Rabu, Oktober 14, 2009

Jangan Kelentong Saya

Petang semalam saya menyertai operasi memerika Taman Asuhan Kanak Kanak, Taska, di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor bersama 8 penguatkuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, Selangor.

Menurut pegawai bertugas, Taska terbabit tidak berdaftar dengan JKM dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Operasi premis sama tiada kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Jam 10 malam, saya menerima panggilan daripada individu tidak dikenali mendakwa namanya Jefri.

“Saya dari Taska Mazidul pergi petang tadi,” katanya.

“Ini nombor peribadi saya, dapat mana?,” soal saya.

“Oh! Tahun 2002 dulu Mazidul pernah menjadi pengacara majlis function kita orang,” dakwanya.

“Kalau hendak kelentong, sila kelentong orang lain, bukan saya. Nombor ini tahun 2002 saya tidak guna lagi. Jefri, boleh tidak awak bercakap jujur?,” pinta saya.

Tergagap dia kemudian meminta maaf.

“Ada kawan TV3 bagi saya nombor ini, Anuar nama dia,” jelasnya.

Saya hairan mengapa dia tidak bercakap benar.

“Kalau boleh jangan keluarkan cerita fasal Taska itu boleh?,” pohonnya.

“Pegawai JKM kata Taska itu kotor, suasana sekeliling tidak sesuai dihuni kanak-kanak. Lagipun tidak berdaftar, maksudnya beroperasi secara tidak sah. Kakitangan awak saya jumpa, merungut, dia orang risau,” ujar saya.

“Tapi di Taska itu, kita ajar ilmu agama,” celahnya.

“Macam inilah Jefri, niat tidak menghalalkan cara, ertinya biarpun tujuan itu murni undang-undang dunia ini tetap kena ikut. Tetapi kalau awak bersetuju bahawa niat boleh menghalalkan cara, saya batalkan liputan Taska awak itu,” kata saya.

Dia terdiam dan saya memutuskan talian. Saya kemudian dimaklumkan wartawan bertugas, Taska sama mempunyai 11 cawangan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

18 ulasan:

  1. Adeh si nuar ni. Tapi mungkin Nuar tu berniat baik.

    Anyway, pe citer kata nak mai?

    Dun worry, kat sini pun ada Giant.

    BalasPadam
  2. salam..

    bukan setakat tak de kelulusan,
    pakai orang indon siap takde permit untuk jage budak2 tue.
    hmm..rase-rase salah sape?
    salah penguatkuasa yang tidak rajin turun padang?atau ibu bapa sendiri yang memandang remeh soal keselamatan anak-anak atau mengutamakan soal bayaran penjagaan yang lebih murah?...

    BalasPadam
  3. Ada dua pengajaran yang AM dapat dari cerita ini.

    Yang pertama, seperti yang pernah tulis dalam blog anak2merdeka, sesuatu berbuatan yang baika hendaklah dilakukan dengan cara yang betul. Jika caranya sudah tak betul, jangan harap kita boleh mendapatkan hasil yang baik.

    Keduanya, manusia kadang kala boleh berbohong (ada orang kata bohong sunat - walaupun sebenarnya tidak ada hukum berbohong itu sunat), tetapi kita tidak perlu berbohong jika tidak ada sebabpun mengapa kita perlu berbuat begitu.

    BalasPadam
  4. Sampai kini saya terkilan lantaran bertopengkan agama ada Taska yang sanggup mengutamakan duit berbanding budi bicara.

    Ini berlaku ketika saya ingin mengambil Pembantu Rumah, nak jadikan ceritera terlajaklah tiga hari lantaran faham-fahamlah janji kita Melayu. Janji ejennya 1 hb mahu dihantar Pembantu Rumah itu tetapi pelbagai alasan lewatlah tiga hari.

    Taska ini mengenakan cas jagaan & makanan segala. Seorang anak sehari RM50; ketika itu anak saya dua orang yang terpaksa dihantar di Taska tersebut. Maka RM300 kadar bil yang dikenakan.

    Memang itu secara hitam-putihnya termaktub dalam prosedurnya Taska tersebut. Jika dicongak-congak, 20 hari dengan kadar tersebut emmm! pasti RM1,000 seorang anak!.

    Saya cakap kepada isteri saya bayar sahaja, jangan pinta kurang! jika memang hajat Taska itu begitu, kami yang silap tak ambil cuti, kalau terlajak seminggu lagi parah kan?.

    Isunya bukan duit semata tetapi apakah dengan Taska yang berkongsepkan Islam sanggup mengenakan cas sebegitu sedangkan anak saya sejak baru lahir lagi dibesarkan di Taska tersebut. Duitkah yang lebih penting atau budi bicara.

    BalasPadam
  5. Sudah mempunyai 11 lagi cawangan? Baru dia nak sebut tentang niatnya dan mengenepikan undang-undang. Betapa mereka bernasib baik tidak terjadi suatu kejadian buruk pun sepanjang pengurusan sehingga perniagaan berkembang hingga 11 cawangan...

    BalasPadam
  6. Entahkan mengajar agama pun alasan menipu juga..

    dan 11 cawanagn itu bermakna BESAR kabelnya..

    kawan2 sahabat tiada berani menegur sebab kena belanja makan.

    kalau takmasuk TV ..tiada siapa yang ingin menegur..orang tak tahu..selamat.

    masyukk dan saham

    BalasPadam
  7. salah satu bentuk kawan menyokong bawa rebah..

    logiknya bila nampak benda tak betul, kawan-kawan berdiam diri alasan menjaga hati, temasuk termakan budi, budi belanja makan, jadi bila buka syarikat yang bengkok MALU nak menegur.

    BalasPadam
  8. Salam Mazidul,

    The public perceives kindergartens as learning organizations

    Standards may thus be used as an instrument to help kindergartens analyze and improve their programme and processes.

    Through clarifying what are expected of kindergartens, the level of performance may then be raised.

    The bases for changes that need to be effected are objective and transparent.

    The primary focus of kindergartens is the child.

    To ensure that the experiences kindergartens provide for children contribute to their optimal development, standards must be identified for the evaluation of standards attained by kindergartens, each with impact on the child's developments.


    1. Kindergartens must implement impactful, innovative projects thus enhancing children’s learning.

    2. Kindergartens must enhanced children’s learning experiences through effective use of learning centers and skillful facilitation by teachers.

    3. Kindergarten teachers must demonstrate passion in teaching and learning and displayed commendable personal and teaching qualities.

    BalasPadam
  9. Woho.. mesti taska yang terkenal ni. Boleh bukak sampai 11 cawangan?? Sapa kabel dalam ni? Mesti bukan calang-calang orang.. macam mana ya, dia boleh bukak banyak cawangan macam tu? Dia daftar tak dengan SSM?

    Dah kena serbu baru nak kelam kabut lintang pukang.. selama ni, rezeki yang masuk tu berkat ke tak berkat tu? Tak ikut undang-undang.. ish ish ish... susah sangat ke nak dapat kelulusan bukak taska ni?

    BalasPadam
  10. aduh...nuar oh nuar...sekali terkantoi pulak...susah ke nak bercakap benar dan jujur??

    Niat nak mengajar ilmu agama tu baik sebenarnya, tapi kena la patuhi undang-undang yang ada kalau taknak muka terpampang di tv nanti.

    BalasPadam
  11. Hahhahah.. tak pasal2 je kantoi. Kantoi awal2 plak tu. Aduhaiiii.. napelah ramai kaki kelentong kat dunia ni.

    BalasPadam
  12. salam...

    saye sedih mengenangkn ank kita yg kecil2 lg trpaksa ditinggalkan. tp nk buat mcmane..kita ibu yang bkerja.saye tkt hantar anak ke tmpat2 bgini..tp rmai ibu bapa yg mcm saye...trpaksa..nk amik maid..lain kisah pulak...

    saye ada memasang niat suatu hari nanti saye nk buka nursery yg btul2 lengkap dan trjamin..anggap anak2 yg dihntar mcm anak saye...

    semua ini brkait dgn niat, pelaksanaan dan berkat...pihak yang terbabit kena lebih pguatkuasaan agar dpt mengekang hal ini...

    bayangkn..bayi dan anak2 kecil yg tidak tahu ape2 itu amat memerlukan pnjagaan yg rapi...

    BalasPadam
  13. Salam Bro,
    sian beno ngan bbudak tu..
    harapan parents agar anak mereka dapat dijaga, dididik serta diasuh dengan sebaik2nya, tapi kalo dah perkara macamni pulak yang timbul, maka parents nye pulak yang jadi resah dan bimbang...memikirkan implikasinya. 'agama' dijadikan sebagai alasan untuk menutup segala kedaifan... niat tu dah murni dah, cuma cara tu tak mengikut lunas2 dan peraturan yang telah di tetapkan. kan kebersihan tu juga adalah salah satu aspek yang memang dituntut oleh mana2 agama pun.
    kita sume pun ikut susah.."(dlm hati)"

    BalasPadam
  14. Sarah, kalau buka Taska suatu hari nanti, make sure berdaftar dengan JKM, hantar pengasuh berkursus, premis bersih dan selesa. Terima kasih.

    Azrul, bukan Anuar. Itu nama orang didakwa memberikan nombor telefon kepada Jefri. So, nama pemanggil, Jefri.

    Audra, entah terkenal atau tidak. Tetapi ada 11 cawangan.

    Norhizad, I couldn't agree more.

    BalasPadam
  15. Saudara Mazidul,

    Etika perniagaan memerlukan kita menjalankan suatu perniagaan secara jujur dan saksama. Kita berhak untuk satu margin keuntungan untuk usaha-usaha kita, kemahiran-kemahiran kita dalam mengambil risiko-risiko perniagaan.

    Kita tidak sepatutnya menipu customer dan menjejaskan anak-anak.

    Walaupun kita mempunyai peraturan untuk memastikan semua pihak peniaga berada dilandasan betul tapi oleh kerana kita kekurangan pegawai penguatkuasa, kita perlu jujur dalam memupuk etika perniagaan dan tidak tamak haloba.

    Apa yang kita lakukan hari ini menjadi pemerhatian dan contoh anak-anak.

    Kit tidak mahu menjadikan mereka mangsa tamak haloba kita.

    Kita mahu mereka mencontohi sikap kita dihari ini yang perihatin terhadap ugama, bangsa dan negara lebih daripada diri sendiri.

    BalasPadam
  16. Salam,

    Tn Mazidul; terima kasih atas pendedahan.

    Sarah; pastikan anda benar-benar bersedia fizikal, mental & emosi terutamanya sebelum membuka perniagaan seumpama ini.

    BalasPadam
  17. Salam Sdr. Mazidul,

    Ini masalah orang Melayu dan "mengaku Islam", malah mengaku "mengajar agama".

    Kalau dari awal cakapnya pun sudah kelentong, boleh percaya ker orang macam ini hendak mengajar anak-anak kita di taskanya?

    Ya, matlamat tidak menghalalkan cara. Ini masalah orang Melayu bila berniaga. Tidak mahu buat betul-betul dalam erti kata "ada rasa bertuhan dalam diri".

    Tak tahulah, setahu saya agama tidak membenarkan bohong untuk mengajar agama!

    NIZAM MAT SAARI

    BalasPadam
  18. salam,
    macamana dah ada 11 cawangan tak berdaftar lagi.harap check taska yg lain sekali

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.