Selasa, Oktober 20, 2009

Polong Sri Aman

“Hujan, bawa slow sikit,” saya memperingatkan jurukamera Wan Amran Wan Ibrahim ketika itu memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam.

Tiba-tiba pada jam 12.35 tengahari kereta hilang kawalan, menggelongsor kekanan. Wan pantas memusing stering kekiri berulangkali. Stabil buat seketika, kereta kami naiki kemudian terheret kekiri lalu melanggar penghadang jalan. Jika dibrek, saya jangka kereta mungkin terbalik. Bagaimanapun, semua krew termasuk penerbit, Mohd Raziff Zulkafli dan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK, Sofea Anne, tidak mengalami kecederaan. Laporan polis dibuat di Balai Polis Debak.

Kurang 2 kilometer dari kawasan itu, dua lagi kemalangan berlaku. Kereta kacil dipandu wanita terbabas pada jam 11 pagi melanggar penghadang jalan sehingga bengkok teruk. Manakala kenderaan lain melanggar kereta diparkir di tepi jalan. Semua mangsa dilaporkan selamat.

Operasi Bersepadu membanteras penghisap gam bersama AADK di Daerah Kecil Kabong bermula pada jam 1 tengahari, tamat jam 12.30 malam. Kami kemudian menghadiri majlis makan malam di rumah panjang di Saratok sebelum memandu pulang ke Kuching pada jam 1.30 pagi.

“Kalau sampai kawasan bukit di Sri Aman, elok-elok. Selalu orang jumpa hantu polong. Dia terbang rapat dekat cermin sebelah pemandu,” bisik penduduk rumah panjang terbabit.

Menakutkan tetapi kami terpaksa meneruskan perjalanan, penerbangan ke Kuala Lumpur dijadualkan pada jam 1.55 tengahari tadi. Kami tiba di Hotel Dormani pada jam 6.30 pagi dan sempat tidur selama 3 jam.

Banyak cabaran dilalui bagi menghasilkan laporan kali ini namun itu tanggungjawab kami. Kini semua krew 360 sedang menyiapkan laporan ‘Gam gila’ bakal disiarkan pada jam 9 malam esok.

16 ulasan:

  1. Alhamdullilah semuanya selamat.. :)

    harap2 tak miss 360 esok!! :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah, semuanya selamat. Berkat perjuangan untuk nusa bangsa dan agama. Peringatan jg kpd semua: semasa ujan jln raya licin!!! mudah b'laku kemalangan.

    BalasPadam
  3. fushh cabaran betul
    return to 360
    cerita panas, suspen
    nak siar dalam masa tak sampai 24jam.

    tahniah..
    esok boleh tonton kesudahannya.

    BalasPadam
  4. bukan senang nak drive di sarawak.. jln satu hala sajer..

    tapi welcome to bumi kenyalang...

    Nak tau, sri aman tu kampung halaman Sulu Sarawak (kawan baik kita)

    BalasPadam
  5. menarik juga kalau Bro masukkan terus kisah polong di Sri aman tu..

    BalasPadam
  6. Subhanallah.. sungguh perjuangan yang sangat berat. Alhamdulilah, ketika semuanya selamat... Insya Allah, esok tengok

    BalasPadam
  7. Salam Sdr. Mazidul,

    Kisah polong? Tak payahlah, dah banyak sangat dah.... Buat cerita lain yang "real" yang lebih sensasi. Cerita mahkluk manusia. Buat apa nak cerita pasal makhluk Tuhan yang lain itu. Biarlah dia dengan kehidupan dia...

    BalasPadam
  8. Ni cerita lama dah ni Polong Sri Aman.. Dulunya abiey bertugas di SMK Kabong. Masa balik dari kuching dulu pun terserempak juga... seram tak payah cerita...

    Berbalik dengan penghisap gam di kabong.. Dr dulu lagi berleluasa di kalangan pelajar sana.. kalau arak tuh biasa sangat... Ingatkan dah reda dengan masalah tu... rupanya makin bertambah parah..

    BalasPadam
  9. NIZAM MAT SAARI, saya membawa entry terbaharu saudara berhubung kisah penganugerahan Sasterawan Negara.

    Namun saya kemudian berasa amat hairan berhubung tahap pemahaman saudara.

    Jangkaan saya, mungkin saudara tidak membaca kandungan entry ini secara teliti ATAU saudara gagal memahami subjek utama tulisan saya?

    Kata saudara,'Buat apa nak cerita pasal makhluk Tuhan yang lain itu'

    Adakah perbuatan memetik kenyataan orang lain berhubung polong bermaksud saya kata akan menghasilkan kisah polong?

    Tolonglah.

    Saya ke Sarawak untuk menghasilkan paparan 'Gam Gila', itu sahaja dan tiada kisah lain selain daripada itu.

    BalasPadam
  10. Owhh can't wait to watch it tonight =)) Memang isu "gam" ini yang saya selalu tunggu all of this while. Btw, nasib baik crew semua takde apa-apa *pheeww*

    Cik Nizam dah out of topic ke?? *scratch head*

    BalasPadam
  11. salam...syukur Alhamdulillah, semua selamat. En mazidul...jangan ler hot...mungkin dia cuma baca tajuk jer, tapi tak baca isi...hahaha...tajuk polong, tapi isi tentang trajedi, cite polong tu cuma sebaris je...mungkin en mazidul kena guna tajuk lain,(ataupun kaedah lain)....

    BalasPadam
  12. Rosnanie, bukan 'hot' cuma berasa hairan dengan cara melontarkan pandangan.

    Pandangan itu menggambarkan orangnya. Itu sahaja.

    BalasPadam
  13. Kadang kala orang memang suka baca topik yang pendek dari membaca isi kandungan cerita.

    Yang jadi masalah, kadang kala dengan pemahaman dia yang hanya membaca tajuk, dia bersembang dikedai kopi, mengalahkan dia tahu segala-galanya.

    Biarlah...

    Berkenaan dengan 'penganggu lebuh raya' (selain angin lintang) AM pernah juga dengar di Bukit Putus (kalau tak silap)satu ketika dulu, sesiapa yang pandu waktu malam, akan terserempak dengan kereta buruk yang sering 'cucuk angin' kemudian memotong dan mengajak pemandu untuk mengejarnya.

    Akhirnya kereta berkenaan akan menuju ke gaung dan pemandu yang mengekori dari belakang tidak akan sempat menekan brek dan turut terbabas ke dalam gaung.

    Ada sesiapa yang mengetahui cerita tersebut? Berkongsilah dengan kami.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  14. ... saya pernah menulis bab jalan licin di negara kita, saya juga pernah terlibat dalam kajian ini...

    maka itu kena ingat ketika memandu di dalam cuaca hujan berhati-hatilah, jangan memandu laju!!!. Ketika cuaca hujan jalan raya kita bagaikan cermin. Bayangkan memandu atas cermin nan licin!...

    Alhamdulillah sahabat-sahabat kita ini selamat!.

    BalasPadam
  15. jalan ke sri aman dah cantik,lagi selalu kemalangan maut sb ramai yang memandu laju.Rindu dengan jalan yang tidak rata dulu kerana jarang kemalangan berlaku disebabkan pemandu mengawal baik kenderaan takut melambung jika laju.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.