Isnin, Mei 26, 2008

Gigit Tulang



Saya datang ke Sungai Bill ni sejak tahun 1984, masa tu saya training di Trolak. Keluarga mertua di kampung Balun, Slim River,” ujar bekas pekerja Felda, Zaidi Ahmad.

Berusia 44 tahun, berasal dari Temerloh, Pahang kini menetap di Felda Kota Gelanggi, Jerantut, 50 kilometer dari tempat kelahiran.

“Ok tak kampung saya ni?,” sekadar ingin mendengar pandangan Zaidi ketika pulang ke kampung 25 Mei lalu.

“Ok, sebab sungai ni sesuai untuk keluarga mandi, air tak berapa dalam tapi kesejukannya menggigit tulang. Ini kali ke 7 saya datang,” balasnya bersuara perlahan.

Saya perhatikan wajah gembira ayah kepada 3 anak itu. Barangkali dia berasa lega dapat meluangkan masa berkelah di kampung saya.

Sungai Bill, 70 kilometer dari Kuala Lumpur, KL, 30 minit perjalanan menaiki kenderaan.
“Kalau dari KL guna Lebuhraya Utara Selatan, exit 121 persimpangan Tanjong Malim, lepas tol, trafik light kedua belok ke kanan menuju Proton City. Nanti nampak sign board Kampung Slim, jalan lagi nanti jumpa Kampung Sungai Bill sebelah kanan,” terang orang kampung saya, Harun Mahiram, 43 tahun kepada Zaidi.

Petang itu Harun menunjukkan skuter baru, Modenas Elegan miliknya dibeli 8 bulan lalu.

“Jarang bawa motor, boleh cuba?,” tanya saya.

Harun mengangguk biarpun kelihatan sedikit bimbang.

“Jangan brek pakai kaki tau,” ingatnya kepada saya.

Saya menunggang skuter itu tenang meluncur di atas jalan diperbuat daripada batu-batu. Setenang aliran air sungai menjadi tarikan pengunjung sejak lebih 40 tahun lalu. Ketika itu tiada jalan cuma denai kecil cukup untuk pejalan kaki.

Air gunung jernih dan sejuk tanpa pencemaran sentiasa mengundang pengunjung datang berulangkali. Antara mereka pekerja kilang, Azizan Mohd Yusof, 40 tahun saya temui pada hujung minggu itu.

“Saya bawa kawan dari Medan, Indonesia, lebih 20 orang semua,” ujarnya.

“Awak orang Malaysia?,” tanya saya.

“Saya orang Kampung Sawa tapi kerja sama tempat dengan dia orang semua di Globetronics, Sungai Way,” jelasnya.

Kampung Sawa, 6 kilometer dari Sungai Bill.

“Om, boleh ambil gambar?,” tanya seorang daripada wanita Indonesia terbabit.

“Boleh,” ujar saya.

Lebih sekeping gambar dirakamkan, asalkan mereka gembira. Saya turut merakamkan gambar mereka sekumpulan berwajah ceria berlatar belakangkan sungai.

Mereka kemudian beredar untuk makan dan bermandi-manda.

Kepada anda berhasrat berkunjung ke kampung saya untuk berkelah dan menghirup udara segar, silakan .

Jika anda boleh sampai di Tg Malim bermaksud anda tiba di kampung saya. Mengapa?

Sungai Bill di Tg Malim seperti KL Tower di bandaraya Kuala Lumur-lokasinya di ketahui semua!


9 ulasan:

  1. Salam..
    Thanks for your info..
    lama juga mencari satu tempat pelancongan menarik seperti ini..
    jika diberi peluang dan masa juga mengizinkan..teringin juga kesana..
    kelihatan cantik juga tempat ini..

    BalasPadam
  2. cantik, sangat cantik! Insya Allah nak ke sana lah cuti sekolah ni.

    BalasPadam
  3. Dah lame xmandi kat situ. Mmg xdinafikan sejuk n xjauh dr lebuhraya.

    er..ape kate mazidul ronda2 di Kuala Woh. Xjauh dari Lata Kinjang. Last time saya di sana, deymnn cool! Siap ade port ayo paneh lagi!

    (maybe kene ade space untuk pembaca cadangkan tempat perkelahan/ gateway heaven yang selama ini terlindung dek kehijauannya..)

    Just my humble opinion

    BalasPadam
  4. setuju dgn pendapat aidilangelo...
    mmg x dinafikan byk lg tempat manarik yang terlindung dan kurang diketahui umum..

    BalasPadam
  5. Bro Aidilangelo, elok juga cadangan tu, space untuk readers kongsi tempat perkelahan menarik. Tapi how do I do that yah?

    Sis Nida, you should go to my kampung. Kalau dari KL about 45 minit lah.

    Ajak Nonie pergi sekali ..

    BalasPadam
  6. Om,
    Boleh lukiskan peta itu wisatanya? Ha ha. Ade deh dehhh... Om, om!

    BalasPadam
  7. bro mazidul..
    of course satu masa nnt saya akan kesana :-)

    BalasPadam
  8. salam..
    mmg cantik tempat nie..
    kalau ada peluang untuk dikomersialkan lg bagus...

    BalasPadam
  9. Mazidul, sori lambat baleh mesej. :D Kalo Mazidul nk buat pool ke, feedback function ke, ape kate try selongkar url nie..

    Xsilap saya, banyak lagi function2 yg diterangkan kat sini.

    Hopefully kesenih2 ni akan me'laris'kan lagi blog saudara! :D


    http://help.blogger.com/bin/answer.py?answer=42077&topic=12449

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.