Selasa, Mei 13, 2008

Hantu Pancing

11 Mei 2008, sambutan Hari Ibu tetapi saya mengambil keputusan membuat liputan kes rumah terbengkalai di Ulu Yam Perdana, Batang Kali, selangor.



Dalam perjalanan pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang saya singgah di Empangan Batu di Sungai Tua. Kagum saya melihat keindahan dan ketenangan tasik buatan manusia itu, seluas saujana mata memandang. Air biru tenang, sesekali ditiup bayu senja mencipta riak besar di permukaan air.

“Dulu kawasan tasik ni Kampung Sungai Tua, penuh dengan rumah orang dan pokok getah sebelum penduduk dipindahkan ke kampung baru,” ujar Zainal Bahrin Ali.

Zainal, 40 berstatus bujang dan mula memancing di tasik itu lebih setahun lalu.

“Joran dengan mesin tu berapa harganya?,” tanya saya.

“Lebih kurang 300 ringgit la satu set,” balas pemancing berasal dari Ulu Klang, 20 kilometer jaraknya dari tasik itu.

Saya tidak pernah minat memancing bagaimanapun gemar melihat orang memancing. Sewaktu berusia 5 tahun saya pernah tinggal di kawasan lombong di Rawang, Selangor. Abah mengajar saya menjala ikan, bukan memancing.

“Tak frust ke kalau tak dapat ikan?,” soalan favourite saya setiap kali bertemu pemancing di mana saja.

“Itu dah jadi lumrah,” kata Zainal.

Berhampiran Zainal kelihatan pemancing saya jangka lebih muda usianya.

“Nama saya Ezwan Mohd Edris, 23 tahun kerja kat farmasi di Rawang bang,” katanya memperkenalkan diri kepada saya.

Menurutnya, setiap hujung minggu dia datang ke tasik itu untuk memancing dan menghabiskan
masa purata 7 jam memenuhi minatnya sejak setahun lalu.

“Duduk mana?,” soal saya kepada Ezwan.

“Rumah saya di Batu 30, Ulu Yam Lama, 15 kilometer dari sini,” balasnya dengan wajah ceria.

“Ikan apa biasa ada kat sini?,” tanya saya lagi.

“Toman dengan haruan,” katanya ringkas.


“Ada ikan besar ke?”

“Rekod sekarang 23 kilo la, sampai patah pancing tapi bukan saya tangkap,” jelasnya jujur.

Dia kemudian menunjukkan beberapa ikan toman dipancing diletakkan di dalam bekas plastik lutsinar.
“Tapi ini berat tak sampai pun sekilo ni,” jelasnya sambil menunjukkan seekor toman kepada saya.

“Siapa masak ikan, awak kan bujang macam Zainal?”

“Mak saya lah. Selalu masak lemak cili padi tapi kalau goreng berlada pun sedap”

Terliur saya mendengar kenyataan Ezwan itu. Saya juga gemarkan ikan masak berlada tetapi mesti digoreng garing, pasti menambahkan selera.

Tiba-tiba fikiran saya berubah arah.

“Tempat ni tak berhantu ke?”

Pernah sebelum ini saya dimaklumkan rakan, seringkali kedengaran hilaian wanita di kawasan sama pada waktu malam.

“Tanya abang Zainal, dia pernah jumpa mayat kat sini,” kata Ezwan.

“Ish! Kita bukan cari dia, tak kacau pun, datang memancing jer,” Zainal mencelah perlahan.

“Mayat siapa? Kena bunuh?,” saya tertarik.

Sambil menggulung tali pancing bagi memastikan umpan masih di mata kail, Zainal membalas.

“Nampak muka macam orang Indonesia, ada kesan kena rodok di belakang dia”

Zainal menambah, mayat itu ditemuinya pada waktu tengahari Januari lalu ditutup dengan daun.

“Saya dari pagi dah mula memancing tapi tak perasaan. Kalau nak tengok darahnya masih ada kat atas batu tempat duduk tu,” sambungnya selamba.
Saya bergegas dan merakamkan kesan darah kering masih kelihatan jelas.
“Banyak juga darahnya,” bisik hati saya.

“Mula jumpa mayat kat tebing tapi kemudian polis angkat letak kat situ,’ jelas Zainal lagi.

Terlintas di benak fikiran, rupanya pemancing sukar digentarkan dengan cerita seram berbanding orang biasa. Mereka juga golongan saya anggap penyabar, mampu duduk dan berdiri berjam lamanya tanpa mengeluh.

Duduk di tebing, rakan Zainal dan Erwan, Zainal, Nik Azimin Nik Abu Bakar, 32 tahun.
“Nik, umpan ikan keli ni mahal ke?,” tanya saya kepada Nik.

“Tengok tempat beli lah. Biasa antara 4 dan 5 ringgit sekilo, kalau keli kecil macam umpan Ezwan tu 50 sen satu,” balas Nik.

Saya berusia 41 tahun, mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan 7 tahun sedangkan Zainal masih bujang. Lalu tidak janggal saya mengemukakan soalan berikut.

“Bila nak kahwin?”

Zainal menoleh ke arah saya.

“Ada ada, tak ada tak apa,” balasnya.

“Ai! Kahwin rupanya macam memancing ikan la pulak, ada ikan ada, tak ada tak apa,” saya berseloroh.

“Macamana nak kahwin, kerja dia asyik nak memikat toman betina,” usik Nik.

Kami ketawa bersama.
 

.... Gambar 1


Ops! Sabar! Sabar! 

Untuk melihat sebahagian lagi gambar ini sila klilk tampalan mencetuskan kemarahan ramai wanita, sebelum ini, Perempuan Elok Dimadu.

Please ...

11 ulasan:

  1. Mengerikanlah gambar orang mati kat atas tu. Setakat cerita hantu dan jin tu boleh tahan lagi, tapi bile dah masuk gambar orang mati ni, rase ngeri pulak nak tengok. Anyway, good works Mazidul!

    Best Info

    BalasPadam
  2. Best ar bro ader blogspot camni...kalau kat TV diaorg tak tunjuk pun gambaran wajah sebenar penjenayah.. tu yang malas nak tengok kat TV tu... tapi bila bro wat camni..leh tengok muka penjenayah tu.real woo....keep up the good works bro!

    BalasPadam
  3. TV kita di Malaysia rated 'U'. Ditonton semua golongan. Saya cuma memaparkan gambar saya rakam di lokasi. Bagaimanapun, pengajaran di sebalik kejadian itu penting.

    Warga asing tidak harus datang berkelana mencari rezeki di negara kita dan akhirnya mencari jalan mudah, meraih rezeki melalui perlakuan jenayah.

    Tidakkah anda bersetuju?

    BalasPadam
  4. wah, itu wa setuju bro.. wa salut sama lu

    BalasPadam
  5. salam. saya ni bukan nak komen ape-ape, cuma nak berkonsi je dng awak. Ia lahkan mengenai cerita yang disebar sekarang ni. iaitu mengenai SMS santau. Betul ke? Buat masa le ni ramai orang tertanya-tanya. ada yang ketakutan. katanyanya kalau mendapat panggilan ini kalau jijawab akan kena santau.Tah le santau jenis ape ni. Katanya panggilan ni dari orang inde\onesia.Jadi saya berharap le kalau awak dapat intai-intai betul ke cite ini. sekian

    BalasPadam
  6. Sdr semua, cerita penghantaran sautau melalui panggilan telefon itu ternyata tidak benar melalui siasatan saya. Hal sama dikupas akhbar Harian Metro keluar 16 Mei lalu.

    BalasPadam
  7. Saudara Akaml, Sekiranya saudara dapat memberi detail setiap gambar yang dipaparkan supaya lebih jelas gambar tersebut. Sebagai contoh jenayah yang terbunuh siapa Supeno atau aris. Ini sekadar info saja. Lagi baik kalau saudara dapat banyakkan lagi gambar-gambar menarik seperti saudara dapat lihat gambar pocong. Bagi saya tak nampak pun. Bukan nak cakap besar atau bongkak. Saya percaya adanya jin dan syaitan. Tapi kebanyakkkan orang duduk di bandar dan kurang percaya tentang kewujud mahluk halus dan rupanya. Jadi, sekiranya saudara dapat menonjol imej-imej sedemikian. ini bertujuan sekadar informasi. Secara keselorohan blog saudara berinformatif. Syabas. Always keep up the good work.

    BalasPadam
  8. Bro Mazidul..
    Tahniah atas kelahiran blog ini..
    Best baca tulisan u..santai, relax tp ada info di dlmnyer...
    Byk kan lg cerita tntg org disekeliling saudara sementelah saudara setiap masa bertemu segnap lapisan masyarakat..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum,saudara mazidul. saya nak tanya....bile 360 nak paparkan tentang kisah - kisah penjumpaan makhluk halus, hantu atau makhluk asing!!???

    BalasPadam
  10. assalammualaikum sahabat...
    saya rasa bersalah sekiranya saya duduk berdiam tanpa berbuat apa2.begini ceritanya, saya adalah mangsa penipuan intenet. saya terkena semasa saya ingin membeli handphone.saya telah kerugian dekat 2ribu.nama mamat ni abdul faizie abdul hamid duduk di masai johor..kalau sahabat search kat intenet nama dia ni,mmg da panas sgt dgn kes menipu org..kalau boleh bongkar dan jejaki si malaun ni saya rasa kes2 penipuan di intenet ni dapat dibendung.maaf,saya tak pandai bermadah,mudah2an sahabat faham apa yg saya sampaikan.terima kasih

    BalasPadam
  11. salam sahabat..tgk 360 malam td berkenaan isu mati hidup semula teringat saya kat sahabat semasa sahabat di timpa musibah (kes dadah tu) bersama dgn penerbit sahabat..mmg ada kebenarannya,,apabila kita didatangi dengan ujian dan kita tempuhnya, kita akan lebih kuat daripada sebelumnya..apa pun moga sahabat sukses selalu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.