyukur, karena itu kami membantu anda. karena kami ade sikap empathy...gimana kalu Malaysia dilanda bencana, of course we hope other nations esp Indonesia will lend a hand.
sorry Bro Maz, ter-emo. as for mr. sobarudin, if u really embrace the teaching of Islam, should be grateful to GOd and thankful for the ones who help. Wallahua'lam.
"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah" - Saidina Abu Bakar (RA)
Kamila, be cool. I trully believe Sobarudin represents ONLY himself. Try reading a few of his posts then probably we comprehend that this guy is in the state of depression.
BalasPadamPity him and the way he writes, really.
kengkadang tak paham gak ngan diaorang nih nak cakap islamic sangat kat sana ada gak pelacur suruh la diaorang bersihkan kawasan "Taman Melati"Padang yang pelacurnya beroperasi di dalam teksi di sekitar Taman Melati tu. dalam sibuk2 masih memilih lagi tuh.
BalasPadampsssttt <<< bro mazidul speaking la kata nak cakap melayu jer kat dlm blog......ehehheheh
Daydeck86, bro saya tengah belajar menulis dalam bahasa orang putih.
BalasPadamBerapa kali awak ke Padang sebelum ini? :)
islamic diorang nih,memang tak dnafikan.ada 1kitab nama hikayat raja2 pasai,,,dlm tu ada disebut tentang hadis rasulullah mengenai negara samudera,atau indonesia.tapi sahihnya hadis ni tok tak pasti la,dari penerangan penulisnya..meyakinkan jgk.
BalasPadamsila ramai2 ke blog merahsilu,,,promote ckit kt brader merahsilu ni....sapa2 yg nak menambah tentang kefahaman akhir zaman dpersilakan.....
hmm...betul. mr. sobarudin tidak merefleksikan keseluruhan rakyat Indonesia.
BalasPadamsorry.
saudara mazidul, apa tindakan kerajaan Malaysia terhadap pendatang-pendatang haram yang bermaharajalela di negara kita?Saya pernah bertanya kepada rakan di Sabah,katanya ada perkampungan filipina yang polis sendiri tidak berani masuk.Berisiko tinggi. Jika polis sendiri tidak berani, apa lagi kita yang tidak ada senjata untuk mempertahankan diri. Ada kes mereka mengganggu wanita tempatan termasuk isteri orang. Bila dilaporkan, jawapan polis, kami akan siasat. tapi tiada tindakan kerana "POLIS TAKUT"..Makin bermaharajalela pendatang haram. Mohon kepastian dari sdr Mazidul..Tinggal di sabah seolah-olah berada di Filipina..
BalasPadamSyukur....negara kita menunjukkan semangat kejiranan yang tinggi. Bangga menjadi rakyat MALAYSIA.
BalasPadam"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." ( Riwayat Bukhari )
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya....."
(Riwayat Muslim)
Ibnu Abas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
hrmm.. tapi jgnla ckp "tapi untuk indonesia sudah biasa."
BalasPadamayat mcm bongkak je :/
Sobar..
BalasPadamsudut positif..
dikira syukur..Illahi menguji selepas Syawal..
selepas Taubat Ramadhan..
itu pun jika warganya(Islam) diterima taubat, dalam ramadhan.
maknanya dosa selama hidup dalam syawal.
bukannya puluhan tahun
..positif kan??.
Pada pandangan saya, jika padang boleh berlaku kerana keizinan Allah s.w.t maka tidak mustahil Malaysia bakal menerima muhsibah yang sama kerana bala ALLAH S.W.T tidak kira samaada hambanya yang soleh atau tidak semua akan menerimanya.Ingatlah janji Allah adalah benar kerana jika amar makruf nahi mungkar tidak ditegakkan maka kitalah umat yang rugi dan bersedialah
BalasPadamSebab itu, hanya bangga sebagai negara islam terbesar di dunia, atau berbangga kerana mempunyai jumlah ulamak yang ramai tidak mencukupi jika kelebihan itu tidak digunakan sebaik-baiknya. Malah mereka takbur dan bongkak. Mereka tidak pernah bersyukur malah sentiasa menyalahkan pihak lain.
BalasPadamTidak guna beridentiti sebagai 'serambi mekah' jika mentaliti rakyatnya tidak lebih dari longgokan sampah. Busuk.
Ingatlah tiada siapa yang boleh 'memujuk' kemurkaan Allah. Jangan sesekali kita di Malaysia bersikap takabur dan angkuh, maka bersedialah dengan kemurkaan Allah itu. Nauzubillah..
www.anak2merdeka.blogspot.com
Salam bro mazidul dan rakan bloggers lain..
BalasPadamKita jiran terbaik negara disekeliling kita ada atau kita yang dikatakan terlebih prihatin?
Ape pun, niat lah buat kebajikan untuk dapat pahala, moga Allah selamatkan Malaysia dari bencana sedemikian.. Amin. :)
Mas Sobar,
BalasPadamIsu skrg bukannye kami ni yang tak ambil iktibar, cuma kamu yg tak berterima kasih. kenapa dipertikaikan hati-hati kami sebegitu, apa yg dlm hati kami yang Allah sahaja yang tahu.
Yup, totally agree with bro Mazidul on this. I believe this guy speaks for himself. (nak speaking jugak tu)
bro saya ke Padang & Bukittinggi cuma sekali tapi selalu ke Pekanbaru jer
BalasPadamsaya ke Bangkinang.
Kita berniat baik & melakukan kebaikan maka terserahlah ke hadrat Allah Azzawajalla akan menerima segala bantuan itu berganda ganjarannya atau sebaliknya.
BalasPadamBiarlah mereka bersangka buruk dengan kita, jika memang kita ini berkeadaan buruk perbaiki sahaja. Jangan ambil hati nanti makan hati...
Saya sering menulis agar jangan kita punyai perasaan bersangka buruk. Berjudi sebenarnya tidak pernah dihalalkan oleh kerajaan kita. Bab ini amat sensitif jika dikupas sama bab arak yang kerap Blog Sdr Mazidul ini bangkitkan.
Maka itu orang tua-tua berkata Ibarat tutup bangkai gajah dengan daun pisang... Mungkin di mata orang Minang sana begitu. Sebut Malaysia nampaklah pusat judi kita yang gah puncak bukit sana. Mereka tak nampak masjid-masjid kita yang tersergam indah. Bagai ternampak juga saya, nampak Medan nampak pulak banyak ayam-ayamnya. Saya baru cuma menjejak Medan belum lagi Jakarta & kota-kota perlancongan yang lain.
Jiwa kita ini memang kotor sebenarnya; maka itu kita sering sarankan perbanyakkan zikrullah agar hati & jiwa ini tidak bertitik hitam.
Seperkara lagi orang yang ditimpa musibah itu memang ada ketikanya gabra yang tidak-tidak; maka kotak fikirannya jadi kacau-bilau. Kita yang berniat baik ini jangan ambil hati sangat iyer!. (Penat)
assalamualaikum.saya ada terbaca yang akhbar harian kota sebenarnya tak wujud.Benarkah?
BalasPadamBismillah
BalasPadamAllahummasolli' alaMuhammad wa'alaaliMuhammad
Assalamu'alaikum,
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!” Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapapun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kelmarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.