Sabtu, Mei 31, 2008

Tertipu?

Saudara pembaca,

11 Jun 2008 akan datang 360 bercadang memaparkan kes berhubung penipuan membabitkan sindiket 'gores dan menang', kini digelar 'buka dan menang'. Saya percaya ramai pernah menjadi mangsa penipuan sindiket sama di seluruh negara berikutan modus operandi licik mereka.

Marilah kita sama-sama membanteras kegiatan mereka bagi memastikan orang ramai tidak terus kerugian di seluruh negara.

Jika anda pernah menjadi mangsa, sila hantarkan ringkasan cerita ke mazidul360@yahoo.com.my berserta nombor telefon untuk dihubungi. Saya percaya jika kisah di sebalik kegiatan buka dan menang ini disiarkan dalam 360, kita boleh sama-sama membantu masyarakat.

Terima kasih atas kerjasama anda.

6 ulasan:

  1. salam...

    gores dan menang banyak...
    kat sungai buluh.

    saya dua kali kena. masa keluar bank-mungkin mereka dah perhatikan siapa yang keluar wang dan ketika di rumah- kononnya ada bancian tentang barangan elektrik-

    yang datang budak-budak kebanyakkan berbangsa Cina sekitar usia 18-22 tahun.

    kalau saudara mahu saya boleh gunakan handycame.... boleh dapat komisyen ke? atau belanja saya makan? jangan bimbang sebab saya tidak makan banyak sangat.

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Penah kena kat mlaka nie....... 5 org semuanya..... mata sepet.... naik "Honda stream" warna hitam.....fully tinted....sampai x kenal saper kat dalam...... MO dia.....sama mcm org lain ..... nk banci peralatan elektrik....pastu bg kad....pastu melompat2 mcm beruk dan bersorak kuat2....sampai satu taman bole dgr...... ucap tahniah beribu2 kali.....pastu mintak msuk rumah...... nk cita pasal kita dah terpilih utk jd kaya......bla...bla...bla..... nasib baik dpt tangkis!!!! slamat duit aku>

    Satu kes yg lain skit.....dtg 2 org mamat..... muka mcm pecah rumah.... bwk penyangkut baju jenis dawai.....buat demo kat kreta wira saya..... tak sampai 10 second..... dia org dapat buka n masuk kreta saya yg terkunci rapat.....alarm pun x berbunyi.....mmg takut n risau jgk bila tgk betapa senangnya org nk curi kete saya.....terlintas difikiran....mamat dua ekor nie......mesti penah curik kete org......pas tu 2 org tu ckp....kreta skang nie.....lbh2 lg jenis proton and perodua....senang dicuri.... tup...tup....dia org offer satu set security alarm.....RM2000....bole byr ansur....n bla bla bla.....kesimpulannya.... ramai yg suka menipu dan cara membuat kita teruja atau dengan menakut2kan kita.....jd berhati2 lah.

    p/s....panjang plak crita saya nie

    BalasPadam
  3. Boleh ke masa depa masuk kawasan laman rumah dan 'perkenalkan' produk, kita kasi warning kat dia orang dan terus call police? Ha ha ha. Dah pernah terkena - long story. Terkena lama dulu sebelum heboh kat suratkhabar & TV.

    BalasPadam
  4. like the others..gres dan menang adalah bisnes tipu org ramai..i hates that...

    BalasPadam
  5. Salam bro mazidul,

    Isu gores & menang, buka & menang, koyak & menang seakan-akan tiada penghujungnya... Mungkin masyarakat dah berjaga-jaga dengan ayat 'gores dan menang' tetapi bila termakan dengan pujuk saleman supaya buka dan menang dengan tawaran hadiah lumayan pun masih ada yang terperangka.

    Pada saya kesedaran tentang hak pengguna masih kurang. Dan juga orang kita senang kelabu mata bila ditawarkan hadiah lumayan HANYA BILA BUKA DAN MENANG..

    Fikir2kanlah, sekiranya kita memasuki satu peraduan yg melibatkan hadiah kereta dll mesti melalui sesuatu pembelian utk melayakkan kita menyertainya. Contohnya Petronas CarCraze, kita dikehendaki membeli petrol minimum RM20 baru melayakkan merebut hadiah.

    Secara logiknya, sebarang hadiah yang ditawarkan mempunyai syarat tapi sindiket gores dan menang telah mengabui mata dengan menawarkan hadiah (yg juga mungkin tiada) dan akhirnya menjerat dan memakasa pengguna membeli produk yang tidak diingini.

    Pada saya kerjasama kempen persatuan2 pangguna patut disebar luaskan kerana penghisap darah ini sekarang lebih suka menjadikan orang-orang kampung yang berduit dan warga emas sebagai sasaran mereka. Begitu juga dengan KPDHEP patut lebih agresif dan proaktif dalam mengesan kewujudan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  6. Rsanya dah jenuh pihak polis brsama media cetak n elektronik wat liputan n beri peringatan kt org ramai psl kes2 pnipuan gores n menang/ sms n seumpamanya .. tapiiiiiii... knapa masih ada kes2 trbaru?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.