Khamis, Mei 15, 2008

Merahnya Cincin

"Abang ni kan bila duduk depan orang ramai, Atif lalu, buat tak tahu aje," kata wartawan Wanita Hari Ini, Marwatif Amer.

"Ish! Atif lagi la, bila abang lalu kat depan mata langsung tak jeling pun, komputer tu lebih penting," balas saya mengusiknya.

Atif seperti dia suka dipanggil, gadis ceria berasal dari Alor Star, Kedah cukup pemurah dengan ukiran senyuman.

Senyumannya mengingatkan saya kepada 2 wanita saya temui pada 24 April lalu sewaktu membuat tinjauan harga beras di sempadan Malaysia-Thailand.

Sebelum ke sempadan saya sempat singgah ke kedai menjual cincin di Kota Bharu.

“Ini cantik, Kak Ma beli kat orang ni. Tapi buatan dia kemas la,” kata taukeh kedai.


Saya membelek cincin perak dengan batu merah diikat suasa.

“Berapa harga ni kak?,” tanya saya.

“Tiga ratus genap la, special prize dah tu. Sebab abang Napi”

Napi, nama gelaran jurukamera wakil TV3 di Kelantan, Hanafi Mat.

Sewaktu keluar dari kedai itu saya dihampiri wanita berbaju kuning lengkap bertudung muncul dari deretan kedai.

“Nama kita Kak Zura,” katanya kepada saya.

Saya senyum.
"Nama saya Mazidul,” saya memperkenalkan diri.

“Ish! Tak payah kenalkan diri dah, Kak Zura kenal sangat, selalu kuncul kat TV,” katanya sambil tangan menggenggam erat tali beg tangan disandang.

“Bila datang sini?,” tanya Kak Zura.

“Dua hari dah,” saya membalas ringkas.

“Kaya sungguh orang di Kelantan ni kan? Tak berat ke leher tu?,” gurau saya.

Di leher Kak Zura melekap kemas 3 rantai emas selebar ibu jari setiap satu.

“Kita dah biasa, berniaga macam ni la,” balasnya.

“Ini kawan baik abang Napi ni,” kata jurukamera.

“Kak Ma tadi pun kawan abang Napi jugak?”

Hanafi menganggukkan kepala.


Tidak hairan, sejak saya mula mengenali Hanapi sewaktu melaksanakan tugasan pertama Majalah 3 pada tahun 1997, dia memang mempunyai ramai kenalan.

Kemana sahaja dia melangkah, dia dikenali dan seringkali disapa, barangkali macam Kak Zura.

“Mari minum,” pelawa Kak Zura.

Sewaktu di restoran, Kak Zura tidak teragak-agak berkongsi sebahagian daripada kisah hidupnya.

“Nama dalam kad pengenalan apa?,” tanya saya, sekadar ingin tahu.

“Siti Hasmah Wok. Macam nama isteri Tun Mahathir lah. Tapi kalau nama glamor, panggil Kak Zura saja,” jelasnya selamba.

Dimaklumkan dia dilahirkan di Bachok, Kelantan dan kini berusia 54 tahun.

“Tua dah Kak Zura ni,” keluhnya.

“Tapi steady lagi,” puji saya.

“Dulu Kak Zura kahwin umur 12 tahun, percaya tak?”

Saya terpegun sekali lagi.

“Pilihan mak ayah, masa tu kita tak tau apa. Boleh bertahan sebulan, lepas tu cerai terus,” katanya.
“Ini anak sulung Kak Zura, Nora. Anak dengan suami ke dua, ada lima semua anak, umur antara 18 dan 40 tahun,” sambil dia mengerling ke arah wanita duduk di sebelah kanannya.

“Nora kerja apa?,” soal saya.

“Ikut mak la, jadi body guard dia,” sambil tersenyum.

“Kak Zura berniaga macam mana?,” tanya saya.

“Kita beli barang kemas orang tak mampu tebus di pajak gadai, lepas tu jual kepada pembeli,” jawabnya.

Tidak hairanlah mengapa purse Kak Zura penuh dengan wang kertas lima puiluh ringgit.

“Tak muat dah purse tu, bubuh dalam beg saya ni sikit,” saya mengusiknya.

Dia hanya tersenyum.

Spontan Kak Zura kemudian mengeluarkan timbang elektronik dan calculator dari beg tangan dijinjing sejak tadi.

“Macam ni, dulu Kak Zura beli harga dia 10 ribu, waktu tu ada datin ni pakai. Emas putih ni. Sekarang harga dia 24 ribu,” katanya sambil tersenyum.

Barangan kemas three-piece diletakkan di atas meja.

“Uih! Mahalnya,” saya terkejut.

“Dulu Kak Zura jual buah-buahan dari Danok tapi satu hari 20 tahun lepas, ada perempuan tua datang nak jual gelang sebab dia terdesak tak cukup duit. Kak Zura beli dan lepas tu jual kat kedai, boleh untung 70 ringgit,” jelasnya.

Terpancar wajah keceriaan.

“Lepas tu Kak Zura terfikir, jual buah nak dapat untung 70 ringgit sehari susah. Kalau jual beras seludup, asyik kena tangkap, mana larat. Sejak itu la Kak Zura mula beli dan jual emas”

Pada awal pertemuan saya menjangka Kak Zura ibu tunggal. Tetapi telahan saya ternyata meleset.
“Suami Kak Zura pencen dah, Yahya namanya. Dulu dia kerja Jabatan Perikanan, lepas tu join maritim, duk laut berhari-hari,” jelasnya.

“Gambar siapa kat handphone tu,” soal saya.



“Anak bongsu Kak Zura, Nordaleela. Baru habis SPM,” jelasnya.

“Buat apa dia sekarang?”

“Dia minat menari, ada waktunya ke Kuala Lumpur, ikut group menari kalau ada majlis,” jelasnya bangga.

Saya mendengar sambil mata menjeling semua barang kemas dipakai Kak Zura.

“Tak takut ke jalan-jalan pakai emas banyak ni? Kena ragut kan payah?”

“Kak Zura dah biasa kawasan ni. Tak pernah berlaku lagi la. Mintak-mintak jangan,” luahnya.

“Tapi Kak Zura ada bawa pisau lipat,” dia kelihatan yakin.

“Kalau kira-kira berapa nilai semua barang kemas Kak Zura pakai di badan ni?,” soal saya.

“Seratus ribu lebih rasanya,” jangka Hanapi.

“Itu tak termasuk harga gelang kaki Kak Zura lagi, dekat-dekat 7 ribu ni,” sambil dia menyingkap sedikit kain di pakainya ke tahap buku lali.

“Bila abang Pi nak bawa kita ke rumah orang susah, kita pun nak sedekah sikit ni,” tanya Kak Zura kepada Hanapi.

“Nanti lah kita pergi, Mazlin Nordin nak datang hari khamis minggu depan ni, kita pergi sekali lah,” janji Hanapi.

Petang sama, Hanafi menghubungi saya.

“Jom la, dia masak dah”

Sewaktu tiba di perkarangan rumah Kak Zura saya benar-benar terpegun, bukan calang-calang besarnya rumah banglo dua tingkat dibina dengan kos lebih 400 ribu ringgit itu.

Saya terfikir, mengapa wanita hidup mewah seperti Kak Zura masih lagi berjalan kaki setiap hari, berkunjung dari kedai ke kedai, mencari pelanggan untuk membeli emasnya?

“Itulah kerja Kak Zura suka,” jelasnya kepada saya.

“Elok la tu, Kak Zura suka jual emas, abang suka laut,” gurau saya.

Yahya kini memiliki 9 bot menangkap ikan di laut dalam.

“Kalau lain kali Mazidul datang dengan famili, turun kapal terbang, jalan kaki saja ke rumah ni, dekat sangat,” kata suami Kak Zura.

“Airport Pengkalan Chepa kat belakang tu saja, tak payah sewa hotel, duduk saja dengan kami,” pelawa Yahya.

Malam itu kami dihidangkan pelbagai lauk-pauk, sedap. Dijamu buah-buahan, durian, jambu dan mempelam.

Terdetak di hati saya.

“Rezeki hasil jualan emas, barangkali”




17 ulasan:

  1. hello bro, heran sungguh mcmana makcik2 ni leh jln2 tanpa kena ragut. kt K'tan tu kan ke byk mat gian. sekali sambor, phuh, setahun x yah kuar cari keja lain. Saya pernah terdengar satu ketika dahulu, agak2 dlm tahun 2004 (kalau tak silap), kat Trg ada sorang makcik ni pakai brg kemas Zhulian, mati dibunuh & mayatnya ditinggal dlm bilik air stesen teksi kt tengah2 bandor tu la. tak baloi la, bro. camana nak buat 'awareness' kat makcik2 ni hah? fenin2. Dah rezeki & hobi depa cam tu, nak kata apa.

    Saya pun teringat, org umah bro pun ada buat Zhulian kan? masa umah bro kena pecah masuk dulu, saya terperasan lah beg Zhulian warna merah tu (kalau salah perasan, sori la bro). tapi agaknya perompak kt D'sara tu tau kot, tak laku.

    Satu lagi kan bro, masa bro interview 2"gadis pingitan" tu, bro tak tanya ke apa "pengisian" depa? saya rasa lah kan bro, org mcm ni tak "kosong"!!! terlangsung bro dah crita pasai Jin tu, apa kata bro singkap "pengisian" yg depa amalkan. Kot saya bleh belajaq sekali. hik 3x. Apa bro pun ada "pengisian" ka? nampak macho jer buat liputan kes2 jenayah. Apa org umah bro x bising, bro wat balik "tempias". Mintak selisih malai'kat 44, (sambil sapu bahu kiri kanan- pesan org tua2; amal taklik jer ni, tak memahami pun) Tapi ayat Qursi sentiasa dibibir...

    BalasPadam
  2. Kelantan selamat kut. Lagi pun majoriti orang Melayu. Warga asing tak ramai. Kalau di KL payah nak komen

    BalasPadam
  3. salam...

    BETUL DENGAN PENDAPAT SAUDARA..

    saudara mazidul..
    abe MIE nak tanya-siapa kata kelantan selamat?

    maksud selamat ialah tiada seorangpun penjenayah. kalau kita jalan-jalan lepas tu kena samun oleh seorang mat gian misalnya, kira ada juga penjenayah namun dia tidak boleh mewakili 'rakyat keseluruhan'.

    saya nak kongsi pengalaman. semasa di carefour, Kota Bharu, kelantan yang baru buka, ada orang culik budak berusia setahun lebih.

    keadaan di dalam carefour kelam kabut tapi pengurusannya memang bijak. mereka kunci semua pintu masuk keluar.

    satu persatu pelanggan disiasat. semasa hendak keluar, ada warga indonesia yang menculit budak itu- semasa didukung -dan kepalanya dicukur sehingga tidak 'dapat dikesan' oleh ibubapanya sendiri.

    tapi budak itu kenal ibubapanya. dia menjerit nama 'mak ayahnya'.

    orang ramai di sana bukan main marah dan geram dengan gelagat pendatang. tapi saya hairan kenapa ada juga pekerja asing bekerja di kelantan misalnya di stesyen pam minyak?

    http://malaysialoni.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Abe Mie, saya rasa istilah 'selamat' ni berbentuk subjektif. Kalau kita jalan di Chow Kit, tak diragut kira selamat lah. Tapi kalau kita jalan di KB, tak diragut menunjukkan lebih selamat.

    Saya selalu ke KB, Kelantan. Bukan nak memuji. Saya rasa tenang, orang dia friendly. Jumpa di mana sekalipun akan pelawa minum.

    Tak pernah lagi la saya ke KB, ada orang datang mengamuk dan marah. Tapi kejadian itu pernah berlaku di beberapa negeri lain pernah saya lawati.

    Tengok aje lah perkataan 'abe' kan lembut bunyinya berbanding 'abang' ..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    yolo doh hok demo kato tu..kat kelate ni memang selamat, buke nok soho gapo, bendo tu realiti, di kelate susoh nok jupo ore tino tok pakai tudung,pasal ore kelate ni dia ado sifat-sifat senyum sokmo, kalu gi umah jiran wat tubik air teh ngan sekut, biarlah ore kato kelate miskin pun, kawe suko dok kelate dari duk KL,maaf kawe nok oyak, tok guru banyok ajar ore kelate jangan sombong kalu kayo, doh kayo bui la siket ko ore susoh, samo-samo tulong, buleh pahalo..timo kasih..

    BalasPadam
  6. ermm kelantan ramai mat gian ker..tp jarang pulak dengar kes ragut...mcmanaca nak analogkan kenyataan saudara tuuu

    BalasPadam
  7. salam bro..oo kelas gamba atah tuh besar molek....

    BalasPadam
  8. bang, boleh siasat tentang perkara ni ?

    "Kepada semua kawan2 yang dikasihi. Jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang cth :62851275819385 dan nombor itu berwarna merah diharap sangat2 jangan diangkat dan dijawab panggilan itu kerana di Indonesia sekarang sekumpulan penuntul ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon.jika sesiapa yg menjawab panggilan itu mulut akan berbuih dan akan mati selepas itu.Di indonesia 9 org sudah menjadi magsa dan mlm tadi di Puchong 2 org mati..Ini benar2 terjadi.Tolong sebarkan mesej ini.

    Saya dapat mesej ni dari seorang kawan. Samada betul atau tidak.Wallahhuaklam . Tapi sebaiknya kita berhati2 kerana tak rugi kita beringat sebelum kena. kalau berita ni tak betul saya minta maaf. SHARING IS CARING......"

    message ni juga dapat melalui sms

    BalasPadam
  9. Saya sangat2 setuju. Mmg kali pertama dtg ke Kelantan dah terasa aura kelainan. Iklan wanita bertudung, papan iklan dan perniagaan yg disertakan tulisan jawi. Mmg sangat berlainan (saya org perak :D)

    Suasana tenang mmg salah satu yang menarik perhatian saya. mungkin benar gelaran org - "Serambi Mekah". Tenang, aman.

    Mungkin ada kejadian rompak, ragut dan jenayah. Namun jika difikirkan, kenapa penduduk2 Kelantan tetap hidup dalam suasana tenang dan harmoni? Sedangkan kes Nurin yang menggegarkan negara menyebabkan ramai anak2anak di kota2 besar mendapat lebih perhatian dari ibu bapa.

    Lantas satu soalan terpacul dari mulut saya. Apakah punca semua ini? Taraf hidup? Bebanan hidup?

    Kadar jenayah yang semakin meningkat kadang-kala membimbangkan saya (walaupun belum mempunyai anak) dan tidak hairan jika satu hari nanti ramai ibu bapa bimbang untuk mendapatkan anak sekiranya masalah ini tidak diatasi.

    Bagaimana di penduduk Kelantan? Saya rasa banyak masalah2 yang wujud di kota raya tidak wujud di sana. :p

    Walau apapun, saya harap dan doakan negeri Cik Siti Wan Kembang ini akan mekar dan kekar seperti Kelantan yang saya kenali dan lawati kini.. :)




    www.aidilangelo.com

    BalasPadam
  10. Sdr paklah83,
    Saya hanya sekadar meluahkan kenyataan. Perkara baik kena kata baik. 12-14 Jun nanti saya akan ke Kelantan semperna sambutan ulangtahun TV3 ke 24 tahun.

    BalasPadam
  11. betul tu,yang baik tetap akan baik sampai bila2 walaupun ia terselindung.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Saudara Mazidul, saya selalu mengikuti rancangan 999 dan 360. Lebih-lebih lagi rancangan 360 yang banyak memaparkan isu semasa dan dipelbagaikan lagi dengan isu-isu makhluk halus dan sihir.

    Saudara, pada hemah saya, adalah lebih baik jika 360 dapat membongkar dan memaparkan kisa jutawan-jutawan senyap yang tidak pernah dipandang oleh masyarakat kita. Siapa jutawan senyap? Jutawan senyap adalah penjaja-penjaja jalanan dan peniaga-peniaga jalanan, contohnya penjual burger,penjual pasar malam,penjual kuih,penjual nasi lemak dan sebagainya. Mereka-mereka ini selalunya dipandang sepi oleh masyarakat kita yang lebih suka berpandangan bahawa pekerjaan ini hanya untuk orang yang tiada kelulusan tinggi. saya harap 360 dapat menerima idea saya ini bagi menggalakkan lagi anak-anak muda dan lepasan graduan untuk menceburi bidang peniagaan.

    Sekian,terima kasih

    www.tuanabdullah.blogspot.com

    BalasPadam
  13. mak cik ni mmg brani...tapi hope takde ape yang blaku kat makcik ni...but orang klantan ni mmg bebaik la...bukan nak puji...bile mira ikut mak balik klantan pun...orang yang kite tak kenal pun jadi kenal...

    BalasPadam
  14. salam..fuh berani sungguh akak zura tuh..

    BalasPadam
  15. apapun saya bangga jadi sebahagian dari anak jati negeri cik siti wan kembang.. :-)

    BalasPadam
  16. betul jugak cadangan paklah83 tu..setuju jugak lah..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...

    Tahniah Bro Maz kerana dpt memberi komen yg ckup mnarik n mngupas isu tanpa sbarang diskriminasi.

    > Spanjang cikgu jadi anak perantauan kat kelantan ni, alhamdulillah mmg org2 klntan baik hati n bbudi tinggi. Buktinya cikgu skang dah ramai saing2(kawan2) kat klntan yg cikgu rasa ckup tharu dengan budi diorg.. ada abang2 angkat cikgu yg mmg rapat sampaikan dah macam keluarga sendiri.

    > Bro maz try wat liputan kat kelantan, terutamanya kalau Bro Maz minat isu2 warisan macam silat, pertukangan perak n emas, n seni2 tradisional cam dikir barat.

    > Kalau isu2 jenayah, cikgu cadangkan Bro Maz ke Rantau Panjang..isu penyeludupan beras n gula subsidi mmg berleluasa..menariknya,lembu diseludup dengan cara menarik lembu tu ngan bot n lembu tu berenang dalam Sungai Golok.

    > apa2 pun Bro Maz, syabas atas pendedahan2 Bro yg mmg berani n memberi anjakan paradigma serta mmbuatkan masyarakat berfikir luar daripada kotak kebuntuan minda!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.