Khamis, Disember 23, 2010

Ditikam Dan Leher Dikelar


Remaja berusia 12 tahun berwajah manis ini ditikam 3 kali.

Lehernya turut dikelar. 

Sebelum lehernya ditikam dan dikelar, mukanya dipercayai diserkup menggunakan guni. Barangkali dia terkial-kial cuba bernafas sekaligus membebaskan diri namun tenaga gadis pelajar tingkatan 2 itu gagal mengatasi kekuatan pembunuhnya.

Mayatnya ditutup pelepah kelapa sawit ditemui hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pecah, Batu Pahat Johor. Sehari sebelum dia ditemui mati, mangsa dilaporkan sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya

'Kakak nak kena bunuh ni'

4 daripada 5 suspek diberkas polis berusia di antara 14 dan 16 tahun, mereka juvana.

Jika suspek terbukti bersalah kelak, saya berasa hairan bagaimanakah remaja di bawah umur sanggup membunuh sedemikian rupa?

Kemanakah hilangnya perasaan belas mereka?

"Perbuatan mereka memang kejam. Tak sanggup nak menengok keadaan arwah. Saya sebagai bapa walau bagaimana pun kena tengok juga," keluh ayah mangsa, Abdul Rahman Hassan.

Mangsa, Siti Mazni.

Saya faham maksud kenyataan Abdul Rahman kerana saya juga ayah. Bukan mudah melihat dan menerima kenyataan anak dibesarkan meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Saya jangka, cemburu, motif pembunuhan biarpun pihak polis belum mengumumkan hasil siasatan mereka. kepada media. Perincian kes bakal kita ketahui dalam jangka waktu terdekat kerana saya yakin, mengenali  beliau, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif akan mengkotakan apa beliau kata.

"Hingga kini saya punya arahan jelas, sesiapa terbabit akan dicekup"

Wartawan blogger, Zulhazrey Abu Bakar, pemilik blog ini meninjau lokasi kejadian bersama Datuk Mohd Mokhtar 2 hari lalu dan menemubual keluarga terdekat mangsa.

Saya memilih laporan Zulhazri sebagai paparan pembuka tirai program 999, jam 9 malam ini.

Jangan lupa menyaksikan laporan disediakan.

20 ulasan:

  1. budak2 zaman sekarang... nak kata kurang didikan, dah dihantar ke sekolah..

    itulah budak zaman sekarang, belum pun umur cukup 18 dah berlagak seperti orang dewasa..

    ibubapa sekarang pula, lebih risau anak tak cemerlang upsr/spm dari risau anak tak pandai mengaji..

    didikan agama tu penting.. ish2..

    BalasPadam
  2. astaghfirullahalazim, dunia skg.. mcm2.

    BalasPadam
  3. isk~ kecik2 dh membunuh.. di bawah umur lagi tu, dh boleh wt kerja2 gila macam tu.. dunia2x..

    BalasPadam
  4. huh
    dayus dan berani betol
    ape hukuman yg setimpal yg patut dikenakan terhadap mereka??

    gantung even mereka dibawah umur is da best way
    o sebat then pnjara seumur hidup??

    BalasPadam
  5. BRO,
    saya bercerita dengan anak-anak saya kisah ini. Kami berbual isunya, kenapa mereka semuda itu, umur belum 20 tahun, sudah berani bunuh orang!

    Kesian, ibubapa mereka.

    Lebih kesian dan simpati kepada keluarga mangsa.

    BalasPadam
  6. xmahu komen apa2...

    nk tunggu paparan malam nie

    klik link nie untuk ke
    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  7. umur muda-muda dah jadi pembunuh...punca? sebab cinta, sebab cemburu, sebab dengki...apa nak jadi dengan bakal pewaris kepimpinan negara ni? salah didikan? ke salah pembawakan?

    BalasPadam
  8. salam perkenalan abg dol...( jgn mare ye )...inilah salah 1 sbb knpe saya x suka beli paper skg nih...sy takut nak bce pasal gejala2 yg makin lama makin teruks...so sya bace berita terkini kat blog a.dol je lah yea...

    smuga remaja2 zaman skg nie dapt hidayah n dilindungi Allah swt hendaknya..amin

    BalasPadam
  9. subhanallah...dunia akhir zaman..kes bunuh hampir setiap hari...

    BalasPadam
  10. muda lagi dah nk jadi pembunuh..
    masa depan dah takda..
    entah apa nak jadi daa..

    BalasPadam
  11. urm..sedihnye..zaman skrg ni macam2 dah terjadi.ape la nk jadi dgn remaja2 ni bile dah dewasa kelak..siapa yg harus dipersalahkan????...

    BalasPadam
  12. itu le bile syaitonnirrojim yg diikut.. x memikir seblum buat..
    sgt2 menyedihkan.. al-Fatihah utk siti mazni, salam takziah buat keluarga.

    BalasPadam
  13. Salam
    Ish..bang..seram betul cerita ini. Tempat mangsa dengan kampung aku lebih kurang 45 minit. Kiranya, aku taulah juga tempat disekitar situ. Aky rasa, semua ibu abah kena ajar anak-anak diaorang self defensive. Kiranya, ada backup la. Aku ni dah agak tua jugak la baru terhegeh-hegeh nak mendaftar kelas karate-do..(macam lawak sikit;p)
    Takziah buat keluarga mangsa. Budak-budak sekarang memang ramai yang ada masalah sosial. Dengan orang besar pun diaorang berani mengurat? (taulah badan aku kecil dan muka budak-budak, tapi aku dah tua!!) rasa nak pelempang aje. geram..geram..

    BalasPadam
  14. Semakin banyak jenayah2 yang kejam, ngeri dan maksiat2 melibatkan juvana di Johor sejak akhir2 ini. Sepatutnya dibuat kajian semula keberkesanan dan kurikulum pendidikan agama disekolah2 di negeri Johor ; kerana sebagaimana yang kita maklum, sesuatu yang istimewa dinegeri Johor ialah setiap kanak2 sekolah diwajibkan utk. menghadiri kelas Sekolah Agama disebelah petang selepas selesai sessi pagi disekolah2 kebangsaan.

    BalasPadam
  15. sampai ati bdk2 tu buat mcm tu..xda ati perut..ingat ayam ke?org nak bunuh ayam pon xsampai ati..ni lg manusia?

    BalasPadam
  16. Salam,

    Terpenganruh cerita ganas, kurang didikan agama dan pelajaran serta kurang perhatian dan bimbangan dari ibu bapa mungkin menjadi sebab kenapa remaja kini sanggup bertindak di luar batas normal.

    BalasPadam
  17. ni la jadinye kalau hudud tak dilaksanakan....

    BalasPadam
  18. extremenya cara hati kecewa
    duhai, masa dpean jauh lagi
    huhu

    BalasPadam
  19. apsal ek budak2 sekarang berani nak membunuh bunuh bagai.....hadoiiii...ni mesti banyak tengok citer friday the 13th ni

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.