Khamis, Disember 02, 2010

Lidah Kelu Fikiran Bercelaru

Tahun 2002, saya bertemu ACP Mazlan Lazim. Ketika itu beliau, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Perlis. 

Pantasnya masa berlalu. Kini beliau Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan. Saya berpeluang menemui beliau pada 29 November lalu, jam 5 petang di pejabatnya di Kota Bharu.

 
"Tolong pi beli goreng pisang, kuih," pinta beliau dalam loghat Kedah kepada pembantunya.

Selepas ditemubual berhubung kes rogol di Kelantan, saya bersama krew 999 minum petang bersama beliau.

"Dulu masa first time Mazidul nak interview, berpeluh kita nak prepare. Masa tu tak biasa lagi," gurau beliau.

"Sekarang Tuan dah steady," sambut saya.

Kami ketawa bersama. 

Program 999 berusia lebih 10 tahun. Dalam tempoh itu ratusan temubual saya rakamkan bersama pegawai Pasukan Polis Diraja Malaysia di pelbagai lokasi. 

Hemat saya, majoriti mereka berada dalam keadaan tenang menjawab setiap soalan saya kemukakan manakala sebilangan lagi sedikit terganggu.  

Hakikatnya, bukan enteng bercakap dirakam kamera. Kekadang lidah menjadi kelu sekaligus fikiran bercelaru, lebih serius lagi, otak bagaikan terhenti memproses maklumat bakal disampaikan kerana  terfikir  setiap patah perkataan dilontar akan didengari jutaan penonton. 

Berikutan itu sebelum menemubual responden, lazimnya saya terlebih dahulu bersembang bersama mereka berhubung topik bakal dihuraikan bertujuan membiasakan mereka dengan perkataan dan ayat sesuai sebelum rakaman dilaksanakan.

Sebaik mereka kelihatan selesa, jurukamera memulakan rakaman. Rakaman terbabit kemudian akan disunting sebelum disiarkan di televisyen. 

Rakaman temubual bersama ACP Mazlan boleh anda saksikan dalam program 999, episod 9 Disember, jam 9 malam.

Sebelum beredar, ACP Mazlan menghadiahkan saya buku Panduan Undang-Undang Jenayah,  naskah amat berguna kepada setiap wartawan terbabit membuat liputan kes jenayah di Malaysia.


Terima kasih kepada beliau.

Sebelum ini ramai mengajukan soalan berhubung kemahiran bercakap di hadapan khalayak ramai secara tenang dan tanpa skrip.

Setiap kita mempunyai cara tersendiri, begitu juga saya.

Jika ada permintaan daripada pembaca, InsyaAllah akan saya kongsikan ilmu itu di tampalan akan datang atau untuk lebih mudah, beli sahaja buku berhubung Speech Communication atau Public Speaking, berlambak dipasarkan di toko buku di seluruh negara.

Untuk rekod, saya dijemput blogger, Zulhazri Abu Bakar untuk menyampaikan ceramah selama 90 minit kepada kumpulan Polis Sukarelawan Johor, esok di Kota Tinggi.

Terima kasih di atas jemputan dan kepercayaan Hazri kepada saya.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Saya sangat suka membaca Post di blog saudara Mazidul pada kali ini.

    Betul apa yang diperkatakan oleh saudara Mazidul.. Tidak semua orang boleh bercakap dengan baik dihadapan kamera. Bukan setakat dihadapan kamera, terdapat juga sebilangan besar individu yang sukar untuk bercakap secara spontan di khalayak ramai.

    Ini bukan sahaja melibatkan anggota polis. Malah terdapat juga sebilangan besar kita yang gugup apabila diminta bercakap di khalayak ramai hatta seorang pendidik sekalipun.

    Walaupun bidang tugas seseorang pendidik mengajar di kelas, yang setiap minggu mengadap pelajar di kelas. Tetapi ada kalanya bila diminta untuk berucap di khalayak ramai dalam majlis-majlis atau program-program tertentu, terdapat sebahagian pendidik tetap akan merasa gugup.

    Jadi, pada pandangan saya kita perlu membiasakan diri menghadapi situasi tersebut. Dengan pengalaman yang ditimba dari semasa ke semasa akan dapat memperbaiki diri untuk lebih yakin semasa berucap di khlayak ramai..

    BalasPadam
  2. kena sekali tajuk ni dengan saya, padahal buat ucapan Raya jer..bila camera dah 'on', terus kelu lidah...huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Bro...
    Untung kan kalau kita kamceng dengan polis, macam2 panduan dan information mereka boleh kongsikan dengan kita. BTW... bro pernah ke saman dengan polis trafik tak? Kalau jawapannya tak adakah jawpannya kerana bro pemandu berhemah? ekekekke

    BalasPadam
  4. public speaking saya memang failed. saya cuma berani bercakap bila kerja sebagai volunteer di Petrosains dulu. sekarang rasa lebih yakin. apa pun saya suka melihat saudara mengacarakan rancangan.

    BalasPadam
  5. Benar juga tu. Sebab tu kebanyakan yang tidak kekok bercakap depan umum sudah mengasah bakat dan terdedah kepada “public speaking” sejak di zaman sekolah lagi.

    Saya yakin ramai orang sebegitu, samada belajar dari bangku sekolah atau belajar dari pemerhatian dan kesungguhan sendiri, masa ke masa.

    *Saya pernah menjadi tamu jemputan utk satu program wanita di RTM 2,3 tahun dulu, bercakap depan kamera seorang diri.. kekok tapi selepas itu lega dan puas. (Saya yakin tiada siapa kenali saya ketika itu..) hahahaha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.