Selasa, Oktober 13, 2009

Hati Iblis

Akhbar Kosmo hari ini melaporkan di Ipoh, Perak, lebih 2,000 pelabur syarikat skim cepat kaya haram berputih mata, kerugian lebih RM26 juta akibat pengusaha syarikat melarikan diri. Bagi saya, dia bijak. Jika tidak masakan seorang manusia mampu menperdaya ribuan mangsa.

Mangsa sebelum ini dimomokkan kononnya mereka melabur dalam projek penanaman rumpai laut di Sabah, menjanjikan pulangan 7 sen bagi setiap 1 sen pelaburan. Peliknya dalam kes ini, pelabur mendakwa ditipu terdiri daripada golongan profesional, peguam, doktor dan ahli perniagaan, bukan golongan berpendidikan rendah.

Itu bukan kes penipuan pertama. Banyak kes lebih kurang sama pernah berlaku di pelbagai lokasi di negara kita, berulangkali. Contohnya, skim cepat kaya paling terkenal di Malaysia diusahakan Osman Hamzah, Pak Man Telo, memperdaya lebih 50,000 pelabur, membabitkan dana RM99 juta, jika tidak silap saya bermula di Taiping, Perak.

Saya secara peribadi sudah jelak mendengar dan membuat liputan berhubung kes seperti ini. Muak dengan manusia tidak pernah belajar dari kesilapan orang lain.

Kepada pembaca blog ini, peringatan saya mudah. Usah mudah tertipu dengan janji manis. Kekadang mereka mendekati kita kelihatan baik, beradap dan menyakinkan. Hakikatnya, perlakuan mereka mengatasi kejahatan iblis.

31 ulasan:

  1. berhala umatku di akhir zaman adalah bukan patung dan berhala tetapi dinar dan dirham.....Muhammad saw

    BalasPadam
  2. Adalah terlalu kasar jika kita hendak kata, orang Melayu bodoh.

    Sebenarnya orang Melayu terlalu cepat terperdaya.

    Dalam banyak kes yang berbentuk 'penipuan', yang menjadi mangsanya biasanya ialah orang Melayu.

    Dari kes ajaran sesat, guris dan menang sehinggalah pelaburan skim cepat kaya. Itu tak termasuk kena tipu dengan bomoh palsu, tok guru palsu dan segala macam palsu.

    Opss.. semasa AM sedang menaip komen ini, ada berita di TV3, mengatakan satu lagi kes penipuan berlaku di Perak melibatkan puluhan juta ringgit. Nampaknya mangsanya kali ini ialah orang India. Tak kisahlah tetapi kenyataannya, kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan ialah orang Melayu.

    Sampai bila kita akan terus menjadi mangsa penipuan? Bila kita hendak mula belajar dari pengalaman rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa?

    Kes skim cepat kaya ini AM dah dengar sejak dibangku sekolah lagi dengan kisah Pak Man Telo...tapi orang melayu tidak pernah serik.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Semua orang ingin cepat kaya.. tetapi memilih jalan yang tidak kena gaya!

    BalasPadam
  4. Itulah hakikat sebenarnya corak pemikiran segelintir manusia sekarang..
    nak kaya ikut jalan pintas, tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi..fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ... terimakasih berpesan-pesan

    Memang sbg pembaca pun, saya muak juga, dan kdg2 keliru sapa yang lebih bodoh.. :D

    tapi bagaimana pula dgn janji2 manis yang banyak masuk ke email... dgn seribu jenis perniagaan yang ada kala tanpa modal pun, hanya seminit baca, subscribe or forward leh dapat duit... Leh percaya ker tuh?

    BalasPadam
  6. Berbekalkan tawaran-tawaran yang menarik, disokong dokumen-dokumen palsu dan dibuktikan dengan cerita-cerita kejayaan telah dikecapi yang direka-reka.
    Yang tamak akan terperdaya..

    BalasPadam
  7. sejak dari labu peram..tp tak serik jugak :(

    dlm donia ni mane ada short cut utk kaya melainkan mewarisi harta turun temurun dari ibubapa atau atok nenek yg mmg dah kaya raya.betul tak en mazidul??

    opppsss beli toto bole kaya ekk..hehe :p

    BalasPadam
  8. Salam kat semua
    Kesian pada mereka yang terpedaya..kadang-kadang, sifat tidak mencurigai orang lain memakan diri sendiri..
    p/s: sapa la manusia yang buat malu orang kampung nie..iskk..nie yang takmo ngaku orang Ipoh nie..kang kena cop kaki kelentong lak..huhuhuh

    BalasPadam
  9. Senang
    name pon MANUSIA
    no matter siapa yg kena tipu

    we have Needs n Wants
    needs da cukup
    wants mane pernah cukup

    Manusia = xpernah cukup
    settle.

    BalasPadam
  10. terlampau taksub nak cepat kaya.. inilah jadi nya..

    pesanan tok guru saya : pikir secara logik sudah la.. mana ada duit beli duit??

    BalasPadam
  11. Pada saya mereka yang tertipu ni terlalu obses untuk hidup senang atau dengan kata lain, teringin bebenor nak jadi kaya. Bila dengar je jalan untuk dapatkan duit dengan mudah, terus tertipu.

    Hakikatnya... kalau nak kata desakan hidup, kewangan meruncing, kos sara hidup yang tinggi pada zaman ini yang membuatkan mereka jadi kurang berfikir, erm... boleh jadi jugak, (iya ke?).

    Walaupun mereka mempunyai wang untuk dilaburkan, berjawatan profesional sebagainya... tapi bak kata pepatah, besar periuk, besar lagi keraknya.

    BalasPadam
  12. Naik muak bila dengar kes-kes macam ni...bila dah rugi mula la tuding jari antara satu sama lain...

    BalasPadam
  13. salam
    saya pon penah kene tipu tapi dengan syarikat forex
    sekarang berputih mata je lah
    coz duit pon dah hangus

    BalasPadam
  14. yang peleknya terkena orang terpelajar..ada kerja tetap..
    kalau orang kampung logik juga.

    BalasPadam
  15. Dalam dunia ni tiada cara yang senang untuk mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Masuk seringgit untung sepuluh ringgit. ada ke pelaburan macam tu? fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  16. Ramai yang sudah terkena, tetaoi masih ramai yang mencuba lagi. Pada saya mudah sahaja, nak banyak duit, usaha dengan titik peluh sendiri. Jangan melabur dengan benda yang halimunan ni.

    BalasPadam
  17. tapi kesian la dengan orang yang kene tipu.duit susah nak cari tapi sudah hilang sekelip mata.

    BalasPadam
  18. ishhh...3!! tak serik2 le depa ni, nafsu dah menguasai aqal gaknye, dah naik sakit telinga dengar ceta bab2 'TIPU' ni, tak habis2. bijak sungguh penyamun2 ni memperdayakan manusia. bukan sikit2 tu Bro, dari golongan intelektual plak... penyamun2@ penipu2 ni guna pukau kot??
    ..org2 yg tamak, selalunye rugi.
    ...sepandai2 si 'tipuey' melompat, akhirnye kemahkamah jugak.
    >SENTIASALAH BERINGAT- Elakan dan jangan jadikan diri kita mangsa seterusnye............

    BalasPadam
  19. Biasa la kalo golongan berpelajaran nih yg selalu tertipu. Mereka ada wang, tapi mereka belum berpuas hati hidup senang. hendak mewah, maka jalan singkat di ambil.. Kalo dalam perniagaan pepatah ini diambil, "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam".. Maka risiko diambil kira. tetapi mereka nih pula ambil pepatah nih,"alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan". Alang2 dah labur,baik hangus sungguh2.

    Kekadang syarikat yg mengurus pelaburan tuh pon bijak, 2-3 bulan pertama disogok dengan pulangan yang sedikit.. yg si pelabur makin galak, habis la simpanan dilaburnya. kesudahannya, hangus.

    yang golongan rendah takleh nak buat apa. ada jugak mungkin yg berminat, namun wang nak dilabur pon takda.. ada yg berani, ALONG menjadi sandaran. ini lagi teruk akibatnya ...

    Hai nasib... Belajar tinggi2 bukti otak bergeliga, tapi akalnya masih sejengkal ..

    Cheers

    BalasPadam
  20. ore melayu ni jenis nok cepak kayo blako. Nabi oyat doh kem, akhir zaman ore pakak semboh pitih blako

    BalasPadam
  21. Bro Maz

    he he

    saya pernah terkena USD1000

    akibat percaya dengan agen FOREX

    Bila buat report, dapat senyuman sinis

    dari pihak Polis

    mungkin dalam hati mereka berkata

    "Masa nak kaya korang diam diam je ye..., bila dah kena tipu baru sibuk nak buat report, terimalah nasib anda"

    Padan muka aku...he he he

    BalasPadam
  22. Bro Maz

    Cuba kalau ada yang offer:

    "Sekarang ni ada skim buah manggis, sapa sapa nak masuk bayar duit pelaburan kat aku. sorang Rm100.00.

    Dapat Buah manggis 20 kilo, kalau ada buah yang busuk boleh tukar, sebahagian duit akan digunakan untuk pelaburan tanam pokok manggis.

    Tunggu 7 tahun dapat balik RM100.00 dan pulangan modal 15%, ada surat perjanjian, surat dari pihak bank, surat dari pihak AKPK, surat lawyer, surat itu ini, surat dari pihak berkuasa tempatan, surat pejabat tanah, surat pejabat pertanian, semua encik kena tanda tangan"

    Ada tak yang berlumba lumba nak join?

    Aku nak jadi dia punya CEO he he he he

    BalasPadam
  23. Itulah kalau nak kaya cepat.. orang kata "easy come easy go" .. perlu diingat, sumber rezeki perlu sahih dan halal, baru berkat apa yang masuk dan menjadi darah daging kita..

    Jangan bertuhankan duit!

    BalasPadam
  24. Salam Mazidul,

    If you see opportunities like this, they may use unethical methods of making money...or worse yet, be completely illegal.

    In many of these schemes, only a few people make money and everyone else loses their entire investment. Getting involved in these schemes is never a long-term plan for financial success.

    BalasPadam
  25. salam Bro,
    nak tau gak ni, tang berita pekerja 'TKI' kat Genting da buat demo menentang tindakan geng bendera ni, bole lanjutkan ceta tu tak.. just 4 shared.. tq.

    BalasPadam
  26. assalammualaikum

    saya pun jelak mendengarnya...
    semuanya nak kaya cepat...dan perasan yang diri lebih bijak serta tidak terjerat

    BalasPadam
  27. slmt mlm mazidul & semua.

    pendapat saya diblog ini,

    http://kangnasir.blogspot.com/2009/08/pendirian-ku-tentang-wang-segera.html

    BalasPadam
  28. salam sdr MAS,

    saya pernah mengalami...
    ditipu orang sebangsa..
    yang kononnya nak menolong bangsa sendiri,
    aduhhh... melayang duitku RM4K....

    report polispun tak guna..
    namun... tidakku halalkan dunia akhirat..

    BalasPadam
  29. Sekim cepat kaya, gores & menang sememangnya semua muak mendengar penipuan ini terus berlaku. Bagaimana pula Jualan Langsung atau (MLM) yang menjanjikan pulangan mewah pun kenderaan mewah.

    Sejak kebelakangan ini banyak amat syarikat MLM ini menggunakan mangsanya orang sakit kronik untuk menjual produk mereka yang tidak dinafikan ada yang mujarab tetapi harganya saya rasa mendera si Pesakit tersebut.

    Samalah kes Penapis Air, melalui MLM ini ada yang sanggup berhutang dengan bank puluhan ribu RM kononnya akan mendapat Untung Besar jika membeli dari mereka dengan kuantiti yang banyak.

    Siapa dapat mengekang ketamakan manusia; siapa pula yang meluluskan lesen syarikat MLM ini.

    Selalunya yang menjadi mangsa adalah saudara mara sendiri, kawan sendiri atau orang yang dikenali. Kita naik lemas mahu melayan kekawan yang gila nak kaya dengan cara MLM ini.

    BalasPadam
  30. tag ini wajar diingati dan direnung selalu..samada alam pekerjaan atau perjumpaan sesama INsan..

    ''''Kekadang mereka mendekati kita kelihatan baik, beradap dan menyakinkan. Hakikatnya, perlakuan mereka mengatasi kejahatan iblis'''

    BalasPadam
  31. Nikmat dan Kejayaan yg dimiliki oleh seseorang individu ialah hasil jutaan langkah yg telah diusahakannya. Jadi sedarlah, tiada yang senang melainkan yg mudah. Berusahalah....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.