“Nanti bila nikah saya ajak abang,” janji wartawan Majalah 3, Nurul Fariha Onn ketika kami bertemu di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil pada hari pertama Karnival Jom Heboh, 31 Mei lalu.
“Saya tak kecil hatipun bila tak dijemput masa majlis bertunang. Tahu awak bertunang tu pun dah cukup menggembirakan,” kenyataan jujur dari saya.
Fariha anak ke 2 daripada 5 adik-beradik dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada tanggal 13 Mei, 27 tahun lalu.
Saya sempat berkongsi signifikan tarikh sama dalam hidup saya.
“13 Mei 1969 masa insiden rusuhan kaum tu umur saya 2 tahun. Berkebetulan Mak bawa saya ikut rombongan ke Melaka. Masa balik ke Tanjong Malim, Perak bas kami kena baling batu. Kerusi bas kena tanggalkan, letak di tingkap nak lindung driver. Bas lain banyak kena bakar. Mak kata nyawa saya panjang”
“Tu lah, saya pun tak suka nombor 13. Nombor 8 ok, dulu masa sekolah jersi hoki saya nombor 8, ” respon Fariha.
Lama kami bersembang di gerai Majalah 3 sehingga wartawan lulusan Universiti Institut Teknologi Mara itu dihulurkan Genko, reptilia berupa cicak bersaiz besar. Pantas Fariha mendukung haiwan itu sebelum cuba menyerahkannya kepada saya.
“Nah,” kata Fariha.
Saya menggelengkan kepala, Fariha tertawa. Waktu itu barangkali dia terfikir mungkin saya berasa geli atau pun takut menyentuh haiwan eksotik. Sebenarnya tidak.
Saya lihat Genko itu cukup selesa, mendiamkan diri didukung Fariha. Mungkin sentuhannya lebih lembut, sentuhan bakal seorang isteri.
Beberapa minit kemudian, muncul pula lelaki meminta Fariha mendukung anak kecilnya untuk bergambar bersama. Bayi itu juga kelihatan selesa, didukung bakal seorang ibu.
Selesai bergambar, saya bersuara.
“Kalau kahwin nanti, anak pertama nak lelaki ke perempuan?”
Biarpun kelihatan agak terperanjat, dia menjawab.
“Kalau boleh nak lelaki”
“Tapi kalau perempuan pun ok, mesti manis macam awak,” pujian saya lontarkan.
Fariha melangsungkan pertunangan pada 17 Mei lalu dengan juruterbang pesawat pejuang Hawk Tentera Udara Di Raja Malaysia, Mohd Yazid Abu Seman, 30 tahun. Mereka dijangka bernikah pada 31 Oktober dan melangsungkan majlis persandingan sehari kemudian.

Temui Fariha dalam Majalah 3, setiap sabtu jam 9 malam.
Sewaktu dalam perjalanan ke gerai Majalah 3, saya terserempak dengan pengacara Wanita Hari Ini, Azzura dan Nadia berjalan bersama hos Nona, Fiza.

“Bang, ambil gambar masuk blog,” kata Fiza bersahaja mengusik saya.
Saya tunaikan permintaannya.
Jika anda ingin bertemu mereka, berkunjunglah ke Karnival Jom Heboh, esok 1 Mei 2008.
Saya yakin, Azzura, Nadia dan Fiza akan menunggu anda dengan senyuman seperti saya rakamkan di sebelah.
Jumpa lagi.
nak pergi jom heboh...
BalasPadamtgk la klu dpt ajak mmbr gi sana, saya pergi la abg mazidul..
ha bagus la kalau dah kahwin, tak de lagi menipu orang lain, macam filem tipu kiri tipu kanan.
BalasPadamInsaf-insaf la, jgn lagi hipokrit :)
Bestnya dpt pegang ular .. da last time dpt pegang ular msa p kt uptown KD awal tahun bru2 ni.. ular albino..
BalasPadam