Jin, makhluk ciptaan Allah sama seperti kita semua. Berikutan itu kewujudan alam jin tidak mungkin dapat disangkal begitu sahaja.
“Gambar jin boleh dirakamkan kalau guna kamera digital 5 mega pixels ke atas,” kata Ustaz Engku Ansaruddin Agus saya temui kali pertama di pejabat beliau di Cheras.
Saya perhatikan rakan baik saya, Sarjan Ketua Polis Balai Mutiara Damansara, Hamdan Mohd Ahsan duduk di kerusi mendiamkan diri, barangkali khusyuk mendengar kenyataan Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam, PPIM itu.
“Mari saya tunjukkan gambarnya,” pelawa Ansaruddin, 56 tahun.
Saya perhatikan skrin komputer tanpa mata berkelip. Objek bulat berbeza saiz kelihatan lebih kurang sama seperti nucleus bertaburan secara rawak tanpa formasi tertentu.
“Gambar jin boleh dirakamkan kalau guna kamera digital 5 mega pixels ke atas,” kata Ustaz Engku Ansaruddin Agus saya temui kali pertama di pejabat beliau di Cheras.
Saya perhatikan rakan baik saya, Sarjan Ketua Polis Balai Mutiara Damansara, Hamdan Mohd Ahsan duduk di kerusi mendiamkan diri, barangkali khusyuk mendengar kenyataan Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam, PPIM itu.
“Mari saya tunjukkan gambarnya,” pelawa Ansaruddin, 56 tahun.
Saya perhatikan skrin komputer tanpa mata berkelip. Objek bulat berbeza saiz kelihatan lebih kurang sama seperti nucleus bertaburan secara rawak tanpa formasi tertentu.
"Ni kat dalam kedai ke apa?," saya memang gemar bertanya.
Bertanya sudah menjadi darah daging dalam hidup saya sebagai wartawan lebih 13 tahun. Bertanya memberi peluang kepada kita menambahkan ilmu. Bertanya mampu memadamkan kekeliruan barangkali selama ini lama bertapak di fikiran.
“Ni, kita rakam di restoran nasi kandar terkenal,” jelas Ansaruddin.
“Ni, kita rakam di restoran nasi kandar terkenal,” jelas Ansaruddin.
"Restoran mana satu?," tanya saya lagi.
"Tak payah bagi tahu mana satu kut. Tapi rasanya encik Mazidul boleh teka, restoran ni memang siang malam penuh pelanggan," jelas pengamal perubatan Islam lebih 40 tahun itu.
“Uih! Banyak gila ni,” saya agak terkejut.
“Bersepah bang,” komen ringkas Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin sedang berdiri berhampiran saya.
“Ini bukan gambar kulat atau butir air terlekat pada lense kamera kan?,” saya bertanya bagi menyahkan keraguan.
“Tak. Mazidul cuci dulu lense kamera tu baik-baik. Cuci betul-betul sampai puas hati. Lepas tu kita tengok nanti apa jadi,” celah Ansaruddin menjawab soalan saya.
Sekeping gambar lain ditunjukkan kepada saya.
“Ni, gambar dirakam masa ada konsert di Dataran Merdeka. Mazidul tengoklah punya banyak jin kat atas pentas tu,” celah Ansaruddin.
Jika benar, sememangnya apa dipaparkan gambar itu mengejutkan. Penyanyi wanita muda sedang mendendangkan lagu pasti tidak menyedari jelmaan ribuan objek di sekelilingnya. Bukan sepuluh atau seratus, tidak terkira pada pandangan mata kasar.
“Uih! Banyak gila ni,” saya agak terkejut.
“Bersepah bang,” komen ringkas Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin sedang berdiri berhampiran saya.
“Ini bukan gambar kulat atau butir air terlekat pada lense kamera kan?,” saya bertanya bagi menyahkan keraguan.
“Tak. Mazidul cuci dulu lense kamera tu baik-baik. Cuci betul-betul sampai puas hati. Lepas tu kita tengok nanti apa jadi,” celah Ansaruddin menjawab soalan saya.
Sekeping gambar lain ditunjukkan kepada saya.
“Ni, gambar dirakam masa ada konsert di Dataran Merdeka. Mazidul tengoklah punya banyak jin kat atas pentas tu,” celah Ansaruddin.
Jika benar, sememangnya apa dipaparkan gambar itu mengejutkan. Penyanyi wanita muda sedang mendendangkan lagu pasti tidak menyedari jelmaan ribuan objek di sekelilingnya. Bukan sepuluh atau seratus, tidak terkira pada pandangan mata kasar.
"Ini pulak gambar pocong," kata beliau.
Pocong, objek berbentuk seperti mayat dikapan dalam keadaan berdiri. Saya perhatikan secara lebih terperinci.
"Hui! Jelasnya' Ikatan di atas kepala dan di kaki pun nampak kemas," komen saya.
"Tapi muka gelap, kosong," komen ringkas saya terima.
“Jin ni boleh ditangkap ke Ustaz?,” soal saya.
“Jin ni boleh ditangkap ke Ustaz?,” soal saya.
Saya mengaku tidak pernah berpeluang melihat gambar seperti itu sebelum ini.
“Boleh, kita boleh bercakap, pujuk, siksa kalau nak lah dan kalau kena cara boleh dimasukkan ke dalam botol air mineral,” balas Ansaruddin ringkas.
“Kalau di rumah cuba ambil. Nasib baik memang boleh dapat,” dia yakin.
“Boleh, kita boleh bercakap, pujuk, siksa kalau nak lah dan kalau kena cara boleh dimasukkan ke dalam botol air mineral,” balas Ansaruddin ringkas.
“Kalau di rumah cuba ambil. Nasib baik memang boleh dapat,” dia yakin.
"Nak shoot kat mana kalau di rumah?," saya ingin mendapatkan sedikit maklumat.
"Cuba ambik gambar kat kipas dan bucu dinding," kata beliau.
Pada satu daripada gambar, saya lihat objek dalam bentuk cluster melekat antara bilah kipas rumah.
"Rumah siapa?," soalan berikutnya.
"Rumah kenalan saya. Itupun dia ambik secara tak sengaja masa tetamu datang berkunjung ke rumah dia," jawab beliau.
“Kejap lagi kita pergi ambil gambar jin,” kata Ansaruddin.
“Kejap lagi kita pergi ambil gambar jin,” kata Ansaruddin.
Saya teruja dengan pelawaan itu. Hati tiba-tiba melonjak kegembiraan.
Sebelum ini saya kerapkali berpeluang merakamkan gambar mayat mangsa bunuh di pelbagai lokasi di negara kita dalam keadaah ngeri tetapi bukan gambar jin.
“Sebenarnya gambar jin ni dah lama dirakamkan di negara barat seperti Amerika. Cuma kita di sini jarang nak mengkaji,” sambung beliau lagi.
Saya kemudian mengikut Ansaruddin, Nirwandy dan beberapa rakan mereka ke satu kawasan di Taman Tasik Permaisuri. Kami memberhentikan kereta di tepi jalan. Saya lihat Ansaruddin keluar dengan tenang sambil mata memerhatikan kawasan gelap di sebelah kiri dan kanan jalan.
Beliau kemudian menepuk tangan beberapa kali. Perlahan dipermulaan kemudian diperkuatkan.
Dia mengulang tepukan sambil mata memandang liar ke arah kawasan gelap berlatarbekangkan bangunan sayup jauh dari pandangan.
Sebelum ini saya kerapkali berpeluang merakamkan gambar mayat mangsa bunuh di pelbagai lokasi di negara kita dalam keadaah ngeri tetapi bukan gambar jin.
“Sebenarnya gambar jin ni dah lama dirakamkan di negara barat seperti Amerika. Cuma kita di sini jarang nak mengkaji,” sambung beliau lagi.
Saya kemudian mengikut Ansaruddin, Nirwandy dan beberapa rakan mereka ke satu kawasan di Taman Tasik Permaisuri. Kami memberhentikan kereta di tepi jalan. Saya lihat Ansaruddin keluar dengan tenang sambil mata memerhatikan kawasan gelap di sebelah kiri dan kanan jalan.
Beliau kemudian menepuk tangan beberapa kali. Perlahan dipermulaan kemudian diperkuatkan.
Dia mengulang tepukan sambil mata memandang liar ke arah kawasan gelap berlatarbekangkan bangunan sayup jauh dari pandangan.
"Kawasan apa ni?," saya melontarkan satu lagi soalan.
"Kat tepi tu ada kawasan mata air, sungai kecil," jawab beliau.
“Mari sini, mari sini, nak ambil gambar sekejap. Panggil ramai-ramai. Jadi model. Datang! Datang! Lagi! Lagi!,” dia bercakap sendirian.
Saya tumpukan perhatian ke arah kawasan gelap sama, tiada apa muncul di pandangan mata.
“Cuba Mazidul halakan kamera tu ke situ dan ambil gambar. Buat dua kali, nanti kita tengok perbezaan kat gambar tu,” pintanya.
Tidak membantah, arahan itu saya patuhi. Di bawah ini antara puluhan gambar saya rakamkan pada malam itu.
“Mari sini, mari sini, nak ambil gambar sekejap. Panggil ramai-ramai. Jadi model. Datang! Datang! Lagi! Lagi!,” dia bercakap sendirian.
Saya tumpukan perhatian ke arah kawasan gelap sama, tiada apa muncul di pandangan mata.
“Cuba Mazidul halakan kamera tu ke situ dan ambil gambar. Buat dua kali, nanti kita tengok perbezaan kat gambar tu,” pintanya.
Tidak membantah, arahan itu saya patuhi. Di bawah ini antara puluhan gambar saya rakamkan pada malam itu.
Beberapa saat kemudian, saya preview semula gambar dirakamkan pada skrin 3 inci kamera digital.
“Aha! Ada,” bagaimanapun saya tidak berasa terkejut.
“Ambil lagi. Ambil lagi,” suruh Ansaruddin.
Saya lihat banyak objek sama ‘lekat’ pada view finder kamera. Majoriti kelihatan putih namun tidak kurang berwarna biru dan merah.
“Warna putih tu baik, biru medium jahat. Tapi kalau nampak semua berwarna merah kita blah la, cabut tak payah nak tunggu,” terang beliau lagi.
Setiap kali flash menyala, setiap kali saya melihat ribuan objek kelihatan seperti butiran kecil air terapung di udara di hadapan mata saya. Jaraknya kurang daripada 1 meter.
“Ambil lagi. Ambil lagi,” suruh Ansaruddin.
Saya lihat banyak objek sama ‘lekat’ pada view finder kamera. Majoriti kelihatan putih namun tidak kurang berwarna biru dan merah.
“Warna putih tu baik, biru medium jahat. Tapi kalau nampak semua berwarna merah kita blah la, cabut tak payah nak tunggu,” terang beliau lagi.
Setiap kali flash menyala, setiap kali saya melihat ribuan objek kelihatan seperti butiran kecil air terapung di udara d
Ketika itu jam di tangan menunjukkan pukul 12.10 malam tetapi terus-terang saya katakan bulu roma tidak langsung meremang. Tiada timbul perasaan takut dalam diri cuma sibuk merakamkan sebanyak mungkin gambar.
“Uih! Itu besar. Sebelum ni bila kita ambil tak ada sebesar itu,” kata Ansaruddin agak teruja bunyinya.
"Apa pun benda ni, dia suka kat saya kut," cuba berseloroh tetapi tiada siapa tertawa.
“Uih! Itu besar. Sebelum ni bila kita ambil tak ada sebesar itu,” kata Ansaruddin agak teruja bunyinya.
"Apa pun benda ni, dia suka kat saya kut," cuba berseloroh tetapi tiada siapa tertawa.
Saya berhenti seketika merakamkan gambar.
“Selalu tu, ambik pakai kamera 8 mega pixels, ini 12.1,” sekadar mengusik beliau lagi.
Tepat jam 1.15 pagi kami mengambil keputusan pulang ke rumah.
"Ustaz bagi tau dengan benda tu, jangan ikut saya balik. Nanti kereta saya tak muat," ada permintaan ikhlas dalam gurauan itu.
"Ok. Jangan ikut balik, tinggal saja sini. Ini tempat tinggal engkau orang," kata beliau sambil menyapu dada dan kamera saya berulang kali.
"Sebab apa kemera kena sapu juga?," soal saya.
"Supaya boleh guna lain kali, tak rosak," balas beliau.
"Alamak! Kamera ni baru jer beli," respon saya.
"InsyaAllah, tak ada apa," beliau menyakinkan saya.
Lalu saya melangkah kekereta dan memandu pulang dengan pelbagai persoalan bermain di minda. Antaranya, benarkah imej saya rakamkan itu gambar jin?
Saya percaya ramai mengetahui kewujudan jin dan menerima kenyataan itu. Kepada golongan berpengetahuan dalam bidang sains, saya ingin membaca pandangan anda. Kepada jurukamera berpengalaman maupun golongan skeptic barangkali anda mempunyai pandangan ingin dikongsikan bersama saya dalam blog ini, silakan.
Terima kasih atas setiap pandangan maupun fakta bakal dikongsikan.
Salam
Saya percaya ramai mengetahui kewujudan jin dan menerima kenyataan itu. Kepada golongan berpengetahuan dalam bidang sains, saya ingin membaca pandangan anda. Kepada jurukamera berpengalaman maupun golongan skeptic barangkali anda mempunyai pandangan ingin dikongsikan bersama saya dalam blog ini, silakan.
Terima kasih atas setiap pandangan maupun fakta bakal dikongsikan.
Salam
Assalamualaikum Abang Mazidul.bukannya saya tak nak percaya gambar2 yg abang tayangkan,cuma apa yang saya tahu,iblis dan jin tidak dapat dilihat melalui rakaman elektronik atau nyata.hanya mata kasar manusia yang terpilih sahaja yang dapat melihatnya.saya juga percaya iblis dan jin juga makhluk Allah.hanya penonjolan makhluk2 ini sahaja yang perlu kita tahu.harap abang dapat kupas tajuk ini utk episod akan datang.harap abg dapat ulas
BalasPadamdah kena spam erk saya ni
BalasPadamassalamualaikum..
BalasPadamsaya pon ada gmbar2 mcm yang en mazidul ambil..n..my senior ckp tu gmbar makhluk halus..
n..ada seorang pensyarah fotografi di kampus saya cakap..benda2 camtu..mmg bleh dilihat melalui kamera..
maybe sebab shutter n pixel dia kot yang membantu..
mata kasar kita hanya yang terpilih sja boleh tgk..
wallahualam..
salam Mazidul,
BalasPadamKalau jin yg dlm gambar tu berbentuk bulat, adakah semua jin itu juga bulat? dalam youtube aku ada tgk gambar yang lebih horror.. Apapun... cerita minggu agak menarik pasal benda halus mcm ni..
Tahniah bang, saya teruja dengan paparan 360 kali ni. Lain dari yang lain. Alam mistik ini merupakan satu input segar yang perlu sentiasa dipaparkan agar masyarakat kita sedar tentang kewujudan makhluk lain di bumi ini. Sekurang-kurangnya, mereka akan mula muhasabah diri dalam mempertimbangkan setiap tindakan dan perlakuan dalam kehidupan. Namun, mungkin pandangan mereka yang benar2 diiktiraf dalam membantu individu yang diganggu makhluk halus ini agak kurang diketengahkan. Masyarakat kita khususnya kaum Melayu kebanyakkannya masih kabur dalam mendapatkan maklumat tepat kaedah rawatan yang sepatutnya mengikut syariat Islam. Anyway,thanks a lot dengan paparan itu, tahniah dan semoga maju jaya.
BalasPadamal-Misri, UPM.
Salam.
BalasPadamSaya pernah nampak objek2 putih kecil ni dalam foto yang kawan saya ambil semasa di pantai Mersing (waktu malam).
Puas dia cari setting kenapa foto jadi macam tu. Masa tu, tak terfikir la pula ada kemungkinan kerana makhluk tu. Ingatkan disebabkan habuk atau debu.
Tahniah, teruskan berkongsi cerita-cerita menarik dgn kami.
salam bang akmal..wah dah jadi ahli blogger nmpak..hehe bagus2 satu perkembangan yg baik..bende2 mcm ni hanya dapat dilihat dgn izin Allah saja..pakai la camera canggih mcm mana pun kalau x diizinkan x dpt gak tgk..anyway nice topic bro..
BalasPadamsalam bang mazidul
BalasPadampaparan 360 minggu ni menarik dan bg saya tidak mustahil, bahawa makhluk- makhluk selain manusia wujud di dunia ini... sebab dunia ciptaan Allah ni luas.. dan saya rasakan takkan lah seluas-luas dunia ini.. seluas-luas alam semesta ini.. seluas-luas galaksi ini hanya kita sahaja makhluk tuhan yang hidup..sudah semestinya ada makhluk lain yang sentiasa bersama kita cuma kita sedar atau tidak.. by the way.. nice topic bro.. keep up da good work
Salam bro Mazidul...
BalasPadamSatu paparan yang menarik minggu ni.. Saya tertarik jugak dengan komen sdr hafiz abdullah... Setahu saya memang jin dan syaitan ini memang tak boleh dilihat dengan mata kasar.. Ini adalah kerana mereka ini terlindung oleh sesuatu yang dipanggil "hijab".. Walau bagaimanapun dengan kuasa Allah hijab ini boleh dibuka dan makhluk2 ini boleh dilihat oleh kita... Namun hanya ada orang tertentu sahaja yang mampu dan mengetahu cara2 membuka hijab ini... Dan hanya orang tertentu sahaja yakni Dengan Izin Allah dapat melihat makhluk ini... Barang harus diingat... Setiap sesuatu yang berlaku adalah dengan Izin dan KehendakNya jua... Yakin dan Percaya terhadap kekuasaan Allah adalah Wajib bagi kita HambaNya... Wallahualam...
A'kum saudara Mazidul.
BalasPadamSyukur alhamdulillah saudara berjaya mengupas persoalan mengenai hantu , syaitan dan juga jin yang selama ini sering menjadi topik perbincangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia.
Meskipun jawapannya masih kabur namum sedikit sebanyak ia dapat membantu memberi maklumat kepada semua masyarakat tentang kewujudan makhluk ciptaan Allah ini.
Saudara, sebagai salah seorang peminat paranormal ingin sekali saya berkongsi pengalaman saya berkaitan hal-hal paranormal ini bersama saudara dan peminat yang lain.
Dari apa yang saya tahu (sumber, sembang kedai kopi) dan saya lalui (pengalamam) dan juga kaji (sumber bertulis dan medium media) telah dinyatakan di dalam Al-Quran akan kewujudan ciptaan Allah ini.
Antara pengalaman yang pernah saya lalui dan akan saya ceritakan disini adalah sekadar untuk kita renungkan bersama akan tipu muslihat makhluk yang bergelar syaitan ini.
Kejadian ini berlaku sekitar tahun 1996 apabila adik kepada rakan saya (Arwah Hamdan telah meninggal dunia pada 2003) yang pada mulanya bermula dari sembang kedai kopi berkaitan makhluk yang bergelar hantu.
Saya tertarik akan sedikit sebanyak cerita yang beliau sampaikan dan ini mendorong saya untuk "mengembara" bersama beliau untuk mencari pengalaman bertemu dengan hantu @ syaitan ini.
Seperti yang telah dijanjikan kami bersama 6 lagi rakan2 yang lain telah mengambil keputusan untuk melihat sendiri bagaimana saudara Hamdan itu berupaya memanggil makhluk yang diketegorikan sebagai hantu. Lokasi yang kami pilih adalah di Kg Labuhan Dagang Banting Selangor.
Adalah mustahil menurut Hamdan,kami yg masih baru ini dapat menerima kenyataan untuk melihat makhluk yang lebih ganas maka beliau akan cuba melakukan upacara yang lebih ringan dengan memanggil hantu tulang iaitu syaitan yang menyerupai rangka manusia dan lokasinya adalah ditempat pembuangan sampah. (tempat hantu dan syaitan makan)
Tidak banyak barang dibawa bagi tujuan ini hanyalah sebatang setanggi (colok india) limau dan jarum jahit.
Upacara ini hanya mengambil masa 3 minit sahaja dan mmg kami berjaya melihat makhluk ini namum seperti yang kita semua ketahui tujuan membakar colok itu tadi adalah untuk memanggil hantu ( didalam Al-Quran ada menyebut makanan bagi iblis adalah sampah, tulang, darah dan makanan bagi jin adalah asap)maka colok bertindak sebagai pemanggil dan kami amat terkejut dan ketakutan apabila melihat objek yang datang itu bukanlah hantu tulang seperti yang kami mahu malah ia menyerupai bebola api dalam jarak 20 meter dari tempat pembuangan sampah itu tadi.
Bebeola api itu cuba menyerang kami dengan bergerak dengan laju dan berhenti-henti sebanyak 3 hingga 4 kali. Sebaik menyedari ujian yang datang ini amat berat dan besar makan saudara Hamdan telah membaca mentera dan mencucuk jarum tersebut kedalam tanah sebagai pendinding dan memerah limau di tempat jarum itu di cucuk. setelah melihat akan bebola api ini perasaan yang amat takut namun kami lebih fokus kepada bacaan ayat qursi kerana kami percaya dan yakin ialah adalah ibu segala ayat.
Memang jelas kelihatan bebola api itu cuba menyerang kami namun kami tetap tenang kerana kami yakin dan percaya Iblis atau syaitan tidak boleh melakukan sesuatu kepada umat Nabi Muhammad kecuali menakutkan sahaja. Kerana kami juga percaya segala makhluk halus ini adalah makhluk ciptaan Allahyang mempunyai sifat paling pemalu (boleh rujuk kepada ustaz).
Atas dasar itulah kita tak boleh takut kepada makhluk2 ini.
Setelah melihat bebola api itu kami pun mula beredar. Menurut Hamdan dugaan yang dtg itu tadi adalah dipercayai Iblis yang sangat ganas.
Pada malam berikutnya kami ke sebuah lombong berdekatan dengan pekan Dengkil an mengambil masa 1 jam untuk sampai ke lokasi tersebut.
Tepat pukul 1 pagi kami sudah melihat sebuah tokong cina yg terletak di atas sebuah bukit kecil dan sebaik saja kami memasuki lorong tersebut kami semua (6org) telah melihat seorang perempuan berbaju putih berada dibelakang pokok yg besar berdiri tegak sambil tertunduk dengan rambut mengurai panjang. (cantik) hehehe.
sebaik turun dari kereta kami menemui satu lagi perempuan dibelakang tokong tersebut dengan pakaian putih juga dan kali in ia lebih manis dan tersenyum.
Dengan sedikit mentera dibaca hamdan, kami dapat berkomunikasi bersama perempuan tersebut. Kami bertanya beberapa soalan. Antaranya keturunan apa dijawabnya cina, Berapa umur sebelum mati (sekitar 20+ tak ingat sangat) sebab mati, jawabnya kemalangan. mmg jelas suara wanita tersebut.
Kemudian kami memanggil pula wanita yang berada di belakang pokok besar itu dan sekali lagi kami berjaya memujuk untuk berkomunikasi. Meskipun pada awalnya reaksi wanita tersebut seakan marah dan mahukan sesuatu iaitu darah.
Kami bertanya soalan yg sama , keturunan, cina. Sebab mati, bunuh diri. Sebab bunuh diri, tak dapat kawin ngan teman lelaki. Bila mati sekitar thn 60an.
Selesai sahaja bertanya tiba-tiba wanita tersebut meminta makanan dan kami yg sudah tahu kehendaknya berpura-pura bertanya makanan apa yg dia mahu.. kami katakan kami boleh bagi ayam sahaja (sekadar untuk mengambil hati) namum hantu wanita tersbut meminta 2 kaki, (iaitu darah manusia) dan dia meminta kami menyerahkan rakan kami (nasir) kerana antara kami nasir sahaja yg belum berkahwin dan masih teruna. Kami menjawab tidak boleh berbuat demikian dan wanita itu tiba-tiba marah dah terus keluar dari belakang pokok itu dan menampakkan wajahnya yang garang, ganas dan menakutkan. Saudara Hamdan terus meminta kami berada dalam bulatan yang telah di "pagarkan" sebaik sahaja wanita itu cuba bertindak.
Saya cuba memujuk tetapi tidak berjaya kerana dia tetap mahukan nasir sebagi penganti. Oleh kerana terlalu lama kami cuba berdolak dalik dan tiada tolak ansur dari wanita tersebut saudara Hamdan terus membaca ayat (tidak diketahui) dan wanita itu terus terbang dan mengilai sebaik sahaja ayat tersebut habis dibaca. sebaik sahaja masuk kedalam kereta saya melihat jam hampir 5 pagi meskipun pada awalnya kami hanya menyangkakan baru 20 minit berada disana.
Dalam perjalan pulang kami dilihatkan dengan hantu dari mangsa kemalangan betul-betul dihadapan pintu masuk ke kilang Megasteel. Kelihatan sungguh ngeri dengan keadaan kepala yang pecah dan darah masih mengalir namun lembaga tersebut tidak menghalang kami sedikit pun
Sebenarnya ada beberapa kejadian lagi yang kami lalui pada malam seterusnya.
Sedikit info dan tips saya ingin kongsi bersama saudara dan peminat blog ini.
Makhluk-makhluk yang bernama jin, syaitan mahupun hantu apa jenis pun adalah makhluk yang sangat pemalu kerana kekurangan yg diberikan oleh Allah dan tidak setaraf umat Nabi Muhammad.
Makhluk ini berada dimana-mana dan setiap waktu dan waktu yg paling disukai adalah pada waktu bulan gelap dan bukannya pada bulan mengambang. Mengapa bulan gelap? sebab ia tak mahu susuknya dapat dilihat oleh manusia kerana sifat yg pemalu.
Mengapa histeria banyak terjadi pada wanita muslim sahaja. Kalau kita tanya pada gadis-gadis yang diserang histeria kebanyakannya pada waktu mereka diserang itu adalah waktu mereka datang bulan (haid) dan waktu itu jiwa mereka kosong kerana kita semua maklum dalam keadaan haid wanita dilarang membaca Al-Quran, haram sembahyang dan waktu ini lah syaitan suka masuk dan ganggu.
Wanita yg dalam keadaan haid jiwanya kosong dan mudah diganggu maka jangan lah pada waktu tersebut wanita-wanita ini suka termenung dan membasuh kain didalam bilik air pada waktu malam kerana bilik air adalah tempat yg kotor dan paling digemari oleh syaitan dan iblis.
Pada wanita yang datang haid, sebaik sahaja menukar tuala, basuh bersih-bersih dan membungkus tuala tersebut sebelum membuangnya. Kerana saya pernah melihat bagimana syitan itu menjilat tuala yang penuh darah kotor yang dibuang tanpa membersihnya terlebih dahulu.
Saya juga bersedia berkerjasama dengan saudara Mazidul dalam usaha saudara mendedahkan beberapa aktiviti kurang sihat dikalangan kaki motor dan kereta tetapi yang lebih ekslusif atau lebih dikenali game mewah
(permainan orang-orang kaya) dan melibatkan jumlah pertaruhan puluhan ribu dan yang terbaru 3 malam yang lalu dengan jumlah kutipan RM50 ribu.
Banyak lagi yang saya boleh bantu saudara dalam usaha krew 360 menyediakan bahan-bahan yang lebih exclusive.
Saya juga merupakan bekas wartawan yang telah berkhidmat sejak tahun 1986 hingga 1994 di beberapa akhbar tempatan.
Saudara boleh mendapatkan number handphone saya sekiranya saudara menghantar e-mail kepada saya.
Sekian jumpa lagi.
Erolzz@yahoo.com
Salam sejahtera utk sdra mazidul.
BalasPadamsetelah diamat-amati gambar-gambar - memang sukar utk melihat dengan jelas. apatah lagi hendak menghuraikanya. tapi saya suka jika ianya menjadi topik perbicaraan. ianya berkaitan dengan keimanan sesorang.
Saya punya pengalaman menemui makhluk yang orang lain tak nampak. Ketika itu kira-kira saya berusia 2 atau 3 tahun. Dan setiap kali saya bercerita, saya masih dapat membayangkannya wajah yang saya nampak - seorang wanita yang cantik ,berambut panjang dengan gown warna kuning dengan senyuman manis (senyuman yang tak kelihatan gigi).
Diusia belasan, saya sering diminta membantu menjaga seorang saudara yang gila disihir orang. Saya melayan cerita orang gila yang sering menggambarkan sesuatu yang orang lain tak nampak. Diusia 20an membantu rakan-rakan pelajar dan rakan sekerja yang disampuk atau yang histeria-semata-mata ingin melihat atau mengetahui apa yang rakan itu sedang hadapi, apa yang dilihat mereka....namun hampa. apa yang ustaz dan ustazah selalu beritau, mereka yang punya semangat yang kuat dan keimanan yang teguh tidak akan mudah diganggu makhluk-makhluk ghaib.
Apapun terpulang pada 'pandangan' individu.
uiks...ako baru prasan ada menda bolat2 yg ako amik masa ako masok utan dulu...ako igt tu wap embun lekat kat lense..maklomla da mlm..penuh tuh..xcaya leh tgk kat sabreblade03.fotopages.com
BalasPadamdirect link pic:
http://srv.fotopages.com/2/13794468.jpg
http://srv.fotopages.com/2/13794467.jpg
oww patut banyak benda nukleus tu time saya pi event kat phuket last month....tempat yg kena tsunami dulu..lost souls agaknya..
BalasPadamSalam bro mazidul,
BalasPadamBetul ker gambar ni? Apa pun topik malam ni memang menarik..dan saya pun ada ambil pciture bro ke blog saya. Mintak halal ye bro.
Posting saya psl gambar jin
Gambar Jin - Inside My Head
Pelbagai komen saya terima. Nanti saya postkan fasal 'orbs' dihantar seorang daripada penonton. Quite interesting for sure ..
BalasPadamJatt, baru-baru ni ada party di Port Dickson. Ada gambar dirakam teman dari Berita Harian. Gambar tu tunjukkan remaja di pantai. Tapi kalau diperhatikan betul-betul punya la banyak imej bulat berwarna-warni ni. Nanti saya postkan.
BalasPadamSdr Hafiz, anda harus faham. Saya berperanan menayangkan cerita itu serta gambar imej dirakam. Saya nyatakan secara jelas, ada pihak MENDAKWA itu gambar jin. Kepercayaan tertakluk kepada saudara dan sejauhmana ilmu di dada. Terima kasih sudi melontarkan komen ..
BalasPadamSdr Fauzi, cerita anda cukup menarik. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami semua.
BalasPadamTun Teja, terima kasih. Ada antara penonton mula menghantarkan komen berasaskan pandangan sains. Di ringkaskan, menurut email saya terima, imej itu dikatakan satu bentuk tenaga. I will post that particular article for everybody to read.
BalasPadamAl-Misri, thanks for your sincere comment. Saya menghargainya.
BalasPadammakhluk2 ini Allah SWT ciptakan daripada api...
BalasPadamjadi, kalau saya ada terambil apa2 dari blog ini, saya pulangkan ye pada empunya sekarang... terima kaseh...
kalau saya ada terambil apa2 dari blog ini semasa saya membacanya, saya pulangkan balik pada empunyanya sekarang ya.. terima kaseh...
BalasPadamsblm ni dalam rancangan Al-Kuliyyah turut membincangkan topik yang sama tapi lebih ke arah pengubatan dari gangguan makhluk halus..mungkin boleh dibincangkan dengan lebih lanjut..
BalasPadamNak gambar jin lagi? Okay mari kita cuba ni...
BalasPadamPergi ke tempat yang kurang cahaya. Bawa sekali alat penyembur air. Bukan penyembur air hos getah tu.. tapi yang macam spray racun serangga yang kecik2 tu... Ready dengan kamera.. Kemudian suruh sesiapa sembur... Biar dalam 5 saat .. selepas tu guna camera yang ada flash dan snap gambar ke arah space yang disembur itu tadi. Kemudian lihat keputusannya... Anda akan dapat melihat jumlah "Jinn" yang banyak terapung-apung di udara kerana partikel-partikel air yang semakin mengecil akan memantulkan cahaya balikan flash. Kepaduan partikel-partikel air yang menyerupai wap tadi membalikkan kadar cahaya yang lemah dan menghasilkan balikan bulat yang cantik. Anda boleh memanggilnya imej balikan cahaya atau jika ingin bikin sensasi panggillah objek-objek berkenaan sebagai Jinn... :-)
mcm mana nak saksikan fenomena hantu ini?
BalasPadambro, memg menarik. Kalu tak krn crita ni, takkan ku smpai ke blog ni. tapi apa bezanya dengan "seekers"? bleh dpt kan komen Uncle plak. gua suka tengok & dengar jer, tapi x berani jadik sukarelawan. Ini ada kaitan ngan Sufiah, budak genius tu ke? itupun depa kata 'terkena' gak. atau crita 'sufiah' yg baru balik dr Lombok tu? Agaknya nama 'sufiah' ni sinonim ngan jin kot! sib baik anak aku x der name ni. he he
BalasPadamBest lah Mazidul cerita cam gini..gambar pocong tu ada tak?
BalasPadamada logiknya pe yg encik muzaffar kata tuh...mungkin tu hanya refleks dari cahaya flash ngan embun.Mcm gambo yg sy amik tuh la...masa tuh mmg da mlm...
BalasPadamdirect link pic:
http://srv.fotopages.com/2/13794468.jpg
http://srv.fotopages.com/2/13794467.jpg
Sdr Moe, gambar didakwa pocong itu ada dalam simpanan ustaz Ansaruddin saya temubual dalam program 360, siaran 14 Mei. Jika sdr ingin melihat layari www.tv3.com.my dan click 360.
BalasPadamAssalammualaikum, saya ana, saya cadangkan gambar jin yang bulat-bulat tu cuba di zoomkan lebih dekat dan besarkan, macam-macam rupa lagi boleh tengok, saya selalu buat macam tu dekat kamera saya.
BalasPadamSis Ana,saya setuju. Macam-macam rupa boleh tengok. Macam2 informasi saya terima setakat ini. Nanti dalam episod 360 akan datang, nak buat tajuk 'Hantu'.
BalasPadammcm mane pulak dengan gmbr ini?.baru di snap seminggu lepas di futsal bukit jalil...adakah ini yg di maksutkan 'jin'?..
BalasPadamhttp://i239.photobucket.com/albums/ff298/tiongs_kings/P5160663.jpg
Bro Mazidur,
BalasPadamKalau kita baca manual digital camera yang dibeli terdapat satu fenomena dipanggil 'white circular spots' dan dinyatakan puncanya adalah daripada particle air yang terdapat dipersekitaran yang membalikkan cahaya flash dan ianya memang tak dapat dilihat oleh mata kasar, mungkin tompokan yang kelihatan dalam gambar itu adalah berpunca daripada perkara yang sama memandangkan semuanya bulat-bulat. Walaubagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan yang dinyatakan oleh tuan kerana kamera dapat menangkap gambar melebihi 7 spektrum warna yang dapat dilihat oleh mata kasar. Sebagai contoh mata tidak dapat melihat 'infra red' yang dihasilkan oleh remote control tetapi dapat dilihat jika menggunakan camera digital atau kamera video. So makhluk halus juga dijadikan oleh Allah swt dengan api yang berkemungkinan menghasilkan cahaya tetapi kita tidak tahu cahaya apa yang dihasilkan, kalau infra red bolehlah kita nampak jin guna kamera kot. Wallahualam.
Bro Mazidur,
BalasPadamTuan boleh tengok handbook Sony digital camera mukasurat 14 di laman web ini. TQ
http://www.sony.jp/products/di-world/cyber-shot/manual_english/HANDBOOK__T200_T70.pdf
hello mazidul.. well done. overall.. i pretty like all d topics.. espeacially the ghost topic. will definately support u.. salam
BalasPadamBetty Banafe, Terima kasih. Bukan mudah pelakon, penyanyi dan 'orator' terkenal nak komen kat blog. Anyway, saya pasti ramai juga ingin melontarkan buah fikiran sekiranya Betty memiliki blog sendiri.
BalasPadamCuba masuk forum ini. Ada gambar yg saya ambil. Adakah ini jin?
BalasPadamhttp://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=404791&extra=page%3D1
Salam..
BalasPadamBro Mazidul..
kalau bg omputeh, fenomena ni di panggil 'orbs'..
check it out kat utube ada rakaman video yg mat2 saleh ni buat utk rakam menatang orbs ni..
Gambar tersebut sememangnya orbs..jika mahu lebih terbukti objek ini ialah orbs..saya cadangkan anda mengguna kan video camera sony berkuasa night shot plus dan dengan sokongan cahaya infra merah dan anda boleh merakam objek ini ketika sedang bergerak..kami dari vamp malaysia memang banyak rakaman orbs..isu orbs ini sudah menjadi isu pertelagahan antara pakar photograpi dan grafik..tetapi dari sudut pandangan sains paranormal orbs ialah seperti sebuah kenderaan bergerak untuk jin.
BalasPadamWah, ini mcm dalam siri cerita kita di http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/ jemput datang semua ya ramai ramai...ada yang pelik pelik kat sana ..cerita tahyul dongeng macam macam ada..
BalasPadam