Selasa, Oktober 27, 2009

Jambatan Runtuh: Akibat Lompatan Maut?

“Payah kontraktor kena jawab, ini bukan holocaust, ini negligence!”

Itu antara komen dilontarkan beberapa penduduk tempatan di lokasi kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, Perak pada jam 10.30 malam tadi. Saya tiba di tempat kejadian pada pukul 6 pagi dan meninjau konkrit jambatan terbongkar dan tercabut dari lokasi tapak asal. Menariknya, jambatan terbabit dilaporkan siap dibina 2 minggu lalu.

Persoalannya, adakah tragedi itu berlaku akibat perbuatan beberapa pelajar sekolah menyertai Kem 1 Malaysia didakwa sesetengah pihak melompat-lompat semasa melintasi jambatan? Jika dakwaan itu benar, pasukan khas bakal ditubuhkan berikutan arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menyiasat struktur jambatan secara teliti. Pelik dan ajaib, masakan lompatan beberapa pelajar berusia 12 tahun mampu meruntuhkan jambatan.

Sewaktu entry ini ditulis, hanya satu mayat pelajar berketurunan India, N. Dina Deve, 12 tahun, ditemui pada jam 8.30 pagi tadi kurang 1 kilometer dari lokasi kejadian. Dua lagi mangsa masih dilaporkan hilang, operasi mencari dan menyelamat dipantau dan dikendalikan lebih 250 pegawai dan kakitangan 10 agensi kerajaan masih diteruskan.

298 pelajar dari 65 sekolah di Daerah Kinta Selatan menyertai kem di Pusat Kolokium, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang bermula semalam dan sepatutnya berakhir Khamis ini.

“Dia anak pertama saya, banyak pandai, dia mahu jadi doktor,” kata bapa berusia 37 tahun.

Dia dan isteri menetap di Puchong, Selangor dimaklumkan berhubung musibah menimpa pada jam 11.30 malam sebelum bergegas ke Kampar.

“Anak saya tinggal dengan saudara di Gopeng sebab dia sekolah sana. Saya sudah jumpa sekolah baharu untuk dia di Puchong. Saya doa sama tuhan, anak saya selamat. Masa dia hendak pergi kem ini, dia jumpa saya, salam. Dia cakap, papa selamat berkerja, sebelum saya balik ke Puchong,” tambahnya sedih.

Dia kemudian menunjukkan gambar anaknya dirakam menggunakan kamera telefon bimbit. Comel, berseragam sekolah, tersenyum, rambut berikat pony tail

“Kalau anak tidak jumpa?,” soal saya.

“Mesti jumpa, saya dapat rasa. Anak saya kena jumpa, dia mesti selamat. Saya ada 3 anak, dia, adik dia 11 tahun dan 1 tahun, semua perempuan tetapi saya paling sayang dia, ” katanya sambil menyapu airmata mengalir di pipi.

Ibu mangsa gagal menahan sebak, menangis teresak-esak sambil ditenangkan ahli keluarga berdiri berhampiran saya.

Setakat ini anak sulung mereka antara 2 pelajar dilaporkan masih hilang. Kerja mencari mangsa dijalankan pasukan Bomba dan Penyelamat Perak dibantu penyelam Vat 69 sukar berikutan arus sungai deras. Hemat saya, kebarangkalian pelajar itu selamat, tipis.

Pada awal kejadian, 22 pelajar dilaporkan hanyut dibawa arus air dianggarkan sedalam 2 meter. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berada di tempat kejadian kemudian mengesahkan 19 pelajar terselamat.

“Pagi tadi berlaku pergaduhan di antara keluarga mangsa dan pihak penganjur kem, bertumbuk dengarnya,” bisik lelaki menghampiri saya.

Saya hanya mendiamkan diri. Namun hati kecil saya berbisik, pelbagai aspek berhubung pembinaan struktur jambatan akan dipersoalkan dalam tempoh terdekat.

Justeru, saya yakin ada pihak bakal sukar tidur malam.

42 ulasan:

  1. salam abg mazidul,

    tahniah berani mendedahkan pelbagai masalah dan situasi masa kini. banyak risiko tue.....
    pasai jambatan runtuh nie, x patut jd. kesian budak-budak yang tak tau apa-apa tue. tak pasal2 mati katak di buatnya. mesti ada silap mana-mana jambatan tu. takkan dua minggu bleh runtuh dah. ini mesti ada apa-apa. sapa nak kena jawab nie? kerajaan baru perak atau kerajaan perak dulu? kerajaan pun beterabur dah hujung pangkal... rakyat plak jadi mangsa. budak kecik2 plak tue...

    BalasPadam
  2. biasanya orang buat silap kena denda bagi serik..
    serik kepada kontraktor yang lain, bukannya senyum kena denda.

    kalau untung(bahan2 murah) harga dinaikkan RM10k, didenda 1K...??tak berbaloi..

    BalasPadam
  3. Janganlah nanti pelbagai badan penyiasatan ditubuhkan hanya sekadar melepas batuk di tangga.

    BalasPadam
  4. KPSDK, nanti kena bersama tengok siapa jawab, ok.

    Zeq, cuba tengok lubang cetek (gambar atas sekali), saya kira tidak sampai setengah meter. Itu tapak tiang jambatan. Tanam bangkai kucingpun, anjing boleh kesan :)

    Kakcik, InsyaAllah, jika ada nyawa terkorban, pasti tidak banyak pihak berani melepas batuk di tangga.

    BalasPadam
  5. namanya kem 1 malaysia, tapi dah jadi macam nie. boleh bikin ribut nie. bukan masa untuk menuding jari..tetapi kini masa untuk muhasabah diri...

    bagaimana perasaan ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa dalam tragedi ini. kalau bukan kesilapan kita, bukan juga kesilapan penganjur, bukan juga kesilapan kontraktor, bukan juga kesilapan pemilik, salah siapa? malapetaka apa?

    Jadilah seperti burung helang yang terbang tinggi dilangit biru, Kadangkala contohilah seperti harimau di belantara yang sekali-sekala mengaum mempertahankan hak, jangan jadi seperti ayam jantan yang gah berkokok di atas batang, akhirnya mati di sambar helang.....

    BalasPadam
  6. menunggu hasil siasatan.... dari situ kita mungkin boleh membuat kiesimpulan

    BalasPadam
  7. Bro Mazidul,

    Pagi tadi masa lintas langsung kat MHI yg bro on call tu, katanya lebih 20 orang yang hanyut. Bila mereka jumpa yang 19 orang tu? Mereka hanyut sampai ke mana?

    Bila malang dah menimpa... semua pihak saling menuding jari. Lumrahlah manusia... siapa yang nak mengaku terkentut dalam lif. ehehe.... pepatah baru ni.

    BalasPadam
  8. moga2 yang terlibat sedar, jika niat menipu atau disengajakan, cepat2 TOBAT sebelum apa-apa(warga islam), janganlah pulak lari ke Tanah suci kerana tak nak menjawab siasatan...huhuu..
    ( lagi elok tobat ke sana).

    itu duit rakyat TAu,,,

    BalasPadam
  9. apapun terima kasih Sdr Mazidul..
    info bergambar, sebelum ini ramai yang beranggapan salah.

    BalasPadam
  10. Makin banyak kes struktur tak selamat. Hari tu stadium la, bangunan la, ni jambatan pulak..

    Dah kira kronik ni..

    BalasPadam
  11. ...takziah kepada keluarga mangsa.Lepas ni mungkin MRR2 ataupun LDP manalah tahu..kes yg sebelum ini hangat diperkatakan diam aje sekarang.Sekadar tunjukkan tampalan2 simen dari dari luaran sebagai tindakan yg diambil dan bagaimana didalamnya pula adakah ianya selamat?
    .....Sekarang ni pula musin gegar sana gegar sini...So fikir2kanlah jika malapetaka terjadi siapa yg harus dipersalahkan.
    ....Apa kesnya stadium yg runtuh tu diam aje...????///

    BalasPadam
  12. Terjejut juga bila dengar tentang berita ini pagi tadi. Memang tak masuk akal bila dikatakan jambatan itu runtuh kerana pelajar2 terbabit melompat-lompat di atas jambatan....hhmmmmm,
    kalau dikira & dikumpul berat mereka, ada mencecah 1 ton ke pun??lagi pulak, apa yang senorok sgt mlm tu sampai mereka melompat-lompat atas jambatan???
    Yang pasti memang 'ada pihak yg tak boleh tidur malam'.

    BalasPadam
  13. salam KPSDK..


    wajar elakkan tunding kaitan kerajaan dan politik..

    kes ini yang libatkan individu serta sekelompok tertentu.

    BalasPadam
  14. Hah, memang saya tertunggu-tunggu isu nie untuk bro mazidul ulaskan... dalam banyak alasan yang diberi, alasan yang menyatakan budak2 melompat atas jambatanlah yang paling saya tak dapat nak terima. Terima kasih sebab dedahkan benda ini

    BalasPadam
  15. assalammualaikum

    takziah pada keluarga mangsa...
    jika kita ditempat keluarga tersebut, bagaimanalah agaknya...

    inilah mentaliti malaysia
    buat ala kadar , asal siap
    tengok nasib...
    kalau tak baik terjerat, kalau nasib baik terlepas...

    tak tau nak salahkan siapa... tapi saya rasa salah yang meluluskan dan mengesahkan... dia punya upaya dan kuasa dan semestinta terlatih... kontraktor hanya mencari peluang,ibarat si kucing dengan ikan

    BalasPadam
  16. banyak sangat kes runtuh : rumah di bukit antarabangsa, stadium runtuh, bangunan runtuh, jambatan pulak runtuh. Adakah penggunaan bahan yang tidak mengikut spesifikasi atau guna bahan yang murah, nampaknya ada pihak yang cuba mengaut keuntungan tanpa memikirkan akibat yang perlu ditanggung oleh pengguna

    P/S runtuh sebab anak2 lompat? Guna papan plywood ke?

    BalasPadam
  17. Dulu-dulu masa kecil, kalau buat salah kena rotan dengan ayah, serik sampai ketua. Teringat bisa rotan ayah sampai ke tulang.

    Zaman sekarang, kita perlu beli kamus untuk menerangkan kepada meraka apa maksud 'serik'.

    Kadang-kadang terfikir, apa juga seranah dan makian dilontarkan kepada orang yang tidak pernah serik, telinga mereka mungkin lebih tebal dari konkrit yang mereka tanam bersama tiang jambatan itu. Bebal.

    Mungkin ada yang nak menyalahkan takdir. Mungkin ada yang nak kata arus deras punca konkrit dalam tanah menjadi lemah dan mengakibatkannya runtuh. Jawapan mudah untuk lepas tangan.

    AM pasti, jika kontraktor keluar modal lebih sedikit, tanam tiang konkrit lebih dalam, gunakan besi lebih besar (cuma mungkin untungnya tak besar) rasanya trajedi pagi tadi tidak mungkin akan berlaku. Nasib baik bukan 22 orang yang maut. Kalau tak, nahas kontraktor kena sumpah.

    Yang kena menjawab mestilah kerajaan. Yang kena kutuk mestilah kerajaan. Yang untung ialah kontraktor dan orang yang sedang menghalakan meriam mereka ke arah kepala Datuk Zambri. Sekarang tinggal cucuh api untuk lancarkan peluru.

    Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak yang tidak berdosa, apatah lagi mengetahui bahawa nyawa mereka melayang hanya disebabkan kelalaian pihak lain.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  18. Takziah pada mangsa. Gamaknya apa lah tindakan pihak berwajib kepada kontraktor? Tanah runtuh, stadium runtuh, jambatan runtuh, akhlak runtuh..

    ???????

    BalasPadam
  19. Salam BRO MAZ..

    pagi-pagi masuk ofis, kawan2 citer tntang tragedi ini. Sungguh terkejut dan sebak rasa sbb yg menjadi mangsa adalah anak2 sekecil usia 11-12 tahun. Kita ibubapa yg duk jauh dari tempat kejadian, pun rasa risau dan sedih.. Moga keluarga yg terlibat bersabar dan tabahkan hati..

    Bab punca kejadian, biarlah yang terlibat yang jawab.. Moga menjadi peringatan kpd yang lain..

    BalasPadam
  20. kesian anak-anak kecil itu..takziah buat semua ahli keluarga mangsa...

    BalasPadam
  21. Takziah buat keluarga mangsa.Memang tak logik sebab yg diberi.Anak2 melompat pastu kat bawahnya sg mengalir.Kalau ya pun nak lepas tgn gunalah akal yg waras.........

    BalasPadam
  22. Jangan tak tau. Di Malaysia ni, selalunya agensi yang berkenaan bagai "dah terhantuk, baru terngadah." Inilah jadinya. Bila dah berlaku tragedi, barulah cari kontraktor buat jambatan, baru nak tubuh pasukan petugas, baru nak siasat, bla..bla..bla..

    Tragedi Highland Towers pun begitu juga. Tragedi demi tragedi berlaku, tapi perkara yang sama tetap berlaku.

    Kita 'tak pernah belajar' untuk memahami sejarah masa lalu.

    BalasPadam
  23. en mazidul..

    kawan combi cakap ramai kontraktor bangkrap selepas beberapa tahun hidup mewah kerana menipu..

    bangkrap disumpah seranah oleh mereka yg ditipu.doa org yg dianiya cepat diangkat ke langit.

    ini pendapat kawan combi bila dia sendiri ditipu oleh seorg kawan yang membuat renovation rumah yg baru dibeli.

    kawan dia aka kontraktor tu dah beberapa kali excident tapi masih diberi tuhan peluang utk bertaubat sebelun nyawa dia dicabut.

    combi share cerita ini hanya suke-suke dan teda mengena dgn n3 en mazidul :)

    sendiri mau ingat ler!

    BalasPadam
  24. Kalau boleh , peniaga jangan AJAR dan belajar memberi
    rasuah, 70% untukku 30% untukmu.
    anggapan bila tak bagi 30% rezeki hilang, tiada dapat mewah tiada projek,

    pemberi rasuah juga kena BALA.

    Echah, perli saya mentang2lah saya dah bangkrup.

    BalasPadam
  25. pengomen berunsur politik perlu belajar tentang hasil dan cukai se Malaysia, soal MB Perak tak timbul, bezakan projek Persekutuan dengan projek kepartian

    JPN bukan dibawah kerajaan negeri ,,projek Persekutuan jadi tiada kena mengena dengan K.negeri.. ketelitian.

    BalasPadam
  26. "dia banyak pandai baca" "dia besar mahu jadi doktor" ungkapan ini akan menjadi isu yg besar .
    Takziah pd keluaraga yg malang.

    BalasPadam
  27. Takziah buat keluarga mangsa. Sedih sangat mengenangkan anak- permata hati, harapan Ibu & Bapa pergi bersama tragedi. Betul kata En. Mazidul lubang utk tanam konkrit tu terlalu rendah-tanam pokok pisang hiasan bolehlah dgn kedalaman begitu! Tan Sri Muhyidin & pihak pendakwa, bertegaslah... Terima Kasih.

    BalasPadam
  28. Echah

    Penerima rasuah kini cerdik, rasa bersalah kurang, mereka dapat habuan bukannya bawa balik makan anak bini, mereka bayar utiliti tersirat, melancong,belanja kawan2 enjoy, joli,pasang BF, SPy bermewah-mewah (duit dapat macam angin jadi belanja macam air)dll.

    sebaliknya pemberi rasuah yang rasa bersalah, jika tak bagi habuan, projek slow,ada projek ada masyuk, bawa balik makan anak bini.

    BalasPadam
  29. Sdr karyabator; berkata... alasan yang menyatakan budak-budak melompat atas jambatanlah yang paling saya tak dapat nak terima... Memang betul!

    Siap TV kita buat temuramah lagi tentang isu lompat-melompat ini. Sudah pun namanya Jambatan Gantung; bukan bebudak sahaja...orang tua macam saya pun suka melompat-lompat untuk nyakat anak-anak! jika merentas Jambatan Gantung. Itu lumrah.

    Kuala Dipang itu tak jauh dari kampung saya. Malim Nawar, Durian Sekah, Bunga Tanjong penuh menyimpan ceritera pahit & manis dalam kancah penghidupan saya. Tak sangka pula boleh berlaku peristiwa tragis begini.

    Berapalah keluarga mangsa ini dapat Pampasan atas aktiviti yang kerajaan kita laksanakan ini. Nyawa yang melayang! kehilangan cahayamata yang amat disayangi. Rasa sebak sangat hati ini. Tak kiralah kaum atau bangsa mana yang menjadi korban.

    Saya pernah membaca surat perlepasan aktiviti sekolah begini. Sebahagiannya memerangkap ibu bapa atau penjaga. Siap tulis jika berlaku kemalangan pihak sekolah tidak bertanggung jawab. Cis!.

    Anak melonjak mahu pergi jaminan keselamatannya bagaimana?.

    Isu ini rasanya kita perlu fikirkan bersama. Bukanlah menghalang sesuatu aktiviti yang baik; Malang memang tidak berbau tetapi biarlah ada timbangtara & perlindungan insuran yang munasabah jika berlakunya kemalangan jiwa begini. Aduhai!.

    BalasPadam
  30. Idan, banyak cerita tersirat berbanding tersurat dalam kes jambatan runtuh ini.

    Dengar kata, muka Guru Besar kena penumbuk. Dush!

    BalasPadam
  31. Takziah dan bersabar...
    Firman Allah swt dlm suruah Al-baqarah yg bermaksud:
    153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu[99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
    155. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
    156. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali)"[101].
    157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

    http://catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  32. in this case saya nak salahkan engineer/kontraktor or whoever in charge in this technical side. takkan la diorang tak leh estimate the load yg sepatutnya jambatan ni boleh stand. bende basic nak mampos kot.macam buat kerje cincai je. bodo betul!!!

    kontraktor ni Melayu ke lain-lain Bro? sebab kalau Melayu, stigma bahawa 'Melayu suka buat kerje sambil lewa' lagi kuat la kebenarannya. tho i refused to accept the notion.

    tapi sedih jugak la, sbb kem ni spatutnya kem 1Malaysia kan? bile malapetaka ni terjadi, ramai la pulak orang nak campurkan dengan isu2 politik.

    maybe some of the mangsa akan cakap 'kalu anak aku tak pegi kem 1Malaysia ni, mesti mende ni tak jadi, bodo punya 1Malaysia'..or something lke that. walopon kite tau yang musibah ini tadek kaitan dengan 1Malaysia, tapi distressed ppl wud tend to find something to put the blame on.

    saya kesian dekat banyak pihak dalam hal ni. tapi lagi kesian dekat kanak2 tu. takziah.

    BalasPadam
  33. Sdr Mazidul,

    Jika kita perasan aktiviti berkhemah, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) & aktiviti kem motivasi yang lain tak lepas dari kemalangan. Kalau pun tidak kemalangan masalah moral, bergaduh, rogol & pelbagai lagi kemungkinan sering berlaku.

    Dalam kes perkhemahan sebegini sewajarnya pihak kementerian mesti mengambil Skim Perlindungan Insurans tak kiralah aktiviti itu kejap atau lama. Bantuan RM10,000 untuk upacara pengkebumian rasanya hanyalah langkah bantuan awal.

    Saya berharap kerajaan akan segera menguruskan tuntutan insurans terhadap syarikat yang telah dilantik. Sebagai meredakan sedikit kesedihan keluarga si mangsa. Cumanya kadar insurannya berbaloikah?.

    Langkah menarik kontraktor ke muka pengadilan sewajarnya dilakukan jika memang Jambatan Gantung tersebut sungguh telah sah bagaikan Tali Gantung.

    Ini kes kemalangan, bagaimana pula jika kes moral, rogol & semalam pun kes rogol peserta PLKN seiring disiarkan di media kita. Kes Rogol ini pula seakan-akan bertindih hukumannya.

    Biar pun kes sebegini adalah kes terpinggir tetapi kesannya kepada aktiviti tersebut amat aib & meragukan. Perogol yang telah dipenjara pula boleh terlepas, mana satu hakim yang berwibawa?. Macam filem hindustanlah pula!.

    Jangan ambil mudah perkara sebegini seyogia semua ini melibatkan kepercayaan, maruah, hak & tanggungjawab.

    Jika Guru Besar pun sudah kena dush!. Pasti perkara ini telah menjadi sengit. Kita kenalah mencari jalan sepakat agar perkara sebegini masing-masing menerima Takdir & Pembalasan.

    Takziah buat keluarga-keluarga tragedi.

    BalasPadam
  34. Bro

    Pihak yang mana bersalah kita belum tahu kan?

    Tapi mesti ramai yang tak boleh tido lena

    Takziah kepada mangsa

    Ajal mereka sudah sampai, Allah yang menentukan segala galanya.

    BalasPadam
  35. Kat luar negara ramai yg mati kerana bencana alam.. gempa bumi, ribut taufan... tapi kat sini, bencana ciptaan sendiri.. fikir2kan & renung2kan...

    BalasPadam
  36. terbaru..
    bil dan harga /kos bina jambatan belum jumpa..rasa nak gelak juga..kos bina jambtan dalam berapa bill??
    terlalu cepat buat ulasan dan penafian..

    logiknya bila buat bayaran L/O memakan masa 1 bulan??
    atau bayaran CASH..tajaan cash..
    jambatan siap 3 minggu?? entah2 belum bayar lagi..
    bagi sesiapa yang pernah membuat kontrak dengan Kem Pelajaran boleh senyum..kaedah yang dijalankan..

    kekadang penafian yang cepat membuka pekung di dada, buat apa membuat penafian jika semua konraktor tau sistem/proposal dan tender..

    (nota: Di Kelantan biasanya bila kontrak Pusat yg melibatkan KPM, sekolah dan sewaktu dengannya, ada pakai sub n Bahagian, semua orang tau geng/siapa mana yang akan dapat.,selagi pihak yang terlibat tidak membongkar sebagai mana kes berprofile tinggi, di Pelabuhan Klang,ianya akan berterusan selagi belum ada kes insiden yang sama. )

    BalasPadam
  37. Zeq, SEMUA lawak jenaka itu telah saya jangka sejak saat pertama melihat keadaan jambatan. Tetapi dengarnya tiada kena mengena dengan UMNO.

    Jambatan itu, FOC, sumbangan pihak tertentu. Cuma kesilapannya dari aspek teknikal pembinaan.

    Huh! Macam engineer pula rasanya.

    BalasPadam
  38. Bro

    Kalau bangsa( sebenarnya 'kaum', tapi ramai yang tulis bangsa) Cina yang kena

    kerajaan mesti dah kena buat 'Inquest'

    Bangsa - merujuk kepada rakyat satu satu negara

    Kaum - merujuk kepada kumpulan etnik

    Tetap bangga dengan bahasa MELAYU

    BalasPadam
  39. dulu2 mase skolah menengah,cikgu fizik pnah cakap kalau askar berkawad atas jambatan,jambatan boleh roboh sebab berlaku 'resonans'.. ade x possibility jambatan ni roboh sbb resonance?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.