Jumaat, Mei 16, 2008

Leher Terkulai

Death brings people together

Itu antara kenyataan rakan wartawan suratkhabar The Star, Steven Daniel saya temui semasa berada di lokasi kes bunuh pada jam 1.30 tengahari, 16 Mei lalu.

Saya bersetuju dengan kenyataan Daniel. Mengapa?

Wartawan jenayah kerap sibuk dengan tugasan harian. Jarang sekali dapat bertemu apatah lagi minum bersama selain sewaktu menjalankan tugas. Bagaimanapun peluang bersua muka itu terbuka apabila berlakunya kes jenayah.

Boleh saya rumuskan, antara banyak kejadian jenayah di negara kita, kes bunuh dikategorikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ada ‘magnet’ tersendiri di kalangan wartawan. Maksudnya, setiap wartawan baru maupun lama tidak akan melepaskan peluang membuat liputan kes bunuh biarpun di mana saja berlaku.

Di lokasi itulah kami bertemu (it brings people together) khususnya di kalangan wartawan.

Tengahari itu saya berpeluang bertemu Steven di Uptown (brings us together), Damansara Petaling Jaya, Selangor kerana ada nyawa terkorban (death) akibat kejadian bunuh berlaku.

Tetapi apabila saya ulang kenyataan itu, ada antara rakan lain tertawa, barangkali aneh kedengarannya.

“Mayat jumpa atas tilam di lantai. Leher hampir putus kena potong dengan pisau,” kata anggota polis saya temui.
“Orang apa?,” soal saya.

“Lelaki Mynmar dalam lingkungan 20 an kurus aje,” sambungnya lagi.

Saya kemudian dimaklumkan mangsa bekerja di restoran sejak setahun lalu. Restoran itu terletak di bawah hostel, lokasi mayatnya dijumpai.

Mayat warga asing itu ditemui pada jam 9.30 pagi melalui laporan dibuat majikan di Balai Damansara Utama terletak kurang 1 kilometer dari tempat kejadian.

“Mula-mula Sarjan pergi check, ingat mati biasa. Sampai kat tempat tu dia pun terkejut tengok darah berlambak, leher mangsa terkulai,” bisik seorang lagi anggota polis di lokasi.

“Dia seorang duduk di bilik tu ke?,” soal saya.

“Rasanya tak. Coli ada tergantung kat bilik tu, mesti ada perempuan,” sambungnya lagi.

Benarlah jangkaan anggota terbabit. Dalam sidang akhbar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, beliau menyatakan polis sedang giat mencari 5 rakan sebilik mangsa dipercayai melarikan diri berikutan kejadian itu.

“Orang Mynmar ni very rude. Kalau ambil order makanan kasar gila,” keluh wanita berdiri di sebelah saya.

“Warga asing ni pantangnya satu, jangan biarkan dia orang membina koloni. Bila dah ramai mula naik kepala,” sampuk saya.

“Sekarang ni banyak kedai makan terutama kopi tiam ambil pekerja Mynmar, murah kut gajinya?,” soal wanita itu.

“Itu saya tak pasti. Tapi saya tahu, ribut Nargis mengorbankan lebih 100,000 nyawa di negara dia orang baru-baru ni. Junta tentera buat kecoh. Wartawan nak pergi cover tragedi tu tak bagi masuk negara dia orang. Ramai sangkut di Bangkok. Walhal rakyat dia punya la ramai di negara kita dan saya harap mereka tak buat kecoh,” jelas saya.

Sebelum ke lokasi pembunuhan itu saya dan wartawan 360 ke Shah Alam, Selangor menemubual Ketua Pegawai Operasi Hartanah Selangor, Mohamed Marzuk Basir di Bangunan Perangsang, Shah Alam, Selangor berhubung kes pembangunan lot rumah banglo terbengkalai di Ulu Yam dan Puchong.

Kisah rumah terbengkalai itu akan disiarkan pada 21 Mei akan datang pada jam 9 malam dalam program 360.

Sewaktu makan di Kota Damansara, jurukamera Abdul Mutalib Abdul Aziz atau saya panggil Nong memaklumkan kami kejadian bunuh berlaku. Kami kemudian bergegas ke lokasi untuk Nong merakamkan gambar bakal dimuatkan dalam Buletin Utama TV3 pada hari sama.

Seperti biasa orang ramai selalu berkumpul setiap kali berlaku kes bunuh. Tiba-tiba seorang gadis berpakaian kebaya melintas di depan saya.

“Hui! Model mana tu?,” tanya Liza kepada saya.

“Pegawai Penyiasat kut,” Liza tahu saya bergurau.

Gadis itu nampak kelihatan begitu sibuk berjalan ke hulu dan ke hilir. Barangkali dia ingin tahu perincian kes.

Dia kemudian memperkenalkan dirinya kepada Liza.

“Neny, saya kerja dengan CIMB,” katanya.

“Kami tak ada duit nak invest,” celah saya.

“Kita nak kongsi kebaikan pelaburan,” balasnya.

“Lain kali kut,” saya memberi alasan.

Dia kemudian beredar.

Pada jam 2 petang, pasukan Forensik Selangor tiba di tempat kejadian. Seperti biasa, kenderaan dipandu S. Nambiar dan kemudian muncul Sarjan Mejar Ang, Kopral Mokhtar Hussain dan anggota terbaru, Vanitha. Setengah jam mereka ‘memproses’ tempat kejadian sebelum turun ke lokasi kami berada.

Kurang 10 minit mayat diusung keluar dari tingkat satu melalui tangga dibalut plastik hitam. Semua jurugambar sibuk.

Klik! Klik! Klik!

Gambar mayat mereka rakamkan untuk dimuatkan dalam suratkhabar keluaran 17 Mei.

Sewaktu berdiri menunggu Nong mengambil kenderaan diletakkan agak jauh, saya disapa.

“Apa khabar? Lama tak nampak?,” Nambiar menegur saya sambil menghulurkan tangan.

Kami bersalaman. Dia tersenyum lebar.

“Jahat! Lepas pegang mayat, pegang tangan saya!,” jerit saya kepada Nambiar.

Nambiar, anggota forensik kebiasaannya ditugaskan mengalihkan mayat mengikut posisi bersesuaian bagi memudahkan Mokhtar merakamkan gambar. Saya pernah melihat Nambiar membantu ‘memproses’ puluhan mayat di pelbagai lokasi sebelum ini.

“Tak baik tau, saya ni sensitif dengan tangan orang baru pegang mayat,” gurau saya sambil merakamkan gambarnya tanpa disedari.

“Tak da apa. Pakai glove la, macam tak biasa,” selamba dia berkata.

“Ha! Ha! Saya dapat gambar you,” kata saya.

“Nak buat apa?,” soalnya.

“Masuk dalam blog,” jawab saya ringkas.

Barangkali Nambiar tidak banyak tahu mengenai blog kerana sibuk bekerja dan saya jangka dia juga tidak pernah kisah berhubung blog tapi saya akui dia berpengalaman menyentuh banyak mayat di sepanjang kerjaya.

Jika anda ada pengalaman melihat mayat dalam keadaan ngeri, kongsikan bersama saya dalam blog ini, dipersilakan.

13 ulasan:

  1. salam...

    abe mazidul...

    'BARAH' KEPADA MALAYSIA- PERKARA LAMA TAPI PERLU 'DIRIBUT-RIBUTKAN'

    saya cadangkan 360 adakan satu tinjauan tentng kehendak dan masalah yang berlaku di sabah- berkenaan tuntutan ahli BN seperti isu pendatang.

    Kupas bagaimana mereka senang memperolehi i.c, mendapat taraf PR, dan anak-anak mereka menikmati kemudahan pendidikan, dan bagaimana ia menyekat peluang pekerjaan..

    jangan lupa, buat tinjauan keseluruhan kes pendatang di Malaysia- tumpuan kepada
    1. berapa ramaikah pendatang PR sudah berada di Malaysia- kajian perlu ke kementerian dan Jabatan Pendaftaran...

    2. Kategori mengikut negara dan bangsa yang mendapat PR.

    360 pernah melakukan shotting (dah lama dah)tentang pendatang tapi tak menyeluruh...boleh buat sekali lagi?

    dan minta supaya isu ini dibuka semula bagi tatapan umum... interview juga menteri dan pendatang terbabit...

    jangan lupa interview penduduk tempatan- mereka marah atau suka dengan PR?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum en.mazidul n suma pmbaca..

    berkenaan dgn mayat ngeri..saya xpernah tengok secara dekat..
    tapi pada 5 dec 2007, satu mayat reput telah dijumpai di sg. perlis..

    saya xtau lanjut ttg identiti sebenar mayat tersebut.n saya rasa berita nie xkuar kat mana2 media kot..tapi yg saya dengar org2 kg yg brada d skitar kat situ ckp, mayat tu dlm lgkungan 50-an, a chinese man..tak tau btol atau tak..

    dipercayai, mayat tu dah 2-3 ari kat sungai tu..what we call bahagian yg tepi sungai tu eh?ha..kat situ la mayat tu djumpai..if i'm nt mistaken..masa tu ada sorang pemancing yang nak memancing kat situ..maybe sebab berbau or maybe suddenly dia jumpa mayat tu..n tros dia laporkan kat polis..

    dan sampai sekarang saya xtau punca kematiannya..cuma..tiap kali lalu kat tempat mayat tu djumpai..msti saya terfikir ttg mayat tu n bau mayat reput tu....herm..ckuplah sekali saya bau.. :)

    itu je la yang boleh sy kongsi kali ni..

    assalamualaikum..

    BalasPadam
  3. ngerinya.........salam dari penonton setia 360

    BalasPadam
  4. Hey Mazidul. looks like you really quoted my line and posted in your blog.

    For you readers, Mazidul almost mis quoted me saying "crime brings people together". I terpaksa sekolahkan him to not get it wrong :-).

    Im very impressed of the amount of detail and conversations you can remember from each of the crime scenes you visit.

    Keep up the good work and it was nice meeting you.

    BalasPadam
  5. Bro Steven, normally reporters write about their subjects, other peole, right? Rarely, reporters write about other reporters, a fact. He! He That's why I quoted you.

    Waiting for another murder case. Anyway, where were you when the headless body found in PJ?

    Since your goodself wasn't there, I wrote 1 article on that, specially dedicated to u ..

    Regards

    BalasPadam
  6. wah bro...manyak brani amik pic tepi mayat...caya bro...idup bro...hehehehe...

    BalasPadam
  7. Remiraf, setakat ambik gambar, saya rasa semua orang berani

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. salam, saya muhd azri aziz dari Dengkil. Tempat saya ni banyak pencuri pasir, rasanya PBT dah kena rasuah sebab dulu ada juga datang rush sekarang dah tak lagi.
    Datang tengok aje adela.
    boleh abg mazidul buat followup kat sini

    BalasPadam
  10. Hi Mazidul, sorry never visit your blog a while. Yeah I couldn't make it for the PJ body case coz I was nite shift tat day.

    Never mind, Im sure there would be another time we can meet up, then maybe can minum kopi while waiting for press conference.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.