Rabu, Disember 08, 2010

Siapa Kata Di Kelantan Tiada Karaoke Dan GRO?

Bilik di rumah banglo diubahsuai menjadi pusat hiburan. 

Maksudnya, setiap bilik dilengkapi sistem audio-visual, sofa dan meja untuk keselesaan pelanggan berkaraoke dengan modal pengubahsuaian mencecah RM3,000. Manakala caj sejam penggunaan bilik karaoke berhawa dingin terbabit, RM50.

Gadis pelayan pelanggan, GRO? Bisa diatur dengan bayaran RM50 sejam. Majoriti mereka ibu tunggal, janda muda berusia awal 20 an. Biarpun tidak mengenakan pakaian seksi, mereka ligat menari, menyanyi dan mesra melayan pelanggan. 

Dangdut, Poco Poco dan Rock 'n' Roll, semua didendang dan ditarikan mereka.

"Menariknya, depan bilik karaoke, ada bilik 'khas'. Kalau kena gayanya, GRO boleh 'pakai' sekali," ujar sumber. 

Jadi siapa kata di Kelantan tiada karaoke dan GRO?

Saya berasa amat yakin ramai penduduk Kota Bharu, khususnya golongan muda  mengetahui kewujudan premis terbabit namun berbincang mengenainya secara terbuka, setakat ini dianggap taboo.

Saya difahamkan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu, MPKB sebelum ini dilaporkan berulang kali menyerbu dan menyita peralatan audio-video dan semua kelengkapan lain di premis terbabit.

Namun, hakikatnya, beberapa pusat hiburan tanpa lesen itu masih terus dikunjungi pelanggan dan beroperasi sehingga menjelang subuh.

Mengapa?

Logik akalnya mudah.

Lazimnya, jika manusia dihalang berhibur, secara bersembunyi sebilangan mereka akan mencari jalan untuk memenuhi kehendak itu.

"Kalau pusat hiburan tanpa lesen dibuka di premis perniagaan biasa, MPKB  berhak menyita  terus semua kelengkapan tetapi jika beroperasi di premis persendirian, kita perlukan bantuan pihak polis untuk masuk dan kemudian merampas barangan di premis terbabit," ujar Ramly Che Hussin.

Ramly, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Penguatkuasa MPKB.

Tahun lalu, sewaktu menjalankan tugasan di Kota Bharu, saya dimaklumkan MPKB menyita peralatan karaoke di beberapa gerai makanan.

Menyediakan kelengkapan karaoke di premis terbabit, tindakan melanggar undang-undang kerana MPKB tidak mengeluarkan lesen hiburan.

Kini sebilangan pengusaha mengubah modus operandi mereka, bukan sahaja banglo milik persendirian malah bilik flat kos rendah tidak terkecuali diubahsuai menjadi pusat karaoke.

Ambo nok berhibur weh!

Barangkali itu kata mereka.

NOTA

Beberapa bloggers menulis berhubung Menteri Besar Kelantan dikatakan sakit tenat. Saya telah menghubungi kenalan di Kelantan dan perkembangan berita itu akan dikongsikan di sini.

Kemas Kini

Menurut anak Menteri Besar Kelantan, beliau hanya mengalami sakit di bahagian pinggang BUKAN tenat.


24 ulasan:

  1. Hee.. eeee. Sapo yang kata? Ambo tak...
    jika di Kl, manusianya hendakkan hiburan, di Kelantan pun samalah juga. Mereka bukan dari keturunan yang berbeza kan? Justeru sesekali nak juga berhibur, nak juga berpoco-poco..... nak ke Bali atau Medan bukan tak mampu beb, tapi line tak clear!

    BalasPadam
  2. yah betul di KUALA LUMPUR bukan karoke.. party2 sex dan sex bebas terlalu banyak.. ssh nak dibandingan antara negeri soal-soal begini.. yang seharusnya utk kita bandingkan ahlak pemimpin negeri itu.. kadang kala ada pemimpin begitu berimman tetapi rakyat jauh dari tuhan..

    manusia ini sifatnya baharu, dan lalai.. utk sbb kerana allah jadikan syurga dan neraka. diwaktu kita mencari salah org, mencari aib org utk pendoman dan pengajaran utk kita dan masyarakat kadang kala kita lupa kita ini juga manusia kita juga tidak lari antara syurga dan neraka.

    BalasPadam
  3. Wali, bukan mencari salah, sekadar melaporkan fakta.

    BalasPadam
  4. ohh..betul ker ?
    saya yg duduk kt kelatan pon tak tahu .

    BalasPadam
  5. syaitan laknatuAllah itu ada dimana2...
    selagi bernyawanya anak Adam..
    tiada yg terkecuali...
    terpulang kepada individu utk menilai nya...
    jgn menilai sesuatu dr luarnya...
    ble dh tahu dlmnye,terpinga2 terperanjat pun xtinggal kesan.

    BalasPadam
  6. eh jangan kata di kelantannn

    di kedah juga pun dah ada banyakk sangat rumah urut dan pusat hiburan

    terkini di pendang- sebelah masjid lagi..

    hey, pls la orang kedah pun mahu hiburan juga tahu?????

    hehe..best sungguh!

    BalasPadam
  7. Hiburan ni kat mana2 pun ada....selagi ada permintaan akan adalah dia...tak boleh cara halal(ada lesen) dia buat cara haram. Orang yang beriman dan tak beriman ada di mana2 sahaja...cuma yang membezakan adalah banyak sedikit sahaja.....Sekurang-kurangnya usaha untuk membenteras tu dah ada...cuma hukumannya terlalu ringan,sebab tu mereka ni tak takut....

    BalasPadam
  8. salam..saya setuju sangat En Mazidul bongkarkan fakta2 semacam ini,dan lagi setuju andai di bongkarkan fakta2 sebegini kepada cerita semua negeri.bukan tujuan politik,tapi tujuannya hanyalah memberitahu masyarakat bahawa fakta tidak pernah menipu,bahwa ada negeri yang lebih teruk dan d tahap kronik berbanding apa yang d bentangkan.moga terus maju:)

    BalasPadam
  9. Memangla ada, di tanah arab pun lagi banyak, sdangkan di situ bertebarannya ramai golongan ulamak dan umarak yang bertakwa. Cuba selidik kat negeri2 lain juga, sebagaimana pihak 999 memberi perhatian yang lebih pada negri Kelantan. Saya raya negeri2 lain pun cemburu dengan perhatian yg lebih ditumpukan pada negeri klate ni...

    InsyaAllah, saya yakin dan percaya akan banyak FAKTA baru akan ditemui jika itu yang penulis idam-idamkan...kami pun ble share2 skali dok...PEACE OUT:D

    Lepas tu, buat tampalan negeri mana yang johan dan tewas kategori banyak gro, k-box, disco, etc...macam ada pertandingan pulok hehe...

    BalasPadam
  10. Cerita yg mengatakan nik aziz sakit tenat itu adalah pembohongan semata2.... nik aziz hnya sakit urat sahaja dan telah sembuh... ptg td br sahaja die menjadi imam utk sembahyang asar... jangan terpedaya dgn dakyah kotor blog totok UMNOAPCO yg sememangnya berniat buruk terhadap nik aziz....
    jika benar GRO dan karaoke ini benar2 ad di kelantan, tulis surat kepada Menteri besar atau exco yg terbabit....sama2 kita membasmi jika ia adalah benar...

    BalasPadam
  11. Nasib baik vic tak pernah kata....

    Kalau tak takkan la paper semalam cakap isteri di Kelantan paling banyak menghidap AIDS gara2 aktiviti suami.

    Scary~!!

    BalasPadam
  12. Maksiat dan kemungkaran tidak memilih tempat. Syaitan di mana-mana, waima di Mekah pun ada pencuri.

    BalasPadam
  13. di mekah....ramai pencopet berkeliaran disekitar masjidil haram terutama musim haji....syaitan ada di mana-mana.cuma jika tahu kena benteras.

    BalasPadam
  14. satu perkembangan yang sihat dari sudut bisnes..merangsang ekonomi, maklumlaa ramai pelabur luar mulai dapat projek di Kelantan. tak perlu ke seberang nak hilang sakit kepala.

    Dah ujud sejak tahun 80an cuma ruma banglow jauh dari jiran2 dan secara Privasi untuk ahli sahaja belm sampai tahap sewa flat. cuma dulu2 nak keluarkan berita secara meluas ada tapisan pihak berkuasa jaga dasar masa itu..
    kini media agak bebas..serta pemberi maklumat yang banyak...

    bab Blog itu bolehdigunakan istilah baru tak??

    permerdagangan tubuh sebagai salah, jual tubuh sebagi PELACUR..
    jual berita fitnah juga hampir sama sebagai kalau diBlog boleh tak dilabel BLOGER PELA*..

    BalasPadam
  15. Menurut sorang kawan... di Kelantan, 'penjaja'nya pakai pakaian menutup aurat lagi... pakai tudung...! Dorang ni 'menjaja' kerana desakan hidup. Bukan untuk hiburan... Sian jugak... Tak ada jalan lain ka yg boleh dipilih? Kurang sangatkah peluang pekerjaan kat sana...? Sapa tau keperitan hidup ibu2 tunggal spt mereka...?

    BalasPadam
  16. kerap balik kota bharu, tapi tak pernah dengar tentang hal ini, memang ade pusat karaoke ...tidak dinafikan tapi pusat karaoke yang ada itu berlesen, sebuah kelab di PGCC, hanya sekadar berkongsi..wallahualam

    BalasPadam
  17. mana ada... Kerajaan negeri Kelantan tidak akan mengeluarkan lesen karaoke di negeri itu... Kalau nak berkaraoke di rumah, untuk kalangan keluarga boleh lah... tapi untuk tujuan perniagaan, tidak ada lesen boleh diluluskan di Kelantan.

    BalasPadam
  18. @Tcr Ain
    saya maksudkan sebuah kelab yang diberi lesen utk karoake, saya pernah kesana atas urusan client dan melihat sendiri, ekslusif utk member club dan tetapi orang 'luar' pun boleh masuk disamping members dan keatas sahaja, mesti berpakaian kemas, 18 tahun dan keatas sahaja

    BalasPadam
  19. @EzzEddin...
    Jadi maknanya Kelantan masih mahu kaut sumber pendapatan negeri daripada karaoke lah ya? Sebab yang saya tahu benda2 yang menghampiri maksiat diharamkan di Kelantan. Lesen judi, arak semua tu tidak akan dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan.

    BalasPadam
  20. Dimana2 pun ada maksiat kalau manusia jenis ni tak tahu halal dan haram....Seorg Pak Imam pun belum tentu mempunyai anak yg soleh dan solehah kalau memang jenis yang tak tahu malu pada Allah. Ingatlah bahawa imam tak boleh diwarisi walaupun dari seorg ayah yang bertaqwa....so sebaik mana seorg pemerintah sekalipun kalau rakyatnya jenis ikut syaitan...tak boleh nak buat apa...ada undang2 pun diorg langgar...sedangkan undang2 nak park kereta pun ramai manusia kat Malaysia ni yg jenis tak faham bahasa dan undang2....Manusia mmg suka mengikut kehendak syaitan...lepas tu salahkan orang lain....

    BalasPadam
  21. emmmm... mana mana pun tentu ada karaoke dan gro

    BalasPadam
  22. Siapa Kata Di Kelantan Tiada Karaoke Dan GRO? tak bole dapat cara legal, cara illegal adalah jalannya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.