Jumaat, Disember 03, 2010

Helikopter Terhempas Di Kota Damansara

Jam 2 petang semalam, tanpa diduga, kejadian cemas berlaku di hadapan mata.

Helikopter S031 berkuasa turbo terbang tinggi secara tiba-tiba menjunam dari udara, enjin gagal berfungsi. Operasi mencari dijalankan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor namun pesawat terbabit gagal ditemui.

Hanya selepas hampir 2 jam usaha mencari terbabit berhasil, mujur helikopter tidak berkecai.

Berikut gambar crash site saya rakamkan.


Bukan hutan tebal, hanya kawasan datar ditumbuhi lalang dan pokok besar berhampiran laluan menuju ke Lebuhraya Utara Selatan. Juruterbang gagal mengawal helikopter berikutan kali pertama cuba menerbangkan pesawat ringan terbabit. 

Sukar sebenarnya menerbangkan helikopter, biarpun dilengkapi sistem Gyro.

Huh!

Biarlah anak mengendalikan pesawat itu di lain kali, bukan saya.


Menerbangkan helikopter kawalan jauh kelihatan mudah, kenyataannya berbeza. Apabila diterbangkan tinggi lebih daripada ketinggian bangunan 7 tingkat, tiba-tiba diri menjadi gabrah sekaligus secara drastik cuba merendahkan kedudukan helikopter terbabit dengan tergesa-gesa.

Enjin mati, kipas terhenti, helikopter hilang kawalan.

Jatuh terhempas di atas lalang.

33 ulasan:

  1. hahaha..
    samela kita bro
    dah 2 biji ranap sebab tak pandai kontrol :)

    BalasPadam
  2. Ish...ish... buat suspen je! Ingat tadi ada yang mati.. :

    BalasPadam
  3. oh aku tertipu.. jenuk la tgk kat gambar pertama mana helikopter.. adehhh

    BalasPadam
  4. hehe...saspen sungguh...tercari-cari gak dalam gambar tu ada asap ke tak... :)

    BalasPadam
  5. hahaha... dengan penuh lurus bendul, diri ini cuba membesarkan mata mencari di mana terhempasnya helikopter tersebut, ropa-ropanya... kena tipu daaa...

    BalasPadam
  6. Salam saudara Mazidul,

    Mati-mati ingatkan helikopter betul terhempas. Hehehe..sekiranya mengendalikan helikopter terhempas, cubalah pula menerbangkan pesawat komesial seperti ini.

    http://zarulzeme.blogspot.com/2010/12/pilot-di-darat.html

    BalasPadam
  7. tahniah, bro mazidul berjaya membuat saya saspen.

    BalasPadam
  8. menci! menci!
    kecoh panggil member2 semua kerumun keja nk baca...
    menci lah! bwekkkk!

    BalasPadam
  9. haha.. betul la.. jenuh belek gambar.. mana ke dia heli nyer.. adeh la..

    BalasPadam
  10. ok, sy terima gurauan ni....

    adeih, terkena...terkena...

    BalasPadam
  11. Amboiii.. skang dah pandai buat suspens dan lawak yerrrr....

    Ajak lawan heli nantiiii...

    BalasPadam
  12. yang pasti cerita ni exclusive kat sini jer hahaha. tak kan ada paparan di dada akhbar

    BalasPadam
  13. ingat heli kopter olok-olok....rupanya betul-betul heli kopter....

    BalasPadam
  14. hehe..sesekali wat suspend kat pembaca best gak eh..

    BalasPadam
  15. Ha! Ha! Ha!Lazimnya saya mencoretkan bahan serius sesekali bergurau ramai benar terkena ya?

    BalasPadam
  16. Apa la bro...eden ingat iye2 jer...Hampehhh...

    BalasPadam
  17. Dah agak dah.......koz aku ada area tu semalam

    BalasPadam
  18. Sesekali Saudara Mazidul buat lawak...Ha ha ha...Memang menjadi juga. Saya mula2 tertipu juga.

    Asyik2 kes serious dan formal memang membosankan, lebih2 lagi entry pasal maksiat - blog gay, kes pelacur/GRO dan kes pendatang2 asing - Walaupun menarik / panas, tetapi saya rasa agak rimas dan menyemakkan otak kita yang sedang berserabut ini.

    Syabas Saudara Mazidul...Teruskan perjuangan. Thanks a lot.

    BalasPadam
  19. Salam Sdra Mazidul. Salam kenal.

    Pertama kali saya masuk blog sdra w/p tahu kewujudannya sejak sekian lama. Hampir semua pengomen n3 sdra tak saya kenali kecuali yg pertama tu. Adalah juga org yg dah biasa. Taklah rasa terasing sangat.

    Heli kawalan jauh rupanya. Patutlah tak nampak dalam gambar masa mula2 saya tengok tu huhuhu

    BalasPadam
  20. Terdetik dihati saya untungnya Mazidul bawa kamera
    merakam saat cemas heli nak terhempas.
    Rupanya heli mainan.'Kaeh'suspend 'bete'.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.