Sabtu, Disember 25, 2010

Blogger Cik Ina Do Do Cheng Bukan Janda

"Yeah yeah Mazidul intai gadis bunga, jaga-jaga, Mazidul tu bukan duda ke?/Opss oppocot cik ina melatah pulak, jangan marah"

Komen terbabit saya petik daripada ruangan komen blogger Gadis Bunga menulis tampalan bertajuk 'Saya sayang Mazidul'

Status saya dijadikan bahan gurauannya tanpa memastikan kesahihan kenyataan itu terlebih dahulu.

Kepada pembaca blog ini, usah bermain dengan tanggapan seperti blogger Cik Ina Minat Do Do Cheng, sila baca tampalan tulisan Gadis Bunga terlebih dahulu untuk mengetahui maksud sebenar tajuk dipilih.

Cik Ina Minat Do Do Cheng menulis di profilnya ...

'Aku isteri kepada Muhammad Riduan, juga ibu kepada 4 orang anak. Peminat Do do Cheng sampai sekarang.Tulis apa saja, tapi ada had'

Benar seperti tercatat! Tulis apa saja tetapi ada hadnya.

Sebab itu saya tidak sanggup untuk melontarkan komen 'Yeah Yeah Cik Ina Minat Do Do Cheng intai Kumbang Berduri, jaga-jaga, Cik Ina Minat Do Do Cheng bukan janda ke?/Opss Mazidul melatah pulak, jangan marah"

Barangkali blogger terbabit tidak memahami catatannya sendiri '... ada hadnya'.

Kerana jika benar maklumat dicatatkan di profilnya, dia isteri kepada lelaki bernama Muhammad Riduan dan ibu kepada 4 anak justeru Cik Ina Minat Do Do Cheng bukan janda!

Tetapi kalau dia berstatus janda sekali pun, ada aku kesah?

Itu kehidupan dia.

Peace!

15 ulasan:

  1. ye En.Mazidul, akak kat sini. Terima kasih ye, up kan traffic akak. Biasalah tu , gosip cam wartawan hiburan selalu serkap jarang. kalau marah, cepat tua tau.

    BalasPadam
  2. Cik Ina, saya marah? No lah!

    Saya pun bergurau juga, samalah.

    BalasPadam
  3. Opocot! (hehehe... saja nak tumpang melatah kat rumah orang... tak salah kalau tak sampai memalukan tuan rumah, kan???);-)

    BalasPadam
  4. Kak Cik, tak salah kalau dah kenal dan tidak membuat tanggapan tersasar :)

    BalasPadam
  5. lor... dah jadi cam blog vs blogger. kadang2 org gunakan tajuk utk dapatkan Hits yang menarik traffic. tetapi ramai mengunakan tanpa berfikir kesannya.

    Salam dari Sarawak, Bro kalau ada ke sibu buat liputan inform2 yer.

    BalasPadam
  6. Mr. J, bukan blogger Vs blogger, blogger bergurau dengan another blogger.

    BalasPadam
  7. Hahaha... Kadang tu kelakar juga tengok kerenah otai-otai blogger ni..

    Nak up trafic perlu buat sesuatu yg sensasi.. Pada pandangan saya selaku newbie blogger, kita boleh menulis sesuatu yang sensasi di alam cyber ni tapi jgn keterlaluan.. Takut ada org ambil kesempatan atas kealpaan kita..

    Tapi masalah saudara Mazidul dan Cik Ina ni kira selesai lah.. Masing-masing dah saling maaf-mamaafkan.. (peace) ;)

    Mr. J, awak orang Sibu ker? Salam perkenalan.. Saya orang semenanjung.. Tapi dah hampir 5 tahun berkhidmat di Mukah.. Kalau ada masa free mungkin satu hari nanti boleh kita berjumpa..

    Saudara Mazidul, saya juga mengalukan saudara utk dtg ke Sibu dan sekaligus ke Mukah terutamanya pada bulan April-Mei.. Boleh pergi Pesta Kaul..

    Nak tahu lebih lanjut tentang Pesta Kaul boleh pergi ke blog saya di

    http://www.sembanghari2.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Mungkin agak terlewat untuk saya memberikan komen tentang isu ini.

    Kunci: gurauan.

    Saya berpendapat (jujur, pendapat peribadi), tetap tidak menyokong jika gurau dalam alam maya atau tulisan membabitkan status perkahwinan atau kehidupan peribadi.
    Berbeza jika kita bergurau depan-depan dapat lihat reaksi muka dan bahasa tubuh sekurang-kurangnya. Mungkin tepuk bahu atau ketawa sengih dpat menyelamatkan keadaan.

    Tapi jika bergurau dalam komen sebegitu menerusi tulisan, tanggapan/andaian memang sangat tinggi. Berisiko lagi.

    Saya setuju ayat “ada had”.

    BalasPadam
  9. bg saya 'no komen'
    diam..sbb tk tahu puncanya..
    jd saya membaca..

    BalasPadam
  10. saya baru baca ni. berhari2 tertinggal tren. en mazidul, saya ni baru nak belajar apply tips itu dan tips ini dari blogger lain. SEO la...ape la.

    sebab selalu jadi kat diri sendiri. tgk tajuk panas kat entri org lain...bila bukak dan baca betul2, rupanya kite masak-masak tertipu. hahaha!!!

    ape2 pun mungkin ini titik permulaan ikatan blogger yg lebih kuat lepas ni. sape tau kan? :D

    BalasPadam
  11. gurau senda adat berkawan,menjadi mesra lambang perpaduan,
    maaf memaafi sesama kawan,hidup bahagia senyuman menawan..
    hehehehe..ok x abg mazidul saya berpantun..heheh

    BalasPadam
  12. lol.

    bergurau ada hadnya. cuma manusia ni selalunya lupa..

    BalasPadam
  13. errkkkk!!!!

    untuk mengelak mengeruhkan keadaan, saya baca secara diam2.... =)

    BalasPadam
  14. eh bro mazidul wartawan hiburan kah??

    ooooo saya baru tau bro mazidul wartawan hiburan...#sarcasm on


    orang tua tua kata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.. tapi nak buat macam mana kalau dah common sense sesetengah orang tu tahap buku lali..

    bro rileks ja bro..jangan dilayan nanti jadi sama level..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.