Khamis, Mei 15, 2008

Menari Bersama ..

Bolehkah gambar didakwa jin dirakam di tempat tertutup?

Di bawah ini saya sertakan 2 gambar dirakam wartawan 360, Harris Farok Alex pada jam 10 malam 14 Mei lalu di dalam bilik tidak bertingkap, kering dan berkebarangkalian tinggi tidak memerangkap serangga terbang.
Objek dirakam kelihatan bersinar (kiri) dan terapung di atas lantai setelah saya besarkan sedikit imejnya (kanan).


"Lepas saya shoot tu, berdebar pula rasanya," komen haris.

Sehari sebelum itu Harris memaklumkan saya berhubung gambar disiarkan akhbar tempatan pada 12 Mei 2008.

“Abang dah tengok gambar dalam suratkhabar?,” tanya Harris kepada saya.

“Gambar apa?,” soal saya.

“Nanti saya bawa dan tunjuk kat abang,” kata Harris.

Bukan saya tidak membaca suratkhabar, cuma tidak berpeluang membaca semua suratkhabar.

Sebelum siaran 360, 14 Mei, kira-kira jam 5 petang Harris membawa helaian suratkhabar dan menyerahkannya kepada saya.

“Abang tengok la, menarik gambar ni,” jelasnya tersenyum.

Artikel bertajuk ‘Not your average party’ menceritakan kisah beach party dianjurkan di sepanjang Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan. Jika dibaca laporannya, jelas orang ramai berserta wakil rakyat daerah itu berang dengan penganjuran party terbabit. Satu laporan polis turut dibuat.

Ramai remaja dikatakan mabuk dan gila menari sehingga jam 4 pagi. Sehinggakan ada terbaring tidak sedarkan diri. Party sama turut disertai pelancong asing, hadir diiringi pasangan masing-masing. Kebanyakan remaja perempuan pula dikatakan hanya mengenakan pakaian mandi dan skimpy clothing seperti tertulis dalam laporan suratkhabar itu. Semestinya seksi.

Tetapi, fakta itu langsung tidak menghairankan saya.

Mengikut logik akal party itu hakikatnya bukan berlangsung secara tiba-tiba. Pastinya sudah dirancang lebih awal kumpulan tertentu. Apatah lagi apabila dinyatakan dalam laporan itu, 2 pentas besar didirikan di kawasan sama sejak awal lagi. Peserta juga dimaklumkan untuk berhibur mereka wajib berusia 18 tahun ke atas dan dikenakan bayaran RM113 setiap seorang. Dengarnya, tiket party terbabit boleh dibeli di Klang, Selangor.

Semuanya sudah diatur. Justeru, barangkali semuanya jadi bisa diatur. Mengapa hairan dan marah?
Bagaimanapun perkara ingin saya kongsikan bersama anda semua lebih menarik. Perhatikan objek berimej cerah terapung di bahagian atas kepada mereka berhibur.
Anda nampak? Jelas?
Saya percaya jurugambar merakamkan imej itu mungkin tidak perasan kewujudan 'peserta' tidak diundang di party terbabit. Bukan sahaja berwarna putih malah kuning biru.
Timbul persoalan, bagaimana imej bulat seperti saya rakamkan di Cheras dan dirakamkan Harris turut kelihatan di beach party itu?




Mungkin objek itu juga gemar mendengar muzik dan menari sambil dibuai bunyi ombak memukul pantai.. Barangkali?

12 ulasan:

  1. Sebagai umat Islam kita kena percaya ujudnya umat lain di muka bumi ni termasuk jin.

    Alhamdulillah kerana Allah tutupkan hijab antara amalm manusia dan alam jin. Kalau tidak, kita tak mampu bergerak bebas seperti hari ni.

    Syabas bro mazidul atas blog ni.

    BalasPadam
  2. salam...

    saya nak bagi tau perihal partikel orb yang abg tengok tu memang 'jin'...

    jika abng nak tau, tak semua jin bertubuh seperti manusia...jenis partikel orb inilah yang banyak memasuki tubuh manusia...

    ia sebenarnya partikel electrik...ini kerana jin perbuat dari 'flameless fire'...atau juga kita panggil 'elektrik'...

    jika ingin mengetahui...abang boleh ke:-

    http://hashemsfilms.com/component/option,com_seyret/Itemid,40/

    ia adalah research pemuda islam dari amerika...

    k, wassalam

    BalasPadam
  3. semekom, nak menyampuk la skit ttg smua gambar2 yang ada benda bulat putih tu,

    tak tau la nak percaya ke tak, tapi kalau gmabr yg diambil pada waktu malam, ISO ngan flash kamera tinggi, mmg ada benda bulat tu, try cuba rendahkan ISO, kurang flash, rasanya takda kot, sbenda tu terjadi sebab pantulan flash kat debu di udara,

    tgk perbezaam gambar kat pantai/hutan dengan dalam bilik tertutup tu, dekat pantai banyak lagi benda bulat2 putih tu sebab- kawasan luas&gelap, kalau kamera yang dah diset auto, setting kamera tu secara automatiknya menjadi iso tinggi dan flash tinggi. bila iso & flash dah tinggi, nampak la benda bulat tu..

    kalau tak caya, sediakan dua kamera, satu kamera set iso dan flash paling tinggi sekali, lagi satu kamera setting iso dan flash paling rendah

    iso/flash (tinggi)- gambar nampak cerah, bintik2 dan mesti ada benda bulat tu sikit2

    iso/flash (rendah)- gambar agak gelap, tapi rasanya takdak kot menda bulat tu..

    erm, pandangan dari insan yang kurang ilmu pengetahuan, tanak la tepesong pikir menda2 lain plak erk,, sorry kalau ada tersalah kata, assalamualaikum

    BalasPadam
  4. Salam..cuba check laman web ni:

    http://paranormal.about.com/od/ghosthuntinggeninfo/a/aa112706.htm
    http://www.paranormalghost.com/ghost_orbs.htm

    bukan apa..cuba fikir balik kenapa mesti guna digital camera yg 5 megapixel & above? kenapa camera lain takleh tangkap 'orbs' ni?

    Yang jadi tak syoknya sebab keluarnya pernyataan pasal 'orbs' adalah jin..kena lak pernyataan tu kluar dari mulut pihak yang punya 'pangkat' dlm bidang keagamaan serta masyarakat & tersiar lak dlm tv yg sememangnya rata2 ditonton oleh org melayu kita yg telah sebati dgn kepercayaan paranormal & mistik ni..

    Lepas ni rasanya seluruh rakyat Malaysia dok asyik snap gambar 'orbs' kat dlm rumah & labelkan benda tu sbg 'jin'..ataupun ada golongan yang akan ambil kesempatan jadi 'ghost buster' dgn hanya bermodalkan sebuah kamera digital 5 megapixel..hahaha..

    Namun begitu, saya langsung tak tolak tentang adanya makhluk jin ni & saya juga tak tolak tentang adanya ilmu hitam..cuma perlu berhati-hati dalam membuat sebarang pernyataan terutamanya yg melibatkan kemaslahatan umum..

    Renung-renungkan lah..

    BalasPadam
  5. salam sejahtera En mazidul,

    saya ingin meminta idea / pandangan en mazidul berkenaan dgn cerita yg saya hendak memperkatakan di sini,
    Sekolah menengah Jalan reko, kajang, seramai 60 pelajar kena sampuk (hyteria) , dan keaadan menjadi tidak terkawal, dalam 2 minggu lepas,

    tetapi masalah nya sekarang nie, adakah kes sampuk ini ada berkaitan dgn Jin atau makhluk halus??, di sebab kan ini, pelajar pelajar di sekolah berkenaan tidak berani untuk pergi ke tandas seorang diri , dan mereka dinasihati oleh guru mereka supaya berteman 2 atau 3 orang, dan saya mendapat tahu bahawa guru sendiri berteman kan 2 ,atau 3 orang pula.

    Sampai hari ini saya mendapati bahawa ada sahaja, pelajar yg kena sampuk setiap hari,

    Saya tidak pasti sama ada pihak sekolah mengambil tindakan bagi membuat sesuatu bagi menyelesaikan hal tersebut.

    Saya juga mendapat tahu bahawa Block D disekolah tersebut sentiasa tertutup dan pelajar di larang memasuki kawasan tersebut , di sebabkan kerana berlakunya perkara perkara yang tidak di ingini, antaranya ada diantara pelajar2, yag nampak bayang bayangan, di Block tersebut,
    seperti ada orang memukul tingkap ,

    Walau pun saya ini hanyalah penghuni di taman tersebut ( taman west country ) saya prihatin terhadap masalah ini, dan saya tidak tahu di mana seharusnya saya meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah ini,

    Saya berharap encik Mazidul , atau pun pihak yg sepatutnya ,mengambil tindakan sewajarnya sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku pada pelajar pelajar tersebut.

    Di mana ini akan menggangu pelajaran mereja juga.

    terima kasih,

    salam sejahtera,
    sarojini

    BalasPadam
  6. Sdr Mazlan, jangan tersalah quote kenyataan. Apa saya nyatakan dalam program 360, ada pihak MENDAKWA orbs itu jin. Saya tidak membuat pengesahan atau confirmation.

    Saudara sendiri boleh mendakwa apa saja. Tetapi selagi ia berbentuk DAKWAAN, boleh jadi benar, boleh jadi tidak.

    Sebab itu di mahkamah, sesiapa sahaja boleh DIDAKWA tetapi tidak bermaksud dia bersalah.

    Saya yakin masyarakat Malaysia boleh berfikir secara logik dan mempunyai banyak pihak boleh dijadikan rujukan.

    Janganlah memperkotak-katikkan kenyataan saya berhubung penggunaan kamera 5 mega pixel itu, kerana itu DAKWA pihak tertentu sahaja.

    Apa tak syoknya bila ada antara kita tidak memahami kenyataan dibuat dan melahirkan andaian sendiri.

    BalasPadam
  7. eee ape la budak zaman skarang ni...dah tepesong akidah sangat2...tak penah nak tepike yang dunia ni da nak kiamat...tapi pelik la bro...menda tu nape bulat ek...

    BalasPadam
  8. abang, saya ada seorang teman yang di beri kelebihan oleh Allah untuk melihat makhluk halus ini.. katanya mereka ini ada yang menakutkan dan ada juga yang seperti kita.. ada jenis penunggu sesuatu tempat dan ada yang jenisnya mengekori kita.. pastinya yang sering mengganggu manusia adalah jenis yang kedua.. pada mulanya memang dia agak terkejut tapi lama-kelamaan ianya menjadi satu kebiasaan..

    BalasPadam
  9. salam..
    Sdra mazidul, cuba baca betul2 apa yg saya tulis sblm ni..betul ke saya salah quote? ataupn sdra mazidul yg silap ertikan apa yg saya tulis?

    c'mon..saya tahu anda cuma host/penyampai pd mlm tu.. pasal kenyataan 'orbs' adalh jin & kamera digital 5 megapixel tu, sgt jelas siapa yg kluarkan kenyataan tu..tu sebab saya kata pihak yang punya 'pangkat' dlm bidang keagamaan..

    dalam tajuk 'Gambar Jin?' pun ada pernyataan ni siap dgn gambar orgnya..

    cuba tgk balik semua komen yg ada.. kebanyakannya dh bgtau psl objek bulat dlm gambar mereka, adakah tulisan saya sblm ni cuma andaian/dakwaan semata? cuma khidmat 'ghost buster' segera je yg belum ada lagi..harap yg ni takde le..

    apa2 pn, trimakasih sebab kongsi dengan kami topik2 sebegini..& trimakasih sebab tunjuk gambar yg real, bukannya gambar yg telah di edit..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.