Selasa, Disember 07, 2010

Klik! Klik! Camera Shy?

Jam 2 petang tadi saya makan bersama rakan di Sunway Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dia datang, pantas saya mengeluarkan kamera dari dalam beg sandang.

Dia bergerak dari meja ke meja meminta sumbangan daripada pelanggan majoriti berbangsa  Melayu, saya perhatikan.

Memang dia tidak tahu berhubung adat budaya di negara ini, detak hati saya.

Sebaik tiba di meja saya dia menampung tangan.

Klik!

Berikut hasilnya. 


Eh! Tidak disangka dia pemalu, camera shy.

Klik! Klik!


Pantas dia melarikan diri, sepantas itu juga saya mengekorinya dari belakang. 

Tangannya saya pegang erat lalu dia berhenti melangkah. Menggunakan bahasa isyarat dia mendakwa pekak sambil bercakap dalam bahasa Cina. 

Sejurus tangannya dilepaskan, dia beredar pantas.


Dalam program 360 pernah disiarkan sebelum ini, wartawan saya berpeluang menemubual Ketua Sami di Petaling Jaya.

Menurut beliau, sami TIDAK dibenarkan keluar merayau sambil mengutip derma atau sumbangan orang ramai dalam bentuk wang tunai. Namun penganut agama Hindu dibenarkan membawa makanan untuk disajikan kepada mereka di rumah ibadat.

Ya! Benar. Malaysia kini dibanjiri pelayan pelanggan, pengemis dan sami berasal dari negara China.

Pelbagai teknik digunakan untuk mengelirukan kita semua bertujuan untuk meraih keuntungan secara cepat dan mudah.

10 ulasan:

  1. hehe..biasa kat centre point kk pun ada gak..pki mcm ni gak

    BalasPadam
  2. Mereka mengambil kesempatan atas sikap kita yang pemurah.

    BalasPadam
  3. Bagaimanapula hal wanita-wanita membawa anak-anak kecil duduk melepak di kaki lima kedai memohon simpati? memohon sedekah, memohon wang ringgit? Macam tak pernah dipeduli oleh penguatkuasa atau mereka yang berkuasa? Tak percaya? 360 boleh berkunjung di depan CIMB Kajang dan depan kedai buku Czip Lee Kajang. Saya cukup sakit mata melihatnya!

    BalasPadam
  4. Nak tanya, pernah tak terjumpa dengan orang2 yang meminta derma dengan memberi ayat2 suci seperti Yassin sebagai balasan??Mereka bukan menjual (means tidak tetapkan harga)tapi rasa tak best bila orang reject mereka buat muka or bila orang bagi dalam amount yang sedikit mereka minta tambah lebih..Ada orang kata tindakan macam ni xboleh sebab seperti menpergunakan agama..Mereka xda bawa surat y menunjukan mereka dari mana2 badan kebajikan..So tindakan mereka ni dibenarkan atau tidak??

    BalasPadam
  5. I think, setakat ini mereka dari golongan ini tidak berani menadah tangan pada orang Melyu, rupanya ada jugak ya...

    Dan rata-rata orang Melayu berat hati untuk menyumbang kerana tahu duit sumbangan itu adalah untuk kuil/tempat sembahyang..

    *SEMENYIH BARU: Benar, saya pernah nampak di sekitar Metro Kajang dekat kedai stationaries ZIP LEE Kajang.

    BalasPadam
  6. satu ketika dulu ampang point banyak peminta sedekah dikaki2 lima. sekarang dah takde. tapi yang mintak wang dgn bawa tisu sambil ditunjuk jalan oleh orang sihat masih ada di restoran2. share ke diorang ni? kadang2 nak je panggil nak belanja makan tapi tanak bg duit cash. saje..nak test.

    BalasPadam
  7. Salam bro, terima kasih kerana memberi kami idea pabila berhadapan dgn perkara sama - keluarkan cameraphone...

    BalasPadam
  8. hehehe... kelakar betul abg mazidul nihh...
    Tapi memang betul pun, kita pun tak tahu sama ada diorang nih betul ker, penipu ker sebab cara diaorang meminta pun confident jer... Nak buat jahat kena ar berani kan? hehehe

    BalasPadam
  9. sekadar nak bkongsi cerita. mak saya ada cerita tentang kedatangan seorang lelaki tempang ke kedai makan kami. tak ingat pun sami atau tak.

    adik bongsu saya yg prihatin pula mendesak mak utk menghulurkan sedikit sedekah sedang emak sibuk melayan pelanggan. entah bagaimana selepas adik bongsu memberikan rm10, emak saya berpaling dan terlihat lelaki yang sebelum tadi tempang.

    mak sy tunjuk dkt adik saya "adik, tengok. laju je lelaki tu jalan." terus menitik air mata budak kecik ni.

    haih...

    BalasPadam
  10. saya pernah tegur seorang polis peronda yang melepak dalam van sebab ada pompuan burma minta sedekah cuma sebelah van dia depan Pavillion Bukit Bintang..time tu saya dengan kawan2 pelancong yang dari iran..

    bila kami tanya polis tu jawab - owh mereka ni dah halau pun datang balik dan bukan bawah bidang kuasa diorang untuk menangkap pengemis2 ni..

    pastu kawan saya tanya kat polis tu - you rasa mereka ni bergerak sendiri atau sindiket?

    dia jawab - sindiket for sure..

    kawan saya cakap balik - then if sindiket, haruslah bawah bidang kuasa you..

    saya rasa sangat malu sebab pengemis ni dibiar berleluasa cam ni..dan tiada siapa yang ambik tau..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.