Petang tadi saya mempunyai sedikit masa terluang, lalu berkunjung ke pusat membeli-belah baru dibuka, Sunway Giza Mall, Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Saya sempat singgah di kedai buah-buahan, membeli anggur, 0.784 gram berharga RM19.50.
Di gerai terbabit, saya terlihat ini.
Anything interesting about this picture? No? Perhatikan secara lebih teliti.
Oh ya! Ejaan 'pintu' salah, 'pingtu', lalu saya bertanya kepada juruwang warga Indonesia ini.
"Siapa mengeja pintu, pingtu," soal saya.
"Saya tulis, itu ejaan Indonesia," jawab pemuda berasal dari Surabaya terbabit.
"Itu di Indonesia, kamu sekarang bekerja di Malaysia, jangan lacurkan bahasa ibunda saya, bahasa Melayu," pinta saya.
Dia mendiamkan diri, saya rakamkan gambar pekerja gerai terbabit, semuanya berasal dari negara jiran.
Saya kemudian meminta mereka menukar ejaan perkataan terbabit sebelum beredar keluar.
Sewaktu berjalan ke kereta, saya terlihat pengawal keselamatan di luar bangunan.
Melihat perawakannya, hati kecil berbisik lalu saya memanggil pengawal keselamatan memakai seragam putih itu..
"Kamu orang mana?"
Dia tidak menjawab. Saya kemudian pantas memanggil pengawal keselamatan berpakaian seragam biru.
"Dia orang mana?," soal saya.
"Indonesia," balasnya.
"Encik, hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera Nepal layak bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara kita, maksudnya warga Indonesia biarpun berstatus penduduk tetap tidak boleh kalau mengikut surat pekeliling dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri," jelas saya.
Dia kemudian menghubungi pegawainya melalui walkie taklkie dan sebaik tiba, mereka mendekati saya dengan wajah masam seolah-olah saya ini trouble maker.
"Tuan berdua jangan marah. Saya sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia memastikan agar kedaulatan Malaysia tidak terus dilacurkan. Lagipun perkara ini saya sudah tahu dan nampak justeru harus diperbetulkan. Kalau encik marah, saya boleh telefon Ketua Balai Kota Damansara dan dia boleh hantar anggota untuk menahan pengawal itu tetapi kalau kereta peronda polis masuk ke dalam kawasan ini, nanti kecoh," ujar saya.
Kurang 5 minit, penyelia bangunan mendekati saya.
"Dia pengawal out source, kita sudah highlight hal guard warga asing ini dengan management. Sekejap lagi, pegawai daripada syarikat kawalan keselamatan, majikan dia akan ambil, itu saya janji," katanya.
"Terima kasih," balas saya.
Macam-macam, daripada bahasa sehingga pengawal keselamatan ingin dilacurkan.
kadang-kadang keliru, sekarang ni kita berada di Malaysia atau negara asing?
BalasPadamkena betulkan di atas dulu, baru rakyat patuh dan ikut undang2.
BalasPadambagus apa yang dibuat oleh abg...
BalasPadambiar mereka tahu ada rakyat yg prihatin dlm hal2 begini...
Negara kita bakal menjadi negara Indon... kampung saya kini sudah pun jadi mini jakarta... apakah punca sebenarnya?
BalasPadamMat2 Indon makin "berleluasa" sekitar Klang.. "senak" mata memandang! huh~...
BalasPadamyours
SH
susah2... berlambak2 guard PATI ni... tapi memang tegas la abg mazidul...hahah...
BalasPadamHikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata Anda
Bro,
BalasPadamtambahan...
kalau kat Malaysia.... "DITUTUP" bukan "DI TUTUP"
....DI kene jarak, kalau disusuli arah atau tempat...DI dirapatkan jika melibatkan perbuatan...
hehehe
"Peti Sejuk" dalam Bahasa Indon adalah "Kulkas"
BalasPadamrojakkan sume, sial punya indon
sokong.. tindakan tegas perlu diambil, termasuklah majikan yang terlibat..
BalasPadamwah..memang berani. saya kadang bengang kalau order diambil pekerja asing. mereka tak faham BM, tak tahu BI kemudian minta lain bagi lain, padahal dah tunjuk gambar dlm menu. agaknya itu sebab kopitiam guna sistem pesanan kertas yang disediakan atas meja pelanggan...(itupun ada yang masih salah)...huuuuuuu..tension.
BalasPadamtabik bro mazidul kerana berani menegur...
BalasPadammasyarakat kita perlu ada sifat2 sebegini..
berani menegur perbuatan yang salah..
pekerja asing ni patut diberi kursus tentang budaya dan peraturan di negara ini..
datang sini, kena ikut, budaya dan cara hidup sini..
ini kita pulak nak ikut cara dorang..apehal???
btw bro mazidul...
minta tolong bagitau juga pengurusan TV3 agar mengurangkan drama sinetron dr Indonesia dan lain2 negara luar..
banyak sgt drama dr Indonesia ditayangkan di TV3..
kasik can lah sama pembuat drama dan filem Malaysia..
saya rasa kalu di Indonesia sendiri, drama dan filem kita tidak ditayangkan sebanyak di negara ini..
sungguh bertuah pembikin drama Indonesia dan malang sekali utk pmbikin drama negara kita..
bukan sedap mana pon drama Indonesia...
maaf kata, kenkadang rasa mcm bodoh je crita tu..
tapi sebab heroin lawa, tgk jugalah..ha ha ha..
Rimas lah aku dengan masalah pendatang2 asing ni, semua kerja diorang nak sapu bersih. Taraf hidup masyarakat kita makin lama makin tinggi, itu pasal kita mesti mencari kerja yang gajinya lebih lumayan. Bagi warga asing, itu tidak menjadi masalah kerana mereka datang dari negara yang taraf hidup masih rendah,gaji murah pun tidak mengapa (itu dikira sudah lumayan ), akhirnya tiada harapanlah rakyat tempatan kerja seperti itu sebablah gaji tak mungkin akan naik (mahal) sampai bila2 sebab ada orang luar yang sanggup jadi hamba abdi kepada majikan2 zalim yang memeras keringat pekerja mereka.
BalasPadamBenar .. sehingga tempat untuk istirehat juga 'dilacurkan' oleh mereka. Belum lagi menyinggah ke dalam kampung ceruk, di mana mereka senang2 memacak tiang dan membina penempatan terlarang.
BalasPadamDari darat sampailah ke air ... ada sahaja mereka. Bila ditanya .. mereka sedar mereka siapa .. namun apa yang boleh dibuat? Hendak dihalau, kasihan melihat bayi kecil menangis inginkan susuan.
Salah kitakah?
http://hasrulhassan.blogspot.com
Terima kasih kerana membolehkan blog saya diperttontonkan di blog ini.
Labuan pla..rata2 'omm' panggilan tuk warga timur timor..philippines? mmmmm lagi laaa bersepah tiap mlm..
BalasPadamSaya setuju cara mazidul ini.. itu pun dikira patriotik juga walaupun tidak menggunakan najis untuk dilempar di kedutaan sebagaimana geng-geng BENDERA!
BalasPadamTerima kasih abang mazidul sebab menjadi warga Malaysia yang sangat perihatin.
BalasPadam