Rabu, Disember 15, 2010

Sejak Bila Sungai Petani Di Pulau Pinang?

Jam 11 pagi, 14 Disember, pemandangan di Selat Melaka.


Memang banyak anjing garang, termasuk si kecil ini, menyalak dan cuba menakutkan saya.


Huish! Huish! Huish! 

Dia tetap tidak berundur dan terus merapati saya dari belakang.


 Hoooooooiiiiiiii!!!!!

Dia terkejut, tergelincir dan sekaligus terjatuh ke dalam sangkar ikan namun selamat kembali berdiri di pelantar.


Lain kali jangan nakal ok? Sesungguhnya jeritan saya teramat kuat bak halilintar. Lagi pun dia jarang mandi kerana  terlalu sibuk menyalak, menjaga sangkar ikan, mengelak dicerobohi pencuri.
 
Untuk sampai ke sangkar ikan ini, saya merentas lautan bersama penguatkuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APPM Wilayah Utara menggunakan Bot Kilat berkelajuan purata 45 knot.

 
Sangkar ikan diserbu, visual dirakamkan jurukamera berpengalaman, Kamal Ariffin Zainal, 45 tahun.

"Boleh masukkan ke dalam Facebook gambar ni," ujarnya.

Boleh!


Berikut gambar passport pekerja warga China mendakwa berkhidmat secara sah di sangkar diserbu.


Perhatikan secara teliti visa dikepilkan.


Sejak bila Sungai Petani berada di negeri Pulau Pinang? 

Dia bersama 37 lagi warga asing, pekerja 3 sangkar ternakan ikan di Lumut, Perak diberkas penguatkuasa APMM sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen. Mereka ditahan terdiri daripada warga Nepal, China, Myanmar dan Bangladesh. 1 Dunia! Bukan 1 Malaysia.


"Cuti! Cuti!," jerit sebilangan mereka.

Jeritan barangkali didorong kebosanan bekerja 24 jam di sangkar ikan terbabit dibayar gaji di antara RM950 dan RM1000 sebulan.

Lihat gelagat lelaki warga Bangladesh berikut, dia sempat bergaya, mengenakan baju corak berbunga sebelum dibawa menaiki bot APMM ke pangkalan di Lumut.


Jam 5.30 petang krew 999 berada di Kuala Kurau, Krian.


Tiba-tiba terasa ingin menjadi taukeh sangkar ikan. Gajikan sahaja pekerja warga asing, eksploitasi mereka ke tahap maksimum dan pada masa sama meraih pendapatan lumayan.

Namun berkatkah kehidupan sebegitu?


Apapun, terima kasih kepada Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Maritim 3, Kapten C.H Ang, serta pegawai dan anggota APMM Wilayah Utara bersama menjayakan operasi selama 12 jam bakal disiarkan di 999 kelak.


Sekalung penghargaan juga kepada Pengarah Penguatkuasa, Komander Maritim, Zainin Abd Majid.


... dan semua.


Saya tinggalkan anda dengan gambar 'taukeh' bot disita dan keindahan perairan Kuala Kurau.

31 ulasan:

  1. Macam2 diorg ni ye nak dapatkan pendapatan lumayan..

    BalasPadam
  2. haha kesian anjing tu sampai masuk dalam kolam. Kuat jugak jerit abg maz

    BalasPadam
  3. Kenapa pegang kepala tu??? Sedang fikir macam mana Sg Petani dah masuk ke Pulau Pinang, ya? :)

    BalasPadam
  4. Dah dekat dgn kampung aku dah ni kuala kurau

    BalasPadam
  5. Saudara Mazidul,

    Passport pekerja warganegara China tersebut betul ke palsu? Ianya dibuat di Malaysia ke?

    Sekiranya passport tersebut betul, adalah tersangat tidak logik Sungai Petani berada di negeri Pulau Pinang.

    Sekiranya passport tersebut palsu, alangkah kurang bijaknya orang yang menyediakan passport tersebut.

    Setahu saya Sungai Petani sempadan dengan Pulau Pinang. Tapi tak tahulah pula sekiranya ada kawasan Sungai Petani tersebut menggunakan alamat seperti di atas..

    Walaubagaimanapun tahniah saya ucapkan kepada Saudara MAzidul dan rakan setugas yang lain yang berjaya menyelesaikan misi pada kali ini.

    BalasPadam
  6. Hebat betul lah Saudara Mazidul ni...
    Baru menengking saja, terjatuh anjing kuning tu, saya agaklah kalau anjing tu kena lempang, mungkin
    boleh meninggal anjing tu....ha ha ha

    BalasPadam
  7. kesian 'taukeh' tu, macam kenal je!

    abang Bangla tu tumpang glamor, senyum lebar dia

    BalasPadam
  8. Ayaaaaa...gambaq tokeh bot disita menepuk dahi...kahkahkah

    BalasPadam
  9. Hai, takkan lah si baju kuning yang tepuk dahi kepala tu tokeh dia?...Lawak lawak...ha haha

    BalasPadam
  10. seumur hidup saye menetap kat pulau pinang ni..tak pernah lagi jumpe tempat nama sungai petani dalam kawasan pulau pinang melainkan kat kedah..haha..

    BalasPadam
  11. Hehehe... sempat gak mamat tuhh nak bergaya yea. Senang jer diorang nih nak mengaut keuntungan di atas angin kan.

    BalasPadam
  12. belom pukul, belom terajang, beliau dah jatuh...ish3...kesian..

    BalasPadam
  13. hahaahahahah..
    lucu btol la...
    kesilapan yg terlepas pandang atau mmg xtau...
    huhhh.
    kesian.

    BalasPadam
  14. saya cuma kesian anjing tu.. dia musti tak sangka mazidul akan jerit kuat gitu sampai dia terjatuh terkejuttt!!

    bagus tu.. teruskan keje anda!!

    BalasPadam
  15. Sungai Petani bandar kedua maju dalam negeri Kedah selepas Alor Star..Bagaimana orang yang membuat passport itu boleh tersilap kerana poskod Sungai Petani adalah 08500 bukannya 14100 huhuhuh

    BalasPadam
  16. erm.. susahlah kalau ramai orang ambil jalan pintas nak senang

    BalasPadam
  17. hahaha...kantoi sg petani kt Penang..nak menipu tak beragak nih..

    BalasPadam
  18. Bro Dol, anjing tu pun tak dak passport tu. Keh keh keh

    BalasPadam
  19. klaka...sian hanjing tu...baru kena jerit dah tersungkur...

    cantik gambar scenery tu...thumbs up!

    BalasPadam
  20. eh sungai petani bukan kt kedah ke??
    hehe..
    lucu ar plak tengok anjing tu tjatuh kat dlm kolam..
    ++ pulau pinang nmpk cantik laa..
    tak taw bila ada masa nak round 1 malaysia..

    BalasPadam
  21. tahniah skl lagi krn berjaya membongkarkan aktiviti ini..

    bab anjing tu di Labuan maaak ai..sana sini ada je..klo tempat kita jenuh ngan kambing..

    Ni No sempat amik..entah dr mn datangnye dh hampir seminggu duk berkeliaran..

    http://nopija.blogspot.com/2010/12/anjing-sape-la-niiiiiiiitolong.html

    BalasPadam
  22. 1 dunia,bukan 1 malaysia dah negara kita ni..

    BalasPadam
  23. licin kepala 'taukeh' tuh memikirkan untung yg dah lesap yer hihihi jgn marah yer bro

    BalasPadam
  24. kalau boleh diperahnya hingga ke tulang sum-sum....

    BalasPadam
  25. Lumrah rencah kehidupan..

    I suka perkataan ‘berkat’ itu. Bila itu yg tersemat d jiwa, tiada cabaran yg mampu dilalui...

    BalasPadam
  26. dah tangkap dan serahkan kepada imigeresen...lepas tiga hari mereka2 ini bolih dijumpai bekerja ditempat yang sama.
    mana tokehnya????tak pernah dengar yang tokeh2 yang mengambil pendatang asing jadi pekerja mereka didakwa.
    tak ada pun yang masuk penjara pada dah akta yang membolihkan mereka dipenjarakan.
    belum pendatang ini sampai di tempat tahanan...pagi2 lagi tokeh dan wakil pekerja haram dah berkumpul depan pejabat imigeresen..
    ting..tong...ting...tong.......faham jer lah....
    kenapa pekerja2 tu kata...CUTI...CUTI......CUTI...
    sebabnya mereka tak payah kerja 2 atau tiga hari....
    kena tangkap serupa macam pergi bercuti.
    nak heran apa...mesti lepas punya...
    tokeh2 ni pun bukan sebarangan bang oiii...
    mereka ada orang bawah..orang tengah...orang atas...dan yang atas2 semua..
    mereka ada alasan..siapa nak jaga ikan2 tu...nanti ikan2 tu mati..siapa yang rugi..siapa yang tanggung jika harga ikan mahal dipasaran.
    kalu ikan itu diekspot kerajaan juga dapat cukai..
    akhirnya..lu tolong waa...waa tolong lu..
    waa cari makan...lu pun mau makan maaa..
    makin lama makin bertambah pendatang haram kat malaysia.
    yang tambah popular ialah mazidul...yang naik ranking edisi999 dan yang banyak masyuk hasil iklan...tv3...
    celik jer mata...nampak pendatang.
    pendatang haram yang mendapat sijil halal.

    BalasPadam
  27. taukeh sangkar pun sepatutnya diambil tindakan. takkan habis menebas pucuk kalau pangkalnya masih kukuh. esok-esok tumbuh lagi. tambah-tambah bila disiram baja.

    sengal bangla tu, boleh dia buat main undang-undang negara kita. takut juga sampai satu masa, negara kita umpama tiada undang-undang sebab diperlekehkan..

    BalasPadam
  28. hehehee...sungai petani berganjak sikit dari kedah kot,mungkin dh nak sampai p.pinang..heheh..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.