Rabu, Disember 22, 2010

Kisah Fatin Dan Faizal

Kerap benar kita terbaca kes perihal remaja perempuan melarikan diri daripada penjaga sah kerana mengikut teman lelaki.

Remaja lelaki juga dilapor melarikan diri tetapi kes agak terpencil.

Lazimnya usia remaja perempuan bertindak sedemikian di antara 14 dan 18 tahun. 

Terbaru, kes pelajar kolej kejururawatan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Rozalia Fatin Ainie Razali, 18 tahun dilaporkan tidak hadir kuliah kerana mengikut teman lelaki bernama Faizal.

Tindakan Fatin itu tentunya menggusarkan ibu dan ayahnya, Rosidah Abdullah, 46 dan Razali Ahmad 52 tahun. menetap di Kampung Parit Bengkok, Batu Pahat, Johor. Masakan tidak, anak dibesar dan diberikan pendidikan tiba-tiba menghilangkan diri begitu sahaja kerana mengikut Faizal.

6 Disember lalu, Fatin dikatakan membonceng motosikal keluar bersama Faizal dan gagal dikesan hingga ke hari ini.

Kemana mereka pergi?

Pastinya bukan ke London, United Kingdom, Frankfurt, Germany mahupun Los Angeles di Amerika Syarikat. Saya amat yakin mereka masih berada di Malaysia dan kini berasa kebebasan itu milik mereka.

Barangkali Fatin kini menetap di rumah bujang disewa Faizal.

Ya lah, bercinta dan bermadu asmara dengan  insan disayangi tentunya lebih 'sedap'  dikecapi berbanding melaksanakan aktiviti rutin, menghadiri kuliah harian di kolej.

Jika ditanya Fatin, barangkali dia mendakwa melarikan diri akibat sebab klise, tekanan dan kongkongan keluarga atau bosan belajar. 

Persoalannya ...

Apakah antara faktor sebenar pendorong utama tindakan Fatin dan ramai lagi remaja perempuan sebelum ini menghilangkan diri mengikut teman lelaki?

Semoga mereka tidak dijadikan 'bahan penyedap' teman lelaki, cukup.

Hemat saya, hanya perempuan mampu menjawab soalan itu secara lebih  tepat. Bak kata perempuan  taksub menjalin hubungan sejenis, lesbian dan pengkid ...

"Perempuan lebih memahami jiwa perempuan"

Tolong bacakan jiwa perempuan bernama Fatin, buat renungan saya dan semua pembaca lelaki.

26 ulasan:

  1. salam abg mazidul..
    bg sy bile nafsu da menguasai diri..syaitan pon dtg..memang da xpk segalanye..bak lirik lagu kalau berpacaran..bg sy salah diri sendiri..kepada fatin..balik la dik..kesian kat mak ayah..

    BalasPadam
  2. Bro Dol, kalau dijumpai di rumah sewa/atau bilik Faizal kira bagus dah tu, jangan esok esok keluar berita "2 mayat pelajar bersama motosikal dijumpai di dasar lombong". Nauzubillah hi min zaliq.

    BalasPadam
  3. cinta remaja,
    cinta buta,
    umpama dunia ini milik mereka,
    nak berdua ke mana sahaja,
    berkorban segalanya,
    ingin bahagia?

    memang bukan itu caranya...

    BalasPadam
  4. memang susah nak faham pemikiran org perempuan ni...kerana sorang lelaki, sanggup bergaduh, lari rumah, serah tubuh.. dgrlah nasihat sy ni wahai perempuan, kalau nk 'sedap' dengan lelaki, sila kawin.. jgn mudah terpedaya kerana kata-kata. bila lelaki tinggal,nk nyesal dh x guna.. lelaki x rugi apa-apa. tp dara boleh ke dapatkan semula?

    BalasPadam
  5. benda macam ni terjadi bila mata hati telah buta kerana cinta. Ditambah lagi dengan jati diri yang lemah,sehingga membuat keputusan sedemikian rupa.Mungkin mereka ingin lari dr semua tekanan lalu berharap tman istimewa itu penyelamat segalanya.(orang kita bnyak tgk cerita hidustan kot..)

    BalasPadam
  6. salam en mazidul,

    kesian kt mak ayah fatin,msti luluh hatinya bile anak bt camni,bile dh jd mcm ni mmg best nnti2 bile dh ditinggalkan faizal.. mak ayah juga dia akan cari...

    BalasPadam
  7. Salam...tertarik sy nak komen. tu citer yg muda mudi. Kat opis sy ni plak, kes duk serumah. pompuan tu dah 30 lebih, lelaki plak awal 20an. Sampai sekarang ni kami masih jejak, di mana mereka tinggal. Masing2 nak laporkan pd pihak berkuasa kerana tak mahu bersubahat. tapi susah betul nak mengekor. asyik terlepas je :(


    Entry terkini:
    Kemalangan? Apa nak buat ni???
    Kehidupan seorang callman siri I

    BalasPadam
  8. remaja mmg msih mentah..tak tau nak beza baik buruk..masih mencari identiti...tak fikir panjang..mudah terpengaruh...

    BalasPadam
  9. huhuhuhhu..iman senipis kulit bawang..lihatlah dunia........

    BalasPadam
  10. pendapat sy, kurang didikan agama

    sbb org lain pun bercinta juga, masih boleh bercinta ikut acuan Islam

    BalasPadam
  11. pada hemat saya, dia tak dapat kasih syg yg lebih dari keluarga sendiri bebanding dari yg dia dapat dari faizal. lantas dicari org yg sanggup beri kasih sayang di luar, jumpa pula dgn lelaki yg salah...

    BalasPadam
  12. perempuan... bila diri disayangi semua akan jadi indah... bila ada org lain yg lebih mengambil berat kononnya lebih menyayangi mmg akan lupa pd org yg dah lama menjaga dan membesarkan dirinya... tapi percayalah bila hubungan tersebut dtg masalah tak kira la dari segi tanggungjawab baik kewangan... ibu bapa juga akan di cari kembali...

    BalasPadam
  13. Destinasi akhir mereka sudah tentu : kalau niat baik - pergi kawin lari keluar daerah /sempadan, kalau niat jahat - sudah semestilah dirumah sewa Faizal. Alangkah seronoknya Faizal - teman lelaki Fatin tu tentu macam beruk mendapat bunga agaknya - boleh buat sesuka hati bersama kekasihnya dengan bebas atas alasan 'cinta' , tanpa perlu keluar belanja walaupun satu sen.

    BalasPadam
  14. as salam sdr MAS.

    saya perempuan ,berjiwa perempuan (seorang ibu)tapi tang lari dari rumah ni, lebih-lebih lagi ngikut teman lelaki...memang sampai sekarang pun saya tak paham, apa yang mungkin saya faham satu je... mereka terlalu menurut hati dan nafsu dan membelakangkan iman

    BalasPadam
  15. Batu Pahat seems to be the center of news lately. Didikan agama. Itu jek bro. Whatever the reason maybe, pucuk pangkalnya, rapuhnya pegangan agama.

    BalasPadam
  16. kata perempuan tak sama dgn kata gadis manis sweet 17 atau seangkatan dgnya..
    kata perempuan sudah sweet sour..bnyk menujah pd akal

    kalo yg sweet kata
    - mereka ingin kan kebebasan
    - mereka dikongkong
    - sedap dilayan bagai puteri

    itulah kata2 yg mungkin difikir oleh gadis yg sweet sweet..yg tidak berpaksi akal
    otak dan jiwa mereka tidak seiring

    BalasPadam
  17. Fatin ni kurang kasih sayang dan perhatian keluarga.. Mb mak atau ayahnya jarang call die dr mase ke semasa. Kurang keakraban keluarga.

    BalasPadam
  18. secara jujur dr sy sewaktu study dulu pun agak liar..
    keluar mlm lepak2 bersama2 kwn, dan bermcm2 jenis kwn sy berkawan..
    tetapi???
    yg menjadikn diri kite itu siape adlh diri kite...
    bkn sbb pengaruh kwn2....
    jd xde sebab kongkongan atau kurang kasih syg...
    hidup ni indah jika dinikmati, tp sesat andai cube menguasai...

    BalasPadam
  19. setuju sepenuhnya dgn gb....bile anak2 perempuan tidak lagi dimanjakan...dibelai... maka dia akan mencari kasih sayang diluar,...

    tp tersalah manja pun buruk padahnya...

    BalasPadam
  20. 1. Fikiran remaja yang belum matang dan tidak berfikir panjang
    2. Lelaki guna ilmu hitam (boleh jadi juga)
    3. Hubungan dengan ibu bapa dengan remaja berkenaan yang kurang akrab
    4. Remaja perempuan yang pertama kali berasa dicintai oleh lelaki... (dia belum tau lagi siapa lelaki sebenarnya)
    5. Remaja perempuan itu amat percaya bahawa lelaki itu akan jadi pelindungnya, dan akan bersama walau tsunami datang melanda

    Itulah punca-punca remaja lari dari rumah.

    BalasPadam
  21. nasi lemak buah bidara,
    sayang selasih hamba lurutkan,
    hilang emak hilang saudara,
    kerana kasih hamba turutkan.

    masih ramai yang belum memahami apa itu "Cinta". Orang bercinta, kita pun nak bercinta juga. tapi.....

    harap gadis tersebut dapat kembali semula ke pangkuan keluarga.

    BalasPadam
  22. sungguh memalu kan org johor..batu pahat pulak tu... .yang tentu nya ada sekolah agama..kesian mak bapak budak ni....yang si faizal tu pun satu bawak anak org macam bawak anak ayammm..main ambik free jer ...dah tak ada perasaan takut kat tuhan ke??...tapi ingat janji tuhan...setiap perbuatan ada balasannya...tunggu jer lahh

    BalasPadam
  23. Kadang2 sukar untuk memahami jiwa remaja zaman sekarang ni. Saya ni kalau nak buat sesuatu benda 'bodoh' mesti terfikir.., takut kena marah dengan mak.., kesian mak aku kalau aku buat benda jahat.., mesti dia malu seumur hidup sbb orang akan sentiasa bercakap dan mengungkit kisah tu nanti...

    Mudah2an Fatin cepat sedar kesilapannya itu dan segera kembali ke pangkuan keluarga...

    BalasPadam
  24. Salam,

    Kadang2 susah kita nak cari puncanya! Ada yang didikan agama baik boleh lari dgn teman lelaki... ada yang dapat penuh kasih sayang dan wang ringgit dari mak bapa pun boleh lari. Lebih pelik lagi isteri orang pun boleh 'lari' seketika dgn boyfriend. Mmg susah nak faham feel pompuan.

    BalasPadam
  25. Saya ada anak perempuan. Kisah sebegini memang merungsingkan. Tak senang duduk bila anak keluar wpun dgn izin.

    Sifat ingin mencuba, mudah tergoda, terlalu yakin dan berani seolah-olah cukup yakin tidak terpedaya.

    Kesian ibu bapa dia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.