Saya menerima emel berikut.
‘Saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN, masa I and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN. SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN.
I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL. However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush.
Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.
The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL. Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam I TERTIPU and I rasa I AND AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN. Thanks for reading and please inform others’
***
Saya berkunjung ke kedai sama cawangan Giant Kota Damansara minggu lalu. Benar, brush sama dijual bercampur dengan brush jenis lain.
Jam 6 petang tadi saya menghubungi pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, KPNKK, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menurut beliau KPDNKK tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil tindakan berhubung kes ini.
“Cuma dahulu kita ada persetujuan dengan peniaga, kalau dalam kes ini, dia orang kena tulis besar-besar, barangan itu diperbuat daripada bulu babi”
‘Saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN, masa I and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN. SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN.
I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL. However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush.
Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.
The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL. Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam I TERTIPU and I rasa I AND AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN. Thanks for reading and please inform others’
***
Saya berkunjung ke kedai sama cawangan Giant Kota Damansara minggu lalu. Benar, brush sama dijual bercampur dengan brush jenis lain.
Jam 6 petang tadi saya menghubungi pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, KPNKK, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menurut beliau KPDNKK tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil tindakan berhubung kes ini.
“Cuma dahulu kita ada persetujuan dengan peniaga, kalau dalam kes ini, dia orang kena tulis besar-besar, barangan itu diperbuat daripada bulu babi”
what a shocking answer from the government's agency. "Tidak ada kuasa". Jadi apa kuasa yang ada pada mereka? Merampas DVD, VCD, CD cetak rompak sahaja je? Ke mana perginya hasil rampasan tersbut?
BalasPadamHurm...kalau penguatkuasa pun tak boleh ambil tindakan, apa maknanya kejaraan kita? Negara yang sepatutnya melindungi kepentingan awam terutama sekali sensitiviti orang islam? Saya pun pernah mengalami peristiwa yang lebih kurang macam ni. Ketika masuk ke butik F21, saya terpandang kasut (bellerina) yang lawa, semasa pegang, saya tak perasan lagi, tapi masa nak sarung tu, baru terperasan ada sticker Pig linen. Nasib baik tak terbeli. Barang² non-halal diletak bercampur, dan tagging Pig Linen seumpamanya menggunakan pelekat dan font bersaiz sangat kecil, kalau tak perasan confirm terus beli dan pakai...
BalasPadam...Dalam keadaan berhati2 pun kita sebagai pengguna selalunya terkena juga..apa lagi yg dapat dibuat berserah saja lah pada yg maha esa.selain tu buatlah apa yg patut.Tapi kes sensitif seperti ini seperti tidak ada penghujungnya
BalasPadamlepas satu satu timbul....kita nak menuding jari pada siapa agaknya...dan siapa agaknya yg dapat membela nasib kita sebagai pengguna terutamanya orang melayu beragama islam.?
...Langkah sama lebih berhati-hati...
.....BULU....oh....BULU
terma kasih
Habis tu biar saja lah ya.
BalasPadamKalau bukan KPNKK punya tanggungjawab,siapa punya?
Ha,yang itu kita tak tahu.
kes yang paling sensitif. Nampak simple bagi agama lain tetapi berat kepada penganut lain.
BalasPadamMemang betul diPERMAINKAN.
Jawapan paling sinonim dengan pegawai kerajaan bila ditanya ialah, "kami akan siasat", "kami tidak mempunyai kuasa" dan yang seumpama dengan itu.
BalasPadamMinggu lepas AM pergi ke satu PBT di dalam negeri Selangor, untuk bertanyakan tentang jabatan penguatkuasaan yang nampak macam tak berfungsi.
Jawapan yang mereka beri ialah,
"pegawai penguatkuasa kami cuma ada lima orang sahaja, jadi tak dapat pantau semua kawasan"
Logikkah pegawai penguatkuasa cuma ada lima orang?
Dalam kes berus itu, pegawai yang Bro Mazidul hubungi itu, sepatutnya memberi jawapan yang lebih memuaskan, bukan sekadar cakap tak ada kuasa. Itu namanya memberi jawapan untuk melepaskan batuk ditangga.
Kuasa apa yang mereka hendak? Kuasa 'aultraman taro' agaknya?
www.anak2merdeka.blogspot.com
Ini kes yang sama la dengan seorang wanita kaya yang terbeli skaf berkulit babi jenama Evita Peroni. Outlet Subang Parade juga. Jenama yg besar2 seperti Gucci, Prada dsb jika anda masuk ke butiknya contohnya di KLCC anda akan dapati ia tertulis "pig skin lining". Saya memikirkan sebelum ia diletakkan di situ, bagaimana dengan penghantarannya ke Malaysia. Tidakkah bercampur dengan yg lain. Kemudian sy pandang keliling. 100% pekerja melayu. Bila pembeli bukan islam nak tengok, selamba kodok je diorang pegang dengan tangan, keluarkan dari almari dan tunjuk pada pembeli. Apakah isu ni dipandang enteng oleh sesetengah umat Islam moden zaman skang? Ntahla...
BalasPadamEn Mazidul.. Saya amat bersetuju sekali, sekiranya pihak penjual meletakkan LABEL yang menyatakan bahan2 yg terdapat dlm produk itu tidak halal.Semestinya label itu mudah lihat oleh pelangan2 yang berkunjung ke premis mereka. Tp dalam kes En Mazidul, mereka seolah2 seperti atau mungkin mereka malas/tak prihatin atau pun tak kesah!! "KPDNKK tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil tindakan berhubung kes ini??" saya tersangat hairan..tapi klu nak memantau pasar2 yg tidak meletakkan tanda harga boleh pulak!! (opsss tugak KPDNKK ker tuh??)
BalasPadampkrpasdap.blogspor.com
BalasPadamBabi atau baby?
Baby mana ada bulu, babi pun tak banyak bulu. Orang bukan Melayu yang bukan beragama Islam akan menggunakan produuk ini kerana mereka percaya babi boleh memberi kebaikan....
kan babi ada dalam tahun cina
dulu kes bulu berus lukis tue..
BalasPadamItulah dia bezanya kita yang tinggal dalam negara yang ramai penduduk Muslim dengan negara luar yang majoriti adalah penduduk bukan Muslim.
BalasPadamMacam di US, takde tanda langsung samada guna kulit babi atau tidak pada kasut, tali pinggang, beg, handbag, dsb. Kalau kita tau caranya nak kenal kulit babi atau tidak (3 titik), senanglah, kalau yang tak tau, wallahualam.
Sekurang-kurangnya sikat tadi tu adalah tertulis "100% BOAR", sesetengah barangan takde tulis apa-apa langsung. Contoh, ada satu berus kosmetik Bobbi Brown yang menggunakan bulu babi. Mujurlah salesgirl itu baik dengan saya, maka dia beritau saya bila saya tanyakan berus kosmetik tu.
kalau anda rs masih bermaruah sbg muslim
BalasPadamdo concern when buying things
belek dlu brg yg nk dibeli kot2 tersalah beli yg non-halal
luangkan ms skejap~
salam ..ishyyy bulu babe lagi..jangan kena selsema babi sudah..macam2 bulu org. cina ni buat bulu orang ada buat berus ke..
BalasPadamBila baca komen abe Mie Terjah, AM terfikir gak, babi ada bulu ke? Nampak macam bulu roma je.
BalasPadamKalau babi hutan, mungkin ada, tetapi adakah bulu babi hutan sekeras bulu berus yang boleh menyikat rambut baby?
Atau mungkin bulu babi telah diproses agar menjadi keras dan boleh digunakan sebagai berus rambut.
Orang kata kalau nak tahu kulit babi, ianya ada bintik 3 berdekatan. Mungkin ada yang boleh tahu bagaimana nak tahu (jika tiada lebal) samada bulu itu adalah bulu babi atau bulu tauke babi? :)
Sekadar nak tahu.
www.anak2merdeka.blogspot.com
bagus sila sebarkan email itu he..sekurng2nya beri info..upay sekali terkena..
BalasPadamsekarang saya terasa hikmahnya mak dulu2 membebel kat saya sebab suruh belajar.. supaya pandai membaca dan pandai sikit2 berfikir.. :)
BalasPadamjadi, tidak ler saya meraba2 tercari2 pihak berkuasa demi menyelamatkan saya dari perkara2 begini.. :)
semakin lama, kita semakin hilang maruah yang ada. agak terkejut dan bengang juga lah kalau agensi kerajaan bagi jawapan macam tu! tak ada kuasa? pelik juga kan? so, apa jer keje mereka n sapa plak yang ada kuasa nak halang semua tu?
BalasPadamSalam Sdr. Mazidul,
BalasPadamMaaf, saya nak cakap pasal politik sikit tapi berkait dengan bab-bab ini juga.
Harap "orang-orang politik" di Selangor yang mempunyai kuasa dan berkuasa, tolonglah buat sesuatu.
Kalau macam arak, memang clear kita tahu haram dan memang tahu itu botol arak, tapi kalau berus macam ini, kalau tak belek betul2 macamana?
Orang-orang PAS Selangor tolong tengok sat, aritu cakap berdegar-degar pasal jualan arak, alih-alih MB dia kata buat "kawalan sendiri" saja, kalau macam tu, baik tak payah bagi kuasa.
Orang-orang PAS Selangor, sekarang dah ada kuasa, buatlah. Kuatkuasakan undang-undang atau apa saja tindakan yang korang kata nak tingkatkan syiar Islam, inilah masa dia!
Kawalan sendiri? Huh. senangnya jadi pemimpin!
salam
BalasPadamterlalu ramai yang mengambil kesempatan di atas kelalaian kita. Sya sendiri akui kdg2 kurang berhati2 ktika membeli sebab tu ada kalanya terbeli barang yang dah expired. Kalu expired masih lagi boleh diterima, tapi yang ada kandungan BABI?
sengal pnya jawapan...ada ke kate xpunye kuasa....
BalasPadamhuhhh.....
i prnh gak terbeli kasut kulit b*** ni...dh pakai lama2 sgt baru tau yg tu kulit b*** tu...ish..mmg berleluasa skrg ni....kita yg kena alert...
Malaysia kan negara "islam" dan terdiri drpd pelbagai kaum, agama & bangsa. mana ada diorg terpikir ttg sensitiviti org islam...yg penting hnya tau untung. pihak berkuasa pn x bole nk buat aper... buat malu jer
BalasPadamSalam Bro Mazidul,
BalasPadamBalik-balik, orang Islam juga yang terkena.
SHIN tu nama kedai? Elok pun masukkan di blog, biar orang Islam boikot dan jualannya akan terjejas.
Kita ambil peluang hebahkan di blog.
Kuasa blog sangat besar sebenarnya.
Selalu nya barangan yang di buat dari bahan bahan ini mahal dan berjenama,jadi tak payah lah beli.Nak sikat rambut beli lah sikat yang plastik tu je,harga nya baru berapa..kat pasar malam pun banyak terjual.Selalu nya kita nak yang berjenama dan ada class tapi akhir nya tak boleh pakai sebab tak halal...
BalasPadamPeniaga ambil mudah...kita pengguna jangan ambil mudah.
BalasPadamkalau "mereke" itu mengatakan mereka tiada kuasa, pihak mana pulak yg berkuasa? menda yg sama terjadi di dalam makanan. ada sesetengah pihak kalau x peka dalam sesetengah makanan yg dijual ada yg mengandungi benda yg terlarang, cuma mcm pembaca katakan tdla ramai yg x tau dan ramai yg amik sambil lewa. kalau sikat rambut ini pun org ramai masih lagi belum terperasan, mcm mana la pulak makanan, yg seharian kita ambil. sepatutnya perkerja tmpt beli berus rambut td tu bgtau pada pelanggan islam bahawa menda tu haram tuk mereka, ni tak main lepas tangan mcm tu aje, kerajaan perlu amik tindakan tegas lagi berkaitan dgn isu ini. dan pihak kedai yg menjual pun sepatutnya amik tindakan kalau dah tau menda tu x sesuai utk umat Islam. jgn amik mudah hal ni
BalasPadamsebab tu la kita kena hidop bersederhana....
BalasPadambila semua sederhana kita tak pikir dah nak beli brg branded2...
majoriti brg branded la yg banyak....kerbau pendek ni
Masa saya pergi kekedai itu, perempuan Melayu kerja di situ selamba sahaja tarik tolak berus diperbuat daripada bulu babi.
BalasPadamMacam tidak apa-apa at all.
Nasib baik kepala saya botak, no comb is needed.
Sebenarnya, pengguna mempunyai kuasa paling besar. Mari kita bersama sebarkan maklumat ini supaya umat Islam di negara ini tidak akan terus tertipu.
BalasPadamBoleh?
kena saling mengingati antara satu sama lain....
BalasPadamPerlu ada logo halal kot ?
BalasPadam50% terletak kuasa pengguna 50% atas semangat dan minat Penguasa.
BalasPadamTak tau sepayah mana untuk menggubal undang2 baru PBT??
Mereka ada Pakar LAW,setiap tahun ada cukai yang nak dibayar cukai signboard,pintu ddl cukai.
Di sini letaknya kekuatan tekanan,perbaharui cukai bersama-sama undang2 yang baru. Flexible bergantung aduan dan minat Penguasa.
PBT menurut kerenah para peniaga atau sebaliknya.Siapa yang nak berniaga di dalam kawasan siapa.
mungkin susah nak gubal undang2 baru minyak gamaknya.
bro ," Nasib baik kepala saya botak, no comb is needed."
BalasPadambotak itu kan seksi bak kata artis wanita tu.. isk lupa pula nama dia..
memang banyak jual sekarang.mereka orang cina ingat orang islam tak boleh makan babi je
BalasPadamkerana itulah nabi kata
BalasPadamkena ada peniaga muslim. bila kita tak buat fardu kifayah macam ni lah jadinya
aku?
aku sekarang hanya membeli dari kedai ownernya muslim. bukan rasis. tapi kalau ada saudara seagama yang lakukakn fardu kifayah untuk kita semua WAJIB bagi aku untuk bantu kedai dia. beli pada dia dan insyaallah bisnes dia akan makmur. maka terlepaslah aku dari tanggungjawab farud kifayah ini.
serius tak rasis. hanya membantu saudara muslim.
tapai meleis ni satu hal. kedai bangsa sendiri tak nak masuk. mentaliti?
Cukup sedih memikirkan kecelaruan tentang Halal & Haram (walaupun sudah cukup jelas dinyatakan di dalam Al-Quran)masih lg terjadi di Bumi Malaysia - negara Islam.
BalasPadamRingkasannya :-
(1) Kalau sudah dikuatkuasakan perlu diletakkan tanda ketidak halalan barangan maka pantaulah! Tak ada kuasa, bagilah kuasa! Tak cukup kakitangan-lantiklah! Takkan tak mampu bayar gaji kot? Setiap kali belanjawan berbilion-bilion blh pulak diperuntukkan utk buat itu & ini...?
(2) Ilmuan Islam, Mufti, Pak Menteri yg berkaitan jangan tidur lagi... Ini negara demokrasi-bersuaralah... Ini negara Islam-tegakkanlah syiar Islam. Ya, kita kena ambil kira keperluan kaum lain malah kita tdk pernah MENGHARAMKAN mereka makan babi, guna keperluan berasaskan babi, minum arak & segala macam yang HARAM buat kita-Kita terlalu open minded kerana kita sayang & faham kehendak bangsa lain yg berkongsi hidup di bumi bertuah ini. Tetapi jgn terlepas pandang & memandang enteng akan hal2 sebegini.
(3)Pekerja Islam di kedai tu MENGHALALKAN CARA kerja mereka kerana MATLAMAT berkerja di situ utk mendapat gaji? Inilah akibat agama Islam keturunan-Agama yg tercatat di Sijil Kelahiran sahaja.
(4)Sampai bila ya kes HALAL vs HARAM akan mencapai titik noktah di negara yg kita cintai ini?
Jika di negara sendiri pun kita tak dapat mengawal kemasukan barangan haram ini, bagaimana kita mahu menghadapi dunia global kini. Kemasukan barangan luar seharusnya dikawal oleh kerajaan bagaimana mungkin kita sebagai pengguna mahu memilihnya jika ianya telah berlambakan di pasaran.
BalasPadamPerlu diingat selain dari berus, kulit babi juga sering dijadikan bahan sampingan di kasut-kasut atau beg tangan. Kena perhatikan jika kasut atau beg tangan yang diimport dari luar, sering lapik atau bahan dalamannya disaluti kulit babi.
Belum lagi minyak & lemak babi pun dari binatang tak disembelih.
Kes berus babi ini sejak berzaman tidak pernah selesai, maka itu saya lebih memilih berus yang diperbuat daripada plastik. Biarlah agak kasar tetapi takkan kita nak sapu wajah; perempuan terutamanya sering bersolek menggunakan pelbagai berus lembut, memberus songkok pun mengecat rumah dengan bulu babi. Macam mana nak dapat berkat.
Jika kita perhatikan cantiknya kek dipasaran, terutama kek yang dihias sering kita perhatikan pembuat kek terpaksa menggunakan berus yang lembut & meragukan. Tanpa berus lembut begaimana dapat menghias kek itu menjadi menarik.
Agar KPDNKK sesekali perlu memantau kedai kek ini, apakah mereka menggunakan berus yang diperbuat dari bulu babi di samping memantau bahan ramuan makanan yang meragukan.
"Peniaga ambil mudah...kita pengguna jangan ambil mudah."
Betul tu! BungaCahaya!
sekarang logo HALAL pun boleh beli, inikan lagi benda yg kita selalu guna. mana penguatkuasaan mengenai isu HALAL di negara ini. Apa KDN buat?? Apa majlis AGAMA lakukan?? Siapa yg pantau semua ini. Dan siapa yg menjdi mangsa... Jawapannya sudah tentu= RAKYAT!!
BalasPadam