Rabu, Disember 22, 2010

Kelas Pengucapan Awam I

Saya sekadar ingin berkongsi formula berucap secara yakin di khalayak ramai seperti ditawarkan di tampalan ini.

Blogger Naisofon X kemudian meninggalkan komen berikut di ruang komen.

'Boleh ke saya jujur kat sini?

Saya rasa mazidul punya kemahiran komunikasi biasa saja. Tapi kalu boleh mazidul kasitau macam mana nak berani cakap' 

Ya! Ya! Memang kemahiran komunikasi saya biasa sahaja. Saya pun tidak pernah mendakwa kemahiran komunikasi saya luar biasa? Or did I?

Baiklah, jom kita mulakan kelas!

Blogger Azieazah dilantik sebagai ketua kelas kerana dia antara murid saya gemar bercakap dan mampu menarik perhatian audience nya.

Ya! Kenyataan itu benar dan sukar menjadi Azieazah. Maksud saya, bukan mudah untuk berada di khalayak ramai sambil bercakap secara selamba.

Seperti saya, saya yakin Azieazah bukan graduan Mass Communication tetapi jika pembaca berpeluang mendekati blogger terbabit, anda pasti dapat mengenal pasti bakatnya.

Bakat? Ya, bakat mampu berdiri atau duduk di kelilingi orang ramai  sekaligus berkebolehan bercakap secara tenang dan yakin.

Saya kagum.

Teringat, ketika di tingkatan 5 (baca: 26 tahun lalu), saya 'dipaksa' memasuki pertandingan syarahan di Sekolah Menengah Slim River, Perak.

"Di persilakan peserta seterusnya, Mazidul Akmal Sidik"

Saya melangkah bersemangat ke pentas, tepukan gemuruh diberikan pelajar dan guru di dewan sekolah. Tanpa diketahui, sebaik berdiri di hadapan mereka, kaki saya 'hilang'. Terasa kaki menggeletar dari lutut ke bawah.

Tekak terasa kering.

Jantung berdegup terlalu kencang, mata menjadi kabur dan lidah tidak semena-mena menjadi kebas.

Waktu itu, sebagai anak kampung, saya tidak mengenal perkataan 'stage fright'. Maklumlah, di kampung saya, majoriti penduduk menggunakan bahasa Mandailing, bukan Inggeris.

"Uih! Cakap urang putih la pulak!" (Uih! Cakap orang putih la pula!)

Itu kenyataan susulan dilontarkan sekiranya ada antara penduduk kampung cuba berbahasa Inggeris di khalayak ramai.

Diperli secara mesra.

Baik lah pelajar semua, let's us continue.

"Kashakay88! Awak ada masalah stage fright ya?"

To tell you the truth, sebelum ini cikgu pun berhadapan masalah sama, macam cikgu ceritakan tadi. Sekarang pun sama, masih ada walaupun cikgu bergelar pengacara televisyen sejak 14 tahun lalu. Sewaktu menyertai pertandingan syarahan di sekolah, cikgu berdiri di hadapan kurang 200 pelajar dan guru, kini cikgu berdiri atau duduk, bercakap dan disaksikan lebih 2.2 juta penonton, itu bezanya.

Ingat ya Kashakay88, cikgu tidak mendakwa kemahiran komunikasi cikgu luar biasa tetapi cikgu mempunyai semangat untuk berkongsi secebis pengalaman di khalayak ramai dengan semua murid di blog ini.

"Terima kasih cikgu!!!"

Hey! Hey! Gadis Bunga, Hagakure, Gomok Pendek, Norhafiza, Irdina, Rossa Alina, Red Rambutan, Kashakay88, Amirul, Azieazah, Azween, Noorafzan, Rashid, Azrul, duduk dulu! My class is not over yet!

Oh! Naisophon X, cikgu bukan marah, menangis kenapa? Azieazah, bagi dia sapu tangan, sapu airmata tu.

Baik.

Sebenarnya, pada hemat cikgu, jika kita tidak berasa gementar sewaktu berdiri di khalayak ramai, kita bukan manusia normal. Bezanya, gementar secara minima atau maksima, itu sahaja.

Mengapa kita gementar? Pelbagai penyebabnya.

Pertama, kerana kita diperhatikan. Semua mata di hadapan memandang pergerakan kita manakala telinga mereka mendengar setiap patah perkataan kita ucapkan. Justeru secara spontan kita menjadi takut. Takut melakukan kesilapan samada dari aspek penampilan fizikal dan pengucapan.

Alah! Macam lelaki akan diakad nikah, lebih kurang!

Bila tangan disentap dek Tok Kadi, terus lidah kelu, badan berpeluh dan menggigil, fikiran bercelaru walhal lafaz akad tidak lebih daripada 20 perkataan.

Ok! Ok! Loceng dah berbunyi. Cikgu berhenti di sini dahulu, kita akan sambung lagi.

Itu pun kalau ada permintaan untuk disambung ...

Terima kasih semua, see you in my next class, assalamualaikum!

24 ulasan:

  1. Assalamualaikum Cikguuuuuu...! (Duduk)

    Cikgu, pagi ni kelas awal sangat, jadi saya rasa ramai lagi belum masuk kelas. Kita buka kelas sampai petang, kan Cikgu? :)


    *terimakasih kerana menulis secebis pandangan (yg jujur tentunya), tentang saya.
    Saya memang bukan pelajar mana MassCom, malah bukan juga bertugas sbg wartawan penyiaran atau cari makan jadi DJ pun. Tapi tanpa diduga saya pernah menjadi MC majlis (beberapa program santai kelab kawan2) tanpa sijil, tanpa kelas bimbingan dan pengalaman baru yg menyeronokkan.
    Tapi boleh melakukannya kerana spt CIKGU juga, YAKIN, dan memang kaki cakap sejak kecik.

    ops! ni sapa yg cikgu ntah niii...sori.

    BalasPadam
  2. Oh! kakcik sama sekali tak boleh menjadi seperti Azie....Kakcik hanya boleh 'bercakap' di khayalak ramai semasa petandingan berbalas pantun sahaja!

    Nanti cikgu sambung lagi kelas ni, ya?

    BalasPadam
  3. wsalam cikgu :D.. saya mesti dtg kalau ade kelas lagi..

    BalasPadam
  4. memang betul, perlu keyakinan diri....saya stakat menjadi mc masa sukan atau majlis di dewan sekolah...pun kerna terpaksa

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Cikgu!

    Ya, memang benar pengucapan awam bkn satu perkara yg mudah! Saya dulu kali pertama menghadiri mesyuarat 'Head of Department' menggigil kepala lutut, intonasi suara usah cakaplah... rasa darah panas menyirap berdebus-debus di seluruh badan terutamanya di muka.

    Betul kata K.Azie - YAKIN - Hemat saya, keyakinan kita terhadap diri sendiri dan blh pula menyakinkan orang di hadapan kita adalah dua perkara yg berbeza.

    Itu pasal ada yg telampau yakin bak kata org putih 'Over confident' cakap berdegar-degar sampai menganga-melopong si audien yg mendengar ttp pengisiannya hampeh... hanyalah air liur yg kalu ditadah blh memenuhkan akuarium comel.

    Sekali lagi diulagi, BUKAN MUDAH.

    Errr... Cikgu, cuba bagi 3 cara macamana nak mengurangkan rasa stress, ketaq & peluh dingin sebelum berucap. Terima kasih Cikgu!

    BalasPadam
  6. azie sesuai jadi ketua kelas la cikgu jidul... :p

    BalasPadam
  7. saya suka duduk depan. biasanya yg duduk depan jarang ditanya. hihihi

    BalasPadam
  8. Salam,

    memang bukan senang nak bercakap di khalayak ramai dengan YAKIN terutama kalau apa yang kita cakapkan tu kena penuh dengan maklumat. Ada orang ilmu banyak, tapi tak reti nak bercakap, jadi tak nampak keilmuannya tu.

    Saya pula pendiam sejak kecil. masa tingkatan enam (2 tahun), ada rakan-rakan tak pernah dengar suara saya. Bila kerja, tiba-tiba saya perlu bercakap banyak. nak tak nak kena yakin diri, tapi pasal kerja je lah. Kalau borak santai tetap pendiam juga (hanya kecoh dengan rakan-rakan yang akrab sahaja hingga susah nak berhenti cakap- saya agak risau dengan perubahan itu).

    Tips yang saya boleh kongsi: Saya ni pakai kaca mata. Bila tak yakin untuk bercakap depan orang yang lagi hebat dari saya...saya TANGGALkan spek dan terus bercakap. jadi, saya tak nampak orang-orang hebat kat depan tu dan sentiasa rasa saya je yang hebat kat situ...setakat ni belum kantoi lagi

    Cikgu Mazidul kena sambung semula kelas ni...saya nak daftar jadi anak murid ;)

    BalasPadam
  9. Salam...

    Tak sabar menunggu sambungan...

    Mudah-mudahan dapat tips untuk saya amalkan bila memberi 'user training' kepada staff hospital nanti...

    Terima kasih Cikgu (ala-ala Upin dan Ipin...)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikom cikgu :)
    mintak izin membetulkan ejaan.. sepatutnye stage fright bukannye freight.. :)
    standby utk kelas seterusnye..

    BalasPadam
  11. saya ingin mencadangkan mereka yang mahu kan kelancaran dalam pengucapan awam hadir ke kelas kelab pidato perdana.
    http://www.pidatoperdana.com/index.html
    kelab ini sangat aktif dan kelas diadakan dengan kerap sekali.

    BalasPadam
  12. Salam Cikgu Dol (Dah duduk dah), masa sekolah rendah dulu sya cuma pernah dan berani membuat pementasan minggu Bahasa Inggris di sekolah, itu pun sebab ramai-ramai, ramai berani lah, kalau disuruh bercakap sorang sorang, mau pergi ke tandas 80 kali agaknya.Di sekolah dulu Bahasa Inggris memang biasa, maklumlah, bak kata orang KL, kena angin negara sebelah. he he Penolong Ketua Darjah eloklah kita lantik Acu Sayang he he

    BalasPadam
  13. selamat tengahari cikgu
    saya baru masuk kelas

    insyallah saya hadir lagi utk kelas akan datang..!

    BalasPadam
  14. salam,
    bg diri sy, tahap komunikasi sy juga biasa2 shj..namun, kayakinan unt berkomunikasi d khalayak umum telah sebati dgn jiwa sebaik menjejakkan kaki d kampus tmpat yg pernah mengasah bakat sy unt berkomunikasi secara spontan dgn gaya perdebatan dan pidato..
    A lot of thx to UiTM yg memartabatkan pengucapan awam khususnya Arena Debat & Pidato sehingga dijadikan salah satu subjek dlm aktiviti kokurikulum ..
    Wallahu'alam..

    P/S: tahniah buat team debat UiTM pagi ini yg merangkul Juara Royal Debate @ UTHM..
    http://mindamind.wordpress.com/

    BalasPadam
  15. salam..
    salam ziarah abg mazidul..
    eheheh..cikgu yang baik..:)

    BalasPadam
  16. assalamualaikum..

    duduk depan ilmu dapat lebih tapi cikgu tak tanye heheheheh

    BalasPadam
  17. Cikgu,
    Saya nak daftar masuk kelas cikgu boleh?..
    Saya nak tanya bagaimana nak jadi lebih kratif dalam pengucapan awam or penulisan?

    BalasPadam
  18. assalamualaikum cikgu...

    belom terlambat kan kalau nak regester??huhu
    errmmm...tapi kalau berani ke depan, tak ade idea tak boleh jugak kan..???

    BalasPadam
  19. Saya sokong Kak AA (Azieazah) jadik ketua kelas cikgu, sebab dia ada power macam Bateri AA ... hehehe

    BalasPadam
  20. Terima kasih di atas sokongan dan kemasukan students baru.

    We'll catch up later, of course.

    BalasPadam
  21. terima kasih di atas tip-tip dan petua yang diberi. kalau ada kelapangan bolehlah berkongsi lagi.

    BalasPadam
  22. aisey, saya terlambat la nak masuk kelas ni.. boleh join lagi tak?


    *paling tak suka public speaking.. mungkin betul kata cikgu Mazidul.. stage fright

    BalasPadam
  23. Alamak, saya dah silap tulis komen. Sepatutnya komen no.2 saya begini.

    'Macam mana nak berani memarahi/tegur orang lain? Saya tak berani marah orang lain, takut kecik hati lah. Saya suka tengok mazidul berani marah orang depan depan.."

    Harap mazidul baca komen ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.