Khamis, Oktober 08, 2009

'Gaji' Saya 73 Sen Sehari

Lebih 14 tahun bersama TV3 saya menulis skrip program televisyen antaranya, Malaysia Hari Ini, Remaja, Majalah 3, Berita, Analisis, Bincang Petang, 999 dan 360. Tidak pernah terlintas di hati untuk terbabit dalam penulisan blog.

30 November 2008, dua anak pasangan Roslan Mohd Jalil dan Azizah Madon, Noratirah, 16 dan Nurul Intan Shareena, 9 tahun tidur di bilik utama banglo, maut tertimbus akibat tanah runtuh. Kurang 5 bulan sebelum tragedi, pada 11 Mei 2008, saya membuat liputan projek perumahan banglo terbengkalai di Ulu Yam Perdana itu. Roslan dan isteri ketika ditemubual meluahkan kebimbangan mereka berhubung ancaman tanah runtuh tanpa menyangka mimpi ngeri bakal mengejutkan mereka sekeluarga.

Dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya, Selangor, saya dan jurukamera singgah di Empangan Batu, Sungai tua. Empat hari kemudian saya mendaftarkan blog dan menulis entry pertama, ‘Hantu Pancing’, klik di sini. Adakah orang sudi membaca? Apakah respon mereka? Mampukah saya menulis setiap hari? Itu antara persoalan tercetus di fikiran.

Bagaimanapun, Alhamdulillah, blog ‘Perkongsian Hitam Putih Kehidupan' ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. Sehingga kehari ini lebih 700 entry terhasil.

16 bulan dari tarikh entry pertama ditulis, 13 Mei 2008, siang tadi saya menerima cek dari syarikat pengiklanan Nuffnang berjumlah RM330.70. Jika dikira secara kasar, ‘gaji’ saya hanya 73 sen sehari. Jelas, wang bukan pendorong saya terus menulis di sini.

Justeru terima kasih kepada semua dan ketahuilah anda sebenarnya pemangkin utama kewujudan blog ini.

19 ulasan:

  1. Alhamdulillah...tu rezeki namanya...harap bro Maz teruskan usaha memberikan entri-entri yang menarik dalam blog ini... :)

    BalasPadam
  2. Bro Mazidul, ini tak ada kena mengena dengan gaji, tetapi ada kena mengena dengan bayaran.

    Minggu lepas AM melawat satu keluarga di Meru, yang kisah anaknya yang mengidap penyakit down syndrom, disiarkan di RTM sedikit masa dahulu.

    Remaja berkenaan hilang dari rumah yang katanya ingin berjumpa dengan Mawi iaitu artis yang sangat dia minati. Akhirnya selang beberapa hari, remaja berkenaan dijumpai di Kulai, berhampiran rumah Mawi.

    Mungkin ramai yang masih ingat berita tersebut.

    Sebenarnya apa yang ingin AM tanyakan disini ialah, betulkah dakwaan abang kepada remaja berkenaan yang bercerita kepada AM, bahawa TV3 mengenakan bayaran sebanyak RM1500, untuk menyiarkan berita kehilangan remaja malang itu?.

    Mohon penjelasan.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  3. AM, majoriti daripada kita gemar mendengar orang berkata 'aku dengar ...', lalu mudah percaya. Bagi saya tidak pernah mendengar kes itu, lalu untung, sebab tidak perlu percaya.

    :)

    Berikut jawaban saya. Sepengetahuan saya, TV3 TIDAK pernah mengenakan bayaran kepada mana-mana pihak berhubung kes dan bantuan seperti itu. Zalim, jika berlaku.

    Jika abang mangsa mendakwa 'TV3' mengenakan bayaran untuk membuat pengumuman berhubung kes kehilangan adiknya, saya ada soalan untuk difikirkan bersama.

    'TV3' itu siapa? Be spesific. Maksudnya, jika kakitangannya mengenakan bayaran RM1500 seperti didakwa, siapa kakitangan itu?

    Jika ada nama dan identiti kakitangan terbabit, sila maklumkan kepada saya. Saya secara peribadi akan menyelesaikan isu ini.

    Jika sekadar bercakap secara am sekaligus menggunakan nama 'TV3' tanpa identiti individu didakwa terbabit, please do not waste my time.

    Saya sudah muak mendengar dakwaan sebegitu. Apabila ditanya siapa terbabit, jawabannya, nganga.

    I thank you.

    BalasPadam
  4. Maaf Bro, AM bukan menuduh. Cuma ingin penjelasan. AM pun tidak terus percaya dengan cerita dia. AM bukan jenis orang yang mudah percaya atau jenis orang yang biasa cakap, "aku dengar orang cakap".

    Mungkin yang dia maksudkan dengan TV3 itu ialah 'individu' (bukannya syarikat) yang ingin mengambil kesempatan yang boleh introduce dia dengan pemberita TV3. Tak tahu la.

    Kalau abang remaja itu tipu AM, bermaksud AM pun tipu. Tetapi dia bercerita di dalam rumahnya, dihadapan ibunya yang sedang sakit, AM dengar dengan telinga sendri, tanpa ada pengantara.

    Jika ada tanggapan negatif terhadap TV3 dan wartawan, sekurang-kurangnya dengan penjelasan Bro itu, boleh membetulkan persepsi buruk masyarakat terhadap wartawan yang dikatakan mengenakan bayaran setiap kali diminta untuk 'cover' sesuatu berita, terutama yang hendak dimuatkan di muka hadapan.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah
    ok la tuh bro daripada tak dapat apa apa kan rezeki jangan ditolak teruskan usaha memberi info kepada kami semua

    BalasPadam
  6. Daydeck, bila nak suruh saya belanja minum, bagi tahulah :) Banyak gelas boleh beli, sampai kembung perut minum.

    BalasPadam
  7. apa kata dengan duit tuh bro buat ler makan makan panggil ramai ramai lepak kat kedai mamak ker pastu kongsi pendapat kan lagik bagus

    BalasPadam
  8. wah.. dapat 'duit' raya dari Nuffnag.. buleh laa buat kenduri kesyukuran.. :D

    itu suma rezeki yang tak di sangka2.. sentiasa laa kita amalkan membaca ayat seribu dinar setiap kali lepas sujud padaNYA..

    BalasPadam
  9. Teruskan usaha dgn entri yang menarik..hari-hari ooo selak blog bro mazidul..walaupun takdak entri baru..

    BalasPadam
  10. congrats! masyuk ooo...hehe :)

    BalasPadam
  11. Isi dan cara penulisan yang menarik menjadi sebab untuk saya terus membaca setiap hasil penulisan di blog ini. Teruskan menulis dan saya akan terus membaca. Insyaallah...

    BalasPadam
  12. Tahniah kepada Encik Mazidul kerana mendapat penghargaan tersebut. Encik memang pandai menulis dan sesiapa yang melihat blog ini pasti akan suka dan akan membacanya lagi. Apa yang Encik tulis bukan untuk cerita suka suka tetapi memberi kesedaran dan pembaca untuk berfikir dan menambah pengalaman dan rakan rakan. saya baharu mendapat tahu dari rakan pejabat bahawa bllog yang baik akan mendapat bayaran. Tahniah Encik dan teruskan lagi

    BalasPadam
  13. wow...bestnyer dapat ang pow.. tahniah...
    sue pun lupa camane sue leh jumper ngan blog encik mazidul ni...
    apepun blog encik mazidul BEST! teruskan berblogging yer..

    BalasPadam
  14. Sdr Mazidul

    Kira rezekilah tu, memang saya salah seorang peminat Sdr, paling tidak seminggu pasti sekali saya akan klik ke blog Sdr.

    Isteri saya sebenarnya curiga bilamana saya leka dengan blog, terkadang memang tersindir dia!. Maka itu saya bataskan menulis ini.

    Saya menulis sejak tahun 1977 lagi, puisi saya di media massa, radio sering tidak mendapat sebarang honorarium, tapi saya terus menghantarnya.

    Jauh di sudut hati, memanglah kita kepingin juga karya kita dihargai; tapi kalau tiada rezeki takkan dapat sesen pun.

    Tahun 80an saya masih ingat sebuah puisi sekadar dapat sekitar RM30. Itu pun saya rasa sudah amat bahagia!. Sejak kebelakang ini ada juga puisi saya tersiar, tapi tidak pernah mendapat sebarang honorarium; tak tahu berapa kadarnya berbanding dua puluh tahun lalu.

    Di blogspot ini saya hanya mendapat sekadar 25 pengikut. Ini pun banyak atas bantuan Sdr. Terima Kasih.

    Maknanya amat jauh lagi saya mahu dapat sehebat RM330.70 itu.

    Namun minat menulis ini memang payah dipisahkan dari aktiviti harian saya.

    Tahniah teruslah menulis.

    BalasPadam
  15. Salam Bro Madz,
    HAha... tahniah! dpt angpow rye eea..
    dah sepatutnye Bro dpt lebih dari tu, hasil perkongsian info semasa dan nukilan ceta sensasi Bro buat bloggers2 sume.. sya hari2 one stop kat rmh Bro ni. kip up urs good jub..
    * pagi tadi sempat tengok Bro dalam "Da vinci".. kalo bole story gak 25 secret of 'potret monalisa' tu kat kita ni. (next n3). kita d Swk tak dpt joint exhibition tu. TQ

    BalasPadam
  16. wahhh..en mazidul dah dapat cek ekk.16 bulan dah dpt 300++.caiyok ler !

    bole belanja combi nnt :)

    BalasPadam
  17. Kadang-kadang kita berbuat sesuatu bukan hanya memandang wang dan saguhati semata-mata.

    BalasPadam
  18. Dengan adanya blog dari Bro ni, kita boleh berkongsi sama-sama kisah 'hitam putih kehidupan'.. Keep on writing Bro..

    BalasPadam
  19. cehhh! Mazidul dpt cek...kita dapat mnempel pun dh kira glamorous la...ehehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.