Penyu, spesis haiwan dilindungi. Sekaligus telur haiwan amphibia itu juga tidak boleh dijual kepada orang ramai.
Itu kata Jabatan Perhilitan.
“Telur penyu harga jual macam mana?,” tanya saya kepada peniaga wanita di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
“Mahal. Tiga sepuluh ringgit. Telur ini dibawa masuk dari Sabah,” jelasnya.
Pada awalnya saya fikir telur penyu dipasarkan secara terbuka dikutip dari persisiran pantai Terengganu, ternyata jangkaan saya meleset. Melalui pengamatan saya, majoriti daripada peniaga wanita menjual telur penyu. Mungkin mereka tidak mengetahui fakta berhubung perundangan dan hukuman bersabit penjualan telur haiwaan dilindungi itu.
Kalau kepada golongan profesional, saya boleh katakan, ‘ignorance of the law is not an excuse’. Tetapi, saya berasa tidak sampai hati mengungkapkan kenyataan sama kepada ramai peniaga wanita terbabit. Menjual telur penyu secara terbuka, aktiviti kebiasaan turun temurun mereka.
Tambahan pula, ramai pelanggan membeli.
Itu kata Jabatan Perhilitan.
“Telur penyu harga jual macam mana?,” tanya saya kepada peniaga wanita di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
“Mahal. Tiga sepuluh ringgit. Telur ini dibawa masuk dari Sabah,” jelasnya.
Pada awalnya saya fikir telur penyu dipasarkan secara terbuka dikutip dari persisiran pantai Terengganu, ternyata jangkaan saya meleset. Melalui pengamatan saya, majoriti daripada peniaga wanita menjual telur penyu. Mungkin mereka tidak mengetahui fakta berhubung perundangan dan hukuman bersabit penjualan telur haiwaan dilindungi itu.
Kalau kepada golongan profesional, saya boleh katakan, ‘ignorance of the law is not an excuse’. Tetapi, saya berasa tidak sampai hati mengungkapkan kenyataan sama kepada ramai peniaga wanita terbabit. Menjual telur penyu secara terbuka, aktiviti kebiasaan turun temurun mereka.
Tambahan pula, ramai pelanggan membeli.
Bro,
BalasPadamPada pendapat bro Mazidul apa kelebihan khasiat telur penyu ni berbanding telor ayam kampung yer ?
Kenapa pulak ia mudah di jual terbuka di pasar Siti Khadijah.
sedap tu..
BalasPadammasin sedut begitu sahaja..
bila ada permintaan ada penawaran..
LAW lain kira..
salah satu tektik penjual bagi menaikkan harga..bila barangan luar harga mahal..
sebagai mana 'lempok durian' pelabelan alamatnya adalah bandar Tumpat, padahal diadun di Siam...
bila buatan tempatan..kepercayaan suci lebih tinggi.
telor penyu bleh buat telor masin tak?....bro.
BalasPadamorg kita,,,brg susah dpt msti nak cari.sbb tu telor penyu laris.
Actually..telur penyu ni kira cam makanan eksotik la.
BalasPadamkhasiatnya...dgr2 crita ntuk kekuatan tnaga batin,tapi Cikgu sendiri xpnah rasa telur ni (nampak cam pelik je ngan cangkerang lembut 2)...
Apa2 pn...nmpak sgt bnda ni xdpt prhatian dari pihak berkuasa. Xleh gak nak slhkan makcik2 tu...diorg x tahu n spatutnya pihak brkuasa bagi pnerangan n info skit kat makcik2 tu. Paling mudah skali..letak je notis besar2 (papan tanda) kat pasar siti khadijah mnyatakan mnjual telur2 penyu ni salah di sisi undang-undang.
Kalau ada notis camni..masyarakat pun dah x beli n telur penyu pn dah x djual sbab dah xda permintaan. (Teori ekonomi --> Tiada permintaan=tiada jualan,ada permintaan=ada jualan)...
Ksian kat penyu tu beb... Cikgu penah ada pengalaman tgk penyu btelur kat Pantai Kerachut,Penang..maybe org kata penyu nangis sbab air masin dalam mata,tapi bagi Cikgu la kan..2 mungkin gak naluri ibu penyu tu,bpisah ngan anak2 yg dalam telur n tak pasti sama ada anak 2 masih terus bertahan n hidup atau DIJUAL!
Kesian ibu penyu bila telur-telurnya dijual untuk santapan manusia...
BalasPadamSalam kat semua
BalasPadamTak lalu rasanya nak makan telur penyu..terbayang rupa la..
mungkin juga penyu tu menangis sbb "bangga" kerana dapat mengeluarkan produk yang mahal (RM10=3 biji) untuk sajian kita. hehehe, apapn stuju ngn pandangan pak tua agar diletakkan notis larangan di dinding2 pasar tersebut.
BalasPadamBro,
BalasPadamTelur penyu bukan sedap sangat. Dari segi khasiat, rasanya tak lebih pun daripada telur lain ciptaan Allah.
Ironinya, telur yang ibu penyu hasilkan antara 80-120 biji sekali bertelur, tapi yang jadi anak penyu dewasa hanya 1-2 ekor. Yang lainnya tak sempat menetas pun, dah diratah termasuk dijual di pasar-pasar.
Teringat lagu Sudir, 'Penyu menangis siapa yang tahu..' lirik tu hasil puisi JM Aziz, anak Trengganu.
Cuba risik-risik dengan kerajaan Kelantan terutama exco yang memegang jawatan pengerusi pelancongan atau pengerusi ekonomi, ada tak mereka buat kerja memantau kegiatan penjualan telur itu.
BalasPadamJangan asyik berpolitik hingga lupa buat kerja. Jangan sibuk nak tatbir satu Malaysia jika tak mampu untuk tadbir rakyat Kelantan yang hanya beberapa orang.
Menjaga hasil bumi dari puus juga adalah dituntut oleh agama Islam. Jangan buat-buat tak tahu, apatah lagi mengharapkan pihak lain berbuat sesuatu jika mereka sendiri gagal melaksanakannya.
www.anak2merdeka.blogspot.com
dulu ka sandakan cuma Rm 0.50 - RM 1.00 sebiji telur penyu ni..org2 seberang Sbh yg byk bwa masuk.
BalasPadamkuih raya pun jual kat paso sayur ke en mazidul..?? :D
BalasPadamechah..
BalasPadamdah lama tak singgah sana..tak boleh teka..kuih raya atau asam celagi jeruk celagi..jeruk salak??
yang lain itu adalah;
yang boleh teka ada berisi sata ikang, jeruk mamam, kobis bunga,kunyit debu, cili boh,budu kecil,lada kering dalam bungkus..
Saya baru sahaja ke Pasar Payang Kuala Terengganu; di sini juga banyak terdapat telur penyu yang dijual secara terbuka.
BalasPadamTak kira di mana negeri, baik Kelantan, Terengganu atau di mana jua negeri yang penyu singgah bertelur; pasti ada pengutip & menjual telurnya. Sementelah ada permintaan selagi itu ada pembekalnya.
Jika kita prihatin dengan air mata penyu ini pasti tak tergamak mahu memakan telurnya. Air mata penyu ini seolah-olah menandakan ia telah pun tahu, tidak mungkin ketemu lagi dengan anak-anaknya seyogia sikap kita manusia yang gerladangan asyik mengidam telurnya. Kenapalah kita tidak mengidam telur-telur lain!.
Takutnya nanti anak cucu kita hanya akan kenal nama tak pernah dapat melihat penyu ini di depan mata lantaran kita biarkan ianya pupus di bumi nyata.
Betu juga kata Bro tu. Sudah menjadi tradisi para peniaga di situ menjual telur penyu. Kalau di tanya bab undang-undang mungkin 90% daripada mereka tidak mengetahui ianya salah. Yhanks Bro.
BalasPadamzz >> jeruk ekk.nmpk sgt combi tak pernah jejak pasar ct khadijah.
BalasPadammalu aii :)
a'ah2, mereka semua tu jual sebab tak tahu sebenarnya kegiatan mereka tu sebenarnya salah!
BalasPadamsepatutnya pihak yang berkaitan ambil tindakan yang sewajarnya! bukan hanya melihat dan tidak lakukan apa2! tidur ka?
abang maz, bagus juga kalau isu ni jadi salah satu isu 360'. barulah nanti, terbuka pemikiran dan mata mereka so, kedaulatan undang2 dapat ditegakkan dan prinsip rukun negara dipertahankan!
a'ah2, mereka semua tu jual sebab tak tahu sebenarnya kegiatan mereka tu sebenarnya salah!
BalasPadamsepatutnya pihak yang berkaitan ambil tindakan yang sewajarnya! bukan hanya melihat dan tidak lakukan apa2! tidur ka?
abang maz, bagus juga kalau isu ni jadi salah satu isu 360'. barulah nanti, terbuka pemikiran dan mata mereka so, kedaulatan undang2 dapat ditegakkan dan prinsip rukun negara dipertahankan!
hee kepada yg lain..nie sekadar nk bershre infos.. actually kan penyu tuh bukan menanges.. itu hanyelah perumpaan org dahulu.. tp mengikut kajian secara scientific nyer.. penyu mempunye salt gland di bahagian matanya.. seperti kebnyak hidupan marin yg lain.. fungsi salt gland ini adalah bagi mengeluarkan excess salt content dr sistem tubuh bdn mereka.. seperti yg sedia maklum mereka hidup didalam air masin dan akan travel mengelilingi lautan yg berbeza2 salinity nyer jadi itulah fungsi saltgland itu supaya kandungan salt dlam bdn mereka stabil :P dan fakta yg menarik bg penyu2 ini. dimana mereka menetas dr telurnya (lokasi) dan walau sejauh artik mahupun antartik mereka pergi mereka akan kembali ke tempat mereka di tetas kan (lokasi) untuk bertelur.. jadi itu adalah sebb atau punya kenapa semua orang perlu menitik beratkan untuk tidak makan atau membeli telur ini.. kerna jika kita semua beli maka permintaan akan makin tinggi dan semakin banyaklah telur2 yg akan di cari dan dijual lagi.. seterusnya akn menyebabkan extinction kepada species penyu2 ini.. jika ada masa dan kelapangan bolehkan berkunjung ke aquarium kami di universiti malaysia sabah untuk maklumat lanjut tntang penyu2 ini :D
BalasPadamplease stop buying turtle eggs.I know it's delicious and such but marine turtle are on the brick of extinction.If there is no demand then the selling will stop too.turtle are listed as critically endangered in the IUCN Red List and protected in CITES ,Appendix 1.Many thanks
BalasPadamSaya cuma tertanya-tanya, adakah penyu ini halal dimakan? boleh disembelih? di goreng? di buat gulai?
BalasPadamSaya x pernah dengar lagi orang mkn penyu.. jadi saya sendiri musykil penyu boleh dimakan atau tidak....haram atau halal....sekiranya haram bagaimana telur tu boleh dimakan?
adakah penyu ini halal sekiranya umat islam makan..? harap ada sesiapa yang boleh bagi jawapan...
thanks.