34 tahun lalu, sewaktu berusia 7 tahun saya hanya berpeluang mendengar radio, tiada TV di rumah. Melalui radio transistor jenis Toshiba dibeli ayah, saya mendengar lagu dendangan Sharifah Aini, Hail Amir, dan DJ Dave.
Mereka idola ramai pada ketika itu.
TV pada tahun 1974 mahal, harganya dikatakan mencecah 5 ribu ringgit ( mengikut nilai wang ketika itu ). Jika keluarga bekerja sebagai petani tinggal di kampung, hasrat memiliki TV hanya sekadar mimpi dan harus dilupakan begitu sahaja.
TV dan saya pada ketika itu begitu jauh. Jika ingin menonton saya terpaksa berjalan kaki lebih 3 kilometer ke Estet Kampung Sungai Bill. Itu pun sekadar menonoton TV hitam putih menggunakan kuasa generator. Ketika generator kehabisan minyak, saya akan pulang hampa berjalan kaki seorang diri meredah kegelapan malam.
“Tak payah la pergi tengok TV tu, bukan kenyang pun. Orang mengaji kat rumah, awak hilang entah ke mana,” bebelan seringkali terpancul dari mulut emak hampir setiap petang.
Saya hanya mendiamkan diri. Emak garang dan tegas orangnya.
Ketika itu ayah dan emak mengajar ramai anak kampung mengaji Quran, membaca bazanji dan marhaban hingga lewat malam bermula selepas waktu maghrib.
Bagaimanapun ayah saya tidak pernah bising. Dia pendiam tidak pernah berleter, bercakap hanya bila perlu. Emak adalah jurucakap dilantik, cukup komited.
“Cuba belajar, baca buku,” kenyataan penutup emak biarpun menyedari nasihat itu tidak singgah di hati saya.
Saya memang gemar menonton TV kerana itulah satu-satunya sumber hiburan pada ketika itu. Maklumlah, zaman IT belum lagi wujud. Waktu itu TV kelihatan seperti kotak kayu, cuma ada skrin bergambar, itu pun kabur. Tidak seperti sekarang ada TV plasma, nipis dan menampilkan gambar lebih terang berpixel tinggi.
Pada usia 16 tahun, mungkin simpati melihat saya, ayah membeli TV jenis Singer di Pekan Tanjong Malim, Perak melalui sistem bayaran ansuran. Hanya satu saluran, RTM1, ditonton sepanjang hari. Jam 12 malam, siaran tamat.
“Siang malam tengok TV, baca buku tu,” komen emak tetap sama.
3 hari sekali ayah akan berbasikal lebih 17 kilometer membawa bateri 12 volt ke pekan untuk dicas semula. Jika tidak, TV menggunakan kuasa bateri itu tidak menyala, hanya sekadar kotak kayu diletak di ruang tamu rumah kampung.
“Kalau ada bekalan elektrik kan senang,” kekadang hati saya berbisik berbaur sedih.
Cemburu dengan penduduk di kota besar sudah lama menikmati kemudahan elektrik.
Awal 1985 ketika elektrik dibekalkan ke Kampung Sungai Bill, baharulah saya berpeluang mengenal lampu kalimantang, peti sejuk dan mesin basuh. Tetapi tiada TV warna, masih TV kotak kayu.
Kini keadaan amat jauh berbeza. TV boleh dilihat di mana sahaja. TV di rumah, TV di pejabat, TV pada skrin telefon bimbit dan saya sendiri mengendalikan program TV, MHI setiap Selasa, Khamis dan 360 Rabu.

Terasa semuanya umpama mimpi.
Kini TV kotak kayu sukar dicari. Jika ada, barangkali mahal harganya kerana pasti dianggap antik.
Sharifah Aini pula sudah bergelar Datuk dan biduanita, DJ Dave berubah arah bergiat aktif dalam arena politik, Hail Amir? Tiada perkembangan terbaru saya dengar berhubung beliau, mungkin masih membuat persembahan di majlis korporat.
Jika ada pembaca berminat mengetahui panduan menjadi pengacara TV, saya sudi berkongsi pengalaman. Ada?
Wahh. .cerita yg menyentuh hati :(
BalasPadamAder org.... ambik kotak tv tu, buang semua isi perutnya.....masukkan aquarium...... mmg cantek....lagi la kalau "slider kayu" kat depan tu masih boleh dibuka n tutop dgn baik......
BalasPadamp/s TV arwah ayah.... dah hancur kena panas n hujan kat blakang rumah kat kampong.....bila tingat.....rasa terharu plak :(
Salam.
BalasPadamSebut pasal bebarang antik ni mmg membulatkan mata saya. :) Kepada Mazidul atau sesape peminat fanatik barang2 antik ni, jemput setiap ahad (6pg - 1ptg) di Pasar Karat Ipoh. Di belakang Jln Dato' On aka Ocean Ipoh. Dikenali Pasar Loken pada masa dahulu.
Saya pon peminat barangan antik. Antara koleksi (yg xbeghape mahal la) Kipas meja KDK tahun 1982 (siap ade timer) Kipas meja mini Sanyo tahun 1980, Lampu belajar (tahun xdinyatakan) dan jam 'Baby Ben' (tahun xdiketahui), TV 14 inci Phillips (tahun 1980). Semuanya masih elok sehingga kini.
Banyak koleksi yang sukar ditemui di tempat laen. Antaranye gramofon yg masih elok, koleksi piring hitam lama, topi perang antik, koleksi Coca Cola antik. Malah yg menarik perhatian saya, terdapat perkhidmatan membaiki barangan antik!
Antara tempat kebanggan anak2 Perak sebab di sini banyak koleksi dibandingkan dgn tempat2 laen di Malaysia. Pernah menjadi lokasi penggambaran 'Sepet' (scene Oked berjumpe pakwenye kali pertama)
Jemput singgah Yob n Yong! Xkan nyesei kome meronde nanti! :D
(Mana tahu kalau nasib menyebelahi, Mazidul kan menemui abg atau adik televisyen lama milik keluarganya yg masih elok? Mungkin elok dibawa pulang dan diabadikan sebagai 'kenangan terindah' masa membesar!)
Jika ada pembaca berminat mengetahui panduan menjadi pengacara TV, saya sudi berkongsi pengalaman. Ada?
BalasPadamhurm..kalo boleh..kongsikan pengalaman en mazidul. mungkin boleh dimasukkan ke dalam blog nie.
teringat masa tengah menonton, tetiba tv padam sebab bateri dah abih.. semuanya tggl kenangan..
BalasPadamYaa.. tv dolu2 .. klau nk tukar channel, kna pusing 'tombol' tu.. bla dh hbis tgok.. tutup 'pintu' tv yg mcm pintu lipat tu ..
BalasPadamTrkenang smasa duluuuu ..