Rabu, Mei 21, 2008

Seksi Berotot

Lenggangnya bagai gadis sunti sejati. Rambut diikat kemas tersusun. Tetapi lengannya kelihatan berotot dan berurat kasar. Berseluar jeans dan mengenakan t-shirt dia melintas di hadapan saya dan sekumpulan wartawan dan jurugambar di Lorong Haji Taib 1, Chow Kit Road, Kuala Lumpur.

“Wow! Perempuan ke lelaki?,” tanya rakan wartawan four stooges bukan menggatal.

“Tak berapa pasti, keliru,” jawab saya ringkas.

Tiba-tiba bahu saya dipegang dari belakang.

“Orang kena bunuh tu dah tua, 60 tahun.
"Dengar kata dia kena pukul kat tempat lain sebelum dibawa ke tingkat 3, bilik dia,” kata lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Seludin Yunos.

“Umur encik berapa?,” tanya saya.

“Dua puluh lima,” balas Seludin mendakwa berasal dari Banting, Selangor.

Saya tahu dia tidak bercakap benar. Kedutan di wajahnya tidak mampu disorokkan, dia dimamah usia. Saya dapat menjangka usianya mesti sudah mencecah 50 an.

“Dua puluh lima campur berapa?,” usik saya disusuli dengannya senyuman.

Seludin pekerja di kedai menjual buah-buahan berhadapan bangunan kedai 3 tingkat tempat mayat lelaki dikenali sebagai Ah Sui ditemui mati dengan kesan lebam di bahagian bawah mata.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah, mayat ditemui jiran mangsa pada jam 10 pagi, 20 Mei lalu dan melalui siasatan awal polis tiada kesan pergelutan di tempat kejadian.

Menurut pekerja kedai menjual buah-buahan di sebelah tempat kejadian, Arif Md Daud, 30 tahun, ramai golongan Mak Nyah tinggal di kawasan sama.
"Tempat ni famous dengan Mak Nyah kan?," soal saya.

“Selalu dia orang ni ramai tapi bila ada kes macam ni tak ada pula nampak,” katanya sambil melayan pelanggan.

“Dia orang ok ke?,” soal saya.

"Ok dari segi apa?," tanyanya kembali.


"Interaksi?"

“Ish! Nampak macam jiwa tersiksa, jiwa kacau,” kata Arif sudah 11 tahun bekerja di lokasi dihuni Mak Nyah itu.

“Beratus kali diserbu, ditangkap tapi masih ramai berkeliaran ‘menjual’ kalau malam,” sambungnya lagi.

Saya hanya tersenyum.

Teringat saya peristiwa Mak Nyah dikejar polis 10 tahun lalu pada jam 2 pagi di lorong sama.

“Tolong bang, heel saya patah, kaki saya terpelecok ni,” rayu Mak Nyah ditahan polis kerana berpakaian tidak senonoh.

Dia termengah menarik nafas, percikan peluh jantan kelihatan jelas di dahinya.

“Pakai barbie doll dress tapi ada jambang dan janggut. Pelik sungguh,” bisik hati saya ketika duduk di sebelahnya di balai polis pagi itu.

Barangkali bulu muka itu sudah dicukur awal tetapi setelah berjam di jalanan, tumbuh semula tidak seperti peha, licin.

“Bang, boleh saya beli t-shirt abang tu?,” tanyanya manja kepada saya pada jam 5 pagi.

“Awak pakai dress dah ok la tu,” balas saya.

“Alah, please la, please. Takkan saya nak pergi court macam ni. Seksi,” ujarnya selamba bersuara lembut.

“Habis tu, saya nak pakai apa?”

“Abang kan dah ada wind breaker, t-shirt tu tanggalkan jual la kat saya,” pujuknya lagi sambil menundukkan kepala dan menarik ke bawah skirt menyerlahkan peha.

“Saya beli lah bang, bukan nak minta free,” simpati hati buat seketika melihat dia duduk bersilang kaki sambil terus merayu.

Baju low cut mendedahkan dada menarika perhatian saya.

"He! He! Comel juga dia ni, tapi sayang jantan," bisik hati.

“Berapa nak beli?”

“Seratus bang,” cepat dia membalas pertanyaan dan membuka purse di tangan.

Saya tanggalkan t-shirt berwarna merah di badan dan memakai kembali wind breaker secepat mungkin. Cepat Mak Nyah itu mengambil baju daripada genggaman saya dan menghulurkan nota berwarna ungu.

“Tak apa lah. Baju ni saya beli 10 ringgit jer,” sambil saya menolak tangannya.
Saya boleh membayangkan bagaimana keadaan dia berdiri di kandang pesalah di dalam mahkamah hanya memakai dress seksi itu. Perasaan kasihan timbul secara tidak semena-mena. Dia juga manusia, ada perasaan malu dan segan biarpun melakukan kesilapan.

“Terima kasih baaaang,” terkeluar suara garaunya.

Lama sudah peristiwa itu berlalu. Setiap kali diingat saya seringkali tersenyum seperti senyuman pelatih Utusan Malaysia berada di lokasi.

“Beli mana kamera tu?,” tanya jurukamera Bernama.
“Jepun,” balas Azidah Azmi, 23 tahun sambil memegang erat kamera digital Sony 828 miliknya.

“Mahal kut?,” saya pula bertanya.

“Pak Cik saya beli. Di Jepun harganya 2500, kat sini around 6 thousand kut,” balasnya beradab.

Apabila mayat dibawa turun, pantas pelajar Universiti Teknologi Mara itu merakamkan gambar, dia kelihatan begitu bersemangat setelah 2 minggu menjalani latihan praktikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh. Kes itu akan dipaparkan dalam 999, siaran 22 Mei.

Jangan lupa menyaksikan 360 malam ini jam 9 malam, isu rumah terbengkalai.

Bagi saya jika pembeli tidak berhati-hati semasa membeli rumah idaman, sesiapa pun boleh menjadi mangsa.

Terima kasih sudi membaca.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum.....

    Saya nak minta kebenaran drp abg mazidul ni krn sy nak copy artikel abg ni masuk ke blog saya .Sy takut menjadi kesalan besar pulak.. sy peminat abg mazidul .. sy badrul dr perak ..

    terima kasih dengan kerjasama abg mazidul.. nanti abg bagi tahu yerk, boleh ke tidak sy copy artikel abg ni ..( abg reply semula )..

    BalasPadam
  2. Bro Badrul, secara peribadi anda boleh menggunakannya

    BalasPadam
  3. mazidul!!!nama kita sama... hahaha. gambar org tua botak tu ialah kawan ayah saya. kawan dari kecik. masa raya lepas dia dtg rumah. apa dia buat sebenarnye mazidul? boleh beritahu saya?

    BalasPadam
  4. awak cakap KDL dan sherita aziz letak gambar tanpa kebenaran pemilik. gambar yg atas sekali tu, ada kebenaran ke?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.